Monday, July 14, 2014

C.I.N.T.A ???





Pulang dari kerja tadi, Patung Beruang meluangkan masa sebentar untuk menonton tv. Masa tu, Astro Ria sedang mainkan filem Ombak Rindu. Jujurnya, Patung Beruang tidak pernah menonton filem tersebut.  Bukan sombong atau berlagak atau malu untuk menonton filem Melayu, cuma Patung Beruang rasa tidak teruja. Ya, walaupun filem tersebut mendapat sambutan yang hangat dan sering diperkatakan oleh peminat filem Melayu.
Tapi entah mengapa, malam ini Patung Beruang terasa untuk menontonnya sehingga habis. Lalu, bertemankan sepupu Patung Beruang, Amira, kami berdua menonton untuk mengikuti kesudahan filem tersebut.
Selesai menonton, banyak persoalan yang bermain di minda Patung Beruang. Mengapa watak ibu Haris itu terlalu sombong, bongkak dan kejam? Watak tersebut sangat cliché kerana terlalu banyak ditonjolkan dalam mana-mana filem/drama Melayu atau pun Indonesia, seorang wanita yang kaya-raya, yang merasakan hidupnya sempurna, sering kali mempunyai hati perut yang busuk, bertindak mengikut emosi, suka menganiaya orang miskin, tidak pernah melayan orang luar dengan baik dan akan berpura-pura menjadi seorang wanita yang baik dan naïf di depan anak/keluarga sendiri.
Begitu juga dengan watak Izah. Ditonjolkan sebagai seorang gadis baik tetapi miskin dan sering menjadi mangsa keadaan. Berkahwin dengan lelaki kaya tetapi dirinya tidak diterima oleh keluarga si suami. Terlalu mencintai suaminya sehingga sanggup berkorban apa saja hatta hati dan perasaan. Sanggup memendam rasa dan menderita demi suami yang tercinta. Difitnah dan dianiaya pun, tetap tidak mahu bertindak untuk mempertahankan diri sendiri. Malah, mengharapkan orang lain (iaitu Pak Dollah) untuk memberitahu cerita sebenar (iaitu dia dianiaya) kepada Haris. Mengapa tidak berusaha untuk berterus terang saja dengan si suami? Bukankah sebagai suami isteri, seharusnya tidak patut ada rahsia? Dan sebagai suami isteri, sepatutnya mesti cuba menyelesaikan masalah/kemelut rumahtangga dengan sendiri tanpa melibatkan orang lain? Adoi.. cliché nya...
Haris pula, sebagai hero dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang lelaki kaya, dari keluarga ternama, ada rupa, pangkat, kerjaya dan segalanya. Dan cliché nya adalah, rupa-rupanya dia hanyalah anak orang gaji saja. Tetapi diserahkan kepada keluarga kaya kerana isteri orang kaya tersebut asyik kematian anak setiap kali beliau mengandung. Dibesarkan didalam keluarga kaya membuatnya menjadi seorang lelaki yang ego tetapi akhirnya tunduk pada cinta Izah.
