Monday, August 31, 2015

Book Review: Syahadah Gadis Ateis

Tajuk: Syahadah Gadis Ateis


Penulis: Imran Haaz



Ceritanya Patung Beruang:

Novel ini mengambil masa selama setahun untuk Patung Beruang sudahkan pembacaan. Lama betul kan? Kenapa ye? Novel ini tak menarik kah?

Sebenarnya, Patung Beruang start baca novel ini somewhere in May last year. However, after a few months read it, I lost this novel. Actually buku ni tak pergi mana pun, cuma terselit di tempat duduk belakang dalam kereta. Bulan puasa hari tu, baru lah Patung Beruang berpeluang untuk habiskan pembacaan. 

Menariknya Novel Ini:
Syahadah Gadis Ateis (SGA) membawa pembaca mengembara selama 1 malam. Mengambil latar belakang tahun 1997, SGA didukung oleh 2 watak utama iaitu seorang mahasiswa universiti, Nizam dan juga seorang gadis Melayu, Rini. Nizam dan Rini berkenalan apabila mereka duduk bersebelahan didalam keretapi untuk perjalanan ke utara. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang tidak terlalu dirasakan kerana kedua-duanya sibuk berbahas mengenai konsep ketuhanan dan Islam. 

Rini adalah seorang gadis Ateis yang merasakan Tuhan tidak menyayangi dirinya akibat musibah yang siling berganti datang menimpanya. Pemergiannya ke Utara adalah untuk berjumpa seseorang yang bakal merubah hidupnya. 

Nizam pula seorang pelajar Universiti yang gemar mengkaji agama-agama yang ada didalam dunia ini. Dan kajiannya itu membuatkan beliau semakin yakin yang agama Islam adalah agama yang terbaik di muka bumi ini dan Allah adalah satu-satunya Tuhan yang dilayak disembah oleh semua makhluk yang ada. 

Perkenalannya dengan Rini memberi cabaran kepada mindanya apabila Rini seringkali memperkecilkan hukum-hukum Allah yang terkandung didalam Al-Quran. Malah, Rini juga dengan yakin menyatakan sebenarnya segala yang berlaku adalah terjadi dengan sendirinya, bukan dengan kehendak Tuhan. Rini banyak berhujah berdasarkan fikiran logik dan emosinya. 

Berjayakah Nizam mengubah pemikiran Rini, menariknya kembali ke agama Islam dan percaya kepada Allah swt? Adakah Nizam seorang lawan yang bagus untuk mematahkan segala hujah Rini atau akhirnya dia sendiri akur dengan ilmunya yang tidak seberapa? Apa tujuan sebenar Rini pergi ke Utara? Dan siapa pula insan yang sedang menantinya disana? 

SGA adalah novel yang padat dengan fakta bukan sahaja dari sudut agama Islam, tetapi juga dengan fakta-fakta Sains yang terkandung didalam Al-Quran. Penulis Imran Haaz berjaya menyampaikan fakta-fakta yang berat, tetapi dengan cara santai dan dalam masa yang sama, membuatkan pembaca turut sama berfikir mengenainya. 

Cerita Nizam dan Rini yang berlaku didalam 1 malam juga sangat menarik kerana tanpa diduga perjalanan Nizam untuk pulang ke kampung dengan kereta api, sangat panas keadaannya. Bagi Patung Beruang, SGA lain dari novel Islamik yang biasa kita baca. Watak yang simple, jalan cerita yang simple tapi berjaya memberi santapan minda kepada pembaca. Seronok membaca novel ini sehinggakan Patung Beruang agak terkilan apabila ia hilang selama beberapa bulan, huhu...

Tuesday, August 18, 2015

Book Review: The Impulse Economy

Tajuk: The Impulse Economy

Penulis: Gary Schwartz

Ceritanya Patung Beruang: 
Hm.. dah lama kan Patung Beruang tak tulis book review. Sebenarnya ada buku yang Patung Beruang sempat habiskan pembacaan beberapa hari selepas Raya hari tu. Masalahnya, buku tu tertinggal di kampung pula. Tu yg Patung Beruang tak dapat nak tulis book review. Tak pe lah, nanti bila balik kampung lagi, boleh lah Patung Beruang tulis book review untuk buku tu ye. Buku tu sangat menarik, walaupun Patung Beruang amik masa setahun untuk habiskan pembacaannya. Bukan kerana tak teruja untuk habiskan, tetapi sebab buku tu hilang sebentar selama beberapa bulan. 

