Sunday, March 20, 2016

Book Review: Shall We Tell The President?

 
Tajuk: Shall We Tell The President? 

Penulis: Jeffrey Archer

Menariknya Novel Ini:

Shall We Tell The President? adalah 1 daripada 2 karya Jeffrey Archer yang Patung Beruang sudah baca tapi masih belum sempat tulis Book Review.  Another book that pending for review is To Cut The Long Story

Sekarang ni di rak buku ada 2 lagi novel Archer yang sedang menunggu untuk dibaca. Adoi.. Bila lah Patung Beruang dapat duduk dan menikmatinya ye?? Buku-buku lain pun masih banyak lagi yang sedang menunggu giliran.. huhu

Basically, Shall We Tell The President? adalah sequel kepada The Prodigal Daughter. Tetapi, oleh kerana penceritaan Archer sangat bagus, we still can enjoy this book although we yet to read The Prodigal Daughter

Pada masa ini, Florentyna Kane telah dilantik menjadi President of United States dan beliau merupakan president wanita yang pertama. Perlantikkannya sebagai President membawa perubahan besar kepada masyarakat dimana ada antara perubahan tersebut tidak disenangi oleh ahli politik juga ahli perniagaan mereka. 

Pada suatu hari, tepat 7.30 petang, FBI telah mengenalpasti wujudnya satu komplot untuk membunuh President Kane. Dan komplot ini adalah rancangan yang ke 1,572 yang berjaya dikesan oleh FBI pada tahun berkenaan. Walaupun, 1,500 komplot sebelum ini tidak berjaya, information yang diterima pada kali ini tetap dipandang serius. 

Pada hari yang sama, pukul 8.30 malam, 5 orang individu telah mengetahui tentang rancangan tersebut. Dan tepat pukul 9.30 malam itu juga, 4 dari 5 individu tersebut telah ditemui mati serentak akibat kemalangan jalan raya. 

Maka, tinggal lah Mark Andrews, satu-satunya agen FBI yang mengetahui mengenai komplot tersebut, yang masih hidup. Malangnya, Mark tidak mampu berkongsi maklumat tersebut dengan orang lain demi keselamatan dirinya dan orang disekiling. Malah, memburukkan lagi keadaan, Mark juga menyedari komplot tersebut turut melibatkan Senator.  

Kini, Mark hanya mempunyai 6 hari sahaja sebelum rancangan pembunuhan tersebut berlaku.

Dalam masa 6 hari, mampukah Mark menyelamatkan President? 

Atau mungkinkah Mark juga turut ditimpa nasib yang sama seperti 4 orang sahabatnya? Dimana kemalangan jalanraya yang menimpa mereka adalah memang dirancang demi memastikan mereka semua mati bersama-sama dengan maklumat yang diperolehi. 

Siapa sebenarnya dalang komplot tersebut dan mengapa mereka sangat menghendaki agar President Kane mati dalam waktu terdekat ini?


Membaca Shall We Tell The President? seperti menonton filem-filem Hollywood yang banyak ditayangkan mengenai rancangan menculik atau membunuh President Amerika. Seingat Patung Beruang, ada filem White House Down, Olympus Has Fallen dan sekuel terbarunya, London Has Fallen, dan banyak lagilah. 

Apabila membaca novel atau menonton filem yang sebegini, sangat penting untuk si penulis itu atau si pengarah itu memastikan adrenalin pembaca/penonton sentiasa dalam keadaan mengujakan, momentum yang membuatkan pembaca dan penulis tidak senang duduk. 

Dan sekali lagi, Archer berjaya mengkucar-kacirkan adrenalin Patung Beruang ketika meneliti naskah ini. Ternyata, he is a a greatest storyteller dalam waktu ini. 

Sekadar selingan, minggu lepas Patung Beruang menonton London Has Fallen dengan abg, di IOI City Mall. Disebabkan teruja dengan kepuasan menonton Olympus Has Fallen beberapa tahun dahulu, maka Patung Beruang mempunyai expectation yang sama dengan sekuel ini. 

Tapi, selesai sahaja menonton, Patung Beruang rasa hampa sangat. London Has Fallen tidak mampu mengatasi Olympus yang dahulu. Harapkan Gerard Butler je yang berlakon dengan bagus. Watak President dia, sangat lembik dan tidak berkaliber huhu.. 

