Monday, July 27, 2015

Book Review: Totto-Chan, The Little Girl At The Window


Tajuk:  Totto-Chan, The Little Girl At The Window

Penulis:  Tetsuko Kuroyanagi

Penterjemah: Dorothy Britton

Ceritanya Patung Beruang:

Selamat Hari Raya... Hari ini dah masuk 11 Syawal. Cepat sungguh masa berlalu. Hm... Masa before Raya hari tu, Patung Beruang Skype dengan NoorJay. Asalnya kami hanya bercerita tentang kerja. Although NoorJay is a Project Management person, but I strongly admit that we have same wavelength especially when comes to Audit and Project. Suddenly, our conversation melarat to what books that had inspired us. Patung Beruang recommended Tuesdays With Morrie (one of my favorite masterpiece) , and she introduced to me Totto-Chan, sebuah karya hebat dari Jepun yang diterbitkan pada tahun 1981 (Patung Beruang pun belum lahir lagi masa ini, huhuhu)

NoorJay siap forward file Totto-Chan versi Indonesia through Skype lagi, hehehe.. Thanks a lot dear :)

After reading a few paragraph, Patung Beruang feel a bit difficult to jump into the story. Maybe because of the language. Although Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia tidaklah terlalu jauh berbeza, still Patung Beruang tak boleh nak menjiwainya..

So, Patung Beruang decide untuk cari novel ini tetapi versi Bahasa Inggeris. Puaslah Patung Beruang check di Internet kalau-kalau buku ini ada dijual di MPH, BookXcess, Popular atau mana-mana kedai buku di Malaysia. Sayangnya, tak de, huhu.. Patung Beruang surf di eBay dan Amazon, yup ada English version and also original version i.e. Japanese. Hm.. kalau beli di eBay atau Amazon, sure akan amik masa berhari-hari atau mungkin berminggu-minggu untuk buku tersebut sampai ke tangan Patung Beruang. Lambatnya... sedangkan hati ini dah tak sabar-sabar nak mengembara bersama Totto-Chan. Adoi... Macam mana ni?? Patung Beruang keep on searching and eventually I met ebook Totto-Chan, English version. Wah, gembiranya and apalagi, teruslah download. Dah bermula lah pengembaraan Patung Beruang bersama Totto-Chan... Let's start the journey....

Totto-Chan, What An Amazing Journey.... :

Totto-Chan, The Little Girl At The Window adalah pengalaman sebenar Tetsuko Kuroyanagi ketika beliau melalui zaman kanak-kanaknya. Totto-Chan adalah nama manja untuk Tetsuko. 

Totto-Chan baru sahaja memulakan alam persekolahannya. Namun, baru seminggu bersekolah, guru kelasnya datang berjumpa ibu Totto-Chan dan meminta Totto-Chan dipindahkan ke sekolah lain. Alasannya, Totto-Chan tidak boleh menumpukan perhatian didalam kelas dan tingkah-lakunya sering mengganggu proses pembelajaran disekolah. 

Totto-Chan bukanlah seorang budak perempuan yang nakal. Malah, dia sebenarnya adalah seorang budak yang bijak. Cuma, sifat semulajadi kanak-kanak, Totto-Chan sentiasa mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi dan tidak pernah ada rasa takut. Dan sifat ingin tahu ini lah yang membuatkan Totto-Chan tidak boleh duduk diam ketika didalam kelas kerana perhatiannya seringkali terganggu dengan apa yang berlaku diluar kelasnya.

Ibu Totto-Chan akhirnya mendaftarkan beliau ke sekolah lain iaitu Tomoe Gakuen. Tomoe adalah sebuah sekolah persendirian yang diketuai oleh guru besar bernama Sosaku Kobayashi. Mr. Kobayashi adalah seorang pendidik yang telah lama membuat kajian mengenai perkembangan kanak-kanak. Beliau menyedari bahawa tidak semua kanak-kanak sesuai atau serasi dengan sistem persekolahn conventional yang ada di Jepun.

