Friday, April 24, 2015

Tak Seronok Pun Perasaan Marah Itu...

Assalamualaikum wbt & selamat pagi.. Pukul 5 pagi lagi Patung Beruang dah terjaga. Walaupun badan dan otak ni penat sangat, tapi rasanya mata ni tak mampu nak tutup lagi. So nak tak nak, kenalah bangun..

Hari ini hari ke-2 Patung Beruang di Terengganu. Sampai sini, hari Rabu pukul 11.30 malam. 

Kedatangan ke Terengganu kali ini tak lah best sangat seperti 2 minggu lepas. This time, banyak benda yang mencabar kesabaran Patung Beruang. Dan kemuncaknya, adalah insiden pertengkaran mulut antara Patung Beruang dan seorang otai disini pada petang semalam. 

Prinsip Patung Beruang senang je. 

"Jika company ini, company kita, adakah kita akan buat sesuka hati?" 

Of course lah TIDAK kan?? Maksudnya, kita akan jalankan tugas & tanggungjawab kita dengan sehabis baik, semua decision dibuat dengan pertimbangan yang rasional, dan kita akan berusaha untuk memastikan company ini boleh survive selama-lamanya. 

Cuba lihat bangsa yang satu itu. Jika sekarang Si A ni buka company, lagi 40 tahun akan datang, bila Si A sudah tua, kita akan lihat company itu masih kukuh berdiri dan selalunya lebih kukuh keadaannya dari sebelum itu, dan ia diuruskan oleh anak Si A tadi. Dan 40 tahun yang seterusnya, kita akan nampak company tadi megah menjadi syarikat korporat yang ternama, dan kini ia diuruskan pula oleh cucu Si A tadi. Dan begitulah seterusnya.. Maksudnya, mereka mendirikan sesuatu perniagaan bukan untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk diwariskan kepada generasi mereka di masa akan datang.

Tetapi, cuba lihat company yang ditubuhkan oleh bangsa kita. Maaf ye, Patung Beruang bukan untuk menjatuhkan bangsa sendiri, cuma untuk berkongsi cerita yang sering berlaku didepan mata kita. Hari ini Si B membuka perniagaan. Baru untung lebih sedikit pada tahun pertama dan ke-2 beroperasi, kualiti produk dan perkhidmatan sudah mula menurun. Tidak focus dan banyak berlaku pembaziran. Akhirnya, genap 3 tahun, company itu terus tutup. 

Ada pula cerita lain, dimana Si C ini berjaya membuka perniagaan dan bertahan sehingga 20 tahun. Alhamdulillah. Dan akhirnya, perniagaan tersebut diwariskan kepada anaknya untuk diuruskan. Tetapi, sayangnya anak Si C ini malas untuk menguruskannya. Segala perjalanan urusan syarikat diserahkan bulat-bulat kepada orang bawahannya. Dia lebih seronok untuk melancong ke Paris, London atau Gold Coast dan melawat showroom kereta-kereta mewah, serta bersantai di Kelab-kelab Golf dari duduk di pejabat. Akhirnya, perjalanan syarikat menjadi tunggang langgang, berlaku penyelewengan dikalangan pekerja, dan kemuncaknya, syarikat tersebut difailkan bankrap kerana tidak mampu membayar liabiliti mereka. 

See, sayang kan? Nak bangunkan company bukan senang. Tetapi, nak jatuhkan company, hanya semudah ABC sahaja. 

Dan itulah juga yang sering Patung Beruang tekankan dengan team sekarang ini. Ye, kita bukan pemilik company ini. Kita hanya bekerja sahaja disini. Cukup bulan dapat gaji. Cukup tahun dapat bonus. Tetapi, kita kena sedar, setiap decision dan tindakan yang kita ambil akan memberi kesan kepada company ini. Jangan ingat corporate yang kukuh dan ternama tidak boleh jatuh tersungkur. Didalam dunia korporat ini, tiada yang mustahil. Singa yang digeruni boleh menjadi kecil seperti tikus, dan si tikus yang sering dibuli boleh menjadi singa si raja rimba dalam sekelip mata. 

Seronok ke bila marah orang? Atau bertengkar dengan orang? Jawapannya adalah TIDAK SERONOK LANGSUNG. Bukan niat untuk bersikap kurang ajar dengan orang tua (otai ini umurnya lebih 20 tahun++ dari umur Patung Beruang), tetapi dalam urusan kerja, jika keputusan yang dibuat itu tidak rasional, salah, menyebabkan company expose to higher lost, sedangkan we have better alternative, tidak salah kiranya Patung Beruang menegur. Cuma apabila teguran telah dibuat berkali-kali, tetapi keadaan masih tidak berubah, pasti lah kita akan marah. 

Tolong lah.. Patung Beruang datang sini dengan niat nak membantu. Ye, tiada orang yang sempurna dan tahu semua benda. Tu sebab kita kena berkerjasama. Kalau tak tahu, kami boleh ajar. We don't have problem to share our knowledge and expertise. Tapi, bila orang yang nak diajar tu, terlalu degil dan ego, susah lah. Tak rasa malu ke, disebabkan decision kita yang tidak bijak itu, company terpaksa menanggung kerugian yang besar?  Bukan sekali, tetapi berkali-kali. 

Orang bijak pandai ada cakap, 

"Kesilapan hanya berlaku pertama kali sahaja. Tetapi, jika kesilapan yang sama kita ulang untuk kali ke-2, ke-3 dan seterusnya, itu TIDAK BIJAK namanya"..

Thursday, April 16, 2015

Adakah Kita Masih Benar-Benar Hidup???

Awal pagi tadi Patung Beruang dikejutkan dengan berita kematian ibu kepada sahabat Patung Beruang. Innalillahiwainalirajiun.. 

Arwah adalah seorang pesakit cancer yang sedang dirawat di hospital. Anaknya yang merupakan sahabat Patung Beruang memang tidak tenang sejak beberapa minggu lepas kerana memikirkan keadaan ibunya. 

Patung Beruang faham perasaan sahabat ini. Pengalaman menjaga ahli keluarga yang mengidap cancer tidak lama dahulu benar-benar memberi banyak pengajaran pada Patung Beruang. 