Maaf kalau Patung Beruang katakan watak-watak sedemikian seringkali bermain di layar perak/kaca tv kita. Takda apa yang istimewanya pun. Jika benar watak tersebut memang benar-benar wujud di alam nyata, perlukah ia diulang-ulang sehingga penonton (Patung Beruang) terasa seperti sedang menonton filem Hindustan i.e. tidak berpijak di bumi nyata.
Atau mungkin hati Patung Beruang ini telah keras sehingga gagal untuk menjiwai perasaan cinta yang cuba ditonjolkan didalam filem tersebut??
Ah, C.I.N.T.A itu sentiasa indah ke? C.I.N.T.A itu akan sentiasa berakhir dengan gembira kah? C.I.N.T.A itu bisa membuat seseorang itu pasrah dengan segala apa yang menimpanya walaupun sedar dia dianiaya?
Patung Beruang tidaklah terlalu berpengalaman dalam dunia C.I.N.T.A ini. Seperti yang Patung Beruang katakan dengan PA di office last week, "I'm so lucky in my study and career. Unfortunately, I'm not lucky enough in my love story." Ya, Allah sedang menguji Patung Beruang.
Patung Beruang selalu ingatkan pada diri sendiri, rasa C.I.N.T.A tidak sepatutnya menjadikan kita lemah dan terima saja apa pun yang orang lakukan terhadap kita.
C.I.N.T.A pada seorang hamba Allah itu tidak sepatutnya melebihi rasa C.I.N.T.A kita pada yang Maha Esa. Dan C.I.N.T.A tidak sepatutnya membuatkan kita menderita, tetapi ia sepatutnya menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih baik dan lebih dekat dengan-Nya. Apabila disebabkan C.I.N.T.A membuatkan kita berubah menjadi seorang hamba yang ingkar kepada Penciptanya, jauh dari-Nya, bersiap sedialah untuk melupakan C.I.N.T.A tersebut kerana ia hanya akan merugikan kita saja.
Ramai manusia yang tewas dengan C.I.N.T.A. Bak kata pepatah, "lautan api sanggup direnangi". Ibu bapa dan keluarga sanggup dibuang, rakan-rakan dan saudara-mara sanggup dijadikan musuh hanya demi mengikut kekasih yang dicintai. Tetapi berbaloikah? Kerana C.I.N.T.A, mata hati kita menjadi buta. Fikiran yang waras mula hilang pertimbangan. Akal yang panjang mula menjadi pendek. 
Tidak semua kisah C.I.N.T.A berakhir dengan gembira seperti filem Kuch Kuch Hota Hai. Banyak saja kisah C.I.N.T.A yang putus di tengah jalan. Dan ramai juga menjadi seorang insan yang lebih kuat dan lebih baik setelah mereka melalui episod sedih didalam kisah C.I.N.T.A mereka. Yang penting bagaimana untuk kita menghadapinya. Berakhirnya kisah C.I.N.T.A bukan bermakna kehidupan kita juga turut berakhir. Kerana setiap yang berlaku, sama ada baik atau buruk, pasti ada sebab mengapa ia terjadi. Dan yang pasti, setiap kejadian yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita pada masa itu. Lihatlah dengan mata hati, fikiran yang lapang dan hati yang jernih, nescaya kita pasti akan nampak apa yang Allah tunjukkan.
Salam C.I.N.T.A dari Patung Beruang :)       