Dan nasihat Patung Beruang, baca novel Archer ini lagi much better dan more satisfied dari menonton London Has Fallen, hehe...  Adios.. ;)

Book Review: Kembara Distonia

Tajuk: Kembara Distonia

Penulis: Mohd Firdaus Ismail

Kisahnya Novel Ini:

Kembara Distonia ini mengisahkan kehidupan seorang anak muda, Firdaus yang mengidap Idiophatic Dystonia yang mana ia melemahkan kakinya dan menyebabkan kaki beliau kehilangan deria rasa ketika berpijak. 

Penyakit yang ditanggung Firdaus menyebabkan beliau sukar untuk bergerak seperti remaja seusianya, urusan pembelajarannya sering terganggu dan kewangan keluarga yang kian meruncing kerana proses rawatan yang tidak berkesudahan. 

Firdaus dan keluarganya tidak pernah berputus asa mencari rawatan atas penyakit yang ditanggungnya. Rawatan moden dan tradisional sentiasa dicuba. Temujanji doctor dihospital juga seboleh-bolehnya dipatuhi. Firdaus yakin pasti ada penawar terhadap penyakitnya ini. Kecanggihan teknologi perubatan dan kehebatan doctor-doctor pakar pasti membuahkan hasilnya. 

Dalam masa yang sama, Firdaus sedaya upaya untuk meneruskan pelajarannya di kolej. Walaupun terpaksa bersusah-payah untuk bergerak, dari asrama ke kolej, dari kelas ke kelas, Firdaus kuatkan semangatnya. Persahabatan dengan rakan-rakan di kolej terutama dengan Laila Camelia bagai memberi sinar baru didalam hidupnya. Dia merasakan lebih bersemangat untuk melalui hari-harinya walaupun Dystonia tidak pernah meninggalkannya. 

Namun, persahabatan Firdaus dan Laila Camelia telah membuahkan satu perasaan didalam dirinya. Dalam masa yang sama, emaknya merasai perubahan didalam diri anak lelakinya ini dan mula memberi nasihat agar Firdaus tidak kecewa dikemudian hari. Nasihat agar Firdaus menyedari dimana letak dirinya dan 1001 kemungkinan yang bakal berlaku apabila dua hati bersatu. 

Oleh kerana penyakit yang dihidapi agak jarang dijumpai, Firdaus telah dijemput untuk hadir ke persidangan pakar-pakar perubatan bagi ditemukan dengan pakar-pakar perubatan dari luar negara. Di sana, keadaannya menarik perhatian seorang pakar perubatan dari Singapura, dimana beliau mencadangkan agar Firdaus datang ke Singapura untuk memudahkan beliau mengkaji dengan lebih lanjut penyakit ini sekaligus mencuba untuk merawat Firdaus. Namun, cadangan tersebut terpaksa ditolak kerana masalah kewangan keluarga Firdaus. 

Adakah penawar bagi Dystonia atau Firdaus terpaksa bergantung pada ubat untuk selama-lamanya? 

Berapa lama lagi keluarganya mampu meneruskan rawatan sedangkan kos rawatan semakin meningkat dan mula menekan kewangan keluarga ini? 

Bagaimana pula dengan pelajarannya. Dapatkan Firdaus menamatkan pengajiannya dikolej atau mungkin perjalanannya terhenti separuh jalan? 


Kembara Distonia ini membawa kita menyelami hati seorang anak muda yang lahirnya sihat seperti bayi lain, tetapi mula merosot kesihatannya sedikit demi sedikit apabila usianya semakin meningkat. Menyelami rasa hati seorang remaja yang tertanya-tanya mengapa dirinya yang diuji. Mengapa tidak orang lain. Menyelami rasa hati seorang anak yang merasakan keadaanya membebankan keluarga terutama ibu dan ayah yang telah banyak berkorban wang ringgit, tenaga dan masa. 

Pada Patung Beruang, karya ini seperti tidak lengkap kerana ia tidak menceritakan apakah kesudahan kisah Firdaus. Ia hanya berlegar-legar dibeberapa tahun usia remaja Firdaus sedangkan pembaca pasti ingin tahu bagaimanakah keadaannya apabila Firdaus menginjak dewasa. Bagaimana beliau berdepan dengan penyakitnya ini sebagai seorang lelaki dewasa yang matang, bukan lagi sebagai remaja yang lemah fisikal dan mentalnya. Hm.. Agak kecewa juga dengan ending novel ini tetapi Patung Beruang yakin, pasti penulis ini ada sebab tersendiri mengapa beliau menamatkan novel ini dengan babak sebegitu.. 