Menariknya Buku Ini:
The Impulse Economy, amboi.. tajuk nampak macam berat je kan?? Scarry tak? Hehehe.. Ini adalah buku terbaru yang Patung Beruang baca since bulan Syawal hari tu.

The Impulse Economy mengupas mengenai sejarah, gelagat dan pattern mobile shoppers dan apa yang membuatkan mereka membeli-belah secara mobile. We live in a world where our mobile devices have become more extensions of ourselves. We depend on them for instant connections to entertainment, social media, news and deals. Our phone become our cinema ticket, loyalty card as well as our wallet. 

Nowadays, dengan kebanjiran smart phones yang semakin canggih, internet yang semakin laju, segala-galanya hanya di hujung jari. Pengalaman Patung Beruang sendiri, I prefer to shop online especially on items that I bought frequently. Log in into the website or Apps, just click items that we want, pay through debit/credit card or internet banking, and the next day, courier will send it just in front of my house or just on my table at office. Easy. And normally, the seller will offer lower prices compares if we purchase at their store. Delivery charge?? It depends. Some sellers (especially big company) the delivery charge is FOC if our purchase price reached certain amount. 

And recently, Patung Beruang subscribe Apps yg membolehkan Patung Beruang shop online untuk barang-barang yang direct import from overseas, dimana ia memang tidak dijual di Malaysia atau kalau ada pun, harga di Malaysia sangat mahal. Harga dalam Apps tersebut slightly cheaper although after convert to our currency (sebelum nilai RM kita jatuh ye, huhuhu). The seller use concept Grand Sale where each of brands or items will have Grand Sale (discount 50% - 90%) for 2 - 3 days only. So, if I have time, I will check the Apps maybe twice a week. Just to know the latest Grand Sale. But, since all items are import from overseas it will take 2 - 3 weeks to deliver to customer. Still ok for me. 

Generally, items that Patung Beruang prefer to purchase online are toiletries, perfume, books, flight tickets and hotels (of course, heheh), supplements, personal care and household items. 

Ok back to The Impulse Economy, Schwartz start this book with introduction on the concept shopping at local store. Basically, there are 2 types of people which are: 
  • Those who go to stores to buy specific items
  • Those who go to stores to shop. 
Basically, the history of retail starting with the country store and moving to shopping malls, the Internet and recently mobile storefronts. All the types of stores were designed to cater those 2 types of shoppers. 

2nd Chapter pula Schwartz membawa pembaca kepada History of the Mobile Shopper. Mobile shopper started with ringtone business. Kalau masih ingat, dalam hujung 90-an ke awal 2000, dimana hp paling glamour masa tu adalah Nokia 3310, semua orang gila dengan ringtone. Macam-macam bentuk muzik, ada bunyi siren, ada bunyi haiwan malah ada juga bunyi muzik dari lagu popular pada masa tu. Mana yang kreatif, mereka akan compose ringtone sendiri menggunakan sistem aplikasi yang sedia ada dalam handphone tersebut. Tetapi, kebanyakkannya hanya akan beli sahaja. Bukalah surat khabar dan majalah pada masa tu, terlalu banyak iklan-iklan ringtone ni. Dan bayaran dibuat dengan tolak duit dari balance topup (prepaid) ataupun masuk terus ke bill (postpaid). Selain itu, businessmen mula creative. Selain dari ringtone, mereka juga mula menawarkan aplikasi game dan wallpapers untuk dibeli dan didownload secara mobile. Jadi, takdelah kita hanya main game snake je sampai ular tu makan ekor dia sendiri, kan? 

Ultimate Chapter untuk this The Impulse Economy adalah Chapter 8 dimana Schwartz menggariskan beberapa strategy untuk sellers survive dalam mobile economy ini. Amongst the strategies are: 

