Friday, February 27, 2015

Book Review: Maaf Cakap - Nasihat Segar Agar Kita Sedar

Tajuk: Maaf Cakap - Nasihat Segar Agar Kita Sedar

Penulis: Norden Mohamed

Menariknya Buku Ini:
Kelmarin, buku ini selamat Patung Beruang selesaikan pembacaannya. Sebenarnya, Patung Beruang pun tidak ingat bila Patung Beruang beli buku ini. Ketika Patung Beruang housekeeping rak buku dalam bilik ini, awal December hari itu, terjumpa buku ini, elok tersusun di rak buku tersebut. Dan yang bagusnya, buku ini masih lagi berbalut plastik, heheh...

Hm.. itulah, kadang-kadang rasa macam Patung Beruang ni beli buku ikut nafsu. Nampak je buku menarik terus nak beli. Tetapi, tak sedar yang di rak buku itu, masih ada lagi buku-buku yang belum dibaca. Adoi.. membazir itu kan amalan Syaitan, huhu...

Buku Maaf Cakap ini sebenarnya mengandungi 111 artikel pendek yang ditulis sebagai nasihat kepada pembaca. Kesemua artikel ini disusun di dalam 5 Bahagian iaitu: 
  • Motivasi
  • Sosial
  • Sumber Manusia
  • Bisnes
  • Politik
Penulis memulakan karya dengan artikel pertama yang bertajuk Perihal Tiga Jenis Usia. Artikel ini menyentuh mengenai usia biologi, usia psikologi dan usia spiritual. Usia biologi adalah usia kita sebenar yang diukur dengan nombor. Umur setahun, 2 tahun, 27 tahun, 32 tahun, 55 tahun dan seterusnya. Usia psikologi pula adalah pemikiran dan perangai kita. Seperti kata penulis ini, di sekeliling kita ini ramai je orang dewasa yang berperangai kebudak-budakkan. Tidak kira lah ahli politik ke, businessman ke, atau golongan profesional. Dan usia spritual pula lebih kepada pendekatan kita untuk menguruskan kematian dan memulakan hidup di alam seterusnya. Mungkin dengan cara mula mendekatkan diri kepada Pencipta, mula merangka wasiat agar yang ditinggalkan tidak kesusahan dan mula melihat kehidupan duniawi ini dari perspektif yang berbeza. 

Artikel seterusnya yang menarik perhatian Patung Beruang adalah artikel ke-4, Jangan Mimpi Untuk Berjaya. Siapa yang tidak mahu berjaya?? TIADA. Semua orang mesti hendak berjaya. Tetapi, adakah kita tahu resepi sebenar untuk berjaya? Dan jika kita tahu, adakah kita mengikuti resepi tersebut? Atau mungkin kita sendiri yang mencipta resepi terbaru untuk kejayaan itu? 

Jika kita dengar Si A itu berjaya menjadi seorang novelis, sehingga pendapatan mencecah 5 angka sebulan. Selepas itu, pasti ramai yang berduyun-duyun akan cuba untuk menulis novel dan bercita-cita untuk menjadi seperti Si A. Kesudahannya, lahirlah banyak novel-novel yang genre, jalan cerita, tajuk dan mungkin gaya bahasa lebih kurang sama macam novel karya Si A. Adakah pembaca akan membeli karya-karya yang ditiru itu? Mungkin ya. Tetapi, lama-kelamaan pembaca akan bosan kerana ia tiada ORIGINALITY. Lantas, pembaca kembali kepada karya-karya Si A kerana disitulah trend itu bermula. Dan Si A juga, apabila menyedari ramai penulis dan bakal penulis yang cuba untuk menjadi sepertinya, sudah pastilah beliau akan meningkatkan kualiti penulisannya sehingga sukar diikuti atau ditiru oleh si peniru tadi. Dan formula yang sering kita dengar, "Product with high quality will receive higher demand", pasti dapat memancing semula perhatian pembaca. Jadi kesimpulannya, kita perlu mencipta kejayaan tersebut bukannya meniru kejayaan orang lain dan bermimpi ia akan menjadi milik kita. 

Semalam Patung Beruang pergi ke shopping complex. Hajat dihati hendak membeli lipstik dan beberapa keperluan peribadi lain. Lipstik yang ada ni hanya tinggal sekali pakai saja sebelum habis terus. Mesti akan ada orang yang bertanya, 

  "Hi, tak kan lah Patung Beruang cuma ada sebatang lipstik sahaja? Perempuan kan biasanya ada berbatang-batang, dengan berbagai colour lagi" 

Ya, memang Patung Beruang cuma ada sebatang lipstik sahaja dan sebotol kecil Vaseline. Sedih kan? hehehe... Dulu, Patung Beruang ada simpanan lipstik (maksudnya lebih dari 1 lah ye) dengan pelbagai colour, dari pelbagai jenama. Sebut sahaja Body Shop, Maybeline, Avon, In2It dan sebagainya. Tapi, kesudahannya, lipstik tersebut banyak yang tidak dipakai dan akhirnya tersimpan didalam bekas solek selama bertahun-tahun sampailah expired. Harus diingat, barang make up ni expiry date dia adalah 3 years from manufacturing date. Adakah Patung Beruang terus membuangnya selepas 3 tahun? Oh tidak!!!! Patung Beruang masih lagi menyimpannya sehinggalah tahun ke-5 dan ke-6. WHAT??? Yes, TAHUN KE-5 DAN KE-6, barulah Patung Beruang membuang mereka. Alasannya, SAYANG.... 