Pada masa itu, wad CCU di hospital ibarat rumah ke-2 buat Patung Beruang. Siang malam, pagi petang disana. Malah, untuk balik ke rumah sebentar sahaja pun, Patung Beruang rasa berat hati sangat. Sebab Patung Beruang tidak tahu, adakah Patung Beruang akan berjumpa dengannya lagi jika Patung Beruang kembali semula ke hospital. Dan yang paling mengesankan adalah apabila seorang demi seorang pesakit yang dimasukkan ke wad CCU itu, pergi menemui Pencipta-Nya. Hampir selang sehari, pasti ada yang meninggal. Ya Allah, hati ini takut sangat. Kami seolah-olah sedang menunggu giliran untuk dipanggil mengadap Ilahi. Hati ini sering tertanya, giliran siapa pula pada hari ini?? Honestly, ia benar-benar menjejaskan psikologi si pesakit dan juga ahli keluarga yang menjaganya. Sampai satu tahap, kami terpaksa merayu kepada doktor agar pesakit dipindahkan ke wad lain. Walaupun salah seorang doctor yang bertugas di wad CCU tersebut adalah adik Patung Beruang sendiri, tetapi, beliau tiada kuasa untuk sesuka hati memindahkan pesakit keluar dari sana.

Kematian adalah lawan kepada kehidupan. Tetapi, apa sebenarnya erti kehidupan kita ini? Kita yang masih hidup ini atau dalam kata lain, masih lagi bernafas, adakah kita memang benar-benar hidup? Adakah kita menghayati kehidupan kita sekarang? 

The saddest part of life lies not in the act of dying, but in failing to truly live while we are alive. Yes, kita mungkin tidak sehidup yang kita rasakan. Too many of us play small with our lives, never letting the fullness of our humanity see the light of day. 

Dalam umur yang masih setahun jagung ini, Patung Beruang belajar apa sebenarnya yang dilihat didalam kehidupan ini. In the end, is not how many toys we've collected, how many bungalows we have, or how much money we've accumulated, BUT HOW MANY OF OUR TALENTS WE'VE LIBERATED AND USED for a purpose to adds value to this world and Hereafter (akhirat). What truly matters most are the lives we've touched and the legacy that we've left.  

Adakah kita benar-benar menghayati kehidupan kita sekarang? Adakah kehidupan kita sekarang ini adalah kehidupan yang memang kita impikan selama ini? Adakah kita menjadi diri kita sendiri? 

Sedar tak sedar, most of us live our entire lives wearing a social mask that hides our true selves. Rather than showing the true colours of our humanity. We work hard to sculpt an image of the person we think the world wants us to be. We say the things other people want us to say, wear the clothes other people want us to wear and do the things that other people want us to do. Rather than living the lives we have destines to live, we end up living the lives of other people. Thus, we die a SLOW DEATH atau dalam kata lain, kita ini ibarat zombie.. 

Bahagia kah kita? Some people make promise that they will have happiness when they become richer, or they succeed in climbing the corporate ladder, or maybe after all the children went to college or university. But, why we must waiting a certain or specific time or situation to feel the happiness? What if the time or situation that we expected never happen? Are we saying that

     "Oh, I missed the chance to feel the happiness because i'm not rich, or because i'm still just an executive not a Senior Vice President and bla bla bla...."

Bahagia itu ada dalam diri kita. Cuma kita mungkin terlepas pandang. Menonton tv bersama-sama ahli keluarga adalah saat yang membahagiakan. Melihat matahari terbit ditepi pantai bersama insan yang kita cintai, adalah saat yang membahagiakan. Berbual dan berkongsi cerita sesama adik beradik sehingga pukul 4 pagi juga adalah saat yang membahagiakan. Bangun bertahajud bersama ibu dan ayah juga adalah detik yang membahagiakan. 

Hidup kita ini terlalu singkat sebenarnya. Tetapi, kita gagal memanfaatkan kehidupan yang singkat ini. Kita terlalu ghairah mengejar kemewahan dan kejayaan material. Kita bangga dengan social mask yang kita pakai 24 jam, 7 hari seminggu, ke sana sini. Sehingga akhirnya kita terlupa pada mereka-mereka yang sentiasa sayangkan kita, tanpa syarat, tanpa berbelah bahagi, tanpa mengharapkan balasan dan tidak pernah peduli siapa atau apa status kita. 

Tetapi... tatkala mata kita mula hendak tertutup, kita mula terbayang wajah-wajah mereka. Dan hati ini mula rasa menyesal kerana kita tidak memperuntukkan waktu dan perhatian yang sewajarnya kepada mereka. Bolehkah masa diundur semula??? Hm.... 

Wednesday, April 15, 2015

Project Saya Sekarang..

Ada beberapa orang sahabat Patung Beruang bertanya, kenapa sejak 2 menjak ini, Patung Beruang suka bercakap tentang Projek. Dah tukar line ke? 

Hm.. Susah nak cakap sama ada memang Patung Beruang dah bertukar line ataupun tidak. 

Yang pasti, sejak beberapa minggu lepas, Patung Beruang diberi tanggungjawab untuk mengetuai Project Cost Management for Facility operations. Sejak bila pula auditor kena lead project ye? huhu...

Semuanya bermula pada bulan Mac hari tu dimana pada masa itu, team Patung Beruang baru sahaja menyiapkan audit fieldwork untuk assignment Facility operations. Untuk assignment tersebut, Patung Beruang decide untuk buat audit report style strategic report yang macam biasa Patung Beruang buat ketika di Pos Malaysia. 

Pada sesiapa yang pernah tengok strategic report, pasti akan perasan report style macam tu lebih menarik perhatian pembaca i.e. clients, senior management & Board Audit Commitee berbanding tipikal audit report. Sebabnya adalah report tersebut sangat detail, penuh dengan analysis, charts, graphs, trending line, forecast dan yang paling penting, ia bukan setakat highlight issue, root causes and give recommendations yang sebaris dua, tetapi ia juga mengandungi detail proposal untuk move forward.

So, back to report Facility operations tadi, Patung Beruang ada letakkan proposal how to manage the cost and enhance effectiveness of operations simultaneously. 

Tak disangka pula, report itu mendapat perhatian yang lebih dari Senior Management. And finally, keluarlah arahan agar dibuat Project Cost Management untuk Facility Operation, across the Company, and it will be led by Patung Beruang.. What a surprise???

Kalau diikutkan dari segi konsep governance, as an internal auditor, Patung Beruang tidak boleh involve dalam operation side. Because, later, tak kan lah Patung Beruang nak audit kerja Patung Beruang sendiri, betul tak??  

Tetapi, dalam kes ini, Patung Beruang tiada pilihan. Sebab pertama, yang keluarkan arahan itu, adalah orang no. 1. So, who am I to say NO?? Kedua, keadaan sangat mendesak sekarang ini yang menyebabkan we need to take robust action to not only safe guarding the Facility operations but as well as company's performance. 

Jadi, Patung Beruang need to change from wearing internal auditor hat to project manager cum operation hat. And, obviously i'm against the governance. Kalau lah lecturer audit Patung Beruang tahu, mesti kena marah.. 
   
