Wednesday, December 28, 2016

Book Review: My Secret Sister

Tajuk: My Secret Sister

Penulis:
1. Helen Edwards
2. Jenny Lee Smith
3. Jacquie Buttriss (ghost writer)

Menariknya Buku Ini:

Ok, ini adalah buku yang baru sahaja Patung Beruang habiskan pembacaan. Masih panas lagi tau, hehe.. 

Alhamdulillah, Patung Beruang ambil masa selama 36 jam untuk menghabiskan buku ini. Really crazy. My mind can't stop thinking about this story selagi tak habis. 

Untuk pengetahuan semua My Secret Sister ini adalah cerita benar yang berlaku di UK. Kejadian yang berlaku pada Helen Edwards (Helen) dan Jenny Lee Smith (Jenny). Nama-nama dalam buku ini pun menggunakan nama sebenar individu tersebut. 

Helen dan Jenny sebenarnya adalah pasangan kembar yang terpisah selama hampir 60 tahun. Dan selama ini mereka tidak pernah tahu pun kenyataan tersebut. 

Helen dan Jenny dilahirkan pada tahun 1948 oleh Mercia Dick, seorang wanita muda yang cantik dan bercita-cita tinggi, hasil dari percintaannya dengan Wilfred Harrison. Namun, entah dimana silapnya, Mercia tidak berkahwin dengan Wilfred. 

Sejurus melahirkan Helen dan Jenny, Mercia menyerahkan Jenny untuk dijadikan anak angkat kepada pasangan Lee Smith tatkala Jenny berumur 6 minggu. 

Pasangan Lee Smith berkahwin pada usia yang lewat dan disebabkan itu mereka tidak mempunyai anak kandung. Maka, Jenny membesar sebagai anak tunggal pasangan Lee Smith. Pasangan Lee Smith sangat menyayangi Jenny dan tatkala mereka menyedari kehebatan Jenny didalam sukan berenang dan golf, mereka berusaha keras mengasah potensi Jenny. 

Jenny membesar sebagai perenang dan pemain golf yang hebat. Dan akhirnya menjadikan sukan golf sebagai kerjaya sepenuh masa. Statusnya sebagai pemain golf professional, berjaya memenangi banyak kejuaraan dunia menyebabkan Jenny mampu hidup mewah dan menyara keluarga. 

Walaupun hidup Jenny dikelilingi dengan kegemilangan sebagai atlit professional, Jenny merasakan yang ada suatu ruang kosong didalam jiwanya. Jenny sangat teringin mempunyai adik beradik, atau paling kurang, seorang adik beradik perempuan. Perhatian tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh pasangan Lee Smith kepadanya tetap tidak mampu mengisi ruang kosong tersebut. 


Selepas menyerahkan Jenny kepada pasangan Lee Smith, Mercia membuat keputusan untuk memelihara Helen. Dalam masa yang sama, Mercia telah mempunyai anak lelaki yang berumur  10 tahun, bernama George. George adalah anak Mercia ketika beliau masih lagi menjadi isteri Mr Dick, seorang askar yang kini menjadi tawanan perang. 

Mercia memelihara George dan Helen, dan beberapa bulan selepas Helen dilahirkan, Mercia berkahwin dengan Tommy. Dan bermulalah episod sedih kehidupan Helen. 

Tommy adalah seorang lelaki yang kasar dan ganas. Beliau tidak segan silu untuk menggunakan kekasaran terhadap Mercia, George dan Helen. Namun, Helen yang sering menjadi mangsa kerana Tommy merasakan yang kerana Helen lah, beliau terpaksa berkahwin dengan Mercia. 

Dalam masa yang sama pula Mercia mengabaikan Helen. Baginya, Helen seolah-olah tidak wujud didalam rumah itu. 

Pendek kata, Helen didera secara fizikal dan psikologi sedari berumur setahun. Dan penderaan itu berterusan sehinggalah Helen dewasa dan berkahwin dengan Simon. Penderaan fizikal dan psikologi menyebabkan Helen kehilangan zaman kanak-kanak dan remajanya. Helen membesar didalam ketakutan dan tidak mempunyai sesiapa untuk melindunginya kecuali George. Namun, apabila George keluar dari rumah dan merantau kerana bekerja, Helen sudah tiada siapa-siapa lagi. 

Setelah dewasa dan menempuh pelbagai halangan dan rintangan dari Mercia dan Tommy, akhirnya Helen berjaya mengikuti kursus kejururawatan dan setelah tamat, diterima bekerja sebagai jururawat. Helen meneruskan pekerjaan yang diminatinya itu sehinggalah bersara. 


Tatkala mengetahui yang beliau adalah anak angkat kepada pasangan Lee Smith, Jenny mula menyiasat untuk mengetahui siapa ibu kandungnya. Pada 2003, untuk pertama kalinya Jenny berjumpa dengan Mercia. Tetapi, kehadirannya kurang disenangi oleh Mercia. Malah, Mercia sedaya upaya berusaha agar Jenny cepat beredar dari rumahnya untuk mengelakkan Jenny bertemu dengan Helen. 

Selepas kematian Mercia, akhirnya Jenny berjaya menjejaki Helen dan alamat emailnya. Maka, pada suatu hari di tahun 2007, Jenny menghantar email kepada Helen, memperkenalkan dirinya. 

