Wednesday, December 28, 2016

Cerita Di Tahun 2016 - Part 2


Cerita 3

Disuatu pagi yang tenang, Patung Beruang dikejutkan dengan berita tragedi pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki dan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah penempatan rakyat. 



Pertama kali membaca berita tersebut, Patung Beruang rasa seperti kenal dengan dengan kawasan penempatan tersebut.

Setelah berfikir beberapa detik, barulah Patung Beruang sedar yang ia adalah kawasan yang seringkali sahabat Patung Beruang melakukan kerja-kerja kebajikan. Terletak jauh di sebuah negeri lain.

Lantas, Patung Beruang hubungi beliau untuk mengetahui cerita sebenar.

Rupanya kawasan penempatan tersebut memang terkenal dengan masalah social yang meruncing. Dilabelkan sebagai black area, kawasan ini seringkali terlepas dari pandangan pihak yang bertanggungjawab. 

Namun, tidak semua penduduk disitu jahat atau menjalankan aktiviti atau pekerjaan yang tidak elok. Masih ramai lagi penduduk yang berusaha keras mencari rezeki yang halal demi menyara keluarga.

Dan sahabat Patung Beruang ini juga berusaha keras membantu keluarga-keluarga yang dalam kesempitan ini, agar mereka ada tempat berteduh, anak-anak tidak kelaparan dan dapat pergi ke sekolah setiap hari.

Ternyata tragedi itu sangat menyedihkan sahabat Patung Beruang. 

Berkali-kali beliau menangis pada pagi itu. 

It was melancholy. 

I had a huge lump in my chest which felt as if it would burst. Hm….

Mungkin salah Patung Beruang juga kerana tidak pernah hendak meluangkan masa melawat kesitu walaupun telah dipelawa berkali-kali. Bukan tidak ingin pergi, tetapi lokasi yang terlalu jauh (either Patung Beruang kena drive berjam-jam atau menaiki kapal terbang) serta kekangan jadual seharian Patung Beruang. 

Sebab itulah, Patung Beruang hanya mampu membantu dari segi kewangan dan buah fikiran. 

Seandainya Patung Beruang pernah menjejakkan kaki ke situ, mungkin keadaan sahabat ini akan berubah kerana beliau merasakan ada juga orang lain yang nampak apa yang beliau nampak, saling bertukar pandangan dan idea, saling berkongsi beban yang dipikulnya. Allahuakbar…

Disebabkan tragedi tersebut, kawasan penempatan itu mula mendapat perhatian pihak berwajib. 
Alhamdulillah.
Banyak perkara yang mereka perlu lakukan untuk memperbetulkan keadaan.

Sahabat Patung Beruang masih tetap gigih berusaha membantu komuniti disana. Baginya, masih ramai yang perlu dibantu berbanding mereka yang tidak ingin dibantu atau tidak mahu dibantu.

Walau jarak lokasi antara Patung Beruang dan sahabat ini jauh, ia tidak menghalang untuk kami sentiasa berhubung. 

Malah, beliau sentiasa setia memaklumkan maklumat terkini berkenaan keadaan disana. 

Dan sehingga catatan ini ditulis, Patung Beruang hanya masih mampu membantu secara material bukannya secara keberadaan disana. 

In shaa Allah, satu hari nanti, Patung Beruang pasti akan menjejakkan kaki disana, bersama-sama beliau membantu apa yang terdaya… Aamiin…

Ada orang pernah bertanya kenapa sibuk nak buat charity works? 

Kenapa sibuk nak bantu orang lain? 

Kerajaan dan pihak berwajib kan ada. Serahkan sahaja pada mereka. 

Tak perlu kita nak bersusah-payah. Diri sendiri pun tak cukup, ada hati nak bantu orang lain.

Hm… I understand that concern.

Logically, we can’t help everyone who needed, outside there. 

But at least we try to do something, to spread the happiness, to give hope, to make this world is a better place to live.

We should infuse our life with action. 

Don’t wait for it to happen. But we should make it happen. 

And eventually, take it that all good deeds that we do to today, will become our shares in Hereafter. 
Saham Akhirat!!! 
That’s should be our priority objective.

Tak dapat bantu satu kampung, bantu satu keluarga pun jadilah. Jika tak dapat bantu satu keluarga, bantu seorang pun jadilah. Jika tidak dapat membantu sepanjang masa, bantu sekali pun jadilah… 
Susah sangat ke???

Pasal diri sendiri pun tak cukup, manusia ini jika diberi 10 gunung emas pun memang tetap akan merasa tidak cukup.
Always remember words from Mahatma Gandhi,
“There is a sufficiency in the world for man’s need but not for man’s greed.”

Greed is not a financial issue. It’s a heart issue. 

So, are we one of those people who have gruesome heart???

Fikir-fikirkan lah…



Cerita 4

Ada seorang gadis, berumur awal 30-an, berpendidikan tinggi, berkerjaya namun masih keseorangan. 

Si gadis tidaklah terlalu memikirkan sangat keadaan dirinya yang masih belum berpunya kerana beliau berpendapat perancangan Allah sentiasa yang terbaik. 

Sudah berusaha namun belum berhasil. 

Yang penting beliau berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik, menjadi anak yang lebih baik, menjadi ahli keluarga yang lebih baik, menjadi pekerja yang lebih baik dan menjadi ahli masyarakat yang lebih baik.

Pada suatu hari, datang undangan perkenalan dari seorang lelaki, melalui kenalan  keluarga. 

Mereka pun berkenalan dan bersahabat untuk beberapa minggu.

Tidak lama selepas itu, si lelaki tersebut mengundang si gadis untuk keluar bertemu. 

Seperti dijanjikan, mereka bertemu di sebuah kedai makan, berdua sahaja. Mereka mula berbual dan berbual sambil menjamu selera. Selepas beberapa jam, mereka berpisah dan berjanji untuk bertemu lagi di lain hari.

Selang beberapa hari, si lelaki mengutarakan cadangan untuk bertemu lagi. 

Kali ini, si gadis meminta agar si lelaki datang menjemputnya dirumah. 

Niatnya hanya satu, biarlah si lelaki itu bertemu dengan kedua ibu bapa si gadis, dan meminta izin untuk bersahabat dengan anak mereka. Si lelaki bersetuju dengan permintaan si gadis.