        Saya minta maaf ye Dr. Rohami, huhuhu.. 

So, I am an operation people now. And my main focus are to improve the cost, enhance effectiveness, quality and productivity, and support the production and company no matter what. 

Ini minggu ke-3 Patung Beruang sebagai operation people. Minggu pertama, dihabiskan dengan prepare project framework, project milestone, project expected deliverables and gathered data. 

2nd week iaitu last week, Patung Beruang and the team pergi ke Terengganu untuk meninjau site. Dari situ, kami start mix around with operation people and hands-on certain initiatives yang boleh dibuat immediately. Dan disana juga, kami start develop control measure for each of operational areas. Yang ni agak sakit sbb I'm not an engineer, but I need to understand mechanical, electrical, civil and environmental work process. So, ilmu serba sedikit yang Patung Beruang perolehi ketika di TNB (untuk electrical & mechanical), serta MMC (untuk civil), kenalah Patung Beruang gunakan. Dan dalam masa yang sama, Engineer yang entertain Patung Beruang masa di Terengganu tu terpaksa menjadi kamus dan buku rujukan bergerak, hehehe.. Kesian dia kena melayan Patung Beruang yang banyakkkkk tanya ini. 

         Takpe lah Azri, nanti habis je Project ini, Patung Beruang belanja makan               ikan bakar ye..heheh.. 

So now ada minggu ke-3. Kami dah start analyse daily data untuk check effectiveness of initiatives yang sedang dibuat. Dan jika current result tidak seperti yang diharapkan, kami kenalah cari root cause nya dan try implement mitigation plans. Dalam masa yang sama, kami juga kena tengok effectiveness and appropriateness of control measures yang ada. Manalah tau, kot-kot control measure tu tak cukup, so kena crack our head lagi untuk find out additional measures pula. At the same time, kami juga kena plan untuk next steps. Ada banyak lagi initiatives nak buat ni. Nanti bila dah habis di Terengganu, kena pula move ke negeri lain.

Itu lah ceritanya.. Bila jadi operation people ini, lain pula perasaannya. Sebelum buat apa-apa decision, kita kena fikir impact pada operation dan production, serta time and money. Menarik juga sebenarnya sebab kita kena hands-on bukan setakat duduk ofis dan tulis report sahaja. Setiap hari yang dilalui, pasti ada pengalaman dan ilmu baru akan kita perolehi. Walau siapapun kita, laksanakan lah tanggungjawab kita dengan sehabis baik. Bukankah pekerjaan kita juga adalah salah satu sumber saham akhirat? Jadi, buat sahaja lah dengan sepenuh hati :) 

Tuesday, April 14, 2015

Ceritanya Emergency Couple

Hari ini Patung Beruang sempat sampai rumah pada pukul 6.50 petang walaupun keluar ofis pada pukul 6.20 tadi. Alhamdulillah..

Dan bila sampai awal ni, mestilah nak tengok Emergency Couple. Tak sangka pula hari ini episod akhir. I'm so lucky.... heheh..

Emergency Couple berkisarkan kepada pasangan doktor pelatih iaitu Oh Chang Min dan Oh Jin Hee, yang bertugas di wad kecemasan di hospital yang sama. 

Sebenarnya, mereka adalah bekas pasangan suami isteri. Tetapi disebabkan mereka berkahwin ketika belajar, sama-sama tidak matang dan pelajaran mereka terjejas, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja. Selepas bercerai, masing-masing meneruskan pelajaran didalam bidang perubatan dan bertemu semula selepas 6 tahun.

Mereka sering bertengkar ketika mula bekerja bersama di hospital. Tetapi, lama kelamaan mereka menyedari yang mereka sebenarnya saling memahami antara satu sama lain, sangat serasi dan saling bantu membantu setiap masa. Dalam masa yang sama, Oh Jin Hee mengagumi ketua mereka yang merupakan doktor pakar, Dr. Gook. Dan Dr. Gook pula menyimpan perasaan kepada Jin Hee. Tetapi, akhirnya Dr. Gook mengalah kerana menyedari Jin Hee dan Chang Min saling melengkapi satu sama lain. 

Patung Beruang jarang tengok cerita Korea. Last cerita Korea yang Patung Beruang follow adalah The Heirs, yang pernah dimainkan di Astro One pada tahun 2013 rasanya. Sanggup balik awal setiap hari Rabu & Khamis. Kalau terlepas, sanggup tunggu siaran ulangan pada hari Sabtu atau Ahad.. Kuat betul penangan Kim Tan dan Eun Sang, heheheh.. 

Emergency Couple ni pun Patung Beruang start follow since bulan Feb hari tu. Tapi tak konsisten sbb bukan boleh gerenti kita boleh balik on time setiap hari.. So, bila sempat, tengok lah.. Kalau tak sempat, baca je sinopsis kat Internet.. Senang kan?? 

Apa yang Patung Beruang suka dengan Emergency Couple ini adalah determination seseorang untuk mencapai impiannya. Contohnya Jin Hee adalah seorang dietician. Tetapi, disebabkan minat dengan bidang perubatan, Jin Hee berusaha keras untuk memastikan beliau layak menjadi seorang doktor walaupun umurnya lebih tua berbanding pelajar-pelajar yang lain. Determination dan kerja keras tanpa kenal penat lelah akhirnya membuahkan hasil apabila Jin Hee dianggap antara doktor pelatih yang bagus di hospital itu.

Begitulah juga dalam kehidupan kita. Setiap orang pasti ada minat. Tetapi, sejauh mana kita berusaha untuk memastikan minat kita itu memberi kejayaan yang besar kepada diri kita?? Tepuk dada dan tanya lah diri kita.. 

Seorang auditor mungkin berminat dengan Project Management. Seorang Engineer mungkin berminat dengan human psychology. Tetapi, adakah minat kita itu hanya sekadar minat, atau mungkin kita sanggup pupuk minat tersebut sehingga ia boleh memberi faedah kepada kita dan orang disekeliling.

Tidak salah kiranya Isnin-Jumaat, kita ligat menjalankan kerja-kerja audit. Tetapi, Sabtu dan Ahad pula, kita memberi kelas percuma berkenaan Project Management kepada mereka-mereka yang memerlukan. Ataupun, kita menjadi advisor tidak rasmi untuk 1 project mega didalam syarikat kita. Memang nampak salah dari sudut governance, sebab kelak siapa yang akan audit project tersebut?? Tetapi, jika kita ada ilmu yang tidak seberapa ini, apa salahnya kita kongsi untuk kebaikan bersama? Apatah lagi mungkin Project Management concept adalah sesuatu yang masih alien untuk mereka. 

