Saturday, September 26, 2015

Au Revoir, Iman...

Rabu, 20 September 1995, lahir seorang baby boy di Hospital Pakar Sultan Ismail. Dan keesokan harinya barulah Patung Beruang berkesempatan untuk berjumpa dengan baby boy ini. 

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, baby ini membesar dengan dikelilingi oleh insan-insan yang memang telah lama menanti kehadirannya. Ibu, ayah, abang dan 2 orang kakak yang sentiasa menjaga dan menyayanginya dengan sepenuh hati. 

Tahun 2000, baby boy mula bersekolah tadika. Ibu ayah daftarkan dia di Tadika Cina yang berdekatan dengan rumah. Setiap pagi dan tengahari, tanpa jemu ibu dan baby boy berjalan kaki pergi dan pulang dari tadika. Setiap hari mesti ada banyak homework. Kadang-kadang bila baby boy bosan dengan homework yang sama sahaja, ibu atau abang atau kakak lah yang kena tolong siapkan homework dia. Suatu hari, Teacher berpesan didalam kelas.

"Murid-murid kena buat homework sendiri. Ibu ayah atau kakak abang tidak boleh buatkan homework untuk murid-murid." 

Hari tu, baby boy pulang ke rumah dengan membawa pesanan dari Teacher tersebut. Kami hanya tersenyum. What else can we say? 

Pada tahun 2002, baby boy mula melangkah ke Darjah 1. Baru beberapa bulan bersekolah di Johor Bahru, baby boy terpaksa berpindah sekolah di Melaka sebab mengikut keluarga yang berpindah. Pada masa ini, tiada lagi nama "baby" atau "boy". Cukup sekadar panggilan "Adik" atau "Iman". 

Sekolah Iman masih lagi dekat dengan rumah. Jika naik kereta tak sampai 5 minit pun. Selepas UPSR, Iman diterima masuk ke boarding school. Nama je boarding school. Tapi, again jarak sekolah dengan rumah terlalu dekat, hanya 5-10 minit sahaja. Setiap minggu, pasti ibu ayah akan naik bukit MOZAC. Bersekolah di MOZAC ini boleh dikatakan seperti meneruskan tradisi keluarga. Bermula dari mak usu, sampai lah abang-abang sepupu yang lain, semuanya produk MOZAC. Punyalah banyak boarding school kat Malaysia ni, MOZAC juga yang dihantar oleh Kementerian, hehe.. 

Ketika di MOZAC, Iman dah mula berkira-kira nak amik course apa ketika di universiti nanti. Nak amik accountancy macam Kakak ke, atau nak amik mechanical engineering macam Abang, atau nak amik medic macam Kak Chik? Hm.. bosannya.. Cubalah lari sket dari tipikal profesional course. Buatlah law ke, architecture ke, actuarial science ke.. kan banyak lagi pilihan. 

Habis je SPM, Iman sambung dengan A Level. Again, kami 4 beradik ni sentiasa mempunyai laluan yang berbeza. Kakak dulu lepas SPM, terus amik Matriculation, then baru sambung degree. Abang pula, masuk Foundation for 1 year and then continue dengan degree. Kak Chik pula amik International Baccalaureate (IB) then baru sambung degree Medic. It is good when we choose different path. At least we experienced several routes and if people looking an opinion on where to go after SPM, we can share ours. 

11 August 2015, result A Level pun keluar. Semua orang berdebar-debar. Alhamdulillah, u got perfect score. And now, the next question is, where is your next destination? Dalam keadaan RM yang mula jatuh, do you have chance to go abroad? 

25 September 2015, umur Iman genap 20 tahun 5 hari. Sekejapnya masa berlalu. Baby boy yang menjadi buah hati kami, akhirnya pergi untuk berjuang. This is your future. We cannot stop you, my dear.

Iman, thanks for being such a lovely and awesome sweetheart to us. 20 years is just a blink of eyes. I still remember a lovely baby boy that I used to kiss and hug every day and now this baby boy is definitely taller and bigger than me. 

Although we always a kind of pampered you, but you never let us down. You always know that at this age, what is your priority? What is your responsibility to Allah, to us as your family and the most important is to yourself? 

Iman, this is the path that you decided earlier. So, just go and face it. It's a time for you to see the world in a bigger picture. For you to learn, not just academic but also how to survive in this cruel life. 

Whenever you feel weak during this journey, just remember Allah. Because, He will give strength to you to continue this journey. Whenever you feel lonely in that alien world, just remember Allah. The loneliness will fade because He never leave you alone. Whenever you feel obscure, just ask guidance from Allah. He always knows what is the best for you. Allah loves you so much, dear. 

Finally.... just remember that no matter who you are, whether good or bad, rain or shine, you are one and only our Iman and will always be our Iman.... 

             We love you so much.. and....

              Au Revoir, Iman... 


p/s: Just a few hours after our last meeting and now I started missing you. How I wish I could stop the time. 