  • Leverage Existing Consumer Behavior - Shoppers are using their phone for mobile web, SMS, WhatsApp etc. throughout their day in stores, hotels and events. Hence, sellers should aim to capture a small piece of their conversation. Remember, they are way ahead of any marketing department. That's why sellers at IG or FB has a bigger portion of the pie compares to off-line stores. Tak percaya?? Lihatlah sekeliling. Berapa ramai sellers yang hanya bergantung pada IG and/or FB untuk pasarkan product mereka??
  • Count Clicks to Commerce - Keep your mobile solution providers simple and very simple. Seller should realize that the mobile consumer is on the run: so sellers need one click-to-engage, one click-to-commerce, one click-to-bricks-and-mortar. But, if sellers add one step, justtttt one step only, you have lost your shopper. Remember, kenapa iPhone sangat berjaya?? Hanya kerana 1 touch button..
  • Suspend Belief - In 2001, the wireless carrier did not believe that people would pay for simple daily content such as jokes and horoscopes. But, the service was a huge success. Lesson learnt?? Suspend common sense with mobile services - the mobile consumer will opt in on impulse and pay for convenience. Sometimes kita rasa sesuatu idea tu mengarut, but, with a right strategy, we definitely can sell ice to Eskimos. Mengarut?? No...
  • Go So Lo - Be leery of social media 3rd-party applications that try to drive acquisition and drive-to-aisle. The goal is not only to incentivize "check-in" at a store, restaurant, club, or hotel, but for the brand or retail to own a direct, long-term relationship with the shopper. So, are we one of them that loveeeee to check-in here, check-in there? 
Actually, ada banyak lagi strategy yg Schwartz kongsikan dalam buku ini. Tapi, tak kanlah semuanya Patung Beruang nak tulis disini kan? heheh.. Kalau nak tau, kenalah baca sendiri ye.

Honestly, this is a good book especially for existing or potential retailers and marketers either online or offline. This book will tell us how mobile commerce really works and how it really impact to our life and consumers pattern. Really worth it to read. 

Oklah, since MKR pun dah start, Patung Beruang rasa better I stop now and entertain my weekday night with date with my lovely chefs, Pete and Manu. Lagipun, tonight episode for Top 4 contestants. Can't wait to watch them..  Bye...

Saturday, August 15, 2015

Corporate Video, 1 Pengalaman Baru

Hari Rabu lepas, Patung Beruang berkurung dalam Bilik Meeting dari pukul 2.30 petang sampailah 7.15 petang. Adoi.. Tepunya, heheh.. Tujuannya adalah untuk menilai pembentangan proposal dari 5 buah Advertising Agency yang dijemput. 

Company Patung Beruang plan nak buat Corporate Video yang baru memandangkan Corporate Video yang ada sekarang ni dah berusia 3 tahun. Dan dalam tempoh 3 tahun ni, banyak perkembangan menarik yang berlaku pada Company ni. Unfortunately, Corporate Video yang ada sekarang tidak mencerminkan keadaan sebenar Company.

Patung Beruang dilantik menjadi salah seorang ahli Committee utk penghasilan Corporate Video yang baru ini. Basically, tugas pertama ahli Committee adalah untuk memilih Advertising Agency yang akan kami lantik untuk menjalankan tugas. 

Honestly, Patung Beruang rasa menarik sebab sepanjang bertahun-tahun Patung Beruang kerja, i never bother about Corporate Video, never realize the important of that Video, how is the process, and who is targeted audiences. And for me, all the Corporate Video look same, heheh..

But, bila dah join Committee ini, dan start dari presentation from 1st Advertising Agency, my view on Corporate Video start changing. Patung Beruang mula realise, there are a lot of styles for Corporate Video. Ada yang bosan dan ada yang menarik. Ada yang guna speech seperti CEO or senior management bercakap, utk deliver the message. But, ada juga yg guna teknik penceritaan, lakonan dan view to convey the message to audience. Ada yg direct and indirect subject. Example, video corporate Khazanah utk describe their big families. Just show the lights from lamp, people knows it refers to TNB. Just show airport, people can relate with MAHB and Malaysia Airlines. And just show new townhouse, people can relate to UEM Sunrise. Without logo, audience still can get the message. 

The most important, we must know who is our targeted audience. If our targeted audience are potential shareholders, we should deliver the message why our company is the best investment for them. What we have now, what we capable to do and what is our potential. We can show our technology, our product strengths and our commitment to stakeholders and shareholders. 