Patung Beruang yakin, ramai lagi manusia diluar sana pun begitu juga. Kita terlalu sayang untuk membuang sesuatu sehingga kita menyimpannya bertahun-tahun, walaupun mungkin ia sudah tidak berguna lagi atau pun memang tidak boleh digunakan lagi. 

Cuba lihat, pasti ada buku-buku sekolah kita atau anak-anak kita yang masih disimpan di rak buku atau mungkin didalam stor sedangkan kurikulum sekolah sudah lama bertukar. Bagaimana dengan bil-bil elektrik, Astro, air dan Unifi yang sudah kita bayar berbulan-bulan atau bertahun-tahun dulu, tapi masih lagi kita gantungkannya ditempat bil, untuk dibuat pameran. Cuba pula periksa peti sejuk kita. Berapa banyak ubat yang dah expired tapi masih lagi disimpan? Jika dimakan, sudah tentu penyakit lain pula yang akan datang. Mayonis, kaya, sos pasta dan sos tiram yang kita beli pada tahun 2012 dulu pun masih lagi elok tersimpan dalam peti sejuk. Boleh makan lagi ke?? SAYANGNYA kita nak buang mereka.. Kesudahannya, jadilah Kita Penyimpan Sampah Terhormat, seperti yang terkandung didalam buku ini artikel ke-16.

Gelagat peniaga Melayu juga turut disentuh oleh penulis di dalam artikel yang bertajuk Sehandal-Handal Peniaga Melayu dan Yang Tak Berselera Di Medan Selera. Penulis membawa kita kepada pada masa kini sudah terdapat usahawan-usahawan Melayu yang berdiri megah di bandar-bandar besar dan ada juga yang telah masuk ke pusat membeli-belah ternama. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan setanding dengan kualiti dari usahawan berbangsa lain. Dan kita berharap, perniagaan mereka akan berterusan bukan bertahun tapi berpuluh-puluh tahun, dari satu generasi ke generasi yang lain. Jika dilihat peniaga berbangsa Cina, perniagaan mereka biasanya bertahan lama dan mampu diwariskan kepada generasi muda. Jadi, sudah sampai masanya, peniaga Melayu juga begitu. 

Orang Melayu boleh berniaga dan berjaya dalam perniagaan dengan syarat mereka mempunyai attitude yang betul. Produk dan perkhidmatan mestilah berkualiti, harga berpatutan, hati dan keselesaan pelanggan diutamakan. Dan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu dan pengalaman bagi memperbaiki prestasi. Tidak perlu lah hendak berbomoh atau berdukun, hendak menghantar santau atau memakai pelaris. Hanya menambahkan dosa sahaja. 

Kesimpulannya, terlalu banyak artikel yang menarik terdapat didalam buku ini. Artikel yang ditulis kena dengan kehidupan seharian kita. Dan mungkin kita juga salah seorang pelakunya, heheh..   Ia adalah satu teguran secara berhemah, yang In shaa Allah, tidak akan mencederakan emosi para pembaca (tapi kalau ada orang yang sentap lepas baca buku ini, Patung Beruang tak dapat nak tolong lah ye)

Oklah, Patung Beruang tak nak lah kongsikan semuanya kerana bagi pendapat Patung Beruang membaca buku ini sendiri lebih puas dari membaca ulasan orang lain. Percayalah, anda tidak akan menyesal membacanya. So, cepat-cepatlah cari buku ini ye.. :)

Thursday, February 26, 2015

The Edge dan Surah Yassin

Beberapa hari ini Patung Beruang agak sibuk sikit. Menguruskan beberapa perkara dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di tempat baru. 

Hari Selasa 24 Feb. 2015, Patung Beruang dapat berita baik dan berita yang ditunggu-tunggu. In shaa Allah, salah satu impian Patung Beruang akan tercapai dalam waktu terdekat ini. Syukur Alhamdulillah atas pertolongan dan rezeki dari Yang Maha Esa. 

Dan seperti biasa, bila dapat perkhabaran gembira, orang pertama yang Patung Beruang akan bagitau adalah Ibu. Dasar anak manja (ayat yang selalu Ibu ungkapkan pada Patung Beruang)  heheh...

Dalam kehidupan kita seharian, kita sering mendambakan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Keadaan yang indah-indah belaka. Cerita-cerita gembira semata-mata. Tetapi, hakikatnya ia tidak begitu. Dalam kita tertawa, pasti ada yang sedang berduka. Dalam kita menerima rezeki, ada pula yang sedang ditimpa ujian. Dalam kita menangis kegembiraan, ada yang sedang menangis, bukan kerana sedih, tetapi kerana sedang memohon kekuatan dari Yang Maha Berkuasa untuk menghadapi ujian yang diberikan. 