Thursday, September 24, 2015

Book Review: Syed Mokhtar Albukhary A Biography

Tajuk: Syed Mokhtar Albukhary A Biography

Penulis: Premilla Mohanlall

Ceritanya Patung Beruang: 

Ini adalah buku terbaru yang Patung Beruang selesaikan pembacaannya. Sebenarya Patung berjaya habiskan buku ini pada malam kelmarin. Tetapi disebabkan masa tu dah lewat malam, jadi Patung Beruang tundakan dulu niat untuk update dalam blog ini. Sekarang ini lah baru berpeluang duduk dan menulis dengan amannya, Alhamdulillah :)

Menariknya Buku Ini:
Membaca buah tangan Premilla Mohanlall ini ibarat menonton sebuah filem yang mengisahkan kembara hidup Tan Sri Syed Mokhtar dari zaman kanak-kanaknya, zaman remaja dan pengembaraannya didalam dunia perniagaan dan dunia korporat sehinggalah beliau menjadi tokoh korporat tersohor pada masa kini. 

Buku ini mengandungi 12 bab dimana Bab 1: Growing Pains membawa pembaca kepada kehidupan Tan Sri ketika zaman kanak-kanak di Alor Setar, Kedah. Beliau dibesarkan dalam sebuah rumah kampung, dikawasan kejiranan miskin bandar (poor urban neigbourhood), berkawan dengan pelbagai bangsa. Beliau kerap kali melihat kehidupan golongan elit dan orang British kerana rumahnya yang berdekatan dengan Kedah Club. Pada tahun 1960, Tan Sri berpindah ke Johor Bahru, mengikut pakciknya, Syed Omar, seorang askar didalam British Army. Tan Sri meneruskan persekolahnya disana. Dan sama seperti rutin pelajar-pelajar lain di Johor, Tan Sri bergelut dengan 2 sistem persekolahan harian dimana waktu pagi adalah masa untuk ke English based school dan waktu petang pula dikehendaki ke pergi ke sekolah agama. 

Setiap hari pasti Tan Sri akan menelefon ibunya, Sharifah Rokiah atau lebih dikenali sebagai Mak Tuan yang berada di Alor Setar. Dan setiap bulan, Tan Sri pasti akan memperuntukkan masa untuk melawat ibunya walau bagaimana sibuk sekali pun beliau. Ketika Hari Raya Aidilfitri, pasti beliau akan membawa isteri dan anak-anaknya pulang ke Alor Setar untuk meraikan Hari Lebaran bersama ibu tersayang. Cara layanan dan penghormatan yang diberikan oleh Tan Sri kepada ibunya adalah selaras dengan tuntutan Islam dimana bagi seorang lelaki, ibu adalah lebih penting dari ayah atau isterinya sendiri. Kehidupan keluarga Tan Sri dan susur-galur keturunannya diceritakan dengan menarik didalam Bab 2: Family First. 

Tan Sri telah lama arif mengenai bakat dan minat beliau yang mendalam didalam dunia perniagaan. Minat dan bakatnya itu turut disedari oleh Haji Rahmat, salah seorang kawan kepada Syed Omar. Maka Haji Rahmat meminta Tan Sri untuk mengikut kata hatinya apatah lagi pada masa itu, minat Tan Sri terhadap dunia akademik dan kehidupan seorang pelajar semakin berkurangan. Berbekalkan sokongan dari Haji Rahmat, pada tahun 1972, Tan Sri menubuhkan sebuah syarikat pengangkutan lori yang diberi nama Syarikat Kenderaan Sentosa. Inilah syarikat pertama yang ditubuhkan Tan Sri, dan ia berkonsep milikan tunggal. Selepas itu, Tan Sri menerima pinjaman kewangan dari MARA untuk membeli lori dari Cycle & Carriage di Kuala Lumpur. Dengan jumlah wang yang ada, Tan Sri hanya mampu membeli 2 unit lori sahaja sedangkan beliau diberikan 4 permit lori. Ini bermakna ada baki lagi 2 permit lori yang tidak digunakan. Tidak lama selepas itu, terdapat ahli perniagaan berbangsa Cina datang dengan menawarkan peluang untuk mereka menggunakan baki 2 permit lori tersebut dengan konsep Ali-Baba. Namun, Tan Sri tidak gelap mata dengan tawaran tersebut. Beliau nekad menolak tawaran tersebut dan menyimpan baki 2 permit lori itu untuk kegunaan syarikat beliau pada masa akan datang. Maka, bermulalah perjalanan Tan Sri didalam dunia perniagaan di Malaysia (Bab 3: Breaking Through).

Selepas mempunyai perniagaan pengangkutan, Tan Sri mengembangkan perniagaan beliau kepada beras iaitu komoditi makanan asas yang paling utama di Malaysia. Dengan pernigaan beras ini, Tan Sri tidak sahaja menyasarkan pasaran di Kedah atau Kuala Lumpur, tetapi Tan Sri juga menyasarkan pasaran di Johor dan Pahang. Setiap 3 bulan, Tan Sri akan travel bersama beberapa pekerjanya, masuk ke kampung-kampung dan pekan-pekan, untuk mempromosi beras keluarannya dan dalam masa yang sama mengukuhkan product chain network. Dan selepas itu, lebih banyak bidang atau cabang perniagaan yang diceburinya seperti gula, pembuatan kasut, garments, hartanah, plantation, automotif, construction, engineering, ports, airport and logistic, as well as utilities. 