Tiba saat yang dijanjikan, si gadis sudah bersiap menunggu kedatangan si lelaki. 
5 minit, 10 minit, 20 minit, 30 minit dan akhirnya 1 jam. 
Masih tidak sampai tetamu yang ditunggu. 

Si gadis merasa sedih dan akhirnya membatalkan rancangan mereka untuk bertemu. Biarlah, tiada rezeki pada saat itu.

Si lelaki meminta maaf dan mencadangkan agar mereka bertemu pada suatu tarikh yang lain.

Suatu hari di penghujung bulan, si gadis cuti dari bekerja. 
Selain ingin berehat dan menghabiskan masa dengan keluarga, si gadis juga bercadang untuk berjumpa dengan si lelaki seperti yang telah dirancang. 

Dan seperti yang dijangka oleh si gadis, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan kerana si lelaki mengulangi kesilapan yang sama. 

Lewat dan kini ditambah pula dengan tiada alasan mengapa dia lewat.

Si gadis merasa tawar hati dengan si lelaki. 
Merasakan yang si lelaki hanya ingin mempermain-mainkannya sahaja.

Akhirnya, si gadis menyepi dan mengabaikan semua komunikasi dari si lelaki. Hatinya telah tertutup untuk si lelaki itu. Dan akhirnya si lelaki juga berhenti dari menghubungi si gadis.

Tetapi… ada perkara yang tidak mereka ketahui..

Si lelaki ingin sekali mendekati si gadis. 
Namun jadual kerjanya terlalu padat dan tidak normal seperti orang lain, menyebabkan si lelaki tidak mampu meluangkan lebih masa kepada si gadis.

Selain itu, si lelaki merasakan dia mungkin tidak setaraf dengan si gadis. 
Si gadis tidak banyak bercerita mengenai diri dan keluarganya. 
Tetapi, melihat dari tas tangan yang dipakai, kasut yang tersarung di kaki, kereta yang dipandu, tutur patah yang keluar dari mulut si gadis serta cara pembawaan dirinya, si lelaki dapat menangkap yang si gadis ini bukan calang-calang orang. 
Sangat menenangkan dan bijak. 
Pasti bekerjaya hebat dan berpendapatan tinggi.

Jauh berbeza dengan dirinya, anak kampung, makan gaji di sektor perindustrian dan menjalankan 1001 pekerjaan sampingan demi mencari rezeki halal.


Si gadis juga ingin mengenali si lelaki dengan lebih dekat. 
Walau menyedari yang si lelaki kurang berkemampuan dari segi material dan pendidikan berbanding dirinya. 
Dan perkara yang membuatkan si gadis terpaut adalah kejujuran si lelaki serta kerja kerasnya bagi mencari rezeki yang halal. 
Kegigihannya untuk hidup terlukis dengan jelas di raut wajah dan fizikalnya.


Si lelaki ragu-ragu untuk meneruskan hubungan dengan si gadis, bimbang dirinya ditolak mentah-mentah atau tidak dipandang oleh keluarga disebelah sana.

Si gadis pula kecewa apabila si lelaki tidak menghormati masanya. 
Kecewa kian bertambah tatkala mengenangkan betapa dia sanggup merendahkan egonya dengan menerima salam perkenalan dari si lelaki yang zahirnya tidak sepadan, berusaha keras menjaga tutur kata dan perilaku agar tidak terlihat ketara jurang antara mereka.


Kini….masing-masing membawa haluan sendiri. 
Berpisah tanpa ucapan perpisahan. 
Tiada kata putus. 
Hanya senyap sunyi seperti tidak pernah mengenali.


Si lelaki kembali ligat dengan urusan kerjanya. Dan beliau merasakan betapa tiada lagi peluang untuknya mendampingi si gadis. Maka, tumpuan kembali terarah kepada meningkatkan ekonomi diri dan menjaga ibu bapa yang semakin uzur.

Si gadis pula seperti biasa jadual hariannya di dunia korporat sentiasa padat. Mendaki satu persatu anak tangga sehingga ke puncak. Hatinya seakan tertutup terhadap makhluk yang bernama lelaki. Seumur hidupnya, hanya 2 lelaki sahaja yang pernah diimpikan untuk menjadi suaminya. Cinta hati yang pertama, yang dikenali ketika zaman belajar dan akhirnya serius ketika di alam pekerjaan. Namun tiada jodoh antara mereka. Perpisahan yang sangat memeritkan buat si gadis sehingga beberapa lelaki yang hadir selepas itu, tetap tidak mampu mengetuk pintu hatinya. Dan tatkala si lelaki hadir seketika, untuk kali ke-2, si gadis terfikir, mungkin inilah jodohnya. 

Perbezaan status dan latar belakang diketepikan kerana si gadis merasakan ada perkara yang lebih penting dan berharga selain dari duit, kedudukan dan pangkat. 

Namun, ia tetap tidak kesampaian. 

Cuma bezanya, kali ini si gadis menerima perpisahan dengan tenang. 

Mungkin kerana si gadis yang terlebih dahulu memulakan langkah untuk memutuskan perhubungan itu. 
Tiap kali ditanya status hubungannya bersama si lelaki, si gadis dengan tenang berkata, “I dumped him.” 

Apakah kesudahan kisah kehidupan mereka?

Entahlah… Patung Beruang pun tidak tahu.
Cuma simpati pada mereka.


Namun bila difikir semula, mungkin memang jodoh mereka belum sampai.
Kerana biasanya bila Allah kata itu hak kita, Allah akan permudahkan jalannya.

Tidak mengapalah. Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka berdua. 

Bukankah perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik??? 

Book Review: My Secret Sister

Tajuk: My Secret Sister

Penulis:
1. Helen Edwards
2. Jenny Lee Smith
3. Jacquie Buttriss (ghost writer)

Menariknya Buku Ini:

Ok, ini adalah buku yang baru sahaja Patung Beruang habiskan pembacaan. Masih panas lagi tau, hehe.. 

Alhamdulillah, Patung Beruang ambil masa selama 36 jam untuk menghabiskan buku ini. Really crazy. My mind can't stop thinking about this story selagi tak habis. 

Untuk pengetahuan semua My Secret Sister ini adalah cerita benar yang berlaku di UK. Kejadian yang berlaku pada Helen Edwards (Helen) dan Jenny Lee Smith (Jenny). Nama-nama dalam buku ini pun menggunakan nama sebenar individu tersebut. 

Helen dan Jenny sebenarnya adalah pasangan kembar yang terpisah selama hampir 60 tahun. Dan selama ini mereka tidak pernah tahu pun kenyataan tersebut. 