Hari yang sama, seorang sifu merangkap sahabat Patung Beruang membawa perkhabaran yang memedihkan. Sahabat ini menyatakan seseorang yang dekat dengannya disahkan mengidap leukimia. Umur mereka sebaya, menuntut di universiti yang sama di Australia dan kemudian mereka sama-sama berkhidmat di Petronas setelah pulang ke Malaysia. 

Patung Beruang tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan mereka. Apabila diuji dengan ujian sebegini. Mereka masih MUDA. Ya, masih muda jika dibandingkan dengan purata umur umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu antara 60-70 tahun. 

Bak kata CIA Patung Beruang ketika di MMC dulu, "We are fragile". Yes, kita manusia ni kerdil, rapuh. Bila-bila masa sahaja Allah S.W.T boleh panggil kita untuk pulang. Tidak kiralah muda atau tua. Soalannya, adakah kita bersedia? Bersedia untuk pergi menemui-Nya? Dan juga bersedia untuk meneruskan kehidupan apabila insan yang terdekat dengan kita pergi menemui-Nya? 

Patung Beruang teringat satu dialog dari filem Qadr. "Yang telah pergi, memanglah pergi. Tetapi, yang masih hidup ini, kenalah teruskan kehidupan. Tetapi bagaimana? "  Kalau tak silap Patung Beruang, dialog itu dituturkan oleh seorang ibu, yang anak gadisnya terlibat dalam kemalangan bas ekspress tersebut. Kemalangan itu mengorbankan beberapa nyawa. Anak gadisnya dapat diselamatkan tetapi wajahnya menjadi hodoh sehingga menyebabkan si gadis itu mengalami tekanan yang amat. 

Beberapa bulan yang lepas, Patung Beruang kehilangan seorang ahli keluarga. Perginya tanpa diduga. Apabila menerima perkhabaran tersebut, Patung Beruang masih boleh bertenang sehinggalah beliau dikebumikan. Malam pertama selepas beliau dikebumikan, keesokkan paginya, ketika Patung Beruang terjaga dari tidur sebelum waktu subuh, tiba-tiba Patung Beruang terfikir;

  "Bagaimanakah keadaan malam pertama beliau disana? Berseorangan tanpa     ditemani insan-insan yang dicintai dan dikasihinya."

   "Adakah beliau dapat tidur lena seperti malam-malam sebelumnya?"

  "Takutkah beliau disana? Terang atau gelap-gelita kah disana? Ada haiwan berbisa ke atau ulat, cacing dan sebagainya?"

   "Masih maniskah wajah dan senyuman beliau seperti yang Patung Beruang kenal selama ini?"

   "Seadainya diberi peluang bercakap, masih lemah lembut kah tutur kata beliau seperti kebiasaannya?"

Ya Allah, Patung Beruang terbayang dengan jelas wajahnya ketika beliau masih hidup. Patung Beruang tidak tahu apakah yang ingin Allah S.W.T sampaikan. Yang pasti, gambaran wajahnya dan soalan-soalan diatas menyebabkan Patung Beruang kerap teringatkannya. Sejak detik itu, sampailah ke saat ini, setiap kali selepas solat, Patung Beruang akan titipkan hadiah buat beliau. Dengan harapan moga hadiah yang tidak seberapa ini, mampu menggembirakan beliau disana. 

Bagaimana pula keadaan kita dibawah sana nanti? Adakah insan yang akan sudi memberi hadiah pada kita tanpa kenal erti jemu? Jika ada, alangkah beruntungnya kita kerana kita masih diingati walaupun sudah tidak berjasad. Tetapi jika sebaliknya, mungkin pemergian kita tidak ubah seperti gugurnya dedaun kering ke bumi. Tidak dipedulikan dan tidak meninggalkan kesan.

Jika kita pula yang ditinggalkan, bagaimana? HIDUP MESTI DITERUSKAN. Itulah ayat yang sering kita ungkapkan. Tetapi, ia tidak semudah itu. 

Seorang isteri kehilangan suami tempat dia berpaut. 
Seorang suami kehilangan isteri tempat dia meluahkan perasaan.
Seorang anak kehilangan ibu tempat dia bermanja atau kehilangan ayah tempat dia berguru. 
Seorang kakak kehilangan adik, tempat dia bergurau senda. 
Seorang adik kehilangan kakak tempat dia bertanya atau kehilangan abang tempat dia berlindung.
Seorang gadis kehilangan tunangnya yang dikagumi sejak beberapa lama.
Seorang jejaka kehilangan tunangnya yang dicintai sepenuh hati. 
Dan, disebabkan pemergian itu, kehidupan kita juga turut berubah. Kita sedar yang kita kena terus melangkah, setapak demi setapak, meniti hari-hari esok. Mungkin tidak cukup kuat tetapi Allah S.W.T. sentiasa ada untuk kita mengadu. 

Ada masanya kita terjatuh atau tergelincir dan rasa sakit sangat.  Tetapi, kita kena berusaha bangun sendiri kerana mungkin tiada lagi orang yang akan menghulurkan tangan untuk membantu kita bangun. 

