Thursday, July 30, 2015

Nilai RM30 itu....

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan pengumuman dari Perdana Menteri berkenaan rombakan kabinet Malaysia. Macam-macam komen yang diterima. Ada yang bersetuju, ada juga yang tidak bersetuju. 

Untuk mereka-mereka yang dilantik memegang jawatan, tahniah diucapkan. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan, dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Bagi mereka-mereka yang terkeluar, jangan bersedih. Ia bukan pengakhiran untuk kalian. Ingatlah bahawa kalian masih mampu untuk membantu masyarakat diluar sana. 

Rata-rata bercerita tentang kemelut 1MDB sebagai punca sebenar rombakan tersebut. Hm.. entahlah.. sebagai pemerhati senyap sama seperti orang lain, Patung Beruang rasa lebih baik kita senyap dan perhatikan saja apa yang akan berlaku selepas ini.

Masa Hari Raya hari tu, ada beberapa orang ahli keluarga Patung Beruang sibuk bertanya tentang 1MDB. Hm.. rasa kelakar pun ada. Yelah, dah lah jumpa setahun sekali. Baru je duduk di sofa, belum sempat bertanya khabar, mereka dah tanya soalan, "Apa sebenarnya kisah 1MDB tu? Cuba Liana cerita sket kat Acik ni.." Adoi... sabar je lah kan?

Apa yang Patung Beruang cerita pada mereka??? Rahsia, heheheh.. 

Pada pendapat Patung Beruang, ketika suasana dimana semua ahli keluarga berkumpul, lupakan lah sebentar hal-hal ekonomi, tentang cerah dan muramnya pasaran saham, tentang kejatuhan Ringgit, tentang harga minyak, tentang IPO Malakoff yang biasa-biasa je performance nya, tentang harga komoditi dunia yang semakin jatuh, kejatuhan mata wang Brazil yang terburuk dalam sejarah 10 tahunnya , kejatuhan Rupee India yang juga terburuk dalam rekod 17 tahun mereka (of course lah kan,  bila America tak nak beli barang, sure kilang-kilang di India, China dan Vietnam akan berhenti operasinya) dan macam-macam lagi.

Apa kata time-time macam ini lah kita buka cerita tentang kehidupan kita, tentang kisah zaman kanak-kanak dulu, tentang kuih raya yang kita tak jumpa lagi sekarang, atau mungkin juga tentang mereka-mereka diluar sana yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan kita. 

Namun, disaat kita sedang bergembira, berbual dengan sanak-saudara, dihidangkan dengan berbagai-bagai juadah lauk-pauk, ayam, daging semua diatas meja, sedarkah kita, ada seorang wanita berbangsa Melayu, beragama Islam, umur lingkungan 40-50an, tekun bekerja dirumah orang, mengemas dapur dan mencuci pinggan mangkuk yang penuh disinki, tanpa mengenal lelah.

Apabila ditanya, mengapa bekerja di rumah orang pada Hari Raya ini, jawapannya cuma, 

"Nak cari duit untuk beli makanan untuk anak-anak. Raya atau tidak sama je. Yang penting, anak-anak tidak kelaparan."

Dan berapa pula bayaran yang diterimanya atas kerja-kerja tersebut? Hanya RM30 untuk 1 rumah. Ye, RM30 sahaja...  

Wanita ini boleh jadi orang yang kita kenal, jiran tetangga kita, sahabat kita, ahli keluarga kita atau sesiapa sahaja. Jangan pula ditanya mana pergi suaminya?? Tak sampai hati untuk bertanya. Mungkin, suaminya terlantar sakit di hospital, atau mungkin sudah meninggal dunia, atau mungkin sudah bercerai dan 1001 kemungkinan lagi. Logiknya, jika beliau sanggup bekerja dirumah orang pada Hari Raya pertama demi mencari rezeki halal, pasti ada cerita disebaliknya. 
 
Mungkin bagi sesetengah orang, RM30 itu rendah nilainya. Ialah, RM30 itu hanyalah harga makan malam untuk seorang (diulang, SEORANG) di sebuah restoran ternama yang terletak di pusat membeli-belah. 


Tetapi, bagi wanita ini dan ramai lagi insan diluar sana, RM30 itu sangat besar nilainya. Ia mungkin perbelanjaan makan harian untuk 1 keluarga. Malah mungkin juga ia adalah perbelanjaan makan untuk 1 minggu. Tidak mustahil kan?? 

Kesusahan semakin dekat dengan masyarakat sekarang ini. Bukan setakat di kampung-kampung, tetapi juga dibandar dan kota metropolitan ini. Tidak percaya ke? Bukalah mata dan mata hati kita, tajamkan pendengaran kita, teliti lah persekitaran kita. Pasti kita akan lihat insan-insan yang boleh kita bantu. 

Jangan pula kita cakap, pendatang asing boleh hidup mewah, kenapa rakyat tempatan tak boleh? Jangan samakan situasi mereka. Setiap orang ada cerita mereka yang tersendiri. 

Juga, berhentilah berkata-kata, mana pergi YB? Apa kerajaan buat selama ini? Ini semua salah pemerintah. Kalau undi si polan, si polan, pasti masalah ini tak kan timbul... 

Please!!!! Please stop blaming others and giving excuses. There is no time for that anymore. We should be a doer. Do something, do whatever that we can to help. Mungkin ia nampak kecil pada kita, tapi besar maknanya pada mereka yang menerimanya. 