Helen dan Jenny dilahirkan pada tahun 1948 oleh Mercia Dick, seorang wanita muda yang cantik dan bercita-cita tinggi, hasil dari percintaannya dengan Wilfred Harrison. Namun, entah dimana silapnya, Mercia tidak berkahwin dengan Wilfred. 

Sejurus melahirkan Helen dan Jenny, Mercia menyerahkan Jenny untuk dijadikan anak angkat kepada pasangan Lee Smith tatkala Jenny berumur 6 minggu. 

Pasangan Lee Smith berkahwin pada usia yang lewat dan disebabkan itu mereka tidak mempunyai anak kandung. Maka, Jenny membesar sebagai anak tunggal pasangan Lee Smith. Pasangan Lee Smith sangat menyayangi Jenny dan tatkala mereka menyedari kehebatan Jenny didalam sukan berenang dan golf, mereka berusaha keras mengasah potensi Jenny. 

Jenny membesar sebagai perenang dan pemain golf yang hebat. Dan akhirnya menjadikan sukan golf sebagai kerjaya sepenuh masa. Statusnya sebagai pemain golf professional, berjaya memenangi banyak kejuaraan dunia menyebabkan Jenny mampu hidup mewah dan menyara keluarga. 

Walaupun hidup Jenny dikelilingi dengan kegemilangan sebagai atlit professional, Jenny merasakan yang ada suatu ruang kosong didalam jiwanya. Jenny sangat teringin mempunyai adik beradik, atau paling kurang, seorang adik beradik perempuan. Perhatian tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh pasangan Lee Smith kepadanya tetap tidak mampu mengisi ruang kosong tersebut. 


Selepas menyerahkan Jenny kepada pasangan Lee Smith, Mercia membuat keputusan untuk memelihara Helen. Dalam masa yang sama, Mercia telah mempunyai anak lelaki yang berumur  10 tahun, bernama George. George adalah anak Mercia ketika beliau masih lagi menjadi isteri Mr Dick, seorang askar yang kini menjadi tawanan perang. 

Mercia memelihara George dan Helen, dan beberapa bulan selepas Helen dilahirkan, Mercia berkahwin dengan Tommy. Dan bermulalah episod sedih kehidupan Helen. 

Tommy adalah seorang lelaki yang kasar dan ganas. Beliau tidak segan silu untuk menggunakan kekasaran terhadap Mercia, George dan Helen. Namun, Helen yang sering menjadi mangsa kerana Tommy merasakan yang kerana Helen lah, beliau terpaksa berkahwin dengan Mercia. 

Dalam masa yang sama pula Mercia mengabaikan Helen. Baginya, Helen seolah-olah tidak wujud didalam rumah itu. 

Pendek kata, Helen didera secara fizikal dan psikologi sedari berumur setahun. Dan penderaan itu berterusan sehinggalah Helen dewasa dan berkahwin dengan Simon. Penderaan fizikal dan psikologi menyebabkan Helen kehilangan zaman kanak-kanak dan remajanya. Helen membesar didalam ketakutan dan tidak mempunyai sesiapa untuk melindunginya kecuali George. Namun, apabila George keluar dari rumah dan merantau kerana bekerja, Helen sudah tiada siapa-siapa lagi. 

Setelah dewasa dan menempuh pelbagai halangan dan rintangan dari Mercia dan Tommy, akhirnya Helen berjaya mengikuti kursus kejururawatan dan setelah tamat, diterima bekerja sebagai jururawat. Helen meneruskan pekerjaan yang diminatinya itu sehinggalah bersara. 


Tatkala mengetahui yang beliau adalah anak angkat kepada pasangan Lee Smith, Jenny mula menyiasat untuk mengetahui siapa ibu kandungnya. Pada 2003, untuk pertama kalinya Jenny berjumpa dengan Mercia. Tetapi, kehadirannya kurang disenangi oleh Mercia. Malah, Mercia sedaya upaya berusaha agar Jenny cepat beredar dari rumahnya untuk mengelakkan Jenny bertemu dengan Helen. 

Selepas kematian Mercia, akhirnya Jenny berjaya menjejaki Helen dan alamat emailnya. Maka, pada suatu hari di tahun 2007, Jenny menghantar email kepada Helen, memperkenalkan dirinya. 

Helen sangat terperanjat tatkala menerima email pertama dari Jenny itu. Helen sedar yang selama ini beliau adalah anak tidak sah taraf pada Mercia dan Tommy (kerana Helen terjumpa sijil perkahwinan Mercia dan Tommy dimana tarikh perkahwinan yang tercatat adalah selepas tarikh kelahiran Helen), namun beliau tidak mengetahui yang beliau mempunyai adik beradik lain selain dari George. 

Dan bermulalah siri email antara Helen dan Jenny sehingga akhirnya mereka berkesempatan untuk bertemu buat pertama kalinya. Pertemuan yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama. 

Dalam penyiasatan mereka, Helen dan Jenny juga menyedari yang Mercia bukan sahaja ibu kandung kepada George, Helen dan Jenny, namun juga kepada Patricia dan Diana (sepupu jauh Helen). Namun, Patricia dan Diana tidak mengaku yang Mercia adalah ibu kandung mereka kerana selama ini mereka membesar dan hidup dengan keluarga angkat dan Mercia juga tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada mereka. 





Ok, cukuplah sinopsis untuk My Secret Sister ye.. Untuk tahu lebih detail, kenalah baca sendiri naskah ini.

My Secret Sister ini diterbitkan pada tahun 2013, sebuah naskah yang sangat sedap dan sangat menyentuh perasaan, terutamanya apabila membaca kisah kehidupan Helen. Patung Beruang banyak kali menangis bila membaca keperitan dan kesengsaraan hidupnya yang didera oleh Tommy dan Mercia, kesunyian hidupnya sehingga beliau bercakap dengan haiwan seperti lembu, dibiarkan seorang diri diluar ketika cuaca sejuk, tidak dipedulikan ketika sakit dan betapa George berusaha keras melindungi Helen sehingga ke akhir hayatnya. 

Kalimah yang kerap keluar dari mulut Helen sedari kecil adalah "I'm sorry." She keeps on apologies and apologies to Mercia dan Tommy setiap kali dia didera, dipukul, dihukum dan macam-macam lagi walaupun hakikatnya Helen tidak membuat apa-apa kesalahan. 