But, let's say if we target to society, the style will be different. Example, Corporate Video Petronas about how they giving back to society. Dalam Corporate Video tu, watak utama adalah seorang pekerja pelantar Petronas, yang berasal dari Sabah/Sarawak, dimana beliau dilahirkan didalam keluarga nelayan. Pada waktu kecil, beliau merasakan yang beliau akan mewarisi kerja nelayan seperti ayah dan atuknya demi mencari sesuap nasi. Tetapi iklan kemasukan ke Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) telah mengubah kehidupannya. Beliau memohon dan diterima masuk untuk mengikuti pengajian disana. Selesai pengajian, beliau diserapkan ke Petronas dan ditempatkan di pelantar minyak. Bagi beliau, laut adalah tempat sumber rezeki untuk dirinya dan generasi sebelumnya. Yang membezakan adalah tugas mereka. This Video was made to tell the public that besides a major contributor of income to Malaysia, Petronas also giving back to society through education and opportunity to change their family socio-economy. In this Video, Petronas tak perlu tunjukkan their Twin Tower or Petronas Petrol Station. What they showed was kehidupan anak nelayan, laut, iklan INSTEP, kelas dan pelantar minyak. Enough, right? 

Dalam hanya beberapa jam presentation tu, banyak benda yang Patung Beruang belajar. Teknik shooting using drone (partially and fully) where the result is really marvelous. Sampai kita tak kan sangka shooting tersebut dibuat di Malaysia (because the scenery view was tooooooooo amazing). 

Dan dalam kepala otak ni, Patung Beruang mula dapat idea macam ne nak buat Corporate Video utk Company Patung Beruang. Apa cerita yang kami tonjolkan, view kat mana, dari angle mana etc.. Wah.... macam director pula, heheh..  It's ok, there no harm if you have imagination. Our imagination is free.. Apapun, kita serahkan pada yang pakar. I'm sure, who ever Advertising Agency that we choose, they are the best to work with us and they are willing to listen our ideas. 

Lastly, Patung Beruang tertarik juga dengan Business Card mereka, hehe.. See, macam yang dalam gambar tu (tengok 5 Cards yang Patung Beruang susun sebelah laptop)..  Ada bentuk Card biasa, ada bentuk Card gambar soldier, tapi ada yg sangat creative berbentuk macam tiket wayang ataupun tiket bas lompat-lompat zaman dulu, hehehe.. They are creative people and they know how to tell it... 

Tuesday, August 4, 2015

Cerita Si Kucing

Ada sesiapa yang bela kucing? Atau ada sesiapa yang sangat takut dengan kucing?  Ketika belajar dulu, ada seorang sahabat Patung Beruang sangat takut dengan kucing. Dia seorang gadis yang aktif, banyak cakap tapi bila tiba-tiba kucing datang dekat dia, dia boleh melompat naik ke atas kerusi sambil menjerit-jerit untuk halau kucing itu. Kelakarnya, kucing tersebut hanya tengok je gelagat sahabat Patung Beruang tu dengan pandangan yang tak ada perasaan pun. Dan kucing tu pun selamba je pergi, hehe..

Patung Beruang tak de bela kucing. Antara salah satu sebabnya, rutin harian Patung Beruang ni tak menentu. Belum tentu Patung Beruang boleh balik rumah tepat waktunya setiap hari. Takut nanti kebuluran pula kucing tu. Tak pasal-pasal dah dapat dosa sebab menganiayai haiwan.

Tapi, percaya tak kalau Patung Beruang cakap dirumah Patung Beruang sentiasa ada makanan kucing. Sebabnya kadang-kadang ada je kucing-kucing yang datang ke rumah Patung Beruang, buat muka kesian untuk minta makanan. Tak sampai hati pula rasanya. Jadi, tu yang Patung Beruang beli je makanan paket ini dan simpan je kat rumah. Port kegemaran tetamu-tetamu tu adalah dibawah kereta, dalam garaj dan juga tepi rak kasut kat luar rumah.

Actually ada beberapa kisah menarik berkenaan kucing-kucing yang datang ke rumah Patung Beruang ini.

Pada satu malam tu, Patung Beruang tengah duduk menonton tv. Pintu sliding pula sengaja Patung Beruang buka, yelah, dapatlah angin malam masuk ke dalam rumah. Dalam lebih kurang pukul 11 malam mcm tu, tiba-tiba, ada seekor anak kucing (kitten) warna kelabu, terus masuk melalui sliding door dan dengan selambanya baring diatas kusyen besar yang ada atas lantai. Kusyen besar yg ala-ala macam bean bag tu. Selalu kita peluk bila tengok tv. Elok je dia baring atas kusyen tu, terus dia tido. Wahhhh, tak bagi salam pun masuk rumah orang, terus je tido? Ngantuk sangat ke? Ke kitten ni salah rumah? Dah lah Patung Beruang tak pernah jumpa pun kitten ini. 