Sunday, July 13, 2014

Akhirnya Kaki Ini Melangkah Pergi



13 Jun 2014, Jumaat, adalah hari terakhir Patung Beruang bertugas di Internal Audit Department, Pos Malaysia.
Akhirnya, Patung Beruang tinggalkan tempat ini, tempat yang banyak kenangan, tempat yang banyak memberi inspirasi pada Patung Beruang untuk menulis audit reports, tempat yang mencabar pemikiran Patung Beruang, tempat yang mendewasakan Patung Beruang dan tempat yang menyimpan 1001 kenangan pahit manis, suka, duka di Pos.
Bila difikirkan, hati ini memang berat untuk melangkah pergi. Jujurnya, Patung Beruang belum puas untuk berkhidmat di Pos tetapi apa kan daya, Patung Beruang ada cita-cita dan impian yang harus dikejar.
Sebab itu lah, mengapa selepas sebulan Patung Beruang melangkah pergi, barulah coretan ini terhasil.
Terima kasih buat semua yang banyak membantu dan bersama-sama dengan Patung Beruang sejak hari pertama Patung Beruang melangkah masuk ke Pos, sehinggalah ke hari terakhir Patung Beruang disini. Setahun 10 bulan, itulah umur Patung Beruang di Pos ini.
Ramai insan-insan hebat yang Patung Beruang kenal di Pos ini. CIA yang paling best yang Patung Beruang pernah jumpa, HMN. Bos Patung Beruang yang pertama JJ, sangat cool orangnya. Bos ke-2 yang Patung Beruang dapat, Khairel. Itu pun sekejap saja sebelum dia berhijrah ke Sapura Kencana. Banyak benda yang Patung Beruang belajar dari dia dan dia adalah HOU yang paling serasi sejak Patung Beruang mula bekerja tahun 2007. Alhamdulillah, still keep in touch until now. Sahabat main badminton (i.e. makan2 n lepak2), Cik Ain dan Faizzal. In shaa Allah, lepas raya boleh lah kita main bandminton lagi ;)
Orang pertama yang Patung Beruang kenal bila kerja di Pos, Nurul, Fadhir, Cik Nana dan Aizul. This was the best team, havoc, less stress but kerja still jalan. Bestfren aka kembar Patung Beruang di Pos, NoorJay dari PgMO. Kami banyak berkongsi cerita suka dan duka. In shaa Allah, semoga ikatan keakraban itu kekal terjalin walaupun kami dah berlainan organisasi.
My 1st and only scandal di sini, "My Love". Maaf, Patung Beruang tak tergamak nak declare nama dia even nak letak initial. Cukuplah Patung Beruang gelarkan "My Love" sebab itu lah panggilan dia pada Patung Beruang pada saat itu. Terima kasih kerana beri peluang untuk mengenalinya, seorang insan yang hebat tetapi sangat humble. Perkenalan yang tidak dirancang, segala-galanya hanya kerana urusan kerja. Tetapi ada masanya, dia juga insan biasa yang perlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya. Patung Beruang hanya menunaikan haknya sebagai seorang sahabat, walaupun didalam hati ini memang ada secebis perasaan sayang padanya. Sayang yang lebih dari seorang sahabat. Tapi jangan risau, sekarang kami dah tak de apa-apa lagi, hehe.. Apa yang berlaku antara kami, biarlah disimpan elok2 didalam kenangan. Masing-masing sudah ada hala tuju sendiri. Semoga dia berjaya dimasa saja dia berada, dunia dan akhirat. Seorang lelaki yang baik, bijaksana dan sentiasa berlemah lembut. Moga dia sentiasa disenangi oleh semua pihak dan terhindar dari menjadi mangsa akibat perbuatan orang lain, Amin. Seperti yang Patung Beruang sebut padanya suatu ketika dahulu, "Rezeki Allah yang bagi. Apabila kita terpaksa meninggalkan sesuatu tempat itu, percaya lah bahawa Allah telah menyediakan tempat lain yang lebih baik utk kita. Tetapi, jika kita tersangkut ditempat itu walaupun kita tak suka, kuatkan semangat dan tetaplah melangkah kerana tempat itulah yang terbaik untuk kita pada masa itu. Allah akan sentiasa bagi yang terbaik untuk kita."
Sebenarnya ramai lagi insan-insan lain yang Patung Beruang akan tetap kenang walaupun Patung Beruang tidak lagi  berkhidmat disana. Maaf kerana Patung Beruang tidak mampu untuk menyenaraikan seorang demi seorang disini.
Terima kasih yang tidak terhingga atas perkenalan yang singkat ini. Semoga kalian semua berjaya dan bahagia dunia dan akhirat, Amin...

Book Review: Alibaba

Tajuk: Alibaba. The inside story behind Jack Ma and the creation of the world's biggest online marketplace.
 
Penulis: Liu Shiying and Martha Avery
 
Sinopsis dan Menariknya Buku Ini:
 
Sejujurnya Patung Beruang beli buku ini pada tahun 2012 dimana pada masa itu, Patung Beruang cuma tahu Alibaba.com adalah salah satu website di Internet yang fungsinya lebih kurang sama macam Amazon.com iaitu jual beli di Internet. Soalan-soalan seperti siapa pengasasnya, kenapa ia diasaskan, hebatkah dia dan apa bezanya dia dengan Amazon mula menerjah benak Patung Beruang setiap kali terpandangkan buku ini di rak buku. Akhirnya, pada awal tahun hari tu, Patung Beruang mula membaca buku ini dan berjaya menghabiskannya dalam masa sebulan, heheh..
 
Secara amnya, Alibaba.com adalah sebuah website yang menyediakan plarform untuk berjual beli secara borong.
 