Namun dalam masa yang sama, Patung Beruang merasakan yang penulis ini mencoretkan kisahnya yang sebenar. Kisah dirinya sendiri. Dan apabila terbaca di ruangan dedikasi, Patung Beruang yakin, penulis ini adalah seorang yang sangat tabah mental dan semangatnya, bukanlah lemah seperti yang digambarkan dengan watak Firdaus didalam novel ini. Apapun, jika karya ini adalah pengalaman sebenar beliau, Patung Beruang doakan agar beban penyakit beliau semakin berkurangan, semoga diberi kesembuhan dan berjaya dunia akhirat. Aamiin... 

Saturday, March 19, 2016

Mencuri Masa Dan Perhatian

Assalamualaikum wbt..

Nampaknya ini adalah coretan Patung Beruang yang pertama untuk bulan March ini. Allah... Dah 19hb baru berkesempatan untuk mencatat sesuatu disini.. Maaf ye sebab lama pulak Patung Beruang menyepi kali ini.. 

Dalam masa beberapa minggu ini, macam-macam perkara berlaku..Suka duka, teruja dan terkejut..Semuanya ada, hehe.. Biasalah, itulah yang dinamakan asam garam kehidupan. Jika semuanya sama sahaja emosinya, pasti kita akan bosan. Bukankah memang lumrah manusia itu cepat bosan apabila ia mengalami situasi yang sama, berperasaan yang sama, melakukan rutin yang sama untuk satu-satu tempoh masa?

Dua minggu lepas, Patung Beruang bercuti dengan ibu dan ayah. Jauh dari rumah, jauh dari bandar, jauh dari suasana bising, jauh dari keadaan yang menyesakkan. Hanya alam semulajadi, pemandangan yang menakjubkan, suasana yang menenangkan dan mendamaikan. Hanya kami bertiga sahaja. 

Pagi-pagi, elok je abg pergi keje, kami bertiga pun terus menuju ke Putrajaya Sentral untuk naik ERL, menuju ke airport. Penerbangan kami pagi, jadi kenalah keluar awal sedikit, sebab jalan agak sesak dengan orang yang pergi kerja. Alhamdulillah, we reached Putrajaya Sentral dalam pukul 7 lebih sedikit dan sempat naik ERL pukul 7.21 pagi. 

Sebenarnya, boleh je Patung Beruang terus drive ke airport dan parking kereta disana sepanjang kami bercuti. Tapi, ibu pernah cakap yang beliau teringin nak naik ERL. Yelah, selama ni Patung Beruang selalu bercerita pasal turun naik ERL bila pergi dan balik outstation, dari ERL yang pertama pukul 4.51 pagi atau pun ERL yang ke-4 terakhir, pukul 11.18 malam. Jadi, bagi menunaikan hajat ibu, Patung Beruang decide untuk parking sahaja kereta di Putrajaya Sentral dan bawa ibu & ayah naik ERL menuju ke airport. Pengalaman pertama mereka.. Alhamdulillah..

Pengalaman bercuti ketika orang lain sibuk bekerja adalah satu pengalaman yang sangat manis buat Patung Beruang. Honestly, bila kapal terbang mendarat, dan keluar je dari airport, rasa macam pelik sikit. Yelah, sebab hari bekerja, tetapi Patung Beruang relaks je menapak keluar dari airport tanpa perlu tergesa-gesa untuk ke ofis atau menghadiri meeting seperti kebiasaannya. 

Alhamdulillah, urusan kereta sewa yang Patung Beruang dah booking sedari awal, sangat Allah permudahkan. Dapat je kereta, terus Patung Beruang drive dan bawa ibu ayah berjalan melihat kawasan disana. Kami sempat singgah di shopping complex, menjamu mata dan shopping sedikit, dan terus bergerak ke hotel. 

