Saturday, March 19, 2016

Mencuri Masa Dan Perhatian

Assalamualaikum wbt..

Nampaknya ini adalah coretan Patung Beruang yang pertama untuk bulan March ini. Allah... Dah 19hb baru berkesempatan untuk mencatat sesuatu disini.. Maaf ye sebab lama pulak Patung Beruang menyepi kali ini.. 

Dalam masa beberapa minggu ini, macam-macam perkara berlaku..Suka duka, teruja dan terkejut..Semuanya ada, hehe.. Biasalah, itulah yang dinamakan asam garam kehidupan. Jika semuanya sama sahaja emosinya, pasti kita akan bosan. Bukankah memang lumrah manusia itu cepat bosan apabila ia mengalami situasi yang sama, berperasaan yang sama, melakukan rutin yang sama untuk satu-satu tempoh masa?

Dua minggu lepas, Patung Beruang bercuti dengan ibu dan ayah. Jauh dari rumah, jauh dari bandar, jauh dari suasana bising, jauh dari keadaan yang menyesakkan. Hanya alam semulajadi, pemandangan yang menakjubkan, suasana yang menenangkan dan mendamaikan. Hanya kami bertiga sahaja. 

Pagi-pagi, elok je abg pergi keje, kami bertiga pun terus menuju ke Putrajaya Sentral untuk naik ERL, menuju ke airport. Penerbangan kami pagi, jadi kenalah keluar awal sedikit, sebab jalan agak sesak dengan orang yang pergi kerja. Alhamdulillah, we reached Putrajaya Sentral dalam pukul 7 lebih sedikit dan sempat naik ERL pukul 7.21 pagi. 

Sebenarnya, boleh je Patung Beruang terus drive ke airport dan parking kereta disana sepanjang kami bercuti. Tapi, ibu pernah cakap yang beliau teringin nak naik ERL. Yelah, selama ni Patung Beruang selalu bercerita pasal turun naik ERL bila pergi dan balik outstation, dari ERL yang pertama pukul 4.51 pagi atau pun ERL yang ke-4 terakhir, pukul 11.18 malam. Jadi, bagi menunaikan hajat ibu, Patung Beruang decide untuk parking sahaja kereta di Putrajaya Sentral dan bawa ibu & ayah naik ERL menuju ke airport. Pengalaman pertama mereka.. Alhamdulillah..

Pengalaman bercuti ketika orang lain sibuk bekerja adalah satu pengalaman yang sangat manis buat Patung Beruang. Honestly, bila kapal terbang mendarat, dan keluar je dari airport, rasa macam pelik sikit. Yelah, sebab hari bekerja, tetapi Patung Beruang relaks je menapak keluar dari airport tanpa perlu tergesa-gesa untuk ke ofis atau menghadiri meeting seperti kebiasaannya. 

Alhamdulillah, urusan kereta sewa yang Patung Beruang dah booking sedari awal, sangat Allah permudahkan. Dapat je kereta, terus Patung Beruang drive dan bawa ibu ayah berjalan melihat kawasan disana. Kami sempat singgah di shopping complex, menjamu mata dan shopping sedikit, dan terus bergerak ke hotel. 

Lepas check-in dan solat, kami keluar berjalan semula. Masa itu, otak ni dah mula terima keadaan yang diri ini sedang bercuti, jauh dari ofis dan segala urusan kerja. Rasa otak ni ringan dan lapang sangat. Satu perasaan yang dah lama Patung Beruang tak rasa. Dan paling best, Patung Beruang memang sengaja tinggalkan laptop dirumah. Email pun dah siap buat auto reply, mengatakan Patung Beruang bercuti selama beberapa hari, limited connection on internet & telefon, dan Patung Beruang hanya akan reply all email bila Patung Beruang dah masuk ofis (maaf lah ye, terpaksa selfish sekejap sebab tak nak diganggu langsung dengan sebarang urusan kerja, huhu...

Sepanjang tempoh bercuti tu, Patung Beruang manfaatkan sepenuhnya untuk spend masa yang berkualiti dengan ibu ayah. Dan tiba-tiba je rasa diri ini macam anak tunggal pula, hehe.. Yelah, ibu dan ayah layan je kerenah Patung Beruang ni, nak pergi mana, nak makan apa, nak buat aktiviti apa, nak amik gambar kat mana, mereka layan je.. Dan oleh kerana Patung Beruang yang memandu, jadi Patung Beruang ada lesen besar untuk pergi tempat-tempat yang memang Patung Beruang dah rancang. Sesat?? Jangan risau, peta kan ada. Signboard pun berguna. Dan orang tempatan pun sangat peramah jika kita bertanyakan arah dengan mereka. 

Bagi Patung Beruang adik beradik, memandu adalah aktiviti yang biasa. Tetapi, agak mencabar apabila kami memandu dan ayah pula jadi penumpang. Kebiasaanya kalau ayah jadi penumpang, dia suka duduk belakang instead of sebelah pemandu. So, kami kena sentiasa bersedia untuk ditegur jika ayah rasa kami ni memandu terlalu laju..  Walhal skill memandu kami ni, diperolehi dari beliau juga, hehe.. Kadang-kala tak lah laju mana pun, tapi biasalah psikologi seorang pemandu itu bila beliau menjadi penumpang, beliau akan merasakan si pemandu memandu terlalu laju dan adakalanya rasa ngeri melihat skill pemandu tersebut. So far, Alhamdulillah ayah masih percayakan kami anak-anaknya untuk memandu dan beliau pula duduk berehat di belakang. Setakat kena tegur, "kakak, perlahan sikit.." itu biasalah, hehe.. 

Ketika bercuti ini, ada masa-masanya kami bertiga merasakan alangkah seronoknya jika semua ahli keluarga dapat menyertai kami. Mesti lagi havoc, lagi bnyk aktiviti yang gila-gila, lagi bnyk ceritanya.. Tapi, apa boleh buat?? Kak chik dan iman jauh beribu-ribu batu.. Abg pula baru je berhijrah company, jadi tak mungkin lah utk dia amik cuti lama...  

Tak mengapa lah.. In shaa Allah, our 1st vacation this year for the whole family will be on this Hari Raya. Mungkin agak janggal untuk kami menyambut Hari Raya di perantauan pada tahun ini, tanpa ketupat, rendang ayam dan sambal sotong seperti kebiasaannya, tapi, apa boleh buat?? Itu sahaja peluang yang ada untuk kami berkumpul satu keluarga. Walaupun terpaksa berbelanja besar untuk tiket kapal terbang dan penginapan, kami rela kerana percaya kualiti masa yang bakal kami perolehi tiada tandingannya. Wang boleh dicari, tapi keluarga, itu lah satu-satunya.. 

Sekarang ni Patung Beruang dah kembali ke ofis seperti biasa. Mood bercuti telah habis. Yang ada hanyalah mood untuk bekerja sekuat hati, menyelesaikan segala tugasan yang ada. Rutin sudah kembali ke asal, tapi perasaannya berbeza. 

Betul lah kata orang, percutian itu boleh jadi satu motivasi untuk kita agar lebih bersemangat. Jika nak bercuti dengan kerap, kenalah sediakan wang secukupnya. Nak dapat wang, kenalah bekerja keras. Jadi, kerja lah sepuas dan sekuat hati, rancang kewangan sebaiknya, dan apabila sampai masa yang sesuai, kita curi sedikit masa dan perhatian untuk diberikan kepada keluarga tersayang. Ingat, yang penting kualiti masa yang diluangkan bersama, bukannya kuantiti....  Selamat bekerja... :) 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...