Malah, Helen sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga dia dilayan sebegitu rupa. 

Namun, tatkala dia mengetahui kewujudan Jenny dan rahsia yang disembunyikan oleh Mercia, barulah Helen menyedari yang Mercia dan Tommy menyalahkan kelahiran Helen diatas segala-galanya yang berlaku. Perkahwinan yang terpaksa antara Mercia dan Tommy, Mercia tidak dapat mencapai cita-citanya menjadi model, kemiskinan hidup rumahtangga mereka dan 1001 kekurangan dan masalah hidup, semuanya disalahkan pada kelahiran Helen.  

Selain itu, babak ketika George meninggal dunia di rumahnya juga sangat menyedihkan Patung Beruang. George terlalu melindungi Helen sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk adik perempuannya itu. Dan selepas kematian George, berlaku satu peristiwa di rumah tersebut yang seolah-olah menyatakan dia berat hati untuk meninggalkan dunia ini kerana sedar yang Helen tiada siapa-siapa lagi selepas ini. 

Untuk Jenny pula, hidupnya nampak sempurna. Disayangi dan hidup senang dengan pasangan Lee Smith. Namun, Jenny juga bergelut dengan masalah seperti kematian ayah angkatnya, Mr Smith ketika Jenny berumur 12 tahun, perkahwinan yang lewat dan kesukarannya memperolehi anak sehingga berlaku keguguran beberapa kali dan berdepan dengan ibu angkatnya, Mrs Smith yang kurang sihat. 

Honestly, this biography really awesome. Penceritaannya sangat terperinci sehingga kita yang membaca ini boleh membayangkan dengan jelas segala peristiwa yang berlaku. Walaupun buku ini tebal (436 mukasurat) tapi ia berjaya mengekalkan momentum Patung Beruang untuk terus membaca bagi mengetahui kesudahan kisah pasangan kembar ini. 

Sebagai pasangan kembar, mereka berkongsi perasaan, kesakitan, minat dan pelbagai peristiwa dan banyak kejadian yang berlaku secara kebetulan, namun hanya disedari oleh mereka setelah mengenali antara satu sama lain. 

Menariknya, buku ini menceritakan detik dari zaman mereka kecil, sehingga dewasa, sehingga mereka bertemu, pelbagai rahsia terbongkar dan penerimaan orang disekeliling terutama saudara-mara serta keadaan semasa. 

Bila difikirkan semula, memang wajarlah Islam melarang penganutnya dari berzina. Kerana kesan zina itu sangat besar dan berlarutan selama-lamanya.

Bayangkan, selama ini Helen hanya mengetahui yang beliau hanya 2 beradik iaitu beliau dan George. Namun, hakikatnya adik-beradiknya sangat ramai jika dicampur dengan kesemua bayi yang dilahirkan oleh Mercia, anak-anak George Dick (suami pertama Mercia) dan anak-anak Wilfred Harrison (bapa kandung Helen dan Jenny). Dan bayangkan jika mereka tidak mengetahui rahsia ini, tidak mustahil boleh berlaku perkahwinan sesama ahli keluarga. Aduh.....

Tuesday, December 27, 2016

Cerita Di Tahun 2016 - Part 1

Assalamualaikum wbt..

Cuaca beberapa hari ini mendung dan hujan sahaja. Buat Patung Beruang rasa mendung juga untuk menghabiskan sisa-sisa 2016 ini, huhu..

Untuk tahun 2016 ini Patung Beruang banyak berjalan, banyak meneroka, banyak memerhati dan banyak menempuh pengalaman baru. Ada suka, duka, masam, manis, lucu, simpati, empati dan 1001 emosi lain.

Ada beberapa cerita yang Patung Beruang teringin sangat untuk kongsikan disini. Kita lihat lah ye... 

Cerita 1

Ada satu peristiwa, seorang wanita bertemu sepasang warga emas, dan duduk berbual selama hampir 2 jam. Akhirnya barulah diketahui yang pasangan warga emas itu adalah ibu dan ayahnya. Wanita ini sudah berkeluarga dan tinggal di kawasan lain. Oleh kerana beliau tidak reti memandu, beliau hanya berharap jika suami atau salah seorang anaknya sudi untuk menghantar beliau ke rumah ibubapanya selama beberapa jam dalam seminggu. Pada hari itu, beliau dihantar oleh anak perempuan sulungnya.

Tatkala baru bertemu, si wanita, anak perempuannya, dan pasangan warga emas itu duduk semeja sambil minum dan mengunyah hidangan ringan. Kelihatannya mereka rancak berbual dan sesekali anak perempuannya yang pada hemat Patung Beruang mungkin berumur awal 30-an, turut sama menyertai perbualan tersebut. Selepas beberapa minit, kelihatan anak perempuannya berpindah meja, meninggalkan wanita tersebut bersama ibu bapanya. Si anak yang sudah bertukar tempat duduk ini menghabiskan masanya dengan membaca buku sambil wanita tadi menyambung perbualan beliau dengan pasangan warga emas tersebut.

Berbual dengan si anak, beliau memberitahu yang wanita tersebut iaitu ibunya, seboleh-bolehnya akan melawat warga emas tersebut paling kurang seminggu sekali. Dan jika beliau yang membawanya, beliau lebih selesa duduk jauh sedikit dari mereka dan menghabiskan masa dengan membaca. Baginya, itu adalah masa dimana wanita itu berpeluang untuk bercerita dan meluah perasaan dengan ibu bapanya. Masa dimana wanita itu menjadi seorang anak dan bermanja dengan ibu bapanya yang semakin meningkat usia.

Bagi Patung Beruang pula, Patung Beruang teringat isi kandungan buku yang pernah dibaca dulu berkisar tentang psikologi wanita. 

Wanita ini secara semulajadinya mereka suka bercerita. Mereka bercerita bukan untuk mendapatkan jawapan terhadap permasalahan yang dihadapi tetapi lebih kepada meluah perasaan. Dan dengan bercerita ini sebenarnya mereka dapat melegakan beban emosi dan psikologi yang dihadapi. 

Namun, sikap mereka ini seringkali disalahtafsir oleh lelaki. Lelaki beranggapan yang apabila wanita itu bercerita bermakna mereka meminta pertolongan lelaki untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

It is wrong… 

Mereka meminta pertolongan lelaki untuk menjadi pendengar bukannya penyelesai masalah. 