Sebenarnya, ada banyak prinsip hidup Tan Sri yang ditonjolkan didalam buku ini. Disebalik his magic touch in corporate world, beliau juga adalah seorang yang sangat penyayang dan mempunyai jiwa yang sensitif. Ini dapat dilihat apabila beliau aktif dalam kerja-kerja kebajikan melalui Yayasan Albukhary serta sentiasa memikirkan nasib bangsa Melayu dan orang Islam. Kebanyakkan orang mula untuk menyumbang kepada masyarakat apabila mereka sudah berada di puncak. Tetapi, berbeza sekali dengan Tan Sri. Tan Sri menyumbang kepada masyarakat bermula ketika beliau tidak ada apa-apa sehinggalah ke tahap berjaya seperti sekarang. Beliau tidak suka menonjolkan diri dan menarik perhatian media. Sebab itu lah, walaupun beliau mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 70-an dan banyak kejayaan yang dikecapinya, nama beliau hanya dikenali pada era 2000. 

Tiada kejayaan yang akan datang bergolek. Berkat usaha keras Tan Sri, sifatnya yang tidak suka membazir atau boros, seorang yang berfikiran panjang, maka terbitlah kejayaan yang sangat membanggakan sebagai seorang anak Melayu, dan juga sebagai seorang Islam. Satu lagi sifat Tan Sri adalah beliau suka mendengar banyak pendapat sebelum membuat satu-satu keputusan. Dari awal beliau menceburkan diri dalam pernigaan, beliau diapit oleh akauntan profesional dan juga peguam bertauliah. Ini bagi memastikan beliau dapat membuat perancangan dan keputusan yang tepat bagi kelangsungan bisnes nya. Benarlah seperti kata Robert T. Kiyosaki, kita perlu ada satu pasukan yang kukuh jika kita nak berjaya didalam dunia perniagaan.

Kesimpulannya, buku ini sangat menarik. Penceritaan dan susunan bab juga menarik. Kita bukan sahaja didedahkan dengan sisi peribadi Tan Sri tetapi cabaran dan asam garam yang Tan Sri hadapi didalam dunia perniagaan dan dunia koporat. Turut diselitkan bagaimana Tan Sri boleh turn around Malaysia Mining Corporation, sebuah korporat yang berusia 100 tahun kepada sebuah konglomerat yang hebat dan diversified iaitu MMC Corporation sekarang, bagaimana sejarah pemilikan PERNAS yang kemudiannya rebranding and re-structure menjadi Tradewinds dan juga konflik yang berlaku antara Tan Sri dan ahli korporat lain serta pemimpin politik sebelum beliau akhinya berjaya memiliki DRB-HICOM. 

Juga bagaimana dengan hubungan Tan Sri dengan ahli perniagaan dan individu berpengaruh dari luar negara, sama ada dari negara Islam atau bukan Islam.

Honestly, buku ini penuh dengan kejutan dan kisah-kisah yang mungkin kita tidak sangka. Tidak hairanlah jika ibu kepada sahabat Patung Beruang asyik ulang baca buku Tan Sri ini berkali-kali. 

Wednesday, September 16, 2015

Keutamaan Yang Kian Dilupakan

Minggu lepas adalah minggu yang menyesakkan buat Patung Beruang. Hampir seminggu tak masuk ofis, so bila kembali semua ke ofis, of course there are a lot of things that I need to settle. 

Sedang bergelut dengan bebanan tugasan yang tidak pernah habis, Patung Beruang sempat curi masa untuk pergi ke Institut Kanser Negara (IKN) selepas waktu kerja pada hari Khamis. Hajat dihati nak keluar pejabat tepat pukul 6 pm dan terus memecut ke IKN. Tapi, baru je keluar dari kawasan pejabat, Patung Beruang dapat panggilan telefon dari seorang sahabat. 

Beliau mengadu tentang masalah kerja dan perancangan kerjayanya dimasa hadapan. Jadi, disebabkan Patung Beruang terpaksa memandu kereta sambil menjadi kaunselor tak bertauliah (Patung Beruang guna handsfree ye, so dua-dua tangan masih boleh pegang stereng, huhu), maka tak dapatlah Patung Beruang nak memecut kereta sekehendak hati. 

Tepat pukul 6.45 pm baru Patung Beruang sampai di lobi IKN. Adoi, waktu melawat tinggal 15 minit sahaja lagi. Patung Beruang pula tidak tahu dimana pesakit ditempatkan, tingkat berapa, wad berapa, bilik nombor berapa. Sempat kah? 