Akhirnya, kita semakin kuat dan semakin tabah. Dari melangkah perlahan-lahan, kita mula mampu berlari pecut kehadapan. Kita rasa berkeyakinan semula. Semangat kita untuk mengharungi hari-hari seterusnya mula membara dan kita sentiasa ada 1001 idea untuk mewarnai hari-hari kita agar lebih ceria. Tetapi........

  Adakah kita masih mengingatinya di alam sana, atau mungkin kita sudah melupakannya???

Kita mungkin sedang bergembira apabila membaca artikel The Edge yang menyatakan saham Company XYZ yang kita miliki mungkin akan naik lagi harganya disebabkan kontrak yang baru diperolehi. Tetapi, dia dibawah sana mungkin sedang menangis dan mengharapkan kita menghadiahkan Surah Yassin buat menenangkannya. 

     

Sunday, February 22, 2015

Book Review: Not A Penny More, Not A Penny Less

Tajuk: Not A Penny More, Not A Penny Less

Penulis: Jeffrey Archer

Sinopsis Novel:
Harvey Metcalfe atau nama asalnya Henryk Metelski adalah anak kelahiran New York. Ibu ayahnya berpindah dari Poland ke Amerika untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. 

Hidup Harvey ketika kecil adalah sangat susah. Seawal usia remaja, Harvey telah bekerja keras walaupun ada kalanya terpaksa merampas rezeki orang lain. Harvey mula membeli saham syarikat ternama apabila beliau terbaca maklumat sulit dari broker saham. Saham pertama dibeli dengan menggunakan wang tunai dari cek yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan. Dan pembelian pertama itu memberi keuntungan sebanyak $7,490. Satu nilai yang besar pada tahun 1920-an. 

Bermula dari situ, Harvey terlibat dalam perniagaan dengan serius. Harvey sanggup melakukan apa saja asalkan perniagaannya mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda walaupun terpaksa memberi rasuah, terlibat dengan gengster dan financial fraud. 

Antara kejayaan terbesar Harvey adalah Prospecta Oil dimana beliau menjanjikan pulangan berlipat kali ganda kepada para pelabur sebelum syarikat itu tiba-tiba hilang begitu sahaja. Harvey mendapat keuntungan melebihi 6 juta pound sterling dari fraud yang dirancang ini. Dan Prospecta Oil menyebabkan kerugian besar kepada pelabur utama mereka di England iaitu: 
  1. Stephen Bradley - seorang pakar matematik dari Oxford, 
  2. Dr. Robin Oakley - seorang doktor perubatan yang mempunyai klinik di kawasan elit, Harley Street,
  3. Jean-Pierre Lamanns - seorang pemilik galeri lukisan, dan
  4. Lord James Brigsley - seorang aristokrat muda yang gemar berfoya-foya. 
Bagi mendapatkan semula wang yang rugi akibat pelaburan di Propecta Oil, Stephen Bradley mula mengaturkan pertemuan dengan 3 pelabur utama yang lain. Tujuan mereka adalah untuk membuat perancangan bagi mengenakan Harvey dan mengambil semula duit mereka yang telah dirompak dengan cara terhormat. 

Mereka mula merancang untuk mengenakan Harvey melalui pembelian lukisan palsu dari galeri Jean-Pierre, melalui pembedahan palsu di Monte Carlo dan sumbangan dana penyelidikan palsu kepada Oxford.

Dalam sibuk merancang dan melaksanakan pemburuan mereka terhadap Harvey, James Brigsley pula jatuh cinta dengan seorang model, Anne Summerton dan percintaan mereka berakhir ke perkahwinan. Tetapi, Anne Summerton bukanlah seperti yang disangkakan. Anne adalah seseorang yang penting kepada Harvey tetapi Anne juga tahu segala perancangan James dan rakan-rakannya terhadap Harvey. 

Adakah rancangan mereka untuk mengambil semula duit yang telah dirompak oleh Harvey melalui Prospecta Oil berjaya? Dan siapa Anne Summerton yang sebenarnya? Adakah Anne akan tetap menyokong James yang dicintai dan dikahwininya ataupun mengkhianati mereka dan berpihak kepada Harvey? Adakah Harvey akan sedar yang pelabur utama Prospecta Oil sedang mempermain-mainkannya demi menuntut semula duit mereka? 

Menariknya Novel Ini:
Not A Penny More, Not A Penny Less adalah novel kedua karya Jeffrey Archer yang Patung Beruang miliki selepas Paths of Glory. Seperti Tony Parsons, Jeffrey Archer tidak pernah mengecewakan pembacanya. 

Patung Beruang paling suka dengan title novel ini, sangat catchy dan juga motto kepada perjuangan Stephen dan rakan-rakannya demi mengenakan Harvey. Novel ini disusun dengan teliti tetapi masih menarik. Pembaca dibawa mengenali siapa Harvey sebenarnya, ketika zaman remaja, kesusahan dan kemiskinan yang dihadapinya, ketika beliau mula menceburi dunia perniagaan, jatuh bangunnya, plot permainan Prospecta Oil dimana setiap fraud berlaku pasti ada kambing hitam yang akan dipertanggungjawabkan (disinilah muncul watak David Kesler - eksekutif muda dan berbakat), dan kemewahan hidupnya pada masa kini. 