For me, there is no harm to take a baby steps. Start tolong orang yang hampir dengan kita. We do not need to be a politician to become a hero. In fact, dalam movie pun Superman dan Spiderman bukanlah politician, right? hehe.. 

But, if you have chance to become a politician, please... please look on the society. There are so many unlucky people outside there, they can be our generation and also future generation. As a politician cum a leader (in society), you have a huge responsibility that you need to fulfill the level best of you. Remember, di Akhirat kelak, Allah akan tanyakan apa yang kita dah buat sebagai pemimpin. So, be prepared to face our Creator. 

Patung Beruang realised that this year Raya quite different from previous. I don't know why. Maybe because too many sad stories, uncomfortable moments etc. For me, I just remember Raya when duduk minta maaf dengan parents and siblings, spend precious moments with my lovely families, cousins, nieces and nephews. That's all. Ya, it's just a few hours only. After that, things going back to normal. We back to reality, we have a lot of responsibilities, tasks and others. 

Eventually, tak semua orang beruntung seperti kita. So, if we have chance to help others, please do so. Stop talking and be a doer. 
Bye and good night everyone....   

Monday, July 27, 2015

Book Review: Totto-Chan, The Little Girl At The Window


Tajuk:  Totto-Chan, The Little Girl At The Window

Penulis:  Tetsuko Kuroyanagi

Penterjemah: Dorothy Britton

Ceritanya Patung Beruang:

Selamat Hari Raya... Hari ini dah masuk 11 Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Hm... Masa before Raya hari tu, Patung Beruang Skype dengan NoorJay. Asalnya kami hanya bercerita tentang kerja. Although NoorJay is a Project Management person, but I strongly admit that we have same wavelength especially when comes to Audit and Project. Suddenly, our conversation melarat to what books that had inspired us. Patung Beruang recommended Tuesdays With Morrie (one of my favorite masterpiece) , and she introduced to me Totto-Chan, sebuah karya hebat dari Jepun yang diterbitkan pada tahun 1981 (Patung Beruang pun belum lahir lagi masa ini, huhuhu)

NoorJay siap forward file Totto-Chan versi Indonesia through Skype lagi, hehehe.. Thanks a lot dear :)

After reading a few paragraph, Patung Beruang feel a bit difficult to jump into the story. Maybe because of the language. Although Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia tidaklah terlalu jauh berbeza, still Patung Beruang tak boleh nak menjiwainya..

So, Patung Beruang decide untuk cari novel ini tetapi versi Bahasa Inggeris. Puaslah Patung Beruang check di Internet kalau-kalau buku ini ada dijual di MPH, BookXcess, Popular atau mana-mana kedai buku di Malaysia. Sayangnya, tak de, huhu.. Patung Beruang surf di eBay dan Amazon, yup ada English version and also original version i.e. Japanese. Hm.. kalau beli di eBay atau Amazon, sure akan amik masa berhari-hari atau mungkin berminggu-minggu untuk buku tersebut sampai ke tangan Patung Beruang. Lambatnya... sedangkan hati ini dah tak sabar-sabar nak mengembara bersama Totto-Chan. Adoi... Macam mana ni?? Patung Beruang keep on searching and eventually I met ebook Totto-Chan, English version. Wah, gembiranya and apalagi, teruslah download. Dah bermula lah pengembaraan Patung Beruang bersama Totto-Chan... Let's start the journey....

Totto-Chan, What An Amazing Journey.... :

Totto-Chan, The Little Girl At The Window adalah pengalaman sebenar Tetsuko Kuroyanagi ketika beliau melalui zaman kanak-kanaknya. Totto-Chan adalah nama manja untuk Tetsuko. 

Totto-Chan baru sahaja memulakan alam persekolahannya. Namun, baru seminggu bersekolah, guru kelasnya datang berjumpa ibu Totto-Chan dan meminta Totto-Chan dipindahkan ke sekolah lain. Alasannya, Totto-Chan tidak boleh menumpukan perhatian didalam kelas dan tingkah-lakunya sering mengganggu proses pembelajaran disekolah. 

Totto-Chan bukanlah seorang budak perempuan yang nakal. Malah, dia sebenarnya adalah seorang budak yang bijak. Cuma, sifat semulajadi kanak-kanak, Totto-Chan sentiasa mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi dan tidak pernah ada rasa takut. Dan sifat ingin tahu ini lah yang membuatkan Totto-Chan tidak boleh duduk diam ketika didalam kelas kerana perhatiannya seringkali terganggu dengan apa yang berlaku diluar kelasnya.

Ibu Totto-Chan akhirnya mendaftarkan beliau ke sekolah lain iaitu Tomoe Gakuen. Tomoe adalah sebuah sekolah persendirian yang diketuai oleh guru besar bernama Sosaku Kobayashi. Mr. Kobayashi adalah seorang pendidik yang telah lama membuat kajian mengenai perkembangan kanak-kanak. Beliau menyedari bahawa tidak semua kanak-kanak sesuai atau serasi dengan sistem persekolahn conventional yang ada di Jepun.

