Sunday, December 11, 2016

Book Review: Trust No One

Tajuk: Trust No One

Penulis: Jerry D. Gray

Komen Patung Beruang:

Ini adalah buku terkini yang baru sahaja Patung Beruang habiskan pembacaannya. Baru beberapa jam lepas, hehe. 

Basically, Trust No One ini bukanlah buku pertama karya Jerry D. Gray yang Patung Beruang baca. Ada beberapa buah lagi karya beliau yang pernah Patung Beruang teliti sebelum ini. 




Naskah ini terbahagi kepada 3 Bahagian iaitu:
1. MH370  (tragedi penerbangan yang menggemparkan Malaysia dan seluruh dunia)
2. Tuhan Ampuni Kami (berkenaan bencana alam yang berlaku di Asia)
3. Holocaust Zaman Moden (berkenaan isu vaksin)

Apa yang boleh Patung Beruang komen mengenai buku ini adalah naskah ini boleh dibaca namun usah terima bulat-bulat semua perkara yang dibentangkan didalam buku ini. Pembaca kena membaca dengan minda yang terbuka dan dalam masa yang sama, berfikir tentang logic dan analisis segala yang dipaparkan disini. 

Patung Beruang tak nak menuduh yang isi kandungan buku ini karut semata-mata namun sebagai seorang yang rasional, pembaca berhak untuk menilai segala apa yang ditulis. Adakah ia bersumber dari sumber yang tepat atau lebih kepada pengalaman sendiri? Atau mungkin hanya khabar angin yang sengaja disebarkan? Adakah sumber yang diletakkan itu benar dan kukuh atau hanya semata-mata untuk meraih konstroversi? Adakah keputusan dari kajian yang dilakukan itu mencerminkan majority atau minority?

Seperti biasa Jerry D. Gray akan menyelitkan banyak gambar, petikan artikel dan link sumber bahan penulisannya. Ia bagus kerana nampak seolah-olah tulisannya bersumberkan sumber yang tepat dan bukan sebarangan. Namun, kita tak perlu nak jadi auditor jika ingin menyiasat kesahihan dan ketepatan sumber tersebut. Lihat, teliti dan selidiklah sendiri sumber yang diletakkan itu. 

Bagi pendapat Patung Beruang, ada perkara yang kita boleh terima dengan seadanya namun ada perkara yang kita perlu rujuk pada mereka yang lebih pakar. Dan tiada seorang pun manusia yang pakar dalam segala-galanya. Maka, sangat penting untuk kita merujuk pada pakar yang tepat untuk sesuatu perkara atau bidang itu. 

Ketika meneliti naskah ini, ia berpotensi mengganggu emosi dan pemikiran kita. Kita akan rasa seperti hidup ini tidak selamat. Kita akan rasa seperti kita selama ini dikhianati oleh pihak-pihak yang kita percaya. Tetapi kita terlupa yang kita ada Allah. Walau apapun yang pihak disana rancang, jika Allah tidak izinkan, pasti tidak akan berlaku. Jangan kita nafikan kekuasaan Allah. 

Last but not least, buku ini boleh dibaca namun semasa membacanya pastikan minda kita bekerja sekali. Minda kita menganalisis segala apa yang ditulis, berfikir dan berfikir, challenge apa yang dipaparkan. Jangan sekali-kali terima bulat-bulat apa yang dinyatakan. Dan prinsip ini bukan sahaja terpakai pada buku ini, tetapi juga untuk buku-buku lain dan apa juga bahan bacaan yang kita baca. 

Seperti moto naskah ini, "Jangan Percaya Sesiapa Dan Persoal Segalanya", kita juga patut menggunakan moto ini keatas isi kandungan naskah ini. 

So.. Selamat membaca..  

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...