Melainkan jika wanita sendiri menyatakan dengan jelas meminta bantuan atau idea atau pandangan dari lelaki, then barulah lelaki itu layak mengutarakan apa yang dimintanya. 

Jika tidak, just sit and listen. 
That’s what they, those ladies outside there are needed....


Cerita 2

Pada suatu pagi, Patung Beruang berhenti sebentar di sebuah tempat permainan kanak-kanak dan duduk di bangku yang disediakan.  Terlebih dahulu Patung Beruang telah singgah di sebuah kedai serbaneka yang dibuka seawal pagi untuk beli air mineral dan puff pastry, just untuk alas perut. Maklumlah tak sempat sarapan sebelum keluar, huhu...

Elok je Patung Beruang hendak mengunyah, datang seorang wanita berusia dan berbangsa asing, tersenyum dan dengan sopannya meminta izin untuk duduk disebelah Patung Beruang.

Usai melabuhkan punggung, beliau dengan ramahnya bertanya khabar Patung Beruang, bertanya tentang tempat asal Patung Beruang dan apa yang membawa Patung Beruang kesini. 

Selepas itu, beliau bercerita serba sedikit tentang diri beliau dan tentang betapa beliau geram dengan perangai generasi muda yang kurang kesedaran civic ketika menggunakan pengangkutan awam.

Rupanya, beliau termasuk dalam kategori warga emas dan dengan bangganya beliau menunjukkan kad warga emas miliknya. Dengan kad warga emas itu, beliau layak mendapat diskaun setiap kali menaiki pengangkutan awam serta boleh duduk di kerusi yang dikhaskan untuk warga emas. 

Tetapi sedihnya kata beliau ramai je orang-orang muda yang sengaja duduk di tempat yang dikhaskan untuk warga emas dengan alasan tempat duduk tersebut kosong. Dan apabila mereka ternampak ada warga emas didalam pengangkutan awam tersebut, mereka akan buat-buat tidak nampak, buat-buat tidur atau khusyuk membaca. 

Wanita ini bercerita yang beliau sering sahaja berdepan dengan masalah tersebut. Oleh itu, jika beliau tidak larat untuk berdiri lama atau terlalu penat, beliau dengan sengaja akan meminta tempat duduk dari penumpang yang tidak sepatutnya duduk di tempat yang dikhaskan untuk warga emas. 

Bagaimana caranya? 
Beliau akan menunjukkan kad warga emas miliknya dan meminta dengan sopan. Dan kebiasaannya, permintaan beliau ditunaikan. Ternyata tidak ramai orang yang sudi untuk melepaskan tempat duduk mereka tanpa diminta, kepada insan lain yang lebih memerlukan.

Cerita ini membuatkan Patung Beruang teringat situasi pengangkutan awam di KL. 

Ye, dulu ketika Patung Beruang kerja di tengah bandar KL, selalu je Patung Beruang menggunakan perkhidmatan ERL dan LRT. Dan situasinya sama sahaja seperti apa yang diceritakan oleh wanita tersebut. 

Nampaknya, civic-minded masih lagi sesuatu yang aneh dan janggal di sesetengah tempat termasuklah di kota metropolitan.

Selain itu, peristiwa ini juga membuatkan Patung Beruang terfikir, sudah berapa lama kita tidak berbual dengan orang asing, orang yang tidak kita kenali?

Perbualan Patung Beruang dan wanita ini biasa-biasa sahaja. Hanya bercerita tentang tempat asal masing-masing serta kehidupan beliau sebagai warga emas. Topik yang umum dan santai. Sepanjang perbualan, wanita ini kerap tersenyum dan ketawa kecil. Memberi petanda beliau selesa duduk bersebelahan dan berbual dengan seorang gadis muslimah yang tidak pernah dikenalinya seumur hidup ini.


Namun perbualan kami tidak lama kerana Patung Beruang ada tempat lain yang hendak dituju. 

Malah tujuan asal Patung Beruang duduk disitu hanyalah untuk duduk sebentar bagi membolehkan Patung Beruang makan sedikit untuk mengalas perut. Yelah, kan tidak sopan jika makan sambil berjalan, huhu.. 

Ternyata masa yang singkat itu memberi kenangan manis dan menceriakan hari Patung Beruang :)

Book Review: The First Phone Call From Heaven

Tajuk: The First Phone Call From Heaven

Penulis: Mitch Albom

Menariknya Novel Ini:

Satu masalah Patung Beruang dalam memilih novel atau karya fiction adalah Patung Beruang cenderung untuk memilih karya dari penulis yang sama. 

Lihat sahaja Jeffrey Archer, Tony Parsons, Richard Paul Evans dan Mitch Albom. Patung Beruang selesa untuk mengumpul karya-karya mereka sebanyak mungkin. 

Dan disebabkan itu, agak sukar untuk Patung Beruang mengenali penulis lain untuk genre fiction. Namun, jika genre biography atau true story, Patung Beruang tiada masalah untuk berkenalan dengan ramai penulis. Pelikkan?? huhu... 

Oklah, kita tinggalkan sebentar cerita Patung Beruang ini ye. Let's explore the precious gift from Mitch Albom. 

Generally, The First Phone Call From Heaven adalah karya ke-4 dari Mitch Albom yang Patung Beruang baca selepas Tuesdays With Morrie, For One More Day dan The Time Keeper

Naskah ini mengisahkan Sully Harding, seorang pilot tentera yang pulang ke Coldwater, Michigan selepas menamatkan hukuman kerana terlibat dalam kemalangan kapalterbang. 

Namun, keadaan di Coldwater pada masa itu sedang hangat dengan peristiwa panggilan telefon yang diterima dari mereka yang telah meninggal dunia. Beberapa orang penduduk Coldwater menyatakan yang mereka menerima panggilan telefon dari insan yang mereka sayang, seperti ibu, anak, bekas pekerja dan sebagainya. Yang menghairankan adalah pemanggil tersebut sebenarnya telah pun meninggal dunia. Dan pemanggil tersebut juga mengaku yang mereka sekarang berada di Syurga, dan tujuan mereka menelefon insan-insan terpilih ini adalah demi memberitahu yang keadaan mereka di Syurga baik-baik belaka.  

Keadaan yang berlaku benar-benar menggemparkan masyarakat di pekan tersebut. Dan Sully, sebagai seorang suami yang kematian isteri, rasa sangat tertekan apabila satu-satunya anak mereka, Jules kerap bertanya bilakah ibunya akan menelefon dari Syurga. 