Patung Beruang redah sahaja. Pergi ke lif Blok A, terlihat yang lif hanya pergi ke kawasan pejabat, consultation room dan sebagainya. Kaki pantas melangkah ke Blok B pula, barulah terasa lega apabila melihat senarai wad yang ada disetiap tingkat. 

Tingkat 7 adalah wad untuk pesakit perempuan. Dan Tingkat 8 dan 9 pula adalah untuk pesakit lelaki. Patung Beruang terus pergi ke Tingkat 8, dan mula bertanya dengan nurse samaada pesakit yang Patung Beruang cari, ada atau tidak di tingkat tersebut. Setelah meneliti didalam sistem selama beberapa saat, nurse memaklumkan yang pesakit yang dicari berada di Tingkat 9. 

Tanpa membuang masa, Patung Beruang terus naik ke Tingkat 9 dan rasa lega bila nampak senarai nama pesakit dan bilik mana mereka ditempatkan. Apabila sampai sahaja Patung Beruang di bilik yang dicari, kaki ini terus terpaku dilantai tatkala melihat keadaan si pesakit. Sudah lama kami tidak bersua. Si isteri terperanjat dengan kehadiran Patung Beruang yang tidak diduga. Tubuh Patung Beruang dipeluk sambil beliau menangis. 

Kehadiran Patung Beruang disedari oleh si pesakit. Selepas bertanya khabar selama beberapa saat, si pesakit menutup matanya semula. Dalam keadaan sekarang, beliau hanya bertahan dengan Morphine yang diberi setiap 12 jam as a pain killer. Nothing can do. No chemotherapy, no medicine, no antibiotics. Jadi, disebabkan itu, si pesakit berada didalam keadaan separa sedar. 

Ya Allah, berat sungguh dugaan-Mu buat keluarga ini. 

Patung Beruang tinggalkan bilik tersebut 15 minit selepas itu. Semasa melangkah ke kereta, otak ini ligat berfikir keadaan beliau dan keluarganya. Apa yang boleh Patung Beruang bantu??? Doctor menyatakan yang he is waiting his time. His time to return to our Creator. 

Terdetik dalam hati ini rasa menyesal kerana Patung Beruang lama tidak menziarahi beliau. Kesibukan dengan kerja dan urusan kehidupan membuatkan Patung Beruang terlepas pandang perkara penting seperti menjaga silaturrahim sesama manusia. Dan tatkala Patung Beruang tersedar, keadaan sudah bertukar. Yang sihat sudah menjadi uzur dan yang hidup sudah menemui Pencipta-Nya.

Hari Jumaat, tatkala pulang dari pejabat, rumah Patung Beruang didatangi tetamu. Hanya ibu dan ayah berdua sahaja. Gembira hati ini melihat mereka. Malam itu, kami dinner diluar bersama dengan abang. Dan esok paginya, kami berempat breakfast diluar sebelum ibu ayah berangkat pulang, dan Patung Beruang berdua dengan abang pergi ke Shah Alam pula. 

Di Shah Alam, kami berdua melawat ibu ayah kami yang lagi satu pula, hehe.. Ye, honestly Patung Beruang sering merasakan yang diri ini mempunyai lebih dari 1 couple of parents. Nanti bila Patung Beruang dah kawin, tambah lagi 1 couple pula iaitu Father and Mother In Law pula, hehe.. So end up, I might have 3 or 4 couples of parents, hehe.. 

Masa di Shah Alam, perkara yang paling Patung Beruang realise adalah keceriaan pasangan warga emas ini terutamanya si suami apabila melihat abang. Kami hanya duduk berbual di meja makan sambil makan buah-buahan dan minum kopi. Dan kami berbual pelbagai topik, dari hal kerjaya, pendidikan, isu semasa, ekonomi, politics sampailah ke kehidupan si suami semasa beliau di Belanda dulu. Suasana sama sahaja seperti ibu dan ayah yang sedang berbual dengan sepasang anak lelaki dan perempuan mereka. 

Hampir pukul 12 tengahari, kami berdua mula beransur pulang kerana ada urusan lain yang perlu kami selesaikan. Ternampak riak kesedihan diwajah si suami. Patung Beruang dapat rasakan beliau merindui arwah anak lelakinya yang pergi 16 tahun lepas. Satu-satunya anak lelaki yang beliau ada. Dan oleh kerana wajah abang seiras dengan arwah, berjumpa dan berbual dengan abang dirasakan seperti berinteraksi dengan arwah.   

Ya, this couple are not our biological parents. But, atas dasar peri kemanusiaan juga atas dasar kasih sayang, Patung Beruang dan abang merasa bertanggungjawab untuk seboleh-bolehnya menceriakan hari-hari tua mereka. Walaupun kami tidak mampu untuk berkunjung dengan kerap, mereka sentiasa mempunyai tempat yang istimewa didalam hati kami, seperti ibu dan ayah.