Oleh itu, selepas mendapat kebenaran dari pihak berkuasa di Jepun, Mr. Kobayashi mewujudkan Tomoe bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang luarbiasa untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya dan dalam masa yang sama mengasah kemahiran mereka, melatih survival skills serta menerapkan nilai-nilai murni didalam diri kanak-kanak tersebut. Yang menariknya, Tomoe menggunakan gerabak kereta api lama sebagai bilik darjah mereka. Ia sangat berbeza dengan bangunan sekolah lain yang ada di Jepun pada masa itu. 

Maka, bermulalah kehidupan Totto-Chan sebagai pelajar Tomoe. 

Di Tomoe, antara sahabat yang paling rapat dan meninggalkan kesan pada Totto-Chan adalah Yasuaki Yamamoto, seorang budak lelaki yang mengidap Polio. Dan itu adalah pertama kali Totto-Chan melihat keadaan seorang pesakit Polio yang jari-jari mereka seakan bercantum dan mereka sukar bergerak aktif seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Ada 2 babak yang melibatkan Yasuaki dan Totto-Chan yang sangat menyentuh hati Patung Beruang:


  • Setiap pelajar di Tomoe ada pokok kegemaran masing-masing. Dimana, pelajar-pelajar ini akan memanjat pokok-pokok tersebut ketika lapang atau rehat, dan duduk bersantai diatas dahan-dahan yang ada, sambil meneliti pemandangan di sekitar. Dan jika pelajar tersebut berminat untuk memanjat pokok kepunyaan pelajar lain, mereka mestilah meminta izin pelajar yang memiliki pokok tersebut sebelum mereka boleh memanjatnya. Totto-Chan juga ada pokok kegemarannya sendiri. Pokoknya terletak dipadang, bersebelahan dengan pagar dan bersebelahan dengan jalan yang menghala ke Kuhonbutsu. Pokok ini sangat besar dan sangat licin untuk dipanjat. Namun, ia tetap mampu dipanjat jika kena dengan skillnya, dan biasanya Totto-Chan mampu panjat dan duduk didahan setinggi 6 kaki dari atas tanah. Disebabkan keadaan Yasuaki yang tidak seperti kanak-kanak yang lain, dia tidak ada pokok kegemarannya. Dan Yasuaki juga tidak pernah memanjat pokok. Dia hanya mampu melihat rakan-rakannya memanjat dan duduk diatas dahan sedangkan dirinya masih lagi berdiri diatas tanah. Maka Totto-Chan berazam untuk membawa Yasuaki memanjat pokoknya. Dan pada satu hari, selepas waktu persekolahan, Totto-Chan dan Yasuaki mulalah pergi ke padang dengan misi memanjat pokok Totto-Chan. Bayangkanlah, bagaimana seorang budak yang mengidap Polio berusaha memanjat pokok, pasti sukar bukan?? Melihat kesukaran Yasuaki, Totto-Chan berlari semula ke sekolah untuk mencari tangga. Dan akhirnya, dengan menggunakan tangga dan juga bantuan dari Totto-Chan, setelah bersusah payah dan hampir jatuh, Yasuaki berjaya juga memanjat pokok tersebut dan duduk di dahannya. Seumur hidupnya, Yasuaki tidak pernah membayangkan kejayaannya ini.  
  • Pada masa itu, penyakit Polio masih tiada penawarnya. Oleh itu, walaupun Yasuaki masih pergi sekolah seperti biasa, tetapi sebenarnya dia hanya menunggu masa untuk meninggalkan dunia ini buat selamanya. Dan pada suatu pagi, Mr. Kobayashi mengumumkan kepada semua pelajar ketika waktu perhimpunan, yang Yasuaki telah meninggal dunia pada pagi itu. Maka, pada hari itu, semua pelajar akan hadir ke majlis pengembumiannya. Ia adalah hari yang menyedihkan buat semua warga Tomoe termasuk Totto-Chan. Babak yang paling menyedihkan Patung Beruang adalah apabila Totto-Chan membisikkan kata-kata selamat tinggal ke telinga Yasuaki yang sudah tidak bernyawa. Kata-katanya sangat jujur, lahir dari ikatan persahabatan yang kukuh dalam jiwa kanak-kanak ini. Benarlah kata orang, kanak-kanak tidak pandai berbohong. Apa yang keluar dari mulut mereka, mencerminkan perasaan dan pemikiran sebenar mereka. 
Tomoe adalah sekolah yang unik. Setiap pelajar bebas untuk memulakan sesi pembelajaran mereka dengan subjek yang mereka suka tanpa perlu mengikut pelajar lain. Maka, dalam satu waktu yang sama dan didalam kelas yang sama, ada pelajar yang sedang membuat latihan matematik, ada pelajar yang sedang belajar sastera dan ada juga pelajar yang tekun membuat ujikaji kimia. Sistem ini menyebabkan para pelajar sentiasa bersemangat untuk hadir ke sekolah kerana mereka sedar setiap hari mereka berpeluang untuk belajar subjek yang mereka suka dengan lebih mendalam. 