Alibaba.com (Alibaba) diasaskan oleh Jack Ma, dimana ia bermula pada Febrari 1999 di sebuah kediaman kecil di daerah Lakeside Garden, Hangzhou, China. Pada masa itu, tiada papan tanda diletakkan di pintu masuk dan tiada juga tanda-tanda berlakunya sebarang aktiviti perniagaan atau pekerjaan lain di premis tersebut.


Pepatah ada mengatakan, "Jika anda hendak mengubah dunia, anda hendaklah mengubah diri anda sendiri terlebih dahulu." Tetapi Jack Ma melakukan telah sebaliknya. Beliau telah Berjaya mengubah dunia tetapi dirinya masih sama seperti dahulu, sentiasa bersederhana dan tidak suka menonjolkan diri.
 
Alibaba dibangunkan dengan cara yang sangat sederhana sesuai dengan kehendak Jack Ma. Beliau dan seluruh warga Alibaba mempunyai impian yang sangat tinggi dimana mereka ingin membangunkan syarikat e-commerce dimana objektifnya adalah:
  1. Membangunkan syarikat yang dapat bertahan selama 100 atau 200 tahun;
  2. Membangunkan syarikat yang dapat menyediakan perkhidmatan e-commerce kepada perusahaan kecil dan sederhana (Small and Medium Enterprises) di China; dan
  3. Membangunkan syarikat e-commerce yang terbesar di dunia, yang akan menduduki carta 10 website yang paling ramai pengunjung Internet di dunia.
Buku ini menceritakan suka duka Jack Ma membangunkan Alibaba semenjak 1999 dimana dengan hanya bermodalkan $60,000, syarikat ini telah berkembang sehingga mencapai nilai billion US dollars dalam masa kurang dari 10 tahun.

Ada beberapa peristiwa besar yang berlaku kepada Alibaba, contohnya pada January 2000, Softbank dari Jepun yang pada masa itu diketuai oleh Masayoshi Son telah melabut $20 juta didalam Alibaba. Dan pelaburan ini telah membuatkan Alibaba Berjaya mengembangkan empayar ke peringkat antarabangsa, dengan menubuhkan ibu pejabat di Hong Kong dan pejabat operasi di Silicon Valley, London etc.

Pada December 2001, Alibaba menjadi website perniagaan yang pertama di dunia yang mempunyai keahlian melebihi 1 juta ahli. Hampir setahun selepas itu, pada October 2002, website Alibaba versi Jepun pula dilancarkan dengan kempen besar-besaran untuk menguasai pasaran Jepun pula.

Alibaba telah membuat pelaburan yang besar iaitu RMB 100 juta keatas Taobao pada July 2003. Pelaburan ini adalah kerana Jack Ma berhasrat untuk memasuki pasaran domestic China melalui Customer to Customer (C2C). 3 bulan selepas itu, Alibaba mewujudkan Alipay, iaitu satu platform pembayaran didalam talian. Dimana selepas ini, para penjual dan pembeli boleh menjalankan urusniaga dengan lebih mudah di talian dari pengiklanan, tempahan dan sehinggalah kepada pembayaran.

Secara kesimpulannya, penubuhan Alibaba memerlukan 2 kekuatan yang besar iaitu; keupayaan untuk mengenalpasti hala tuju teknologi pada masa kini dan hadapan, dan yang ke-2, keazaman untuk memastikan ia sentiasa dilandasan yang betul. Bukan mudah untuk mengenal pasti kehendak pengguna dan penjual, aliran trend social media, ragam pengguna yang terdiri dari pelbagai umur dan latar belakang serta jangkaan dari mereka, persaingan yang tidak putus-putus dari terutama dari mereka yang lebih kuat (i.e. dari segi modal, kepakaran, hubungan dengan pihak berkuasa, strategi perniagaan etc.) dasar -dasar kerajaan yang kadang kala menyokong tetapi adakalanya sebaliknya pula, pasaran global yang penuh ragam dan sebagainya. Tetapi, disebalik semua cabaran tersebut, Jack Ma telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil didalam dunia teknologi dan pernigaan. 
 
 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...