Patung Beruang juga kagum dengan 4 watak pelabur Prospecta Oil yang bergabung, menggunakan kemahiran dan kepandaian masing-masing bagi melaksanakan perancangan mereka. James Brigsley yang dilihat sebagai seorang aristokrat yang tidak punya apa-apa kemahiran kecuali berfoya-foya dan memikat perempuan, rupa-rupanya sangat berbakat dalam lakonan dan kemahirannya itulah yang banyak membantu 3 rakannya yang lain. 

Seperti kebiasaan, Archer sangat sukakan elemen surprise dalam karya-karyanya. Dan untuk novel ini, surprise yang paling besar sekali adalah siapa sebenarnya Anne Summerton (Patung Beruang hampir kena sakit jantung apabila mengetahui siapa sebenarnya model ini, hehehe).. Dan kebenaran itu juga telah mengubah corak permainan Stephen dan rakan-rakannya.. 

p/s: Ketika membaca novel ini, setiap kali Patung Beruang melihat nama Harvey, Patung Beruang pasti membayangkan rupanya seperti Harvey Specter, seorang jejaka yang handsome, penuh karismatik, nampak bijak, sentiasa pakai suit yang mahal, petah berkata-kata dan sangat cool. What a typical Prince Charming, heheh.  Kalau ada yang tidak kenal siapa Harvey Specter, silalah tanya En. Google ye ;)

Saturday, February 21, 2015

Book Review: A Step of Faith

Tajuk: A Step of Faith

Penulis: Richard Paul Evans

Sinopsis Novel:
A Step of Faith (ASOF) mengisahkan Alan Christoffersen (Alan) yang kematian isterinya, McKale setahun yang lepas. Memburukkan lagi keadaan, Alan dikhianati oleh business partner nya, Kyle Craig sehingga menyebabkan Alan kehilangan advertising firm yang dibinanya sejak bertahun dahulu. Rumahnya pula dirampas bank akibat kegagalan membayar pinjaman. 

Bagi melupakan segala kenangan pahitnya, Alan nekad untuk berjalan kaki merentasi Amerika. Dia bermula dari Seattle, Washington hingga ke titik paling jauh yang terdapat didalam peta, iaitu Key West, Florida yang jaraknya adalah 3,500 batu. 

Didalam pengembaraannya, Alan terpaksa berhenti di St. Louis kerana didignosis dengan ketumbuhan otak peringkat awal. Penyakitnya itu mendapat perhatian ayahnya, Mr. Christoffersen, seorang akauntan profesional, Falene, orang kanannya ketika Alan masih memiliki firmnya dan juga Nicole, gadis yang dikenalinya ketika pengembaraannya dan sekarang merangkap juga sebagai client kepada Mr. Christoffersen. 

Bagi mendapatkan rawatan yang terbaik, Alan berpindah ke Los Angeles, menetap di rumah ayahnya dan berulang-alik ke hospital bagi bertemu doktor pakar di UCLA. Disana, Alan menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan di otaknya dengan jayanya. Dan bermulalah proses pemulihan Alan dengan dijaga rapi oleh ayahnya dan Nicole. 

Setelah beberapa minggu dan mendapatkan pandangan dari doktor pakar, Alan nekad untuk menyambung semula pengembaraannya bermula dari St. Louis, walaupun ia ditentang kuat oleh Mr. Christoffersen. 

Pengembaraan kali ini memberi Alan banyak pengalaman baru seperti berdepan dengan pemanggil palsu. Insiden ini berlaku ketika Alan sedang beratur di kaunter bayaran di Walmart. Seorang wanita dihadapannya tiba-tiba rebah ke lantai tetapi tiada seoarang pun yang berusaha untuk menolongnya kecuali Alan. Akhirnya barulah diketahui bahawa pelanggan tersebut gemar berpura-pura kena serangan jantung dan seterusnya membuat panggilan palsu ke hospital. Nampak seperti simple dan tiada kesalahan yang besar, tetapi panggilan palsu yang dibuat wanita tersebut pernah mengakibatkan seorang pesakit yang memang kronik, meninggal dunia kerana ambulan yang sepatutnya menuju ke destinasi pesakit tersebut, tersekat di Walmart akibat perbuatannya. 

Alan juga berdepan dengan ribut puting beliung buat pertama kalinya dalam hidupnya. Kejadian berlaku di Jackson city dimana ketika itu Alan sedang berjalan di lebuhraya, dengan hujan yang lebat dan tiba-tiba kedengaran bunyi siren yang aneh baginya. Nasibnya baik kerana terdapat jambatan di hadapannya, dan Alan lantas bersembunyi dibawah jambatan tersebut. Disana, Alan diselamatkan oleh Paige dan mereka menuju ke pusat penempatan bencana di Drury Inn & Suites sementara menunggu puting beliung tersebut reda.