Last 2 weeks, Patung Beruang ditegur oleh Teddy Bear atas sikap Patung Beruang yang sanggup pendekkan cuti bersama keluarga semata-mata melayan urusan kerja. Sentap ke Patung Beruang? Tidak... Betul lah apa yang Teddy Bear tu tegur. Walau macam mana pun kehidupan kita, family is no. 1. Our parents are getting older. Logically, their time to spend with us also getting shorter. So, if we not appreciate all our moments with them, please don't regret once the chances are gone. 

Selepas ditegur oleh Teddy Bear dan pengalaman yang Patung Beruang lalui minggu lepas, buat Patung Beruang lebih nampak yang dalam hidup kita ini, bukan semata-mata untuk bekerja atau mencari dan mengumpul kekayaan. Yang paling penting adalah keluarga dan tali silaturrahim yang terjalin sesama manusia. 

Selepas kita pergi meninggalkan dunia ini, hanya orang yang meletakkan kita didalam hati mereka sahaja yang biasanya tidak akan jemu untuk mendoakan kita atau menitipkan hadiah ayat-ayat suci Al-Quran. 

Dan bagaimana untuk kita sentiasa berada didalam hati mereka? Adakah dengan menghadiahkan wang ringgit ribuan atau jutaan kepada mereka? Atau dengan menghabiskan waktu membina legasi kerjaya atau empayar perniagaan untuk kita wariskan kepada mereka? 

Tidak.... Bukan begitu caranya...

Kita semai dan pupuk ikatan kasih sayang sesama manusia. Sentiasa menjaga silaturrahim. Tidak rugi rasanya jika sesekali kita lupakan sebentar segala urusan kita, dan kita mula luangkan masa dengan mereka. Mereka tidak harapkan wang ringgit kita pun. Cukup sekadar bertanya khabar sambil minum petang bersama. Atau sesekali bersantai window shopping bersama. Atau mungkin menonton tv bersama diwaktu malam. 

Untuk abang, terima kasih sebab pulang ke rumah Patung Beruang hari Jumaat hari tu semata-mata untuk dinner bersama. Terima kasih sebab sudi luangkan hari Sabtu bersama. Dalam keadaan jadual kerja yang sangat padat, rutin kerja sehingga 16 jam sehari, 6-7 hari seminggu, terima kasih kerana sudi menceriakan hati insan lain walau sebentar cuma. 

Untuk Teddy Bear, terima kasih kerana sudi menegur Patung Beruang 2 minggu lepas. Walau teguran itu agar kasar sebenarnya tapi Patung Beruang tahu niatnya adalah baik. Apologies because I have no guts to say thank you in front of you......

Monday, September 14, 2015

Book Review: Rich Dad's Guide To Investing

Tajuk: Rich Dad's Guide To Investing 

Penulis: Robert T. Kiyosaki

Menariknya Buku Ini: 
Robert T. Kiyosaki adalah antara penulis kegemaran Patung Beruang untuk topik financial management and investment management. 

Seingat Patung Beruang, I start follow Kiyosaki's books since Rich Dad Poor Dad (RDPD) which I read it somewhere in 2008. Thanks to Kak Ija for introducing the RDPD to Patung Beruang:)    

For those who never read the RDPD, please please and please go and find that book. It is a financial management book but in a novel style. I can guarantee that you won't feel bore start the 1st page until the last page of that book, hehehe.  

Ok dear, back to this Rich Dad's Guide To Investing (RDGTI) book, if you ask my comment for this book in 1 word, my answer is...AWESOME.. 

