Tuesday, December 27, 2016

Book Review: The First Phone Call From Heaven

Tajuk: The First Phone Call From Heaven

Penulis: Mitch Albom

Menariknya Novel Ini:

Satu masalah Patung Beruang dalam memilih novel atau karya fiction adalah Patung Beruang cenderung untuk memilih karya dari penulis yang sama. 

Lihat sahaja Jeffrey Archer, Tony Parsons, Richard Paul Evans dan Mitch Albom. Patung Beruang selesa untuk mengumpul karya-karya mereka sebanyak mungkin. 

Dan disebabkan itu, agak sukar untuk Patung Beruang mengenali penulis lain untuk genre fiction. Namun, jika genre biography atau true story, Patung Beruang tiada masalah untuk berkenalan dengan ramai penulis. Pelikkan?? huhu... 

Oklah, kita tinggalkan sebentar cerita Patung Beruang ini ye. Let's explore the precious gift from Mitch Albom. 

Generally, The First Phone Call From Heaven adalah karya ke-4 dari Mitch Albom yang Patung Beruang baca selepas Tuesdays With Morrie, For One More Day dan The Time Keeper

Naskah ini mengisahkan Sully Harding, seorang pilot tentera yang pulang ke Coldwater, Michigan selepas menamatkan hukuman kerana terlibat dalam kemalangan kapalterbang. 

Namun, keadaan di Coldwater pada masa itu sedang hangat dengan peristiwa panggilan telefon yang diterima dari mereka yang telah meninggal dunia. Beberapa orang penduduk Coldwater menyatakan yang mereka menerima panggilan telefon dari insan yang mereka sayang, seperti ibu, anak, bekas pekerja dan sebagainya. Yang menghairankan adalah pemanggil tersebut sebenarnya telah pun meninggal dunia. Dan pemanggil tersebut juga mengaku yang mereka sekarang berada di Syurga, dan tujuan mereka menelefon insan-insan terpilih ini adalah demi memberitahu yang keadaan mereka di Syurga baik-baik belaka.  

Keadaan yang berlaku benar-benar menggemparkan masyarakat di pekan tersebut. Dan Sully, sebagai seorang suami yang kematian isteri, rasa sangat tertekan apabila satu-satunya anak mereka, Jules kerap bertanya bilakah ibunya akan menelefon dari Syurga. 

Sully sebenarnnya adalah seorang pilot tentera yang disegani. Namun pada suatu hari, beliau terlibat dalam kemalangan kapalterbang apabila staff di menara kawalan tersilap memberi arahan untuk mendarat. Dan kesilapan itu menyebabkan kapalterbang yang dipandu Sully terhempas. Kejadian itu dilihat oleh Giselle, isterinya yang pada masa itu sedang memandu berhampiran airport, dalam perjalanan bertemu Sully. Giselle panic melihatkan peristiwa itu dan terus memandu dengan tergesa-gesa untuk menghampiri lokasi kapalterbang terhempas. Dan tanpa diduga, kereta dipandu Giselle bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu secara melulu oleh Elliot Gray, mengakibatkan kemalangan yang dahsyat dan akhirnya mengorbankan kedua-dua mereka, Giselle dan Elliot Gray. 

Siasatan yang dilakukan terhadap kemalangan kapalterbang dan bukti-bukti yang ada tidak menunjukkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Elliot Gray, staff menara kawalan yang telah tersalah memberi maklumat mendarat kepada Sully. Ini kerana rekod percakapan antara Sully dan Elliot telah dipadamkan dan akhirnya semua kesalahan dibebankan kepada Sully yang menyebabkannya dipenjarakan untuk beberapa tempoh. 

Kini tinggallah Sully dan Jules sahaja, meneruskan hidup di Coldwater. Sully ditamatkan perkhidmatan tentera dan kini hanya bekerja biasa. Dalam masa yang sama, Sully cuba menyiasat tentang panggilan telefon dari Syurga yang dirasakannya sebagai mengarut. Logicnya, manalah orang mati boleh menelefon orang yang masih hidup. 

Menggunakan kepakaran dan kemahiran yang diperolehi ketika didalam tentera, Sully mula membongkar sedikit demi sedikit misteri berkenaan panggilan telefon tersebut. Dan kemuncaknya, misteri tersebut membawa kepada kejadian kapalterbangnya yang terhempas serta kematian Giselle. Malah, lebih memeritkan, insan yang berselindung disebalik panggilan telefon misteri itu adalah seseorang yang mempunyai pertalian yang kukuh dengan Elliot Gray, lelaki yang menghancurkan hidup Sully. 


Untuk naskah The First Phone Call From Heaven ini Mitch Albom membawa pembaca kepada keadaan semasa dan juga flashback ketika Alexander Graham Bell mencipta telefon dan peristiwa lain yang berlaku sewaktu dengannya. 

Dan dalam naskah ini, Albom membawa kita kepada betapa ada insan yang sanggup membuat apa sahaja untuk menebus kesalahan dalam hidupnya, kerana merasakan yang mereka berhutang kemafaan dari pihak yang lagi satu. Namun, ada kalanya apa yang dilakukan itu bukan sahaja gagal membawa kebaikkan namun mengusutkan lagi keadaan. Bagusnya kerana insan tersebut berusaha untuk bersikap empati selain dari hanya berpeluk tubuh sahaja. 

Untuk naskah ini, Patung Beruang rasa sangat simpati pada Jules, kanak-kanak kecil yang kehilangan kasih sayang seorang ibu dalam usia yang masih terlalu muda. Oleh itu, Jules mengharapkan perhatian yang lebih dari Sully, tanpa mengetahui yang Sully sendiri bergelut untuk bangkit selepas kematian Giselle. Dapat dilihat betapa berharapnya Jules untuk menerima panggilan telefon dari Giselle walau kelakuannya itu hanya menimbulkan kemarahan Sully. Poor kid.. 

Ending naskah ini agak memeranjatkan dan menyentuh emosi terutama babak dimana Sully berjaya membongkar apa sebenarnya yang berlaku disebalik panggilan telefon misteri itu. Apakah ia??? Hm... Patung Beruang tak nak kongsikan disini. Kalau nak tahu, kenalah baca sendiri ye... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bears namely Bibi and Si Boyot...