Sully sebenarnnya adalah seorang pilot tentera yang disegani. Namun pada suatu hari, beliau terlibat dalam kemalangan kapalterbang apabila staff di menara kawalan tersilap memberi arahan untuk mendarat. Dan kesilapan itu menyebabkan kapalterbang yang dipandu Sully terhempas. Kejadian itu dilihat oleh Giselle, isterinya yang pada masa itu sedang memandu berhampiran airport, dalam perjalanan bertemu Sully. Giselle panic melihatkan peristiwa itu dan terus memandu dengan tergesa-gesa untuk menghampiri lokasi kapalterbang terhempas. Dan tanpa diduga, kereta dipandu Giselle bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu secara melulu oleh Elliot Gray, mengakibatkan kemalangan yang dahsyat dan akhirnya mengorbankan kedua-dua mereka, Giselle dan Elliot Gray. 

Siasatan yang dilakukan terhadap kemalangan kapalterbang dan bukti-bukti yang ada tidak menunjukkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Elliot Gray, staff menara kawalan yang telah tersalah memberi maklumat mendarat kepada Sully. Ini kerana rekod percakapan antara Sully dan Elliot telah dipadamkan dan akhirnya semua kesalahan dibebankan kepada Sully yang menyebabkannya dipenjarakan untuk beberapa tempoh. 

Kini tinggallah Sully dan Jules sahaja, meneruskan hidup di Coldwater. Sully ditamatkan perkhidmatan tentera dan kini hanya bekerja biasa. Dalam masa yang sama, Sully cuba menyiasat tentang panggilan telefon dari Syurga yang dirasakannya sebagai mengarut. Logicnya, manalah orang mati boleh menelefon orang yang masih hidup. 

Menggunakan kepakaran dan kemahiran yang diperolehi ketika didalam tentera, Sully mula membongkar sedikit demi sedikit misteri berkenaan panggilan telefon tersebut. Dan kemuncaknya, misteri tersebut membawa kepada kejadian kapalterbangnya yang terhempas serta kematian Giselle. Malah, lebih memeritkan, insan yang berselindung disebalik panggilan telefon misteri itu adalah seseorang yang mempunyai pertalian yang kukuh dengan Elliot Gray, lelaki yang menghancurkan hidup Sully. 


Untuk naskah The First Phone Call From Heaven ini Mitch Albom membawa pembaca kepada keadaan semasa dan juga flashback ketika Alexander Graham Bell mencipta telefon dan peristiwa lain yang berlaku sewaktu dengannya. 

Dan dalam naskah ini, Albom membawa kita kepada betapa ada insan yang sanggup membuat apa sahaja untuk menebus kesalahan dalam hidupnya, kerana merasakan yang mereka berhutang kemafaan dari pihak yang lagi satu. Namun, ada kalanya apa yang dilakukan itu bukan sahaja gagal membawa kebaikkan namun mengusutkan lagi keadaan. Bagusnya kerana insan tersebut berusaha untuk bersikap empati selain dari hanya berpeluk tubuh sahaja. 

Untuk naskah ini, Patung Beruang rasa sangat simpati pada Jules, kanak-kanak kecil yang kehilangan kasih sayang seorang ibu dalam usia yang masih terlalu muda. Oleh itu, Jules mengharapkan perhatian yang lebih dari Sully, tanpa mengetahui yang Sully sendiri bergelut untuk bangkit selepas kematian Giselle. Dapat dilihat betapa berharapnya Jules untuk menerima panggilan telefon dari Giselle walau kelakuannya itu hanya menimbulkan kemarahan Sully. Poor kid.. 

Ending naskah ini agak memeranjatkan dan menyentuh emosi terutama babak dimana Sully berjaya membongkar apa sebenarnya yang berlaku disebalik panggilan telefon misteri itu. Apakah ia??? Hm... Patung Beruang tak nak kongsikan disini. Kalau nak tahu, kenalah baca sendiri ye... 

Book Review: Dari KLCC Ke Tanjung Malim

Tajuk: Dari Tanjung Malim Ke KLCC

Penulis: Fduas Ahmad

Menariknya Buku Ini:

Naskah Dari Tanjung Malim Ke KLCC ini menghimpunkan 53 buah cerita pendek berkisar kepada pengalaman hidup penulis, kejadian atau peristiwa yang berlaku serta pendapat penulis mengenai sesuatu isu. 

Penulis memulakan naskah ini dengan kisah pertama bertajuk Imperial College. Mengisahkan seorang staff baru di pejabat, yang bernama Zamal. Staff tersebut baru sahaja menamatkan pengajian dari Imperial College, London dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Kehadiran staff tersebut disambut dengan perasaan kagum oleh staff-staff lain. Maklumlah bukan calang-calang orang dapat mengikuti pengajian di Imperial College, yang tersenarai dalam Top 10 pusat pengajian terbaik di dunia. Namun, ada seseorang yang salah anggap dengan Imperial College itu, dan beranggapan yang ia mungkin sama sahaja seperti college-college lain di Malaysia ini. Adoiii.. Sabar je lah, heheh..

Dulu masa kecik-kecik, mesti pernah curi-curi makan ketika bulan puasa or dalam istilah sopan sikit, tuang puasa. Biasalah budak-budak belum baligh, huhu. Dan tabiat itu berhenti setelah akil baligh dan sedar yang ia adalah berdosa. Namun, bagaimana pula jika orang dewasa yang tuang puasa tanpa alasan yang kukuh? Sebab itulah, setiap tahun pasti kita akan lihat Jabatan Agama Islam menjalankan operasi menangkap pesalah-pesalah ini dan dibawa menaiki van jenazah. Dimanakah port mereka? Kedai makan cina, dalam tandas, pintu belakang kedai mamak dan lain-lain. Tetapi ada orang yang lebih hardcore, mereka curi-curi makan di Bilik Mayat. OMG!!!!! Dengan berbekalkan kepercayaan yang semua syaitan, jin, iblis dan makhluk sewaktu dengannya diikat semasa bulan puasa, hehe.. Kisah ke-7: Port Tuang Puasa

Kisah ke-11: Cerita Fateem Di Hari Raya mengisahkan keletah budak kecil, bernama Fateem yang teruja membuka sampul duit raya yang diterima dari tuan rumah.  Dan keterujaannya itu dikongsi dengan ibu bapanya apabila anak kecil ini dengan nada yang selamba memberitahu nilai duit raya yang diterimanya, dihadapan tuan rumah tersebut. Hm.. benarlah, kanak-kanak memang tidak pandai menipu. 