For this Book Review, I wish to share some valuable tips for us to manage our investment and start our baby steps to go for financial freedom. Let's start now.. 
  • 1st lesson in investment world is to prepare our mental before we start invest. We should decide whether we want to be wealthier, poor or middle class people.
  • Kebanyakkan mereka yang melabur (tak kisahlah dalam pasaran saham, dalam perniagaan, dalam unit trust etc.), mereka sebenarnya bukan pelabur. Mereka adalah spekulator ataun penjudi. Kebanyakkan mereka mempunyai mentaliti, "beli, pegang dan berdoalah."
  • Pelabur yang mahir, berjaya membuat wang sama ada pasaran sedang naik ataupun jatuh.
  • Pelabur sofistikated mengetahui berkenaan 3E iaitu: Education, Experience and Excess Cash. It is crucial for sophisticated investors to have all those 3Es.  
  • Orang kaya tidak bekerja demi wang. Mereka tahu bagaimana membuat wang bekerja untuk mereka. 
  • Semakin banyak jaminan keselamatan yang kita cari, maka semakin sempit peluang atau berkurangan sumber dalam hidup kita. Oleh itu, orang yang mencari jaminan pekerjaan/pekerjaan yang terjamin biasanya adalah mereka yang hidup dalam serba kekurangan. 
  • Apabila kita menjadi competitive, maka semakin sempit peluang atau berkurangan sumber dalam hidup kita. Oleh sebab itu, ramai orang bersaing bagi mendapat pekerjaan dan kenaikan pangkat di tempat kerja dan juga didalam kedudukan ekonomi masyarakat. 
  • Orang yang creative, suka bekerjasama dan memiliki kemahiran dan ilmu yang baik dalam hal kewangan dan bisnes biasanya berjaya meningkatkan tahap kewangan mereka. 
  • Apabila seseorang itu berkata, "Saya tidak mampu," orang itu hanya melihat 1 sisi sahaja. Apabila dia berkata, "Bagaimana saya mampu memilikinya?" dia mula melihat dari sisi 1 lagi. Jadi, dalam pelaburan, adalah penting untuk kita melihat dari pelbagai sisi serta mengekalkan persepsi positif kita. 
  • 1 daripada sebab mengapa ramai orang tidak menjadi kaya adalah kerana mereka terlalu risau dan bimbang berkenaan hal-hal yang mungkin TIDAK akan berlaku pada masa hadapan. 
  • Semakin banyak ilmu dan kemahiran kewangan yang kita miliki, maka semakin senang hidup kita. 
  • Dalam pelaburan, ada beberapa kategori manusia iaitu: Penjudi, Spekulator, Pedagang, Penyimpan, Pemimpi dan Rugi/Kalah. 
  • Kita boleh pelbagaikan pelaburan. Jangan letak semua telur kita di dalam sebuah bakul sahaja. 
  • Kita juga boleh untuk tidak pelbagaikan pelaburan. Letakkan semua telur dalam 1 bakul sahaja dan awasi bakul itu sebaiknya. 
  • Pelaburan adalah satu perancangan, ia bukan berkenaan produk ataupun prosedur. Pelaburan adalah satu pelan perancangan yang amat peribadi.
  • Product pelaburan atau instrumen pelaburan membawa kita daripada kedudukan kewangan sekarang kepada suatu kedudukan kewangan yang kita mahukan pada masa hadapan. 
  • Pelabur sejati/tulen tidak bergantung pada 1 product atau prosedur saja. Pelabur sejati mempunyai perancangan dan beberapa pilihan bagi setiap instrumen dan prosedur pelaburan.
  • Jangan melabur selagi kita tidak mempunyai pelan kewangan. 
  • Sangat penting untuk kita membuat perancangan hari tua seawal mungkin.
  • Masalah dengan kebanyakkan orang adalah mereka hanya merancang sehingga waktu bersara. Merancang sehingga ke tahap persaraan sahaja tidak mencukupi. Kita perlu merancang sehingga selepas persaraan. 
  • 9 daripada 10 pelabur gagal membuat keuntungan dari pelaburan mereka. 
  • Kebanyakkan pelabur memilih kaedah gerak hati apabila membuat keputusan pelaburan. Sering kali, pelabur yang menggunakan kaedah gerak hati tersilap ataupun dikalahkan oleh kaedah mekanikal. 
  • Kebanyakkan pelabur gemar formula yang kompleks berbanding formula yang mudah dan ringkas. 
  • Letak matlamat yang realistik. 
  • Pelaburan adalah ibarat aktiviti sukan berpasukan. Ada masanya kita kena bertindak sendirian dan ada masanya kita kena minta bantuan pasukan kewangan kita. Pasukan kewangan terdiri dari bank, akauntan, peguam, broker, penyimpan kira-kira, ejen insurans dan mentor yang berjaya. 
  • Fikirkan berkenaan membeli masa, bukannya menjimatkan masa. Apabila kamu mula berfikir yang masa adalah amat berharga dan ada nilai, kamu akan menjadi semakin kaya. 
  • Kebanyakkan orang mahu menjadi kaya tetapi mereka tidak mahu melaburkan masa mereka. Mereka lebih gemar mengikuti tip-tip panas atau skim cepat kaya yang pantas dan tidak berasas. 
  • Pelaburan yang terbaik adalah dengan membina bisnes. 
  • Ramai orang menukar wang dengan sampah, iaitu membeli barang-barang atau perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak menyumbang kepada meningkatkan nilai kekayaan mereka. 
  • Ramai orang menderita dari segi kewangan kerana mereka membeli liabiliti dan meletakkannya dibawah kolum aset. Oleh sebab itu, ramai orang memanggil rumah mereka aset walaupun pada hakikatnya ia adalah liabiliti.
  • Arah aliran wang tunai itu yang menentukan sama ada hal itu adalah aset ataupun liabiliti pada masa itu. 
  • Perbelanjaan kita adalah pendapatan bagi orang lain. 
  • Berusaha untuk mencipta aset di kolum aset tanpa membelinya dengan wang. 
  • Peraturan-peraturan asas pelaburan adalah: 
   1. Mengetahui apakah jenis pendapatan yang kita mahukan. Adakah kita mahu pendapatan pengajian, pendapatan portfolio atau pendapatan pasif. 

