Sunday, May 18, 2014

Book Review: Art of Deception

Tajuk: Art of Deception, Amerika, Freemason, Zionis Mereka Menipu Dunia

Penulis: Jerry D. Gray

Sinopsis dan Menariknya Buku Ini:
Jerry D. Gray adalah seorang bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), kini telah memeluk Islam dan aktif menjalankan kegiatan dakwah.
 
Buku ini ditulis dengan tujuan memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai tipu daya Yahudi dan Amerika Syarikat.
 
Buku ini mempunyai 15 bab dimana Bab 1 berkisar kepada Misteri 911. Banyak penganalisis telah membuat kesimpulan bahawa Tragedi 11 September 2001 bukanlah satu peperangan biasa. Tetapi, ia adalah kejahatan kemanusiaan.
 
Penulis mula memberikan beberapa fakta yang aneh mengenai kejadiaan 11 September dimana tepat jam 7.59 pagi dan 8.10 pagi, kapal terbang yang "dilaporkan" dirampas, melanggar bangunan World Trade Center (WTC) dan Pentagon. Tetapi, Presiden Bush amat tenang pada ketika itu apabila beliau dimaklumkan mengenai serangan tersebut. Malah, Presiden masih boleh meneruskan aktiviti beliau bersama kanak-kanak didalam kelas selama setengah jam seolah-olah tiada apa yang berlaku. Begitu juga dengan terdapatnya laporan bahawa pengawal udara sudah mengetahui yang kapal terbang tersebut bermasalah, tetapi tiada tindakan yang diambil untuk mengatasinya.
 
Kisah 11 September telah dikupas dengan lebih mendalam didalam bab-bab seterusnya sehingga Bab ke-6. Penulis mempersoalkan apakah sebenarnya objek yang telah melanggar WTC kerana berdasarkan bukti bergambar, kapal terbang yang terlibat bukannya kapal terbang United Airlines seperti yang dilaporkan oleh pihak media. Penulis juga turut membangkitkan mengapa alat perakam penerbangan dalam kapal terbang tersebut kosong seolah-olah seperti tiada langsung komunikasi yang berlaku didalam kapal terbang. Pada kebiasaannya, ia hanya boleh dilakukan jika kapal terbang tersebut dikawal secara automatik.
 
Untuk Bab ke-7 hingga ke-10, penulis membincangkan mengenai Organisasi Rahsia, New World Order dan Freemason. Penulis merakamkan yang Pemerintahan Dunia Baru (New World Order, NWO) adalah sebuah organisasi yang sudah wujud selama beratus tahun. Misi mereka hanya ingin menyambut kedatangan Dajjal. NWO ini dipimpin oleh Iluminati dan dibantu oleh Freemason. Simbol-simbol dan tanda-tanda NWO turut ditunjukkan dan bagaimana ia telah ada disekeliling kita, dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari. Penulis juga membincangkan asal-usul Freemason, siapa anggotanya dan bagaimana mereka menyebarkan dakyah mereka kepada masyarakat melalui media dan hiburan.

Bab ke 11 hingga 15 iaitu berkisarkan penguasaan penduduk dimana mengapa peperangan dan pembunuhan beramai-ramai amat digemari oleh Amerika dalam menjayakan misi mereka. Turut dinukilkan mengenai kesan penggunaan senjata uranium yang digunakan oleh Amerika kepada masyarakat.

Masihkah kita ingat kepada filem 2012? Patung Beruang berpeluang untuk menonton filem tersebut dipawagam. Tetapi rupa-rupanya filem 2012 adalah propaganda psikologi yang dirancang. Ia bertujuan untuk menakutkan-nakutkan masyarakat untuk mempercayai bahawa bencana maha besar diramalkan akan berlaku pada 2012. Tetapi pada hakikatnya, NWO merancang memerangi 93% daripada populasi dunia pada Disember 2012. Perkara ini sesuai dengan kalendar Iluminati dan disokong oleh PBB melalui 21 polisi agenda pengawalan populasi mereka. Bencana alam termasuk pemanasan global mula menjadi permainan NWO dalam memusnahkan populasi manusia di muka bumi ini.

Kesimpulannya, Patung Beruang merasakan yang buku ini dapat membuka minda pembaca mengenai betapa bahayanya musuh-musuh Islam yang telah lama bertapak disekeliling kita tanpa kita sedari. Penipuan, konspirasi dan doktrin mereka telah sebati dengan kehidupan kita. Kembalilah kita kepada Allah dan mohonlah perlindungan-Nya agar kita tidak menjadi mangsa kejahatan musuh-musuh ini. Sesungguhnya Allah jua lah  penguasa terbesar alam semesta ini.   

9 comments:

  1. Assalamualaikum. Buku ni masih ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Fathin. Ye, buku ini masih ada, elok tersusun di rak buku saya. Kalau Fathin berminat nak beli, saya cadangkan Fathin beli buku yang baru, ada di jual di Bookcafe, https://bookcafe.com.my/ . Harga asal cuma RM20 je, tapi sekarang Bookcafe ada buat sale, discount 20%. So, harga after discount adalah RM16. Selamat membeli :)

      Delete
    2. Maaf ye Fathin, sebab saya tak pernah jual buku-buku yang saya review di Blog ni. Semua buku-buku tu, in shaa Allah saya simpan jadi koleksi saya :)

      Delete
  2. Assalamualaikum. Buku ni masih ada tak?

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Anda boleh dapatkan di BookCafe, portal jualan buku online dari PTS. Ini website mereka, Bookcafe.com.my. Terima kasih.

      Delete
  4. Assalammualaikom..mane nk dpat kn bku ni ye dh lame cri bku ni...cri kt kdai bku pon xde dah...

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam.. Alamak, buku ini pun dah lama saya beli. Tak silap saya beli di Bookcafe PTS.

    ReplyDelete
  6. Saya masih mencari buku ni.. ada sesiapa yang sudi nak jual.. saya dah cuba cari di bookcafe.. tapi diorang cakap dah tiada stock. Harap ada yang sudi nak jual buku Art of Deception kat sy..

    ReplyDelete

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...