Sunday, December 11, 2016

Book Review: Bangau Oh Bangau!

Tajuk: Bangau Oh Bangau!

Penulis: Mohd Fakhruddin

Menariknya Buku Ini:

Buku Bangau Oh Bangau! ini menghimpunkan 25 buah kisah kehidupan yang penuh teladan. 

Penulis memulakan naskah ini dengan Kisah 1: Kagum Dengan Manusia. Didalam kisah ini penulis menegur tentang betapa kita orang Melayu, orang Islam ini mudah sangat kagum dengan manusia lain terutamanya jika manusia itu pangkatnya lebih hebat, taraf pendidikannya lebih tinggi, bangsanya nampak seperti lebih moden dan 1001 alasan lagi. Namun, dek kerana rasa kagum itu, kita seringkali mengulang-ulang cerita yang sama, menyebarkan rasa kekaguman itu sehingga orang yang mendengar rasa muak. Terlalu kagum sehingga tahap mengagung-agungkan. Sehingga adakalanya kita terlupa yang orang yang dikagumi itu juga hamba Allah. Kita terlupa Allah yang memberi rezeki kelebihan kepadanya. Kita terlupa yang sepatutnya kita perlu simpan rasa terlalu kagum itu pada Allah bukan pada makhluk ciptaan-Nya. 

Kisah 2: Rasa Bersalah pula membawa pembaca kepada sikap manusia yang suka memandai-mandai, berlagak pandai, walau sedar diri tidak tahu, sombong untuk menuntut ilmu. Dan paling menyedihkan apabila golongan ini menyebarkan teori berlagak pandainya itu pada orang lain. Dan orang lain  pula menerimanya dengan senang hati tanpa ada usaha untuk mencari kebenaran. Malang dan bahaya sekali golongan ini... Ingatlah bahawa jika adanya orang yang tahu kebenaran dan dia sedar dia mengetahuinya, wajiblah dia mengajar kebenaran itu kepada orang lain. Namun, jika dia tidak tahu dan dia sedar kekurangan ilmunya itu, perlu lah dia belajar untuk menambahkan ilmunya. 

Pernahkah kita memberi hadiah? Atau kita menerima hadiah? Pasti pernahkan.. Paling tidak pun, sekali seumur hidup. Dalam banyak-banyak hadiah yang pernah kita terima, apakah hadiah yang paling kita ingat sampai sekarang? Dan jika kita yang memberi hadiah, adakah hadiah kita itu berguna dan bermanfaat kepada si penerima? Atau mungkin hadiah kita hanya berakhir di tong sampah? Ada orang memberi hadiah kerana inginkan balasan. Ada orang memberi hadiah kerana merasa terhutang budi. Ada orang memberi hadiah kerana ingin menunjukkan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki. Ada orang memberi hadiah kerana terpaksa. Ada orang memberi hadiah kerana ingin berkongsi keceriaan dengan si penerima. Ada orang memberi hadiah kerana dia memang suka memberi. Tidak kisah lah, apapun alasannya. Namun persoalan disini, ikhlaskah pemberian kita? Kisah 6: Hadiah... Ikhlas Atau Tidak?

Dalam banyak-banyak anggota tubuh kita, lidah adalah antara anggota yang terpenting. Dengan lidah kita boleh mengucapkan salam, dengan lidah kita berzikir, dengan lidah kita memberi ucapan yang baik-baik, namun dengan lidah juga kita mengumpat, dengan lidah juga kita menghina dan mengeji, dan dengan lidah juga kita menabur fitnah dan mengadu-domba. Lidah ini walau tidak bertulang tetapi bisanya sangat hebat. Dengan lidah kita mendapat sahabat. Namun dengan lidah juga kita mendapat musuh, kita memutuskan silaturrahim, kita hilang keluarga. Dengan lidah ada hati yang berbunga-bunga. Dan dengan lidah juga ada hati yang terluka. Dengan lidah kita tutup simpan rahsia dan aib dari pengetahuan manusia lain. Namun dengan lidah juga kita menjaja kekhilafan dan kelemahan manusia lain disana sini. Sehingga terlupa Allah sentiasa ada melihat dan Malaikat sentiasa mencatat satu persatu. Jagalah lidah. Pastikan hanya yang baik-baik dan elok-elok sahaja keluar darinya. Jangan nanti apabila lidah ini sudah tidak mampu berkata-kata barulah hati terasa menyesal atas segala perkataan yang telah keluar sebelum ini. Kisah 22: Bisanya Lidah.


Sebenarnya ada banyak lagi kisah menarik didalam naskah ini. Namun seperti biasa, Patung Beruang hanya akan kongsikan 3 atau 4 buah kisah sahaja. Yang lebih itu kenalah baca sendiri naskah ini ye, hehe.. 

Oh ye, perkara yang menarik tentang buku ini selain dari kisah-kisah yang ditulis adalah setiap kisah ada ilustrasi kartunnya yang tersendiri, berkait dengan kisah yang ditulis. Ilustrasi kartun yang lucu dan adakalanya sinis ini memberi nilai santai kepada naskah ini. Menarik dan sesuai untuk dibaca oleh seisi keluarga. 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...