Berjalan ke daerah-daerah dan bandar-bandar yang tidak pernah dikunjungi membuatkan Alan tersedar ada tempat-tempat yang dilawatinya mempunyai papan tanda yang menarik perhatian dan adakalanya melucukan, diletakkan di tepi jalan seperti "Walmart is not the only saving place." , "Yes, our A/C is out. But, there's no A/C in hell either!", "There are some questions that can't be answered by Google." dan banyak lagi. 

Selain itu Alan juga bertemu dengan golongan ajaran sesat yang ekstrim ketika menuju ke Alabama. Ajaran tersebut diketuai oleh Master El dimana semua pengikutnya mempunyai nama yang ditambah dengan perkataan "El" dibelakangnya. Master El mempunyai pengikut yang taksub sehingga ke tahap melutut dan mencium kakinya setiap kali mereka selesai menjalankan tugas yang diberikan. Markas mereka pula dikawal ketat seperti kawasan penjara. Dan mereka tidak dibenarkan untuk bercakap dengan sesiapa sahaja yang bukan dari golongan pengikut Master El.

Bagaimanapun, pengembaraan Alan berubah warna apabila pada suatu hari beliau menerima panggilan dari Nicole yang memintanya untuk pulang dengan segera. Mengapa Nicole membuat permintaan sedemikian? Dan adakah Alan akan terus pulang ataupun nekad untuk meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke destinasi yang dituju?

Menariknya Novel Ini:
ASOF adalah novel pertama karya Richard Paul Evans yang Patung Beruang miliki. Rupanya, ASOF ini adalah novel ke-4 dalam The Walk series yang kesemuanya berjumlah 22 buah novel. 

Richard berjaya menarik perhatian Patung Beruang untuk membaca ASOF ini semenjak bab pertama lagi. Bayangkanlah, pegang-pegang je novel ini dari muka surat pertama, tanpa disedari Patung Beruang terus terlajak sampai ke bab ke-4. 

Novel yang simple, penuh dengan kejutan dan dibuat dalam bentuk diary ini benar-benar mengujakan Patung Beruang untuk mengikuti pengembaraan Alan dan melihat sama ada Alan akan berjaya atau tidak menamatkan pengembaraannya. Richard berjaya memberi emosi kepada pembaca dimana ada ketikanya kita teruja dengan apa yang dihadapi oleh Alan sepanjang pengembaraanya. Tetapi, ada masanya kita terasa sedih dan keseorangan seperti Alan terutama apabila Alan sampai ke tempat-tempat yang pernah meninggalkan kenangan manisnya bersama McKale. Restoran tempat mereka menyambut ulang tahun yang pertama dan Motel yang penuh dengan citarasa unik dan bersejarah seperti yang diidamkan McKale. 

Kesimpulannya, Richard Paul Evans ini berjaya masuk ke dalam senarai penulis yang digemari Patung Beruang sebaris dengan Tony Parsons dan Jeffrey Archer. Lepas ini, Patung Beruang kenalah berusaha untuk melengkapkan koleksi 22 novel dari The Walk series bagi mengenali Alan dengan lebih dekat dan juga untuk melihat bagaimanakah kesudahannya perjalanan Alan ini. 

Friday, February 20, 2015

Pilihan, pilihan dan pilihan...

Setiap hari kita dihujani dengan berbagai pilihan. Dari celik mata sehinggalah ke waktu kita hendak memejamkan mata. 

Waktu pagi, ketika hendak bersiap ke tempat kerja, kita terpaksa memilih untuk memakai baju yang mana. Nak pakai blouse berwarna pink kah atau warna biru? Nak pakai tudung bawal kah atau pun cukup dengan hanya menyarung tudung ekpress? Sampai di tempat kerja pula, terfikir nak bersarapan apa? Nak makan roti canai di restoran mamak di Dayabumi ataupun nak makan macaroni goreng yang dijual di kantin?

Jam menunjukkan angka 8.30 pagi. Bermulalah waktu kita bekerja. Atas meja ini pula, bersusun audit working files yang hendak di periksa. Tiba-tiba, teringat pula yang staff sudah email latest audit notesheet, untuk kita periksa. Yelah, mereka khuatir jika audit yang dibuat tu, tidak menepati expectation kita. Mana lah tau, kot-kot ada audit areas yang mereka tertinggal. Angkat je muka, tiba-tiba ternampak pula muka Chief Internal Auditor (CIA). Baru tersedar yang kita ada hutang analysis untuk budget tahunan department, dan analisis tersebut sepatutnya sampai ke tangan beliau pada petang ini. Adoi, banyaknya kerja-kerja yang menunggu. Mana satu yang patut kita selesaikan. Pilihan...

Sedang leka menyiapkan kerja, tiba-tiba rakan sepejabat datang untuk ajak lunch. Oh, dah pukul 1.00 tengahari rupanya. Nak lunch dimana hari ini? Nak makan nasi ayam di kantin, atau cukup sekadar Hot and Roll di CM? Pilihan..

Itulah antara contoh-contoh pilihan-pilihan kecil yang sering kita hadapi. Pilihan-pilihan yang tidak merumitkan kita untuk membuat keputusan, dan tidak juga memberi impak yang besar pada kehidupan kita. 