Helen sangat terperanjat tatkala menerima email pertama dari Jenny itu. Helen sedar yang selama ini beliau adalah anak tidak sah taraf pada Mercia dan Tommy (kerana Helen terjumpa sijil perkahwinan Mercia dan Tommy dimana tarikh perkahwinan yang tercatat adalah selepas tarikh kelahiran Helen), namun beliau tidak mengetahui yang beliau mempunyai adik beradik lain selain dari George. 

Dan bermulalah siri email antara Helen dan Jenny sehingga akhirnya mereka berkesempatan untuk bertemu buat pertama kalinya. Pertemuan yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama. 

Dalam penyiasatan mereka, Helen dan Jenny juga menyedari yang Mercia bukan sahaja ibu kandung kepada George, Helen dan Jenny, namun juga kepada Patricia dan Diana (sepupu jauh Helen). Namun, Patricia dan Diana tidak mengaku yang Mercia adalah ibu kandung mereka kerana selama ini mereka membesar dan hidup dengan keluarga angkat dan Mercia juga tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu kepada mereka. 





Ok, cukuplah sinopsis untuk My Secret Sister ye.. Untuk tahu lebih detail, kenalah baca sendiri naskah ini.

My Secret Sister ini diterbitkan pada tahun 2013, sebuah naskah yang sangat sedap dan sangat menyentuh perasaan, terutamanya apabila membaca kisah kehidupan Helen. Patung Beruang banyak kali menangis bila membaca keperitan dan kesengsaraan hidupnya yang didera oleh Tommy dan Mercia, kesunyian hidupnya sehingga beliau bercakap dengan haiwan seperti lembu, dibiarkan seorang diri diluar ketika cuaca sejuk, tidak dipedulikan ketika sakit dan betapa George berusaha keras melindungi Helen sehingga ke akhir hayatnya. 

Kalimah yang kerap keluar dari mulut Helen sedari kecil adalah "I'm sorry." She keeps on apologies and apologies to Mercia dan Tommy setiap kali dia didera, dipukul, dihukum dan macam-macam lagi walaupun hakikatnya Helen tidak membuat apa-apa kesalahan. 

Malah, Helen sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga dia dilayan sebegitu rupa. 

Namun, tatkala dia mengetahui kewujudan Jenny dan rahsia yang disembunyikan oleh Mercia, barulah Helen menyedari yang Mercia dan Tommy menyalahkan kelahiran Helen diatas segala-galanya yang berlaku. Perkahwinan yang terpaksa antara Mercia dan Tommy, Mercia tidak dapat mencapai cita-citanya menjadi model, kemiskinan hidup rumahtangga mereka dan 1001 kekurangan dan masalah hidup, semuanya disalahkan pada kelahiran Helen.  

Selain itu, babak ketika George meninggal dunia di rumahnya juga sangat menyedihkan Patung Beruang. George terlalu melindungi Helen sehingga sanggup berkorban apa sahaja untuk adik perempuannya itu. Dan selepas kematian George, berlaku satu peristiwa di rumah tersebut yang seolah-olah menyatakan dia berat hati untuk meninggalkan dunia ini kerana sedar yang Helen tiada siapa-siapa lagi selepas ini. 

Untuk Jenny pula, hidupnya nampak sempurna. Disayangi dan hidup senang dengan pasangan Lee Smith. Namun, Jenny juga bergelut dengan masalah seperti kematian ayah angkatnya, Mr Smith ketika Jenny berumur 12 tahun, perkahwinan yang lewat dan kesukarannya memperolehi anak sehingga berlaku keguguran beberapa kali dan berdepan dengan ibu angkatnya, Mrs Smith yang kurang sihat. 

Honestly, this biography really awesome. Penceritaannya sangat terperinci sehingga kita yang membaca ini boleh membayangkan dengan jelas segala peristiwa yang berlaku. Walaupun buku ini tebal (436 mukasurat) tapi ia berjaya mengekalkan momentum Patung Beruang untuk terus membaca bagi mengetahui kesudahan kisah pasangan kembar ini. 

Sebagai pasangan kembar, mereka berkongsi perasaan, kesakitan, minat dan pelbagai peristiwa dan banyak kejadian yang berlaku secara kebetulan, namun hanya disedari oleh mereka setelah mengenali antara satu sama lain. 

Menariknya, buku ini menceritakan detik dari zaman mereka kecil, sehingga dewasa, sehingga mereka bertemu, pelbagai rahsia terbongkar dan penerimaan orang disekeliling terutama saudara-mara serta keadaan semasa. 

Bila difikirkan semula, memang wajarlah Islam melarang penganutnya dari berzina. Kerana kesan zina itu sangat besar dan berlarutan selama-lamanya.

Bayangkan, selama ini Helen hanya mengetahui yang beliau hanya 2 beradik iaitu beliau dan George. Namun, hakikatnya adik-beradiknya sangat ramai jika dicampur dengan kesemua bayi yang dilahirkan oleh Mercia, anak-anak George Dick (suami pertama Mercia) dan anak-anak Wilfred Harrison (bapa kandung Helen dan Jenny). Dan bayangkan jika mereka tidak mengetahui rahsia ini, tidak mustahil boleh berlaku perkahwinan sesama ahli keluarga. Aduh.....

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...