Lepas check-in dan solat, kami keluar berjalan semula. Masa itu, otak ni dah mula terima keadaan yang diri ini sedang bercuti, jauh dari ofis dan segala urusan kerja. Rasa otak ni ringan dan lapang sangat. Satu perasaan yang dah lama Patung Beruang tak rasa. Dan paling best, Patung Beruang memang sengaja tinggalkan laptop dirumah. Email pun dah siap buat auto reply, mengatakan Patung Beruang bercuti selama beberapa hari, limited connection on internet & telefon, dan Patung Beruang hanya akan reply all email bila Patung Beruang dah masuk ofis (maaf lah ye, terpaksa selfish sekejap sebab tak nak diganggu langsung dengan sebarang urusan kerja, huhu...

Sepanjang tempoh bercuti tu, Patung Beruang manfaatkan sepenuhnya untuk spend masa yang berkualiti dengan ibu ayah. Dan tiba-tiba je rasa diri ini macam anak tunggal pula, hehe.. Yelah, ibu dan ayah layan je kerenah Patung Beruang ni, nak pergi mana, nak makan apa, nak buat aktiviti apa, nak amik gambar kat mana, mereka layan je.. Dan oleh kerana Patung Beruang yang memandu, jadi Patung Beruang ada lesen besar untuk pergi tempat-tempat yang memang Patung Beruang dah rancang. Sesat?? Jangan risau, peta kan ada. Signboard pun berguna. Dan orang tempatan pun sangat peramah jika kita bertanyakan arah dengan mereka. 

Bagi Patung Beruang adik beradik, memandu adalah aktiviti yang biasa. Tetapi, agak mencabar apabila kami memandu dan ayah pula jadi penumpang. Kebiasaanya kalau ayah jadi penumpang, dia suka duduk belakang instead of sebelah pemandu. So, kami kena sentiasa bersedia untuk ditegur jika ayah rasa kami ni memandu terlalu laju..  Walhal skill memandu kami ni, diperolehi dari beliau juga, hehe.. Kadang-kala tak lah laju mana pun, tapi biasalah psikologi seorang pemandu itu bila beliau menjadi penumpang, beliau akan merasakan si pemandu memandu terlalu laju dan adakalanya rasa ngeri melihat skill pemandu tersebut. So far, Alhamdulillah ayah masih percayakan kami anak-anaknya untuk memandu dan beliau pula duduk berehat di belakang. Setakat kena tegur, "kakak, perlahan sikit.." itu biasalah, hehe.. 

Ketika bercuti ini, ada masa-masanya kami bertiga merasakan alangkah seronoknya jika semua ahli keluarga dapat menyertai kami. Mesti lagi havoc, lagi bnyk aktiviti yang gila-gila, lagi bnyk ceritanya.. Tapi, apa boleh buat?? Kak chik dan iman jauh beribu-ribu batu.. Abg pula baru je berhijrah company, jadi tak mungkin lah utk dia amik cuti lama...  

Tak mengapa lah.. In shaa Allah, our 1st vacation this year for the whole family will be on this Hari Raya. Mungkin agak janggal untuk kami menyambut Hari Raya di perantauan pada tahun ini, tanpa ketupat, rendang ayam dan sambal sotong seperti kebiasaannya, tapi, apa boleh buat?? Itu sahaja peluang yang ada untuk kami berkumpul satu keluarga. Walaupun terpaksa berbelanja besar untuk tiket kapal terbang dan penginapan, kami rela kerana percaya kualiti masa yang bakal kami perolehi tiada tandingannya. Wang boleh dicari, tapi keluarga, itu lah satu-satunya.. 

Sekarang ni Patung Beruang dah kembali ke ofis seperti biasa. Mood bercuti telah habis. Yang ada hanyalah mood untuk bekerja sekuat hati, menyelesaikan segala tugasan yang ada. Rutin sudah kembali ke asal, tapi perasaannya berbeza. 

Betul lah kata orang, percutian itu boleh jadi satu motivasi untuk kita agar lebih bersemangat. Jika nak bercuti dengan kerap, kenalah sediakan wang secukupnya. Nak dapat wang, kenalah bekerja keras. Jadi, kerja lah sepuas dan sekuat hati, rancang kewangan sebaiknya, dan apabila sampai masa yang sesuai, kita curi sedikit masa dan perhatian untuk diberikan kepada keluarga tersayang. Ingat, yang penting kualiti masa yang diluangkan bersama, bukannya kuantiti....  Selamat bekerja... :) 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...