Oleh itu, selepas mendapat kebenaran dari pihak berkuasa di Jepun, Mr. Kobayashi mewujudkan Tomoe bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang luarbiasa untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya dan dalam masa yang sama mengasah kemahiran mereka, melatih survival skills serta menerapkan nilai-nilai murni didalam diri kanak-kanak tersebut. Yang menariknya, Tomoe menggunakan gerabak kereta api lama sebagai bilik darjah mereka. Ia sangat berbeza dengan bangunan sekolah lain yang ada di Jepun pada masa itu. 

Maka, bermulalah kehidupan Totto-Chan sebagai pelajar Tomoe. 

Di Tomoe, antara sahabat yang paling rapat dan meninggalkan kesan pada Totto-Chan adalah Yasuaki Yamamoto, seorang budak lelaki yang mengidap Polio. Dan itu adalah pertama kali Totto-Chan melihat keadaan seorang pesakit Polio yang jari-jari mereka seakan bercantum dan mereka sukar bergerak aktif seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Ada 2 babak yang melibatkan Yasuaki dan Totto-Chan yang sangat menyentuh hati Patung Beruang:


  • Setiap pelajar di Tomoe ada pokok kegemaran masing-masing. Dimana, pelajar-pelajar ini akan memanjat pokok-pokok tersebut ketika lapang atau rehat, dan duduk bersantai diatas dahan-dahan yang ada, sambil meneliti pemandangan di sekitar. Dan jika pelajar tersebut berminat untuk memanjat pokok kepunyaan pelajar lain, mereka mestilah meminta izin pelajar yang memiliki pokok tersebut sebelum mereka boleh memanjatnya. Totto-Chan juga ada pokok kegemarannya sendiri. Pokoknya terletak dipadang, bersebelahan dengan pagar dan bersebelahan dengan jalan yang menghala ke Kuhonbutsu. Pokok ini sangat besar dan sangat licin untuk dipanjat. Namun, ia tetap mampu dipanjat jika kena dengan skillnya, dan biasanya Totto-Chan mampu panjat dan duduk didahan setinggi 6 kaki dari atas tanah. Disebabkan keadaan Yasuaki yang tidak seperti kanak-kanak yang lain, dia tidak ada pokok kegemarannya. Dan Yasuaki juga tidak pernah memanjat pokok. Dia hanya mampu melihat rakan-rakannya memanjat dan duduk diatas dahan sedangkan dirinya masih lagi berdiri diatas tanah. Maka Totto-Chan berazam untuk membawa Yasuaki memanjat pokoknya. Dan pada satu hari, selepas waktu persekolahan, Totto-Chan dan Yasuaki mulalah pergi ke padang dengan misi memanjat pokok Totto-Chan. Bayangkanlah, bagaimana seorang budak yang mengidap Polio berusaha memanjat pokok, pasti sukar bukan?? Melihat kesukaran Yasuaki, Totto-Chan berlari semula ke sekolah untuk mencari tangga. Dan akhirnya, dengan menggunakan tangga dan juga bantuan dari Totto-Chan, setelah bersusah payah dan hampir jatuh, Yasuaki berjaya juga memanjat pokok tersebut dan duduk di dahannya. Seumur hidupnya, Yasuaki tidak pernah membayangkan kejayaannya ini.  
  • Pada masa itu, penyakit Polio masih tiada penawarnya. Oleh itu, walaupun Yasuaki masih pergi sekolah seperti biasa, tetapi sebenarnya dia hanya menunggu masa untuk meninggalkan dunia ini buat selamanya. Dan pada suatu pagi, Mr. Kobayashi mengumumkan kepada semua pelajar ketika waktu perhimpunan, yang Yasuaki telah meninggal dunia pada pagi itu. Maka, pada hari itu, semua pelajar akan hadir ke majlis pengembumiannya. Ia adalah hari yang menyedihkan buat semua warga Tomoe termasuk Totto-Chan. Babak yang paling menyedihkan Patung Beruang adalah apabila Totto-Chan membisikkan kata-kata selamat tinggal ke telinga Yasuaki yang sudah tidak bernyawa. Kata-katanya sangat jujur, lahir dari ikatan persahabatan yang kukuh dalam jiwa kanak-kanak ini. Benarlah kata orang, kanak-kanak tidak pandai berbohong. Apa yang keluar dari mulut mereka, mencerminkan perasaan dan pemikiran sebenar mereka. 
Tomoe adalah sekolah yang unik. Setiap pelajar bebas untuk memulakan sesi pembelajaran mereka dengan subjek yang mereka suka tanpa perlu mengikut pelajar lain. Maka, dalam satu waktu yang sama dan didalam kelas yang sama, ada pelajar yang sedang membuat latihan matematik, ada pelajar yang sedang belajar sastera dan ada juga pelajar yang tekun membuat ujikaji kimia. Sistem ini menyebabkan para pelajar sentiasa bersemangat untuk hadir ke sekolah kerana mereka sedar setiap hari mereka berpeluang untuk belajar subjek yang mereka suka dengan lebih mendalam. 

Hero sebenar didalam kisah Totto-Chan ini sudah pastilah Mr. Kobayashi. Seorang guru besar yang sangat bijak dan arif dengan psikologi kanak-kanak. Beliau sedar bahawa pendidikan awal kanak-kanak akan membentuk siapa mereka apabila mereka dewasa. Kanak-kanak yang kurang galakan, akan membesar menjadi orang dewasa yang kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, Tomoe menjadi medan untuk kanak-kanak tersebut memupuk sifat yakin pada diri sendiri tanpa mengira keadaan fizikal mereka. 

