Wednesday, December 28, 2016

Cerita Di Tahun 2016 - Part 2


Cerita 3

Disuatu pagi yang tenang, Patung Beruang dikejutkan dengan berita tragedi pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki dan kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah penempatan rakyat. 



Pertama kali membaca berita tersebut, Patung Beruang rasa seperti kenal dengan dengan kawasan penempatan tersebut.

Setelah berfikir beberapa detik, barulah Patung Beruang sedar yang ia adalah kawasan yang seringkali sahabat Patung Beruang melakukan kerja-kerja kebajikan. Terletak jauh di sebuah negeri lain.

Lantas, Patung Beruang hubungi beliau untuk mengetahui cerita sebenar.

Rupanya kawasan penempatan tersebut memang terkenal dengan masalah social yang meruncing. Dilabelkan sebagai black area, kawasan ini seringkali terlepas dari pandangan pihak yang bertanggungjawab. 

Namun, tidak semua penduduk disitu jahat atau menjalankan aktiviti atau pekerjaan yang tidak elok. Masih ramai lagi penduduk yang berusaha keras mencari rezeki yang halal demi menyara keluarga.

Dan sahabat Patung Beruang ini juga berusaha keras membantu keluarga-keluarga yang dalam kesempitan ini, agar mereka ada tempat berteduh, anak-anak tidak kelaparan dan dapat pergi ke sekolah setiap hari.

Ternyata tragedi itu sangat menyedihkan sahabat Patung Beruang. 

Berkali-kali beliau menangis pada pagi itu. 

It was melancholy. 

I had a huge lump in my chest which felt as if it would burst. Hm….

Mungkin salah Patung Beruang juga kerana tidak pernah hendak meluangkan masa melawat kesitu walaupun telah dipelawa berkali-kali. Bukan tidak ingin pergi, tetapi lokasi yang terlalu jauh (either Patung Beruang kena drive berjam-jam atau menaiki kapal terbang) serta kekangan jadual seharian Patung Beruang. 

Sebab itulah, Patung Beruang hanya mampu membantu dari segi kewangan dan buah fikiran. 

Seandainya Patung Beruang pernah menjejakkan kaki ke situ, mungkin keadaan sahabat ini akan berubah kerana beliau merasakan ada juga orang lain yang nampak apa yang beliau nampak, saling bertukar pandangan dan idea, saling berkongsi beban yang dipikulnya. Allahuakbar…

Disebabkan tragedi tersebut, kawasan penempatan itu mula mendapat perhatian pihak berwajib. 
Alhamdulillah.
Banyak perkara yang mereka perlu lakukan untuk memperbetulkan keadaan.

Sahabat Patung Beruang masih tetap gigih berusaha membantu komuniti disana. Baginya, masih ramai yang perlu dibantu berbanding mereka yang tidak ingin dibantu atau tidak mahu dibantu.

Walau jarak lokasi antara Patung Beruang dan sahabat ini jauh, ia tidak menghalang untuk kami sentiasa berhubung. 

Malah, beliau sentiasa setia memaklumkan maklumat terkini berkenaan keadaan disana. 

Dan sehingga catatan ini ditulis, Patung Beruang hanya masih mampu membantu secara material bukannya secara keberadaan disana. 

In shaa Allah, satu hari nanti, Patung Beruang pasti akan menjejakkan kaki disana, bersama-sama beliau membantu apa yang terdaya… Aamiin…

Ada orang pernah bertanya kenapa sibuk nak buat charity works? 

Kenapa sibuk nak bantu orang lain? 

Kerajaan dan pihak berwajib kan ada. Serahkan sahaja pada mereka. 

Tak perlu kita nak bersusah-payah. Diri sendiri pun tak cukup, ada hati nak bantu orang lain.

Hm… I understand that concern.

Logically, we can’t help everyone who needed, outside there. 

But at least we try to do something, to spread the happiness, to give hope, to make this world is a better place to live.

We should infuse our life with action. 

Don’t wait for it to happen. But we should make it happen. 

And eventually, take it that all good deeds that we do to today, will become our shares in Hereafter. 
Saham Akhirat!!! 
That’s should be our priority objective.

Tak dapat bantu satu kampung, bantu satu keluarga pun jadilah. Jika tak dapat bantu satu keluarga, bantu seorang pun jadilah. Jika tidak dapat membantu sepanjang masa, bantu sekali pun jadilah… 
Susah sangat ke???