Jika selama 5 hari seminggu kita bertungkus lumus di R&D department untuk design produk baru, apa salahnya 1 hari di hujung minggu kita peruntukkan pula untuk menabur bakti di rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua. Mungkin kita tidak mampu menderma duit mencecah ribuan ringgit setiap bulan, tetapi kita boleh hadiahkan tenaga, buah fikiran dan masa kita kepada mereka. Yakinlah, kehadiran kita disana pasti disambut dengan senyum gembira dari mereka. 

Oleh itu, apa pun minat kita, masih belum terlambat untuk kita mulakan langkah pertama. Dan berusahalah agar minat kita itu dapat disalurkan ke tempat yang betul dan paling penting sekali dapat digunakan untuk menjana saham Akhirat. Kita tidak akan hidup selama-lamanya. Jadi, pastikan kehadiran kita memberikan impak kepada semua orang.  Aamin...  

Book Review: The Steve Jobs Way - iLeadership For A New Generation

Tajuk: The Steve Jobs Way - iLeadership For A New Generation

Penulis: Jay Elliot dan William L. Simon

Cerita Patung Beruang: 
Buku The Steve Jobs Way (TSJW) ini adalah buah tangan dari Big Bad Wolf tahun 2014 atau 2013 kalau tak salah lah (Patung Beruang pun tak ingat, heheh).. Baru sekarang Patung Beruang dapat membacanya. Tu lah kan, beli ikut nafsu, ini lah jadinya.. Kalau diteliti satu persatu buku-buku yang elok terletak di rak buku dalam bilik ini, masih ada lebih dari 10 buah buku yang Patung Beruang belum sempat baca lagi. Ada antara tu, elok cantik masih berbalut plastik lagi. Tetapi yang peliknya, setiap bulan mesti kaki ni gatal sangat nak pergi shopping di kedai buku.. Adoi.... Membazir itu kan amalan syaitan :(

Menariknya Buku Ini: 
Buku TSJW adalah nukilan Jay Elliot yang merupakan bekas Senior Vice President di Apple dan juga salah seorang yang rapat dengan Steve Jobs. Kisah didalam TSJW ini adalah kisah benar yang berlaku pada beliau, Steve Jobs, Apple dan organisasi lain yang berkaitan seperti Pixar, jatuh bangun Jobs dan organisasi yang dipimpinnya. 

TSJW dimulakan dengan bab Prologue dimana ia mengisahkan seorang lelaki muda yang baru meletakkan jawatan dari Intel, sedang duduk di restoran dan membaca berita berkenaan Eagle Company yang baru sahaja diniagakan di pasaran saham, tetapi malangnya ia musnah sekelip mata selepas kematian CEO nya akibat kemalangan jalanraya. Lelaki muda ini pula keluar dari Intel dengan niat untuk menyertai Eagle Company. What a frustrating story... Selesai membaca berita tersebut, beliau berbual pula dengan seorang lelaki yang berada disebelahnya berkenaan dengan nasib yang menimpa Eagle Company dan para pekerjanya. Dan itulah detik perkenalan antara Jay Elliot dan Steve Jobs. Selepas bertukar-tukar cerita mengenai dunia IT dan korporat, Jobs mempelawa Elliot untuk menyertai Apple Computer memandangkan pengalaman yang beliau perolehi ketika bersama Intel. Dan 2 minggu selepas itu, Elliot menyertai Jobs, berkhidmat di Apple dan bersama-sama membangunkan organisasi tersebut sehingga ke tahap seperti hari ini. 

Bab 1: Passion For The Product mengisahkan karektor Jobs yang sangat taksub dengan kesempurnaan product. Jobs melihat produk yang dihasilkan oleh syarikatnya bukan sahaja dari sudut keuntungan semata-mata tetapi dari sudut pengguna. Jobs meletakkan dirinya sebagai seorang pengguna yang cerewet, yang mendambakan bukan sahaja produk yang cantik dan hebat, tetapi juga mestilah mudah dikendalikan, praktikal, unik dan memenuhi citarasa dan kehendak pengguna.    

Bab 2: Success Is In The Details membawa pembaca kepada pentingnya karektor  yang perfectionist dalam memacu kejayaan. Seperti statement Elliot, "Steve's level of focus on details is one of the most crucial aspects of his success and the success of his products." Formula Jobs simple sahaja, semua features atau application adalah berguna dan amat diperlukan oleh pengguna. Tidak perlu cramming everything, tetapi kita hanya perlukan sedikit kreativiti dan innovation untuk memastikan semua benda / perkara yang diperlukan, ada didalam 1 gadjet. Dan ia mestilah sempurna.  

Kesimpulannya, ada beberapa point penting yang boleh Patung Beruang kongsikan hasil dari pembacaan TSJW ini:
  1. Kita wajib mengenali dengan SANGAT RAPAT produk yang kita hasilkan. Setiap perincian, proses, kehebatan, kekurangan, objektif, hala tuju, pesaing, target market dan sebagainya. 
  2. Jika kita GAGAL mengenali produk kita, bermakna kita juga akan gagal mengenali pengguna dan bakal pengguna kita. 
  3. Buatlah apa yang kita minat dengan sepenuh hati kerana minat itu akan membuatkan kita meletakkan 1200% komitmen. Tetapi, jika kita tidak berminat, keluarlah dari situ dan cari lah apa yang kita minat. Tiada istilah terlambat untuk mencipta kejayaan. 
  4. Jika saya seorang pemilik perniagaan, put the customer as me, me as the customer. 
  5. Kita memerlukan mereka-mereka yang bijak, hebat dan berbakat untuk support perniagaan kita. Jadi, jangan kedekut untuk berbelanja for Human Capital. 
  6. Tersilap langkah atau tersilap membuat keputusan? Ambillah pengajaran darinya kerana kita tidak sepatutnya silap untuk kali ke-2. 
  7. Lakukan perubahan yang kecil tetapi mendatangkan impak yang besar dan bukan sebaliknya. 
  8. Be A Pirate, Not a Navy. Ini adalah salah satu motto untuk team building Apple. What are the differences between Pirate and Navy? Pirate berkerja keras tanpa terikat dengan apa2 protokol atau standard. Tiada perasaan takut, risk taker dan enthusiastic. Berbanding Navy yang banyak protokol, standard dan arahan yang perlu dipatuhi untuk setiap operasi. Dan kekangan ini biasanya membantutkan daya kreativiti mereka. 
  9. Holistic Product Development bukan 1 khayalan. Tiada yang mustahil dalam R&D. 
  10. Adakah pekerja kita juga adalah pengguna setia produk kita? Jika ya, baguslah. Jika tidak, rugilah. Pekerja adalah sumber maklumat yang paling dekat dan murah. 
Ikutkan ada banyak lagi point yang penting dan menarik untuk dikongsikan disini. Tapi, tak best lah kalau Patung Beruang kongsikan semua, ye tak? Kalau nak tau lebih banyak, kenalah baca sendiri buku ini. 