So, Patung Beruang biar je lah. Bila Patung Beruang nak masuk tido, Patung Beruang angkat kusyen tersebut dengan kitten tu sekali, bawa masuk dalam bilik. Tak sampai hati biar tido sorang-sorang depan tv tu, hehe.. 

Masa Patung Beruang tengah tido, tiba-tiba terasa macam ada benda berbulu dan panas je kat belakang badan ini. Apalagi, Patung Beruang pun melompat lah bangun untuk check. Yelah, Patung Beruang kan tido sorang. Oklah tido berdua dengan Bibi, huhu. Bibi tu memang berbulu tapi dia tak panas pun. So logiknya, mesti benda yang Patung Beruang rasa tu definitely bukan Bibi. And bila tengok, rupanya kitten tu elok je baring kat belakang Patung Beruang. Mungkin dia kesejukan, so dia nak cari haba lah. Buat Patung Beruang terperanjat je. Aishh... So, Patung Beruang angkat kitten tu, letakkan semula kat atas kusyen and Patung Beruang letakkan Bibi sebelah dia. Hopefully dia boleh tido nyenyak dan tak kacau lagi Patung Beruang. Alhamdulillah, bila Subuh, Patung Beruang bangun je, kitten tu pun bangun sekali. Sibuk je dia meow meow minta buka kan pintu. Elok je sliding door tu terbuka, selamba je dia berjalan keluar without saying goodbye. Amboi, ingat ni hotel ke??? 

Ada sekor kucing ni, Patung Beruang panggil dia Garfield. Dia gemuk, warna kuning mcm Garfield dan ekor dia kembang. Sangat jinak. Garfield ni kepunyaan jiran Patung Beruang. Tapi dia suka je melawat rumah Patung Beruang. 

1 habit Garfield ni, kalau dia nampak Patung Beruang baca buku, dia akan duduk elok je kat sebelah. Konon-konon mcm temankan kita. Disebabkan dah selalu sgt Patung Beruang bagi dia makan, ada 1 petang tu, balik keje, elok je Patung Beruang keluar dari kereta, tiba-tiba Patung Beruang nampak dia berlari keluar dari pagar rumah jiran depan, dengan muka gembiranya menuju ke arah Patung Beruang. Air muka dia yg excited tu sebiji macam budak-budak nampak mak ayah mereka balik kerja, bawa balik ice cream atau coklat. Lepas tu, dia pun mulalah buat muka comel, meow meow minta makanan. Confius kejap otak ni, siapa sebenarnya tuan Garfield ni?? hehe.. 

Garfield ni pandai balas budi. Ada 1 time tu, Patung Beruang tengah duduk membaca. Tiba-tiba dia datang dan letakkan seekor cicak yang kepala dan badannya dah luka-luka, terkulat-kulat kat depan Patung Beruang. Aiyo.. menjeritlah Patung Beruang, gelinya. Terus Patung Beruang amik penyapu dan penyodok, sapu dan buang cicak tu. Tak lama lepas tu, Patung Beruang terbaca 1 rencana di suratkhabar tentang tabiat kucing. Rupanya kucing ni dia akan bagi hadiah pada kita sebagai tanda terima kasih. Hadiah dia pula mcm tikus atau cicak. Mereka akan berusaha menangkap haiwan-haiwan tersebut dan letakkan didepan kita. Mereka tak tau yang sebenarnya kita ni geli dengan hadiah mereka tu, hehe.. 

Hm.. kenapa ye Patung Beruang cerita pasal kucing malam-malam ni?? Sebenarnya, Patung Beruang rindu dengan tetamu-tetamu tu. Rasanya sejak puasa sampai lah sekarang, mereka tak datang lagi ke rumah Patung Beruang. Takpe lah, mungkin mereka dah jumpa tempat makan yang lebih baik. Garfield pun dah tak de. Mungkin orang dah amik sebab dia sangat cantik dan jinak. Mesti jiran Patung Beruang sedih. Tu lah risikonya bila dia tak nak letak Garfield tu sangkar. Patung Beruang nak tanya, tapi tak bersua pula dengan jiran tu. Garfield oo Garfield.. 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...