Tetapi, bagaimana jika tiba-tiba kita dihadapkan dengan pilihan yang lebih besar dan boleh memberi impak kepada kehidupan kita tidak kiralah kecil ataupun besar. Untuk menerima pinangan dari anak lelaki rakan baik ayah kita, ataupun terus membujang dengan alasan kita belum bersedia? Mungkinkah dia jodoh kita walaupun hakikatnya, kami saling tidak mengenali antara satu sama lain? Pilihan...

Jika pinangan diterima, tiba-tiba baru tersedar yang si jejaka tidak menetap disitu, sebaliknya sedang melanjutkan pelajaran beribu-ribu batu jauhnya dari negara kita. Adoi, sudah pastilah soalan seterusnya yang akan diajukan oleh semua orang, kita tetap akan menetap disini dan terpisah jauh ataupun mengikut si dia ke sana, lantas meninggalkan keluarga dan kerjaya disini? Pilihan... 

Sedang ghairah mengatur kehidupan untuk masa hadapan, tiba-tiba datang pula tawaran kerja baru dan lumayan dari pihak yang kita tak pernah sangka. Cuma masalahnya, kerja di bidang lain yang memang kita tak pernah buat dan bertugas pula di tempat baru yang memang asing bagi kita. Patutkah kita terima? Jika DUIT sahaja yang dipandang, sudah pasti kita akan terima tanpa berfikir kali ke-2 dan seterusnya. Tetapi, ia tidak semudah itu. Banyak benda yang perlu dipertimbangkan. Adakah jawatan dan bidang tugas yang ditawarkan bersesuaian dengan kita? Pihak atasan dan orang bawahan pula, serasikah dengan kita? Ya, memanglah jika baru berjumpa sekali dua, dan hanya sejam dua, sukar untuk kita tahu sama wujud atau tidak chemistry itu. Tetapi, adakalanya gerak hati akan berkata-kata, 
    "Dia ni macam ok je kalau keje dengan aku." 

Atau mungkin juga kata-kata sebegini, 
   "Aiyo, macam kerek je mamat ni. Susahlah kalau dia jadi staff aku. Mesti banyak cekadak."  

Itu belum lagi dicampur dengan kita terpaksa pindah ke tempat/daerah/atau mungkin negeri baru demi tawaran kerja tersebut. Wah, ini betul-betul berhijrah ni, heheh.. Pilihan...

Bila kita diberikan pilihan-pilihan besar seperti diatas, apa yang kita akan buat? Berfikir sedalam-dalamnya dan terus buat keputusan? Bertanya pendapat mereka yang terdekat dengan kita? Jika kita bernasib baik, mereka akan memberikan pendapat dengan jujur dan berhemah. Maksudnya mereka akan menyatakan pros and cons atas setiap pilihan kita itu, tetapi dengan cara berlemah-lembut. Tidak mencederakan emosi kita apabila mendengarnya. Tidak terus menuturkan kata-kata berikut walaupun niat mereka baik sebenarnya seperti, 
   "You dah buat keputusan yang salah!!!" dan seumpamanya. 

Mungkin, ada baiknya jika mereka berkata seperti, 
    "You dah pertimbangkan semua faktor masa buat keputusan ini?"

Harus diingat, dimana-mana sahaja terdapat mereka-mereka yang ghairah untuk menyatakan pendapat mereka tetapi dalam masa yang sama kurang peka kepada emosi dan psikologi pihak pendengar. Bukanlah sensitif tetapi tidak salah jika kita menjadi manusia yang prihatin dengan emosi dan psikologi manusia lain disekeliling kita. Intonasi dan pemilihan perkataan memainkan kesan yang besar kepada si pendengar. 

Disebabkan kita lebih ghairah untuk bertanya pendapat diri sendiri dan juga orang lain, ada kalanya kita terlupa untuk tanya pendapat Yang Maha Perancang. Ya, sebagai seorang Muslim, kita sepatutnya lebih mengharapkan pendapat dari Yang Maha Perancang kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Benda yang kita suka tak semestinya terbaik untuk kita. Benda yang kita tak suka pula tak semestinya tak baik untuk kita. Jadi, dalam berhadapan dengan pilihan-pilihan ini, sebaik-baiknya luangkan masa untuk kita bermunajat dan mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. Yakinlah, Dia Maha Mengetahui segalanya. 

Alangkah beruntung mereka yang mampu untuk bangun di tengah malam dan beribadah kepada-Nya, mohon petunjuk untuk mereka membuat keputusan yang terbaik atas setiap persoalan yang dihadapi. Semoga, kita juga menjadi salah seorang yang beruntung itu. Aaminn...

Tuesday, February 10, 2015

Perjalananku Hari Ini

Hari Selasa yang bertuah ini, pukul 2 a.m. Patung Beruang dah terjaga. Pusing kiri pusing kanan, peluk Bibi cium Bibi, akhirnya pukul 2.30 a.m. Patung Beruang bangun dan terus mandi. What?? Mandi pukul 2.30 a.m.?? Biar betik.. hehehe. Jeng jeng jeng. Sebenarnya, Patung Beruang ada misi penting pagi ini.