Diluar sana ada banyak buku- buku mengenai Steve Jobs. Tetapi, Patung Beruang rasa ini adalah the best amongst the best. He is absolutely one of a kind...

Saturday, April 4, 2015

Cerita Strategic Audit - Part 2

Alhamdulillah, akhirnya Patung Beruang berpeluang untuk duduk dan sambung mengarang mengenai Strategic Audit. Hajat dihati nak sambung menulis malam tadi, tapi sampai rumah pun dah lewat malam. Tak larat rasanya nak mengadap laptop lagi.

Ok, sambung semula last scenario yang Patung Beruang berikan pada last entry dimana, auditor nak audit projek pembelian mesin yang digunakan di bahagian production.


Basic things adalah we should start with how they managed this project. So, using our project management skill, mintalah dokumen-dokumen yang berkaitan seperti Project Management Plan, Project Charter, Milestone, Business Case, Project Quality Mgt, Project Cost Mgt, Procurement etc.

But, client mungkin akan argue;
  "Hello, we only purchase machine that cost RM50mil, so why we need to have all those Project Management document? Purchase Requisition (PR) and Purchase Order (PO) enough lah..."

Hm.. Sebenarnya, apa sahaja yang kita nak buat, kita akan guna Project Management (PM)  tool. Hatta, nak buat pensel sebatang pun kita akan pakai PM. (Ini statement dari kelas Project Mgt organised by PgMO yang Patung Beruang pernah attend dulu. Thanks NoorJay for the quote, hehe..) So, apa lagi kalau untuk pembelian mesin yang berharga millions Ringgit, betul tak??

PM documents act as a Bible to Project Manager and the team. Maksudnya, everything yang mereka kena buat, nak buat, dan dah buat, must be referred and recorded in PM documents. And as an auditor, kita akan tengok how complete and accurate nya PM documents mereka. Dan sambil-sambil itu, kita tengok juga Contract antara mereka dengan supplier machine yang diimport khas dari Africa itu. Apa soalan-soalan yang nak ditanya ye?? Let's start..
  • Apa status project mereka sekarang? On track? Behind or ahead schedule? Jika behind schedule, berapa variance nya? Why behind schedule? And the mostttt important thing, adakah both parties (i.e. management & vendor) agreed on the percentage of behind schedule. Ada sign off tak? Apa action plans lepas ni untuk on track semula? Katalah, salah seorang dari mereka tidak agree dengan percentage tersebut, then we need to ask why they didn't agree? Rajin-rajinkan lah tengok Minutes of Meeting mereka (yang bersign off ye) dan correspondences yg lain.. manalah tau, kita akan terjumpa Cerekarama dalam tu..heheh..   Oh ye, jangan lupa juga tengok LAD (Liquidated & Ascertained Damages) clause yg ada dalam Contract ye... what kind of conditions/criteria utk impose LAD?...Berapa rate dia? Siapa yang akan decide utk impose LAD?
  • Sekarang apa kata kita lihat specs machine tersebut pula. Dalam Request For Proposal (RFP)/ Request For Quotation (RFQ) cakap apa ye? Dalam Contract pula ckp macam mana? Jangan dalam RFP cakap nak buat model  Fiesta. Tapi, tup-tup dalam contract pula letak nak buat model Mondeo... huh, masaklah macam tu.. Kesianlah dekat desingner and engineer nanti, sob sob sob... But pls bear in mind, some Contract will include detail specs, but not all Contract like that. Ada juga Contract yg akan made reference to RFP/RFQ. So nak tak nak, kita kena juga tgk RFP/RFQ. And now, berdoalah semoga RFP/RFQ itu detail dan complete.  
  • Now cuba pula kita lihat actual specs machine tersebut dengan apa yg ada dlm Contract/RFP. Sama ke? Jangan kita minta Fiesta tapi vendor pula bagi Rio (lagi worst) or depa bermurah hati utk bagi A200 (wow, you are soooo lucky)? 
"Tapi Patung Beruang, kami ni auditor. Manalah tau pasal2 technical, machine specs etc ni?? So, macam mana nak check??"