Selain Yasuaki yang mengidap Polio, Tomoe juga menerima Takahashi, seorang pelajar lelaki yang bijak tetapi fizikalnya kerdil. Pernah, ada satu tahun itu, Mr. Kobayashi menganjurkan acara sukan tahunan Tomoe dimana kesemuanya acaranya memberi kelebihan pada keadaan fizikal Takahashi berbanding pelajar normal yang lain. Kemuncaknya, Takahashi memenangi semua acara yang dipertandingkan pada tahun itu dan ia secara tidak langsung memberi keyakinan kepada dirinya yang beliau juga boleh bersaing dengan kanak-kanak normal yang lain. 

Selain akademik, Mr. Kobayashi juga menerapkan nilai-nilai murni yang lain seperti pentingnya memakan makanan seimbang. Setiap hari, pelajar-pelajar akan membawa bekal makanan ke sekolah. Dan bekal makanan mereka mestilah mengandungi something from the oceans and something from the hills. Dalam kata lain, something from the oceans refers to sea food and something from the hills refers to food from the land such as vegetables, fruits, chicken, beef etc. Dan jika bekal makanan yang dibawa tidak mengandungi salah satu elemen (from oceans or from hills), isteri Mr. Kobayashi akan mencukupkan elemen bekal makanan tersebut dengan masakan beliau sendiri.  

Sebenarnya, ada banyak kisah yang menarik dalam Totto-Chan ini. Kalau ikutkan, rasa macam Patung Beruang nak tulis semua je. Tapi, nanti tak de siapa pula yang baca Totto-Chan lagi kan? 

Honestly, menatap Totto-Chan membawa Patung Beruang mengembara ke zaman dahulu kala di Jepun, ketika sebelum Perang Dunia meletus. Seperti menonton filem, dari 1 babak ke babak yang lain, penceritaan dilakukan dengan jelas dan lancar. Betul kata NoorJay, this book is amazing!!!! Thank you so much dear for recommending this amazing masterpiece. 

p/s: Selesai membaca Totto-Chan ini, Patung Beruang terfikir, kenapa di Malaysia tidak ada karya yang hebat macam ini. Cerita yang simple tapi sangat memberi kesan, bukan sahaja kepada watak-watak dalam cerita itu, tetapi juga kepada pembaca. Tidak hairanlah kalau karya ini telah diterjemahkan ke lebih dari 20 bahasa. 

Thursday, July 16, 2015

Books For Kiddos

Diam tak diam, tinggal sehari sahaja untuk kita berpuasa. Esoknya, In shaa Allah dah raya. Cepatnya masa berlalu.... 

Hari Isnin baru ni, lepas kerja Patung Beruang terus ke Amcorp Mall. Seperti biasalah, destinasi yang dituju sudah pastilah BookXcess. Mula-mula ingat nak drive je dari ofis ke Amcorp. Tapi bila memikirkan yang bulan puasa ni confirm jem tak ingat, Patung Beruang batalkan je lah niat nak naik kereta ke sana.

So, dari ofis Patung Beruang straight terus ke Putrajaya Sentral. Naik ERL terus ke KL Sentral dan sambung pula LRT ke Station Taman Jaya. Senang.. Just keluar duit beberapa belas ringgit, tau2 dah sampai Taman Jaya. Tak penat dan tak stress. 

Ha.. inilah dia buku-buku yang Patung Beruang belikan untuk anak buah Patung Beruang yang 5 orang tu. Comel dan colourful sangat kan? heheh..

3 buah buku yg depan sekali tu untuk si kembar 3 tu yang baru berumur 2 tahun. Buku kulit keras, pictures and colours yg sgt menarik. Memang Patung Beruang pilih buku-buku khas untuk toddlers age macam mereka. Hopefully, si kembar 3 yang comel itu seronok lah mengadap buku-buku ini.

4 buah buku dibelakang tu terdiri dari 2 buah activity books dan 2 story books. Cukuplah untuk kakak dan abang mereka yang berumur lebih kurang 5 - 8 tahun. 

Banyak sangat buku untuk children dan toddlers kat sana. Rambang mata Patung Beruang dibuatnya. Yang kelakarnya awal-awal tu, semua buku yang Patung Beruang pilih ada gambar bear atau cerita pasal bear. Punyalah taksubnya Patung Beruang ni dengan bear sampai nak beli buku pun cari yang ada kena-mengena dengan bear juga. Adoi.... 

Tapi, tiba-tiba Patung Beruang terfikir, nanti anak-anak buah Patung Beruang fikir cuma bear je haiwan yang wujud dalam dunia ini. Heheh.. masak tu.. Ataupun mereka fikir cuma bear je watak yang wujud dalam buku..
Dan mana lah tau, kot-kot mereka tak minat bear, sure mereka tak kan pandang buku-buku ini... Adoi, lagi lah Patung Beruang frust.. 

Selepas tawaf beberapa kali kat section toddlers and children, Patung Beruang pun tukarlah buku-buku tu.. Akhirnya, Patung Beruang pilihlah buku tentang kitten, duck, bee, chicken, pooh dan tractor. Cuma ada 1 je buku tentang bear.. Dah jadi macam KPI pula kan? Mesti nak ada buku pasal bear, hm.... nasiblah..