Lepas mandi dan bersiap ala kadar, Patung Beruang menunaikan solat sunat Tahajjud dan Hajat. Ya, dalam waktu-waktu begini, dalam keadaan Patung Beruang sekarang, Patung Beruang tiada tempat nak mengadu dan bercerita selain dari Yang Maha Esa. Betullah kata ahli bijak pandai, "Jika kita nak dengar apa yang Allah katakan pada kita, bacalah Al-Quran. Tetapi, jika kita pula yang hendak berkata-kata dengan Allah SWT, dirikanlah solat."

Sepanjang hidup selama 32 tahun ini, jujur Patung Beruang katakan, pada tahun 2015 ini lah Patung Beruang mula mengenali bangun di tengah malam @ sepertiga malam, berbicara dengan Dia Yang Maha Mendengar, melalui solat sunat Tahajjud, Hajat dan Taubat. 

Pertama kali melakukannya, hadir satu perasaan indah dan manis didalam hati dan jiwa ini. Walaupun penat dan mengantuk, ditambah dengan gangguan-gangguan lain seperti teringat perkara-perkara duniawi @ perasaan seram sejuk tiba-tiba (lebih tepat lagi goosebump- rasa mcm ada makhluk lain disamping) yg hadir ketika sedang bersolat, Patung Beruang tetap berusaha untuk melaksanakan solat-solat tersebut sehabis baik. 

Dan jika Patung Beruang sengaja meninggalkannya untuk beberapa malam, Allah SWT akan hadirkan satu perasaan rindu dlm hati ini utk bangun dan bersolat. Perasaan rindu tersebut terlalu mendalam & membuatkan Patung Beruang seperti terasa-rasa kemanisan melaksanakan ibadah tersebut. Rindu pada Sang Kekasih. Rindu utk meluahkan segala apa yg terbuku di hati & minda ini. Rindu utk berdua-duaan bersama-Nya. Wahai Kekasih Yg Agung, aku percaya & yakin setulusnya dengan janji-Mu. Jika aku berbicara dengan-Mu lewat sepertiga malam, Engkau akan menunaikan segala impianku. Jika aku mohon keampunan dari-Mu, Engkau akan ampunkan. Dan kepercayaan & keyakinanku inilah yg menjadi kekuatan bagiku utk bangkit menghadap-Mu.

Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 a.m. Dan Patung Beruang baru selesai Solat Hajat. Keinginan untuk melaksanakan Solat Taubat terpaksa Patung Beruang pendamkan kerana Patung Beruang perlu bersiap sekarang.

Setelah bersiap & memastikan segalanya sempurna, tepat pukul 4 a.m., Patung Beruang melangkah keluar rumah, menuju ke Putrajaya Sentral. Pagi yg dingin, lengang, senyap dan sunyi, benar-benar menenangkan hati ini. 

Pemanduan Patung Beruang ke Putrajaya Sentral berjalan lancar, slow & steady, tanpa perlu menekan pedal minyak hingga cecah ke lantai. Sepanjang perjalanan, Patung Beruang berdoa pada Yang Maha Esa, agar perjalanan ini dilindungi & dipermudahkan, segala urusan dilancarkan, matlamat perjalanan ini tercapai, dan tidak lupa juga agar dilindungi insan-insan & harta benda yg Patung Beruang tinggalkan.

Jarak antara rumah & Putrajaya Sentral hanyalah beberapa km. Alhamdulillah, Patung Beruang selamat sampai pada pukul 4.20 a.m.

Setelah menyentuh kad Touch N Go, teruslah Patung Beruang turun tangga menuju platform menunggu ERL. Harap-harap train ERL yg pertama utk hari ini, yg sepatutnya sampai pada pukul 4.52 a.m. tidak mengecewakan Patung Beruang.

Perjalan ke airport selama 20 minit menggunakan ERL langsung tidak terasa. Sampai di airport, Patung Beruang terkesima sebentar melihatkan ramainya manusia disana sedangkan jam pada waktu itu baru pukul 5.15 a.m. 

Selepas check-in, dpt boarding pass dan selesainya pemeriksaan kastam, Patung Beruang duduk di lounge menunggu utk boarding. Alhamdulillah, tepat jam 6.30 a.m., Patung Beruang dah selamat berada didalam perut pesawat.

Perjalanan kali ini memberi 1001 perasaan dan pengalaman. Bersendirian di awan biru walaupun dikelilingi ramai penumpang dlm pesawat, menikmati indahnya alam ciptaan yg Maha Esa di atas sana, dan menginsafi betapa kerdil dan lemahnya diri ini.

Dan sekarang, pada pukul 2.10 p.m., Patung Beruang telah sampai ke destinasi. Jauh dari rumah dan keluarga, tempat baru dan asing, bersendirian mengisi perut sambil memerhati gelagat manusia di sekitar ini. Bagaimanakah keadaan pada hari esok? Moga Allah SWT permudahkan perjalanan ini. Aaminn..

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...