Hm.. auditor ni tak de benda yg depa tak boleh check... Seorang auditor kena bersedia utk jadi accountact, engineer (mechanical, electrical, civil etc), QS, chemist, technician, Project Mgr, planner, programmer, consultant dan sebagainya.. Kalau tak reti, belajar lah.. kalau tak sempat nak belajar, pi lah import guest auditor yang qualified.. senang kan???  In fact, masa Patung Beruang di Pos Msia dulu, every strategic assignment, Patung Beruang akan ada at least seorang guest auditor. Sama ada dari PgMO or IT, depends on keperluan. I'm not expert in everything, so I need subject matter expert to join my audit. And it's a good practice sbb kita memastikan org2 yang buat audit itu adalah benar2 expert for that particular area. Jadi, tak de lah auditor ni kena kelentong dgn client.
  • Next, disebabkan machine tersebut guna electricity, how about the rate of energy efficiency dia? Consumption per hour, per day? Kena warming up dulu ke? If yes, how long it takes the machine to warming up? Ada specified dlm mana2 dokumen tak all those information? If specified, sama ke apa yg direkodkan and in actual? Now...auditor need to do energy audit... who knows, tgk2 machine ni consume more power than what promised by vendor. Or, maybe the machine has power leakage.. its not impossible for new machine to have power leakage ye. Jadi, sebelum company kita terpaksa bayar kos electricity yg beratus ribu or berjuta ringgit hanya disebabkan inefficiency energy consumption, better we check 1st and rectify accordingly.  
  • Kita beli machine tu utk improve our productivity and efficiency. Ye ke? Katalah sebelum ada machine, kita perlukan 10 orang utk buat kerja itu. And bila ada machine, sepatutnya kita tidak lagi perlukan 10 orang itu betul tak? Maybe kita hanya perlukan 1 orang sahaja, itu pun utk supervise the machine to ensure it running smoothly. Tapi.. apa kata kalau machine ini sangat cerewet. Kalau input masuk senget sket, tak boleh. Kalau input tu bentuk  bulat atau lonjong, tak boleh. Kalau input tinggi sikit pun tak boleh. Pendek kata, machine ini hanya boleh terima input yang standard dan diletakkan di tempat yang betul dan tepat, supaya conveyer belt itu boleh bergerak terus tanpa berhenti-henti dan scanner boleh scan barcode. Menyenangkan kerja ke? Or akhirnya, pekerja terpaksa ambil input yang tidak diterima oleh machine tadi, dan mereka terpaksa proses ia secara manual.. So, what's the point spend up to millions Ringgit if the machine is so fussy and we still using a manual system??
  • Machine dah sampai dan Production pun dah guna dengan senang hatinya, hooray.. Now, payment mana mana? Adakah kita follow progress payment? Jika kita follow, baguslah.. Tapi, lihat juga, adakah schedule payment itu balance. Contohnya, upon signing contract, kita kena bayar 20%.. (that's normal).. tapi next 6 months, kita kena bayar additional 50% pula, sedangkan kalau ikut target progress on project masa tu baru 20% sahaja. So, adil ke? Project baru 20% siap, tapi vendor dah dapat 20%+50% = 70% payment from total contract cost. Apa kata tiba2 vendor tak mampu nak siapkan project tu dengan sengaja atau tidak, apa akan jadi pada kita? Depa bole lari bila-bila masa je sbb dah dapat 70% payment.. Kitalah yg rugi.. Duit dah keluar tapi barang tak dapat.. So, kita tengok pula Termination Clause dalam Contract macam mana? Apa criteria yg kita or vendor or both parties boleh terminate contract? Apa pula yg boleh dituntut sebagai ganti rugi? Jadi, periksalah dengan teliti schedule payment dan actual progress, termasuklah approval, supporting documents dan sebagainya.  Dannnnn, jangan lupa Retention Sum ye.. ada tak kita pegang certain portion as a Retention Sum? Kalau ada, berapa dan berapa lama utk kita pegang duit tu? Bila boleh release Retention Sum? Apa documents yg perlu utk release Retention Sum? 
  • Maintenance machine pula macam mana ye? Kita kena maintain sendiri ke or kena panggil vendor juga? Berapa total cost for maintenance? Ada masuk dalam budget? Bila schedule maintenance nya? 
Sebenarnya, banyak area yang kita boleh tengok dalam audit Cost Project ni. Kita boleh juga touch elemen Safety & Health (jika berkaitan), qualification of the vendor (layak ke dia jadi supplier ke or actually ada supplier yg much better than this with a lower cost), ROI, cost benefit analysis, effectiveness of work process (before and after), after sales service dan macam2 lagi.. Area yg boleh kita touch adalah sangat luas, dan ia bergantung kepada creativity auditor itu sendiri nak touch which area and how he/she wants to conduct the audit.

Kesimpulannya, audit Cost Project ni key word dia senang je,
"Adakah kita beli Ferrari dengan harga Proton, atau kita beli Proton dengan harga Ferrari, atau kita memang beli Ferrari dengan harga Ferrari."


p/s: Jika ada yang tertanya-tanya apa itu Fiesta, Mondeo, Rio & A200, itu adalah model-model kereta yang ada di pasaran sekarang.  Bagi contoh kereta lagi senang orang faham, ye tak? BTW, A200 tu handsome kan? That's 1 of my wish list.. Aamin..

Thursday, April 2, 2015

Cerita Strategic Audit..


Semalam Patung Beruang berbual dengan rakan auditor dari syarikat lain. Sahabat Patung Beruang ini meluahkan mengenai kesukarannya menjalankan strategic audit di organisasi beliau seperti:  
  • Tidak nampak hala tuju audit tersebut. Apa objektifnya dan apa scope yang hendak diteliti untuk mencapai objektif tersebut. Malah, most of time, mereka akan lost in the jungle, huhu.. 
  • Hala tuju atau direction audit yang berubah-ubah dari mula planning, sampailah fieldwork sehinggalah ke report writing stage.
  • Mentaliti auditors yang masih selesa dengan pemikiran compliance. Dimana jika ada SOP, terus diteliti adakah work process itu mengikut SOP. Tiada langsung inisiatif untuk meneliti SOP tersebut dan mencari jika ada areas for improvement dalam work process yang boleh di cadangkan kepada management. Dan jika tiada SOP pula, terus blackout. Tak tau nak buat apa, huhu..
Patung Beruang faham masalah yang dihadapi oleh sahabat ini. Patung Beruang mula buat strategic audit pada tahun 2010/2011, masa itu di TNB. That time, strategic audit masih lagi benda yang baru. Malah, sehingga ke hari ini pun tak banyak company yang mampu buat strategic audit internally. Dan honestly, susah untuk cari auditor yang mampu buat strategic audit dengan baik.. Ramainya adalah tipikal auditor yang masih selesa dengan pemikiran dan cara kerja yang konservatif, huhu...

Apa itu strategic audit? Basically, strategic audit is a review and evaluate company current strategies and how the company can position itself in the market. So, we need to look on the business plan and strategies, and identify any weaknesses or areas for improvement. 

Ketika di TNB, strategic audit yg Patung Beruang jalankan lebih kepada how company wants to inline their strategy with Khazanah's direction and strengthen their position in energy & utility industry. 

Dan ketika di Pos Malaysia pula, strategic audit yang dibuat lebih kepada major initiatives yang dijalankan oleh company such as introduction of new revenue stream and development of major system. This kind of strategic audit we need to combine good auditing and analytical skills with project management skill. 

Dalam strategic audit, kita tak mahu amik kira benda-benda yang remeh-temeh seperti Payment Voucher yang tidak bersign atau OT yang tidak mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan. Buang masa dan tenaga je, hehehe..  But, in this kind of assignment, auditor must have helicopter view for the respective project/strategy. 