Biasa menggunakan Cash Deposit Machine atau Cheque Deposit Machine? Mesti biasakan.. Dan mesti kita akan perasan betapa berbezanya rupa paras Cash Deposit Machine dan Cheque Deposit Machine. Tetapi, bagaimana jadinya jika ada yang tidak perasan dan tergunakan Cheque Deposit Machine untuk deposit duit?? Kisah ke-19: Seorang Makwe Membuat Aduan Di Maybank


Keseluruhannya naskah Dari KLCC Ke Tanjung Malim banyak menyajikan kisah-kisah lucu, yang berlaku dalam kehidupan seharian penulis. Namun, ada juga yang kisah-kisah serious yang boleh diambil pelajaran. 

Menatap naskah ini seperti menatap cerita kehidupan masyarakat di sekeliling kita. Mungkin perilaku tersebut nampak simple namun memberi impak kepada diri sendiri dan/atau orang lain. 

Patung Beruang menatap naskah ini ketika hendak tidur, sambil melayan mata yang hampir tertutup ini. Dan Patung Beruang hanya mengambil masa 2 malam sahaja untuk menghabiskannya. Jujurnya, Patung Beruang seronok membaca kesemua cerita-cerita yang ada malah ada banyak sahaja cerita yang berjaya membuatkan Patung Beruang tertawa sendirian diatas katil. Bacaan santai yang sangat sesuai untuk merehatkan minda selepas penat seharian. 

Monday, December 26, 2016

Berdating Dengan Serigala Besar Yang Jahat

Assalamualaikum wbt

Tinggal 4 hari sahaja lagi untuk kita meninggalkan 2016. Allah.. Cepat sungguh masa berlalu. 

Minggu lepas, seperti yang dirancang, Patung Beruang berdating dengan Serigala Besar Yang Jahat. Dan nampaknya ini adalah dating kami yang terakhir pada tahun 2016 ini. 

Untuk sesi yang terbaru ini, seperti biasa Encik Serigala membuka pintunya selama 24 jam. 

Dan kebiasaannya, jika berlangsung sesi 24 jam, Patung Beruang akan berdating lepas Subuh. Biasanya dalam pukul 7 pagi tu, Patung Beruang dah terpacak di Mines Convention Centre dan bersedia untuk berdating. Selalunya, perjumpaan kami hanya akan habis dalam pukul 11 pagi atau 12 tengahari. Lapar? Dahaga? Oh.. Itu tiada masalah kerana Patung Beruang memang akan bawa bekal botol air dan roti siap2, simpan dalam bag. So bila rasa dahaga atau lapar, Patung Beruang akan duduk kejap dimana-mana sudut, dan mengisi perut seketika. 

Tetapi kali ini rutin Patung Beruang sangat berbeza. 

Patung Beruang melawat Encik Serigala pada pukul 3 petang. Nasib baik hari biasa. Jadi, parking senang dan pengunjung pun tidak terlalu ramai. Tetapi sebenarnya Patung Beruang dah terlalu penat masa tu. Yelah, pagi tu Patung Beruang keluar rumah pukul 7 pagi dan terus memandu sejauh beratus-ratus kilometer. Patung Beruang berhenti untuk makan sarapan dan lunch (brunch) pada pukul 12.30 tengahari. Dan itulah makanan berat pertama yang masuk dalam perut Patung Beruang untuk hari itu. 

Selepas itu, Patung Beruang sambung perjalanan sehingga akhirnya tiba di Mines Convention Centre pada pukul 3 petang. Penat... Allah sahaja yang tahu. Ikutkan hati tak larat rasanya nak berdating dengan Encik Serigala ini. Tetapi Patung Beruang kenangkan yang Patung Beruang tidak akan ada masa lagi untuk berdating kecuali pada masa ini. Jadi, kuatkan semangat dan teruskan melangkah.

Kali ini Encik Serigala kurang menarik berbanding sesi-sesi sebelum ini. Pilihan buku banyak tapi tidak banyak yang menepati citarasa Patung Beruang. Banyak buku yang Patung Beruang cari, tidak terdapat pada sesi kali ini. 

Agak kecewa juga sebenarnya...

Akhirnya, tepat pukul 5.30 petang, Patung Beruang pun ucapkanlah selamat tinggal pada Encik Serigala. 

Kali ini, hanya 20 buah buku sahaja yang Patung Beruang bawa balik. Dan kebanyakkan buku-buku itu adalah untuk anak-anak angkat Patung Beruang. Untuk Patung Beruang sendiri, banyaknya adalah karya Jeffrey Archer, my favorite author, hehe.. 

Oklah Encik Serigala, harapnya 2017 nanti anda lebih menariklah ye. Sedih juga dengan dating terakhir ini kerana jauh dari expectation. Sabar je lah. 

Baiklah, hari pun dah lewat malam ini (opss... sebenarnya awal pagi). Mata Patung Beruang pun dah tak larat nak buka besar-besar. Nampaknya, cukuplah sampai disini. In shaa Allah, nanti Patung Beruang menulis lagi ye. Bye... 

Book Review: Diagnosis

Tajuk: Diagnosis

Penulis:
1. Dr. Anwar Fazal
2. Dr. Aizzat
3. Dr. Azah

Menariknya Buku Ini:

Naskah Diagnosis ini menghimpunkan 21 cerita pendek karya dari 3 orang doctor perubatan. 

Memulakan naskah dengan kisah pertama iaitu Kenapa Jadi Doktor? membawa pembaca kepada keistimewaan profesion ini dari sudut Islam, dimana profession ini bukan sahaja memberi peluang insan untuk mendapat kejayaan dunia namun juga kejayaan dan saham akhirat. Beruntungnya kerana berpeluang untuk memegang dunia dan akhirat serentak. Disebalik jerih perih mereka untuk menamatkan pengajian, susah payah mereka dialam pekerjaan, Allah telah sediakan ganjaran yang besar dan istimewa buat mereka seadainya mereka sentiasa berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. 