Seronoknya shopping buku time ni adalah semua buku yang dibeli dari pukul 6 pm -9 pm akan dapat discount 10%. Lepas tu, memandangkan Patung Beruang ada membership card, Patung Beruang dapat lagi tambahan discount 5%. So, total dah 15% cost saving. Alhamdulillah...

Plus, ini kan bulan puasa n hari kerja, jadi BookXcess tu lengang. Selesa sangat untuk belek dan pilih buku-buku. Disebabkan leka sangat dengan buku-buku, sedar-sedar dah pukul 7.15 pm. Lagi 15 minit nak buku puasa. Apa lagi, kelam kabut lah Patung Beruang terus bayar buku-buku tersebut dan bergegas untuk berbuka puasa pula. 

Eventually, Patung Beruang buka puasa je kat KL Sentral. Dengan sebotol juice dan sandwich, semasa tunggu ERL untuk balik Putrajaya Sentral. Jadi lah.. Yang penting misi untuk belikan buku untuk kiddos tercapai.. 

Now, Patung Beruang dah ada di Melaka. Sampai dirumah pukul 10.30 malam tadi. Esok Patung Beruang dah cuti. Hooray..  Ayah cakap Abg Long datang tadi bawa buah tangan. Ayah jemput Abg Long dan family untuk datang rumah kami raya pertama nanti. Hai, tak sabar Patung Beruang nak jumpa anak-anak buah Patung Beruang tu. So kids, this year selain dari duit raya, Aunty Yana hadiahkan books juga untuk uolls ye.. Same tradition as previous year.. 

p/s: Ibu Patung Beruang komen tadi, "Mentang-mentanglah dia suka baca buku, anak orang pun dia suruhnya baca buku juga." 
Dear kiddos, what to do? U all dapat Aunty yang gila dgn books.. So, nasib uolls lah ye.. I just wanna share my interest, hehehe.. 

Saturday, July 11, 2015

Rezeki Dan Ketakutan Kita

Ada 1 kisah benar yang berlaku. Seorang lelaki berumur, yang bakal bersara pada pertengahan tahun hadapan. Isterinya mula berkira-kira bagaimanakah kehidupan mereka sekeluarga selepas ini? Pencen suaminya berjumlah beberapa ratus sahaja. Duit pampasan EPF pula tidak sampai RM60k. Anak-anak mereka yang berjumlah 4 orang, kesemuanya masih belajar lagi. Yang sulung dan no. 2 masih di IPT. Yang ke-3 dan bongsu masih bersekolah menengah dan rendah. Bolehkah mereka sekeluarga hidup selepas si suami bersara? Cukupkah pencen yang beberapa ratus itu untuk memberi makan, pakai dan belanja persekolahan anak-anak. Si isteri pula surirumah sepenuh masa. Mereka berdua tidak mempunyai simpanan pun. Mujurlah rumah yang mereka diami sekeluarga telah habis dibayar. Begitu juga dengan pinjaman kereta, sudah dilangsaikan. Dan si suami atau isteri ini tidak ada hutang apa-apa pun samaada kepada bank atau pun orang persendirian. 

Hari berganti hari, akhirnya tinggallah beberapa minggu sahaja sebelum si suami tamat berkhidmat. Dan semestinya, organisasi tempat suami berkhidmat, tidak berminat untuk menyambung perkhidmatannya walaupun secara kontrak. Si suami sudah berkira-kira untuk memohon lesen teksi juga memohon jawatan pengawal keselamatan. Selain itu, disebabkan si suami ini suka bercucuk tanam, maka sekeliling rumah mereka penuh lah dengan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan seperti bendi, sawi, tomato, terung, cili, ubi dan pisang. Fikir si suami, at least tanaman tersebut boleh juga dijadikan sumber makanan mereka sekeluarga dan jika ada lebih, bolehlah dijual. 

Tiba-tiba, tanpa diduga, seorang hartawan yang amat mengenali pasangan suami isteri ini menawarkan pekerjaan kepada sisuami. Hartawan ini mempunyai sebidang tanah yang besar dikawasan tersebut. Malangnya tanah tersebut terbiar kosong dan tidak diusahakan kerana hartawan dan keluarganya tinggal di bandar besar. Maka, hartawan ini minta agar sisuami ini mengusahakan tanah tersebut. Dan hasil tanaman yang ditanam ditanah tersebut diminta agar dijual bagi menampung kehidupan pasangan ini. 

Maka, bermulalah kehidupan pasangan suami isteri ini sebagai petani. Pelbagai pokok ditanam dari pisang, jambu, mangga, limau, cempadak, nangka sehingga lah tanaman yang simple seperti sayur-sayuran, serai dan daun pandan. Namun, kehidupan petani tidak seindah yang disangka. Tanaman diserang penyakit, diserang virus, cuaca yang tidak menentu dimana kadang-kala panas sehingga kemarau, ataupun hujan sehingga air membanjiri kebun tersebut. Juga dugaan dari manusia-manusia rakus yang sampai hati masuk ke kebun dan mencuri tanaman yang ada. Apabila hasil tanaman dijual kepada peraih, wang yang diperolehi tidak berpadanan dengan titik peluh yang dicurahkan selama ini. Peraih mengambil kesempatan dengan membayar harga yang murah, sedangkan mereka akan menjualnya semula kepada customer dengan harga yang mahal. Timbangan pula ditipu terang-terangan. Adakalanya, tanaman yang elok, dikatanya busuk, maka bayaran akan dikurangkan lagi. Begitulah nasib pasangan suami isteri ini. 