Contohnya, company telah memperkenalkan produk baru dipasaran. Produk ini adalah penambahbaikkan kepada produk sedia ada, menggunakan work process and resources yang 90% sama seperti produk sedia ada, tetapi dikenakan harga yang lebih murah. Tetapi, tidak semua pelanggan berpeluang untuk membeli produk baru ini kerana ada syarat-syarat yang mesti dipatuhi sebelum pelanggan dibenarkan untuk membeli produk baru ini. Jadi, sebagai auditor, kita kena tengok beberapa perkara: 
  • Adakah produk baru ini menepati market demand? Is there any viability study conducted before we introduce this product? If yes, how long the viability study was conducted? What methodology that they used for the viability study? Are they used the right and suitable methodology? How big the population and sample? Katalah produk itu untuk pasaran di Asia yang mempunyai iklim Khatulistiwa. Tapi, viability study dibuat menggunakan pasaran Rusia yang ada tempat-tempatnya mengalami 6 bulan siang dan 6 bulan malam.. dan produk tersebut pula adalah krim pencerah kulit, jadi, sesuai ke pasaran yang dipilih utk study tu???  
  • Does the current marketing strategy targeted the right audiences? How sure are they that this audiences/public aware on this product? Katalah kita ni pengeluar kereta Ferrari, tapi pergi hantar brochure Ferrari menggunakan Direct Mail kepada customer Proton.. Tertarik ke mereka? Dan jika mereka tertarik, berapa ramai yang akan datang ke Show Room kita untuk buat tempahan kereta Ferrari itu? 
  • What is the percentage of survival rate in the market/industry? What is the 6 months or 1 year trend/performance? ROI kita berapa? Realistik ke ROI yang dipersetujui itu? Or ROI itu hanya janji-janji manis yang kita taburkan pada Top Mgt or BOD? 
  • Is there any competitors? What are the strategy used by competitors to gain market attention? Are we using the same strategy or we have our own competitive advantage? Are we behind or ahead from them? 
  • Dan, soalan cepu emas yang palinggggg Patung Beruang suka adalah adakah produk baru ini canibalised produk kita yang sedia ada?? Jeng jeng jeng.. Mesti akan ada orang tanya, hah, canibalised?? Apa tu? Makan orang ke? heheh.. Dalam konteks ini, canibalised bermaksud produk tersebut membunuh produk kita yang lain.. Where got??? (reaksi client a.k.a Project Manager dengan muka yang terperanjat giler & merah padam, huhu).. Sebenarnya, dalam dunia perniagaan, bukanlah satu perkara yang mustahil jika produk baru kita membunuh/canibalised produk kita yang sedia ada. Bayangkan scenario di atas. Kita menawarkan produk baru yang lebih baik dari produk sedia ada, tetapi dengan harga yang lebih murah dan syarat-syarat yang lebih ketat yang mesti dipatuhi oleh customers. Dan..... Jika lah Patung Beruang ini adalah seorang customer, I would definitely loveeeee to comply with any terms & conditions provided by the seller, as long as I can enjoy the cheaper rate with a better quality of product. So.... itu baru 1 customer, how about 10, 100, 1000 or 100,000 customers yang lain yg juga sanggup buat seperti apa yg Patung Beruang buat.. Eventually, customers will move from existing product to new product.  Jadi, bukan canibalised ke namanya tu?? 
  • As a Project Manager, pasti akan melompat kegirangan kerana produk baru yang dibuatnya mendapat sambutan hangat seperti pisang goreng panas. Tetapi, Accountant pasti akan bingung kerana volume penjualan meningkat tapi revenue (RM) berkurangan. Dan kerana produk baru & lama menggunakan resources & work process yang sama atau hampir sama, definitely kos mereka juga akan sama atau lebih kurang. Tetapi, profit margin mereka berbeza kerana 1 dijual dgn harga mahal, dan 1 lagi dijual dengan harga murah. Oleh itu, logiklah apabila ramai pelanggan beralih ke produk baru, revenue & profit sykt akan berkurangan kerana harga & profit margin yang rendah. Melainkan... jika produk baru itu go for volume.. hah, disinilah auditor kena sama2 duduk berfikir dengan Project Manager, berapa bnyk volume yang perlu dijual oleh produk baru untuk memastikan revenue & profit as a whole tidak terjejas?? Disebabkan target customer adalah sama, maka peningkatan kepada volume produk baru akan menyebabkan penurunan kepada volume produk sedia ada.. 
Itu adalah contoh strategic audit yang melibatkan produk baru atau new revenue stream. Bagaimana pula jika project tersebut adalah cost project? Maksudnya, company develop or purchase of new system. 

Katalah, company bersetuju untuk menggantikan proses kerja manual kepada mesin. Dengan harapan, bila guna mesin, volume yang diproses dalam 1 masa akan meningkat berkali-kali ganda, menjimatkan masa, menggunakan sumber yang minimum dan yang paling penting boleh support expansion plan in future. Dan dengan senang hatinya, Project Manager pun buatlah mesin specification, order dari Africa dan 12 bulan selepas itu, mesin tersebut pun sampailah ke sini.. 

Now, setelah 6 bulan mesin itu beroperasi, tiba-tiba auditor yang kepoh ini, terdetiklah nak buat audit untuk project pembelian dan penggunaan mesin ini. So... apa yang auditor ni akan tanya ye???? Jeng jeng jeng... 

Tunggu!!! Patung Beruang dah ngantuk sangat ini.. Maklumlah, dah beberapa hari tak cukup tido sebab kalut dengan Task Force Cost Management.. So, I would loveeee to have a nice sleep now.. Nanti esok2 Patung Beruang sambung lagi ye..
Goodnite :)  

Wednesday, April 1, 2015

Book Review: Jejak Mentor Pelaburan Saham

Tajuk: Jejak Mentor Pelaburan Saham - Panduan Asas Menjana Kekayaan Melalui Pasaran Saham

Penulis: Mohd Asri Ahmad

Menariknya Buku Ini:
Buku ini Patung Beruang beli pada pertengahan bulan Mac yang baru ini. Keputusan membeli kerana tertarik dengan penulis buku ini iaitu Tuan Hj. Mohd Asri Ahmad, salah seorang mentor tersohor dalam dunia pelaburan saham. 

Buku ini mengandungi 25 bab dimana Bab 1 lebih kepada pembuka bicara Tn. Hj. Mohd Asri kepada para pembaca. 

Di Bab 2: Rahsia Kekayaan Tersembunyi - Pelaburan Saham merupakan pengenalan kepada dunia pelaburan saham seperti mengapa terdapat segelintir manusia yang sangat suka melabur, apakah pilihan-pilihan pelaburan yang ada selain dari saham, mengapa perlunya melabur di pasaran saham dan bagaimana untuk menggandakan wang dengan bijak.