  2.  Menukar pendapat penggajian kepada pendapatan portfolio dan pendapatan pasif sebaik mungkin.

    3. Menyimpan pendapatan penggajian dengan selamat dalam bentuk sekuriti i.e. saham, bon, gadai janji, Sukuk etc.

   4. Pelabur itu sebenarnya yang menjadi aset dan liabiliti kepada diri sendiri. 

   5. Pelabur sebenar bersedia menerima sebarang kemungkinan. 

  6. Urus niaga yang baik memudahkan kita untuk mendapatkan wang.

  7. Kita mesti mampu menilai antara risiko dan ganjaran. 

Oklah, sebenarnya ada banyak lagi tips dan panduan yang bagus dalam buku ini. Tapi, takkan lah Patung Beruang nak senaraikan semua kan? hehe..
So, kalau rasa nak tahu, kena lah baca buku ini. 

Basically, buku ini akan memberi panduan dengan jelas mengapa kita melabur, bagaimana untuk kita mula melabur, bagaimana untuk kita manage pelaburan kita dan apa yang patut dan tidak patut dilakukan semasa kita melabur. 

Buku ini agak tebal dan disusun dengan gaya bahasa yang santai, banyak dialog antara Kiyosaki dan Rich Dad nya, oleh itu sesiapa yang membaca buku ini perlukan kesabaran yang lebih sikit ye. Plus, sila standby highlighter supaya senang untuk kita highlight point-point yang penting didalam buku ini. So far, sepanjang Patung Beruang baca buku ni, Patung Beruang dah recommend buku ini kepada 3 orang, hehe.. Tak dapat komisen satu sen pun. Cuma rasa sayang kalau buku yang bagus ini tidak dikongsikan dengan orang lain. Harap-harap ia memberi manfaat kepada mereka yang membacanya.. Bye.. :) 

Saturday, September 5, 2015

Corporate Video Part 2

Good morning uollsss..
Awal pagi macam ni mesti ramai yang sedang dibuai mimpi kan? Seronoknya kalau Patung Beruang pun dapat tido juga. Tapi apa kan daya? Huhu..

Patung Beruang sampai rumah tepat pukul 12.00 tgh malam sebentar tadi. Minggu yang sangat memenatkan. Dalam flight tadi, cuba lah untuk lelapkan mata. Tapi tak mampu. Walaupun fizikal dan mental ni penat sangat, tapi still mata ini tak nak tutup. Sampai airport, dah berjalan berbatu-batu untuk amik luggage, mata ni jadi lah bertambah segar. Dalam ERL pula, ramai orang. Walhal masa tu dah pukul 11.30 mlm. Masih penuh dan masih bising. Semua nak pulang ke rumah masing-masing. 

Bila sampai je rumah, Patung Beruang ingat lepas mandi boleh lah terus tido. Tapi rupanya mata ni bertambah-tambah segar pula, huhu.. Nak tak nak, terpaksa lah do something supaya mata ni cepat2 ralit. Tolong lah.. Patung Beruang really need a good rest now, after hectic and hire wire week that I went through, plus the jet lag, huhuhu.. 

Oklah, apa kita nak cerita pagi-pagi ni ye? 

Hari Selasa lepas ada 2nd Meeting untuk Committee for Corporate Video. Remember entry Patung Beruang bulan lepas pasal Corporate Video?? If not, sudi-sudikan lah baca disini ye Corporate-video-1-pengalaman-baru . 

For this Meeting, kami dipersembahkan dengan proposal yang diterima dari all 5 Advertising Agencies yang kami jemput. Criteria yang kami lihat adalah: 
  • Harga
  • Story board - concept jalan cerita
  • Look & feel - Look & feel ni adalah adakah video tersebut dapat menarik perhatian dan meninggalkan kesan kepada penonton 
  • Video approach - Yg kami nak lihat adalah teknologi, teknik penggambaran dan seumpamanya yang mereka akan gunakan
  • Express ideas clearly - Adakah mesej mereka dapat disampaikan dengan jelas kepada audience. Yelah, tak nak lah nanti lepas audience tgk Video tu, mereka blur ataupun rasa macam tengok drama Samarinda or Akasia je.. hehe..
Setelah melihat kesemua proposal yang ada, kami mula brainstorm sesama sendiri. Honestly, Patung Beruang agak frustrated dengan some proposal yang kami received. 

Masa 1st Meeting dulu, during presentation by all Advertising Agencies, ada some Agencies yang betul-betul menarik perhatian Patung Beruang. Mereka sangat creative, talented and has good reputation. However, some of these favourite Agencies, unable to portray their capabilities and excellent in these submitted proposals. 

Disebabkan itu kami sesama Committee ni mula berbelah bahagi untuk pilih the best Agencies untuk propose to Management.  

Finally, kami putuskan untuk pilih Agencies with Top 3 marks and ask them to come out with new proposal and conduct presentation to us. This time, we will provide details what we want and what we don't want to ensure they really understand what kind of videos that we look for. 

Hm... Is not easy rupanya. So nampaknya these Top 3 Agencies need to work harder to fulfill our requirements. Hopefully, from there we can choose the best one. Aamiin.. So, for the time being, we just wait and see ya. 