Pasangan suami isteri ini tidak mudah mengalah. Tekad mereka 1 saja, mereka ingin mengusahakan kebun ini sehingga berjaya dimana 1 hari nanti, mereka mampu untuk berkongsi wang ringgit hasil dari kebun ini bersama-sama dengan pemilik asal kebun ini, hartawan tersebut. 

Kini, sudah 8 tahun pasangan suami isteri itu mengusahakan kebun tersebut. Sudah banyak air mata dan keringat yang tumpah. Kebun yang seluas 3 padang bola sepak Stadium Bukit Jalil, kini telah 80% penuh dengan pokok-pokok. Juga terdapat sebuah kolam yang letaknya ditengah kebun, dipenuhi dengan ikan-ikan betuk, puyu dan beberapa ekor kura-kura, sebagai tempat mereka bersantai setelah penat bekerja. Mereka tiada pekerja. Hanya mereka berdua membanting tulang dan kudrat yang semakin dimamah usia. Apabila anak-anak pulang bercuti, anak-anak juga turut serta membantu dikebun. Tatkala orang lain berlumba-lumba bercuti ke sana sini, dalam dan luar negara, mereka tidak ada istilah cuti. Mereka hanya berehat pada hari Jumaat sahaja, untuk memastikan si suami dapat pergi solat Jumaat dengan tenang dan dalam keadaan bersih. Hari lain, mereka akan berada di kebun dari selepas subuh hinggalah ke tengahari. Pulang ke rumah untuk makan dan solat Zuhur. Sesudah solat Asar, mereka kembali ke kebun. Dan pulang sebelum senja. Begitulah rutin kehidupan seharian pasangan suami isteri ini. Bagaimana dengan kehidupan mereka pada masa kini? 

Alhamdulillah, walaupun tiada pendapatan tetap, tetapi rezeki Allah sentiasa ada. Kini, 3 orang anak pasangan itu sudah bekerja dan kesemuanya menjawat jawatan profesional. Malah, anak ke-3 mereka lulusan luar negara. Anak yang bongsu pula sedang menghitung hari untuk terbang ke luar negara pada bulan September ini, bagi melanjutkan pelajaran atas tajaan sebuah badan kerajaan. Pasangan suami isteri ini juga sudah pandai mencari pembeli sendiri bagi menjual hasil tanaman mereka. Pembeli yang lebih jujur dan lebih menghargai nilai tanaman tersebut. Mereka juga sudah mahir dengan teknik pertanian. Tidak malu untuk bertanya dan menimba ilmu, bukan sahaja dari pegawai di Jabatan Pertanian, malah juga dari pengusaha kebun lain serta dari penjual pokok di nursery dan juga penjual baja dan racun serangga. 

Pasangan ini juga mampu membeli sebuah kenderaan 2nd hand dengan bayaran tunai bagi menggantikan kenderaan mereka yang telah sedia uzur. Mereka juga mula mampu untuk mengupah pekerja sambilan sebagai pembantu, dengan upah harian serendah RM50 seorang. Namun, perkara yang paling membanggakan adalah pasangan suami isteri ini mula mempunyai simpanan mereka sendiri, dimana baki simpanan untuk setiap seorang dari mereka berjumlah lebih dari RM20k seorang dan ia semakin bertambah setiap bulan. Kata mereka, simpanan ini adalah untuk kegunaan mereka bagi menunaikan ibadah haji di Mekah, serta untuk menampung kehidupan mereka di hari tua. Malah, jika anak-anak dalam kesusahan, mereka juga sanggup membantu dengan duit simpanan mereka ini. 

Mereka menghargai setiap sen yang diperolehi dan skill pengurusan kewangan mereka semakin mantap. Mereka tidak berhutang. Mereka tidak suka membazir. Hidup seadanya, makan seadanya. Ini kerana mereka sedar betapa susahnya untuk mencari rezeki yang halal. Tetapi mereka suka membantu orang lain. Jika bukan dengan wang ringgit, pasti dengan hasil tanaman mereka. Kata mereka, rezeki yang Allah bagi ini bukan hak mereka sepenuhnya. Rezeki ini mereka kena kongsi bersama.

Mereka yakin dengan janji Allah. Rezeki datang dari Allah tetapi dengan syarat mereka kena berusaha tanpa jemu dan putus asa. Kebergantungan mereka kepada Allah sangat kuat kerana mereka sedar, mereka tiada pendapatan tetap. Hasil tanaman walau dijaga sebaik mungkin, masih lagi terdedah dengan risiko bencana lama, serangan penyakit, kecurian dan penipuan dari peraih atau pembeli, dan 1001 sebab yang boleh menyebabkan hasil tanaman atau jualan mereka berkurangan. 

Si isteri mula sedar, ketakutan yang dialaminya ketika suaminya hampir bersara dulu sebenarnya adalah sesuatu yang normal. Tetapi, ketakutan itu mula hilang sedikit demi sedikit apabila dia dan suaminya menggantungkan harapan sepenuhnya kepada Allah untuk urusan rezeki mereka sekeluarga. Dan Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal mereka, hasilnya amat membanggakan. 