Seterusnya, pembaca dibawa pula kepada persoalan yang lebih terperinci berkenaan Kenapa Saham? Kenapa Bukan Pelaburan Lain? di dalam Bab 3. Dalam bab ini, penulis mengulas mengenai kelebihan pelaburan saham berbanding instrumen yang lain dimana ia adalah:
  • Sekuriti yang dikawal dengan ketat . Oleh itu, ia menyukarkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi atau menipu.  
  • Urusan jual beli yang pantas dimana para pelabur pada masa kini boleh berurusniaga hanya melalui laptop, tablet atau pun smartphone. Tidak perlu hadir ke bangunan Bursa Malaysia pun, hehe. 
  • Pulangan yang berganda. Selama ini kita sering berbangga dengan dividen ASB yang hanya 7% setahun. Tetapi, dengan pelaburan saham, kita boleh mendapat pulangan mencecah 25% dalam masa 3 minggu sahaja atau mungkin juga sehingga 450% dalam masa 2 - 3 bulan bergantung pada kaunter yang kita beli (pengalaman Patung Beruang sendiri). 
  • Tidak remeh dan tidak cerewet. Kita hanya perlu membuka dan memiliki akaun Central Depository System (CDS). Dan pastikan akaun CDS kita mempunyai wang untuk membolehkan kita berurusniaga. Semua urusniaga pula dijalankan didalam Ringgit Malaysia (RM). Jadi, dimana sahaja kita berada, tidak kira lah di Kedah ke, Vancouver ke, Kyoto ke, kita masih lagi boleh check perkembangan kaunter di Bursa Malaysia melalui aplikasi yang ada di smartphone/tablet/laptop dan seterusnya membuat urusniaga jual beli. Mudah bukan?? 
  • Beli bisnes, beli tenaga manusia. Kita adalah manusia yang sangat bertuah jika kita mampu menggandakan wang kita menerusi perniagaan yang kita uruskan sendiri. Tetapi, berapa ramaikah manusia lain yang bertuah seperti kita? Bagaimana dengan mereka-mereka diluar sana yang mempunyai wang tetapi tidak mempunyai perniagaan?? Maka, pasaran saham adalah jawapannya. Apabila kita membeli saham sesuatu syarikat, ia juga bermakna kita membeli syarikat tersebut. Dan secara tidak langsung, kita juga membeli tenaga kerja yang ada didalam syarikat itu yang berperanan untuk menggerakkan syarikat tersebut kearah lebih maju. Ingat tak, apa yang kita belajar dalam subjek Business Administration dulu?? Company's main objective is to maximize shareholders value. Nah, itulah sebabnya apabila kita melabur didalam sesuatu syarikat ia ibarat duit yang berkerja untuk kita. Duduk sahaja pun dapat pulangan. Tidak mahu kah??   

Adakah keuntungan dijamin apabila kita melabur didalam pasaran saham ini?? JIka ya, berapa keuntungannya?? Pasti soalan-soalan itu akan berlegar-legar didalam fikiran kita kan? Realitinya pelaburan saham ini tidak semudah yang disangkakan. Dalam pasaran, terdapat berbagai-bagai jenis pelabur. Ada yang digelar Trader (Pelabur Jangka Pendek), ada Investor (Pelabur Jangka Panjang) dan ada juga Speculator (Pelabur Spekulasi). Pelabur manakah yang kita hendak jadi? Apa taktik dan tekniknya untuk memaksimumkan keuntungan? Ia diceritakan dengan terperinci dalam Bab 4: Realiti Pelaburan Saham

Ada orang pernah bertanya Patung Beruang, bagaimana Patung Beruang memilih kaunter yang hendak diurusniaga? Ialah, di Bursa Malaysia kan ada beratus-ratus kaunter yang didagangkan. Jadi, macam mana kita nak tau Kaunter ABC ini bagus atau Kaunter XYZ ini tidak bagus. Basically, biasanya Patung Beruang akan buat analysis terdapat kaunter-kaunter ini. Ada 2 jenis analysis iaitu Fundamental dan Technical

Fundamental Analysis lebih kepada performance syarikat diatas kertas. Kita akan teliti financial performance mereka seperti Profit & Loss, debt ratio, cash flow, equity dan yang seumpamanya. Technical Analysis pula kita perlu lihat Charts. Disini, kita akan masuk ke dalam platform yang disediakan dan mengkaji psikologi pelabur dan carta pergerakan kaunter tersebut untuk tempoh tertentu. Kita akan tengok Moving Average, Bolinger Bands, Momentum dan lain-lain. Didalam buku ini, penulis berkongsi ilmu beliau dengan pembaca berkenaan cara-cara memilih kaunter yang bagus didalam Bab 18: Analisa Teknikal sehinggalah Bab 22: 4 Cara Memilih Syarikat Berkualiti - Strategi Labur dan Untung. 

Apabila baca buku ini, Patung Beruang teringat pengalaman menghadiri kelas pelaburan saham anjuran Tuan Eizaz Hasanan kerana point-point yang ada dalam buku ini sama seperti apa yang Patung Beruang pelajari. Kiranya, baca buku ini ibarat sesi ulangkaji lah ye, heheh.. 

Secara umumnya, buku ini sangat bagus untuk mereka-mereka yang sedang bercadang untuk menceburkan diri atau sedang menceburkan diri dalam pasaran saham. Ditulis dengan bahasa yang santai, mudah difahami tetapi padat dengan pengisian. Tidak rugi jika kita mengeluarkan sedikit duit untuk membeli naskah ini dan kemudian memperuntukkan sedikit masa untuk menelaah. 

Yang pasti, Patung Beruang sentiasa ingat pesan Abg Long, 
  "Apapun yang kita nak buat, kena ada ilmu. Nak main saham ke, main property ke, main gold or forex ke, semuanya kena ada ilmu." 

Yes, i strongly agree with his statement. Honestly, before ini, Patung Beruang pun takut untuk melabur dalam saham. Tapi, bila tengok Abg Long berjaya dalam property investment dia, Patung Beruang pun nak juga jadi macam tu. But, I don't have huge capital like him :(

Sampailah 1 day, Patung Beruang diajak untuk join kelas Tuan Eizaz Hasanan mengenai pelaburan saham. He was a schoolmate of my brother in 1 of boarding school di Johor. Hebat orangnya. Beliau adalah Top 10 SPM utk the whole Malaysia tahun 2004, if I not mistaken. 

So, Patung Beruang spend sedikit duit and masa, pergi ke kelas basic bersama-sama dengan Abang. Dan ia benar-benar mengubah persepsi Patung Beruang selama ini terhadap pelaburan saham. Finally, I attended advance class yang dijalankan selama 2 hari berturut-turut di UTM. Dan selepas itu, sehingga lah sekarang, Patung Beruang tidak menoleh ke belakang lagi. Sentiasa dalam proses pembelajaran tetapi tetap berani untuk berurusniaga di pasaran.

Adat melabur, ada untung ada rugi. Sama juga dengan Patung Beruang. Setiap keuntungan yang dijana, adalah rezeki dari Allah SWT, Alhamdulillah. Dan setiap kerugian pula adalah teguran lembut dari Allah SWT untuk kita mengkaji dimana kesilapan kita. Bagi Patung Beruang, kemahiran pelaburan ini tidak datang dalam sekelip mata. Ia memerlukan ilmu dan usaha yang berterusan. Yang penting, kita jangan tamak dan sentiasa ingat, rezeki itu datangnya dari Allah. 

Jadi, seperti kata sifu Patung Beruang, 
   "Mari kita sama-sama jadi pelabur yang bijak dan menjadi jutawan pada suatu hari nanti. Aamin.. "  

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...