Kisah ke-2: Denggi vs Dengki membawa kita kepada kisah Karim, seorang yang pemalas dan tidak menghiraukan kebersihan persekitaran rumahnya. Walau dikeliling jiran-jiran yang pembersih, tabiat itu masih belum melekat didalam dirinya. Kemuncaknya, Karim dimasukkan ke hospital kerana demam panas. Dan doctor mengesahkan yang Karim dijangkiti denggi, penyakit bawaan nyamuk. Namun, tanpa dapat dikesan oleh doctor, Karim juga sebenarnya turut dijangkiti penyakit yang lain iaitu dengki. 

Ada pekerja merasakan yang cuti sakit atau MC adalah hak mereka. Oleh itu, walau sakit sedikit mereka cepat sahaja berjumpa doctor untuk meminta MC. Tapi yang paling teruk sekali adalah mereka yang tidak jujur. Tidak sakit tetapi berpura-pura sakit dihadapan doctor dengan harapan doctor akan memberikan MC. Mereka menipu doctor, menipu majikan, menipu diri sendiri dan menipu Allah. Dan apabila doctor menyedari yang semuanya hanyalah lakonan semata-mata, ada caranya tersendiri untuk mengajar para penipu ini. Kisah ke-5: Suara Serak

Gejala hamil luar nikah semakin menjadi-jadi di kalangan remaja. Pergi sahaja lah ke hospital-hospital kerajaan, pasti kita akan berjumpa dengan kes ini. Bukan satu, bukan dua, namun banyak. Masyarakat sering memandang serong golongan remaja ini. Merasakan yang golongan ini bermasalah sejak azali dan memang tiada harapan. Namun, petugas perubatan tidak berfikiran begitu. Bagi petugas perubatan, setiap kehamilan luar nikah itu pasti ada ceritanya yang tersendiri. Setiap remaja itu, tatkala dilahirkan berbelas tahun dahulu, mereka sangat suci. Namun, disepanjang laluan kehidupan mereka, pasti ada sesuatu berlaku yang akhirnya menyebabkan mereka terjebak kepada kehamilan luar nikah. Oleh kerana itu, petugas perubatan selalunya sedaya upaya berusaha untuk mengenalpasti latar belakang dan sejarah kehidupan pesakit muda ini. Dan mereka tidak pernah berputus menasihati ibu dan bakal ibu ini agar kembali kepada ajaran agama. Kisah 16: Umur 15 Anak 1


Baiklah, ini pertama kali Patung Beruang menatap naskah tulisan doctor perubatan. Cerita santai tetapi menarik dan ada pengajaran yang tersendiri. Kisah yang dipaparkan adalah kisah seharian yang dialami oleh para doctor dan petugas perubatan lain, dalam usaha mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada para pesakit. Tiada prejudis, tidak mengenal sempadan pangkat, kuasa, agama, bangsa dan jantina. Semuanya dilayan sehabis baik demi memastikan pesakit mereka sembuh atau dapat diselamatkan. 

Pada pendapat Patung Beruang, semua cerita yang dipaparkan didalam naskah ini adalah sedap-sedap belaka. Namun, tidak adil jika Patung Beruang kongsikan semuanya disini. Kalau nak tahu lebih, kenalah milikinya. Sangat rugi lah pada siapa yang belum berkesempatan untuk membaca naskah ini. 

Sunday, December 25, 2016

Book Review: D.U.B.L.I.N

Tajuk: D.U.B.L.I.N

Penulis: Wan Nor Azriq

Menariknya Novel Ini:

Karya D.U.B.L.I.N ini berkisar kepada kisah Encik H, seorang penulis terkenal yang suka berjalan. Bagi Encik H berjalan adalah suatu seni dan dengan berjalanlah beliau akan mendapat ilham untuk berkarya. 

Encik H mempunyai seorang pembantu yang bernama Anita. Anita ditugaskan untuk menaip dan menyemak karya yang sedang Encik H usahakan iaitu novel bertajuk D.U.B.L.I.N. 

Pada mulanya, Anita merasakan Encik H adalah seorang lelaki yang memandang rendah pada wanita. Lelaki yang menganggap wanita hanya sebagai tempat pemuas nafsu sahaja. Lelaki yang mempunyai ego yang sangat tinggi. Dan pelbagai lagi tanggapan negatif. Sebenarnya Anita lebih terpengaruh kepada kata-kata Nazim, suaminya mengenai Encik H. 

Namun, hari demi hari Anita merasakan Encik H bukanlah seperti apa yang difikirkannya dahulu. Walaupun Encik H seorang lelaki yang pelik, namun beliau mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Encik H adalah genius didalam dunia sastera. Karyanya mempunyai kelas yang tersendiri. Dan mempunyai ramai peminat yang memujanya diluar sana. 

Disebabkan terlalu asyik dengan novel D.U.B.L.I.N, Anita merasakan yang dia termasuk didalam cerita novel tersebut. Encik H bergelut untuk menyudahkan karya tersebut tetapi Anita pula mempunyai 1001 persoalan yang timbul dibenaknya tatkala menatap dan menyemak karya yang belum siap ini. Dan kemuncaknya, apabila babak yang terkandung didalam novel tersebut mula terjadi didalam dunia realiti Encik H. 

Benarkah ia memang berlaku seperti apa yang ditulis didalam novel?

Atau mungkin Encik H sendiri yang terperangkap didalam karyanya, sehingga tidak mampu membezakan antara realiti dan khayalan? 


Naskah D.U.B.L.I.N ini ada dalam kelas yang tersendiri. Pada pendapat Patung Beruang, ia adalah satu karya sastera yang berat, yang menuntut pembaca untuk focus dan berfikir ketika menatap setiap patah yang tercatat didalamnya. 

Jujurnya, ini pertama kali Patung Beruang menatap karya sebegini. Cerita didalam cerita dan didalam cerita. Ye, ada 2 atau 3 cerita yang berbeza namun saling berkait. Dan ada kalanya, Patung Beruang juga seperti Encik H, bergelut untuk membezakan mana satu cerita utamanya, dan yang mana satu cerita didalam cerita. Oh peningnya......

Selain itu, Patung Beruang juga tertarik dengan nama-nama penulis agung dan hebat yang disebutkan didalam naskah ini, dan serba sedikit cerita tentang mereka. Ternyata penulis naskah ini adalah seorang peminat sastera yang tegar. 

Kesimpulannya, naskah ini unik, agak berat (untuk orang yang bukan sasterawan macam Patung Beruang ini) namun berbaloi untuk dibaca. Sekadar mencuba sesuatu yang lari dari kebiasaan dan menikmati dengan sepenuh hati.

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...