Begitulah 1 kisah benar yang berlaku dihadapan mata Patung Beruang. Kebergantungan kepada Allah yang begitu jitu sekali kerana mereka sedar, sebagai seorang yang bekerja sendiri, rezeki itu tidak tetap. Bukan seperti kita yang makan gaji ini. Kita tahu cukup hujung bulan, tengok saja akaun dalam bank, pasti terlihat gaji kita sudah dimasukkan kedalam akaun oleh majikan kita. Sehingga kita terlupa, Allah yang memberi rezeki kepada kita. Majikan itu hanya pengantara sahaja. Cubalah bayangkan jika tiba-tiba hari ini, organisasi tempat kita bekerja ini diisytiharkan muflis dan tidak lagi mampu membayar gaji pekerja. Apa perasaan kita? Terkapai-kapai lemas memikirkan nasib dihujung bulan?

Berapa ramai juga manusia diluar sana yang sanggup memberi rasuah, sanggup melobi, menabur fitnah, semata-mata untuk memastikan contract dan tender tertentu jadi milik mereka. Mereka beranggapan, pihak yang meluluskan contract dan tender itu lah yang memberi rezeki kepada mereka. Oleh itu, mereka sanggup buat apa sahaja agar pihak yang mempunyai kuasa itu sentiasa berada dipihak mereka. Kerana ketakutan itu lah, mereka lupa Allah yang Maha Pemberi Rezeki...

Book Review: Pemburu Mimpi

Tajuk: Pemburu Mimpi

Penulis: Saleha Hussin

Sinopsis Novel Ini:


Novel Pemburu Mimpi ini membariskan beberapa watak utama seperti Hendon, Hamimah, Hayati, Halina dan Ariff.

Hamimah, adalah anak sulung dari 5 adik beradik. Ibunya, Hendon adalah orang kampung yang bermukim di Negeri Sembilan. Suami Hendon, iaitu Johan adalah seorang anggota polis. Perkahwinan Hendon dan Johan tidak direstui keluarga Johan kerana keluarganya mempunyai calon menantu pilihan iaitu Natijah. 

Johan mengimpikan anak lelaki namun kesemua anaknya bersama dengan Hendon adalah perempuan. Lantas, menggunakan alasan tersebut, Johan bernikah dengan Natijah seperti yang didesak keluarganya selama ini. Namun, Johan gagal berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya. Natijah dilebihkan dengan alasan isteri ke-2 ini berjaya memberi anak lelaki kepadanya. Akhirnya Johan menceraikan Hendon dan terus melupakan tanggungjawabnya sebagai bekas suami dan juga seorang ayah. 

Hendon berhempas pulas membesarkan anak-anaknya seorang diri. Kehidupan serba daif, dan dipandang hina oleh orang sekeliling tidak pernah mematahkan semangat Hamimah dan adik-adiknya untuk berjaya didalam pelajaran. 

Berbelas tahun selepas itu, Hamimah muncul didada-dada akhbar apabila menjadi gadis Melayu pertama yang menerima Ph.D dalam jurusan kejuruteraan elektrik dengan majoring power generation dari University London. Seterusnya, Hamimah atau Dr. Hamimah menjadi tenaga pengajar di salah sebuah universiti tempatan. Dalam masa yg. sama Dr. Hamimah juga berjinak-jinak didalam bidang politik apabila aktif sebagai setiausaha kerja kepada seorang ahli politik. Dr. Hamimah mempunyai cita-cita yang tinggi didalam politik dimana dia berhasrat untuk menaiktaraf kehidupan kaum wanita terutama golongan isteri dan ibu tunggal. Kepahitan hidupnya sejak kecil membuatkan Dr. Hamimah sangat sensitif dengan nasib kaum wanita. Namun, usia politiknya yang masih setahun jagung ditambah dengan wajah jelita dan status bujangnya itu membuatkan Dr. Hamimah sering terdedah dengan fitnah dari orang disekelilingnya. Adakah Dr. Hamimah akan berjaya didalam mencapai cita-cita politiknya atau nekad untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang akademik? 

Adik-adik Dr. Hamimah yang lain juga berjaya mengikut jejak langkahnya untuk cemerlang didalam akademik dan kerjaya. Hayati, adik keduanya berjaya memperolehi kelulusan professional didalam bidang kejuruteraan serta mempunyai Sarjana dalam Marine Engineering, dari luar negara. Hayati berkhidmat di Azmi, Chan dan Abu Bakar Consultant Firm. Disana, Ariff pelanggan utama mereka telah jatuh hati dengan Hayati dan berusaha keras untuk memilikinya. Namun, pengalaman hidup Hayati yang pahit melihat kehancuran rumahtangga ibu bapanya, membesar didalam keadaan daif ditambah pula dengan latar belakang Ariff, seorang tokoh korporat muda yang berjaya dan disegani, lahir dari keluarga ternama membuatkan Hayati ragu-ragu untuk menerima Ariff didalam hidupnya. Dalam masa yang sama, Razak, seorang jurutera di Firma yang sama juga menyimpan perasaan kepada Hayati. Namun, tidak pernah dibalas oleh Hayati kerana dia menganggap Razak hanya sebagai rakan sekerja. Menjadi seorang perempuan didalam dunia kejuruteraan yang dimonopoli oleh lelaki memberi laluan yang sukar buat Hayati. Hayati mengimpikan diberi projek-projek yang mencabar sesuai dengan ilmu dan kelulusannya. Adakah Ariff dapat menyakinkan Hayati lantas membuatkan Hayati mampu menerimanya ataupun Hayati berjaya direbut oleh Razak? Adakah Hayati akan diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya didalam dunia kejuruteraan ataupun dia hanya tersekat sebagai engineer biasa yang banyak menghabiskan masa di pejabat? 