Ok lah, Patung Beruang rasa Patung Beruang should stop now. Dah mengantuk ke? heheh... still belum lagi. Tapi perut ni rasa lapar sangat. Yelah, beberapa hari ni makan tak menentu. Pastu, sistem penghadaman pula tersangat lah efficient nye.. Makan je buang, makan je buang. Tak reti langsung nak simpan dalam perut. Tu yg buatkan Patung Beruang rasa lapar je. Masalahnya, sekarang ni dah pukul 1 pagi. Hai, memang lah ada makanan kat rumah ni. Tapi, agak2 lah kan.. Rasa-rasanya perut ni boleh belajar sabar tak sampai waktu breakfast nanti?? heheh... 

Tuesday, September 1, 2015

Hanya 10% Sahaja

Dalam hidup ini, kita tidak akan terlepas dari memberi nasihat dan juga diberi nasihat. 

Adatlah, diri ini tidak sempurna. Jadi, jika ada yang sudi memberi nasihat dan teguran, Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya masih ada yang sudi untuk menegur kesilapan kita. Maka, kita akan tersedar, perbaikinya dan terus perbaikinya. 

Adakalanya, kita pula terlihat sesuatu yang tidak enak dipandang mata. Atau mungkin suatu tindakan yang tidak sepatutnya. Dan kita merasakan, atas kapasiti kekeluargaan, persahabatan atau perhubungan sesama manusia, kita rasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat. Apabila menjadi si pemberi nasihat, bukan bermakna kita lebih baik dari mereka yang dinasihati. Bukan juga bermakna kita lebih berkuasa. Tetapi, atas dasar untuk memperbaiki keadaan dan kelemahan yang ada. 

Adakah apa yang terlihat pada pandangan mata atau apa yang terdengar di telinga, menggambarkan 100% keadaan sebenar yang berlaku? 

Adakah kita mengetahui keseluruhan cerita berdasarkan pemerhatian dan apa yang disampaikan kepada kita? 

Rasanya tidak..
Mungkin kita hanya tahu 10% sahaja dari keseluruhan cerita. Dan 10% itu biasanya tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku. 
Baki 90% biasanya kemas disimpan oleh si penerima nasihat. Mengapa tidak diluahkan sahaja? 
Mungkin kerana si penerima nasihat merasakan tiada siapa yang sudi untuk mendengar ceritanya. Atau si penerima nasihat berasakan yang dia tidak mahu membebankan orang lain dengan ceritanya. Akhirnya, dia lebih senang simpan sahaja cerita tersebut didalam hati atau meluahkan kepada Yang Maha Pencipta disaat Tahajud.

Jadi, benarlah kata pepatah, 
"Mata ini sering menipu. Telinga ini sering tersalah dengar. Hati pula sering tersalah tafsir."

Seseorang yang sering tersenyum dan ketawa tidak semestinya dia bahagia. Tetapi, kerana senyuman dan tawa itu memberi sedikit sinar kepada dirinya dan orang disekeliling. 

Seseorang yang sering menjadi pendengar yang baik untuk orang disekelilingnya bukan bermakna dia tiada masalah langsung. Tetapi, mungkin dengan bersikap empathy, dia terlupa sebentar dengan masalahnya sendiri. 

Seseorang yang menghabiskan kebanyakkan masanya di pejabat bukan bermakna dia workholic. Tetapi kerana dia menganggap pejabat adalah 1 escapism for her to forget all her pain, sadness and sorrow. 

Seseorang yang tidak betah untuk tinggal lama dirumah bukan bermakna dia tidak menghargai ahli keluarganya. Tetapi mungkin kerana dia merasakan ketenangan dan kedamaian semakin kurang didalam syurga itu. 

Seseorang yang berdiam diri ketika bertengkar bukan bermakna dia bersalah. Tetapi kerana dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh.

Seseorang yang berlalu pergi saat dirinya dibuang seseorang yang akrab bukan bermakna dia tidak menghargai keakraban itu. Tetapi kerana dia merasakan tiada gunanya dia mempertahankan hubungan itu demi seseorang yang tidak kenal erti sebenar persahabatan. 

Kita boleh memberi nasihat berdasarkan 10% cerita yang kita tahu. Dan jika kita bertuah, nasihat tersebut boleh digunapakai. Tetapi, jika nasihat kita hanya berlalu begitu sahaja, usahlah berkecil hati. Mungkin kerana nasihat itu tidak mampu memperbaiki situasi sebenar. 

Untuk mereka yang sudi menjadi pemberi nasihat, terima kasih diucapkan. Terima kasih diatas niat baik dan keprihatinan itu. Moga-moga keadaan akan menjadi lebih baik.

Untuk mereka yang sudi menjadi penerima nasihat, terima kasih juga diucapkan. Terima kasih kerana sudi mendengar dengan hati dan fikiran yang lapang. Moga-moga nasihat yang diberi mampu mengubah keadaan menjadi lebih baik. 

Ingat, apa yang kita nampak, apa yang kita dengar dan apa yang kita fikirkan, belum tentu menggambarkan cerita sebenar. 10% atau 100%, hanya Allah sahaja yang tahu... 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...