Hero sebenar didalam kisah Totto-Chan ini sudah pastilah Mr. Kobayashi. Seorang guru besar yang sangat bijak dan arif dengan psikologi kanak-kanak. Beliau sedar bahawa pendidikan awal kanak-kanak akan membentuk siapa mereka apabila mereka dewasa. Kanak-kanak yang kurang galakan, akan membesar menjadi orang dewasa yang kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, Tomoe menjadi medan untuk kanak-kanak tersebut memupuk sifat yakin pada diri sendiri tanpa mengira keadaan fizikal mereka. 

Selain Yasuaki yang mengidap Polio, Tomoe juga menerima Takahashi, seorang pelajar lelaki yang bijak tetapi fizikalnya kerdil. Pernah, ada satu tahun itu, Mr. Kobayashi menganjurkan acara sukan tahunan Tomoe dimana kesemuanya acaranya memberi kelebihan pada keadaan fizikal Takahashi berbanding pelajar normal yang lain. Kemuncaknya, Takahashi memenangi semua acara yang dipertandingkan pada tahun itu dan ia secara tidak langsung memberi keyakinan kepada dirinya yang beliau juga boleh bersaing dengan kanak-kanak normal yang lain. 

Selain akademik, Mr. Kobayashi juga menerapkan nilai-nilai murni yang lain seperti pentingnya memakan makanan seimbang. Setiap hari, pelajar-pelajar akan membawa bekal makanan ke sekolah. Dan bekal makanan mereka mestilah mengandungi something from the oceans and something from the hills. Dalam kata lain, something from the oceans refers to sea food and something from the hills refers to food from the land such as vegetables, fruits, chicken, beef etc. Dan jika bekal makanan yang dibawa tidak mengandungi salah satu elemen (from oceans or from hills), isteri Mr. Kobayashi akan mencukupkan elemen bekal makanan tersebut dengan masakan beliau sendiri.  

Sebenarnya, ada banyak kisah yang menarik dalam Totto-Chan ini. Kalau ikutkan, rasa macam Patung Beruang nak tulis semua je. Tapi, nanti tak de siapa pula yang baca Totto-Chan lagi kan? 

Honestly, menatap Totto-Chan membawa Patung Beruang mengembara ke zaman dahulu kala di Jepun, ketika sebelum Perang Dunia meletus. Seperti menonton filem, dari 1 babak ke babak yang lain, penceritaan dilakukan dengan jelas dan lancar. Betul kata NoorJay, this book is amazing!!!! Thank you so much dear for recommending this amazing masterpiece. 

p/s: Selesai membaca Totto-Chan ini, Patung Beruang terfikir, kenapa di Malaysia tidak ada karya yang hebat macam ini. Cerita yang simple tapi sangat memberi kesan, bukan sahaja kepada watak-watak dalam cerita itu, tetapi juga kepada pembaca. Tidak hairanlah kalau karya ini telah diterjemahkan ke lebih dari 20 bahasa. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...