Halina, gadis lulusan luar negara yang bergelar professional accountant. Halina berkerja di Bank Negara dan sedang menghitung hari untuk bernikah dengan Zambri, lelaki yang dikenalinya semenjak diluar negara lagi. Luaran seperti gadis alim dan bersopan santun, tetapi dalam hatinya menyimpan perasaan marah dan benci kepada ibunya sendiri, Hendon.  Halina menyalahkan Hendon diatas perceraianan Hendon dan Johan. Halina juga merasakan yang Hendon tidak pernah menyayanginya kerana Halina diserahkan kepada Cikgu Amin, adik bongsu Hendon untuk dijaga dan dibesarkan. Halina tidak pernah merasakan suasana kemiskinan dan kedaifan yang ditanggung oleh kakak-kakaknya, Hamimah dan Hayati, serta adik-adiknya iaitu Haliza dan Hadidah.

Halina akhirnya bernikah dengan Zambri, lantas berhenti dari Bank Negara. Zambri seorang guru disekolah kerajaan, namun akhirnya berhenti kerja untuk aktif didalam kegiatan dakwahnya. Perkahwinan mereka tidak membuahkan zuriat, dan Zambri menikahi Siti Atikah, seorang gadis awal 20-an. Bermulalah kehidupan Halina sebagai isteri yang bermadu. Walaupun zahirnya Zambri kelihatan seorang yang alim, namun hakikatnya Zambri bukanlah suami yang baik. Tidak berlaku adil, tidak bertanggungjawab dan menyeksa mental dan psikologi isteri-isterinya. Adakah Halina bahagia dengan pilihannya atau masih ada harapan untuk Halina keluar dari kepompong dunia yang bertopengkan Islam semata-mata demi memuaskan nafsu golongan lelaki didalam dunia tersebut? Adakah Hamimah dan Hayati akan membuat tindakan drastik untuk menyelamatkan Halina? Dapatkan Halina memaafkan Hendon atas segala apa yang berlaku didalam keluarga mereka? 

Menariknya Novel Ini:
Novel ini Patung Beruang beli 2 tahun lepas ketika Pesta Buku Antarabangsa KL, di PWTC. Karya yang mempunyai 1,425  muka surat ini, terlalu tebal untuk sebuah novel Melayu. Oleh sebab tu, selama 2 tahun novel ini elok je duduk di rak buku dalam bilik Patung Beruang ni, hehe.. Cuma masa awal Ramadhan hari tu, barulah Patung Beruang nekad untuk membacanya. 

Novel ini diterbitkan pada tahun 2005 dan mengambil latar belakang tahun 90-an sehingga awal 2000. 

Oleh kerana watak utamanya lebih dari seorang, novel ini banyak ceritanya. Namun, Saleha Hussin seorang penulis yang bijak. Beliau bijak menyusun semua cerita didalam novel ini agar ia mudah difahami, lompat dari satu watak ke satu watak dengan lancar, dan sentiasa memberi kejutan kepada pembaca. 

Kesusahan hidup Hendon dan anak-anaknya berjaya memberi emosi sedih kepada pembaca. Namun kekuatan semangat juang mereka membangkitkan rasa kagum pembaca kepada mereka anak-beranak. Novel ini juga kuat disokong oleh watak-watak sampingan yang memberi rencah kepada setiap cerita. Kelancangan mulut Natijah dan sifat pengecut Johan, membuatkan kita rasa benci dan marah dengan 2 watak ini. Turut diselitkan watak ayah Ariff, iaitu Tan Sri Dato' Yaacob, tokoh korporat ternama tetapi sangat baik hati dan suka mendekatkan diri dengan agama. Amat berbeza dengan isterinya, Pn Sri Datin Faridah Khalidah, wanita elegan tetapi sangat mementingkan status sehingga tergamak menghancurkan kebahagiaan anaknya sendiri dan beliau diibaratkan seperti silent killer didalam novel ini. 

Kesimpulannya, ternyata novel ini sangat sedap dan penuh dengan kejutan. Patung Beruang hanya amik masa 4 hari je untuk habiskan keseluruhan novel ini. Pernah pada satu malam tu, Patung Beruang tengah tido dan tiba-tiba terjaga pada pukul 3 pagi. Puas lah pujuk mata ini untuk lelap semula tapi tak berjaya. Akhirnya, Patung Beruang bangun dan sambung baca novel ini. Sambil baca, sambil tu juga lah makan dan minum, konon-kononnya bersahur lah. Akhirnya, sampai pukul 6 pagi Patung Beruang mengadap novel ini. Lepas Subuh, mata memang sangat berat, tapi tak mampu nak tido. Akhirnya, terus lah bersiap untuk pergi ofis. Kesudahannya sepanjang hari Patung Beruang rasa mengantuk, sakit kepala sebab tak cukup tido, adoiii.... Tapi bila dah habis baca, rasa lega sangat.. Lepas ni, bila terjaga lagi pukul 3 pagi, boleh lah buat solat tahajud atau solat taubat.. Ia lebih baik untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan ini kan?  :)

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...