Pasal diri sendiri pun tak cukup, manusia ini jika diberi 10 gunung emas pun memang tetap akan merasa tidak cukup.
Always remember words from Mahatma Gandhi,
“There is a sufficiency in the world for man’s need but not for man’s greed.”

Greed is not a financial issue. It’s a heart issue. 

So, are we one of those people who have gruesome heart???

Fikir-fikirkan lah…



Cerita 4

Ada seorang gadis, berumur awal 30-an, berpendidikan tinggi, berkerjaya namun masih keseorangan. 

Si gadis tidaklah terlalu memikirkan sangat keadaan dirinya yang masih belum berpunya kerana beliau berpendapat perancangan Allah sentiasa yang terbaik. 

Sudah berusaha namun belum berhasil. 

Yang penting beliau berusaha menjadi hamba Allah yang lebih baik, menjadi anak yang lebih baik, menjadi ahli keluarga yang lebih baik, menjadi pekerja yang lebih baik dan menjadi ahli masyarakat yang lebih baik.

Pada suatu hari, datang undangan perkenalan dari seorang lelaki, melalui kenalan  keluarga. 

Mereka pun berkenalan dan bersahabat untuk beberapa minggu.

Tidak lama selepas itu, si lelaki tersebut mengundang si gadis untuk keluar bertemu. 

Seperti dijanjikan, mereka bertemu di sebuah kedai makan, berdua sahaja. Mereka mula berbual dan berbual sambil menjamu selera. Selepas beberapa jam, mereka berpisah dan berjanji untuk bertemu lagi di lain hari.

Selang beberapa hari, si lelaki mengutarakan cadangan untuk bertemu lagi. 

Kali ini, si gadis meminta agar si lelaki datang menjemputnya dirumah. 

Niatnya hanya satu, biarlah si lelaki itu bertemu dengan kedua ibu bapa si gadis, dan meminta izin untuk bersahabat dengan anak mereka. Si lelaki bersetuju dengan permintaan si gadis.

Tiba saat yang dijanjikan, si gadis sudah bersiap menunggu kedatangan si lelaki. 
5 minit, 10 minit, 20 minit, 30 minit dan akhirnya 1 jam. 
Masih tidak sampai tetamu yang ditunggu. 

Si gadis merasa sedih dan akhirnya membatalkan rancangan mereka untuk bertemu. Biarlah, tiada rezeki pada saat itu.

Si lelaki meminta maaf dan mencadangkan agar mereka bertemu pada suatu tarikh yang lain.

Suatu hari di penghujung bulan, si gadis cuti dari bekerja. 
Selain ingin berehat dan menghabiskan masa dengan keluarga, si gadis juga bercadang untuk berjumpa dengan si lelaki seperti yang telah dirancang. 

Dan seperti yang dijangka oleh si gadis, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan kerana si lelaki mengulangi kesilapan yang sama. 

Lewat dan kini ditambah pula dengan tiada alasan mengapa dia lewat.

Si gadis merasa tawar hati dengan si lelaki. 
Merasakan yang si lelaki hanya ingin mempermain-mainkannya sahaja.

Akhirnya, si gadis menyepi dan mengabaikan semua komunikasi dari si lelaki. Hatinya telah tertutup untuk si lelaki itu. Dan akhirnya si lelaki juga berhenti dari menghubungi si gadis.

Tetapi… ada perkara yang tidak mereka ketahui..

Si lelaki ingin sekali mendekati si gadis. 
Namun jadual kerjanya terlalu padat dan tidak normal seperti orang lain, menyebabkan si lelaki tidak mampu meluangkan lebih masa kepada si gadis.

Selain itu, si lelaki merasakan dia mungkin tidak setaraf dengan si gadis. 
Si gadis tidak banyak bercerita mengenai diri dan keluarganya. 
Tetapi, melihat dari tas tangan yang dipakai, kasut yang tersarung di kaki, kereta yang dipandu, tutur patah yang keluar dari mulut si gadis serta cara pembawaan dirinya, si lelaki dapat menangkap yang si gadis ini bukan calang-calang orang. 
Sangat menenangkan dan bijak. 
Pasti bekerjaya hebat dan berpendapatan tinggi.

Jauh berbeza dengan dirinya, anak kampung, makan gaji di sektor perindustrian dan menjalankan 1001 pekerjaan sampingan demi mencari rezeki halal.


Si gadis juga ingin mengenali si lelaki dengan lebih dekat. 
Walau menyedari yang si lelaki kurang berkemampuan dari segi material dan pendidikan berbanding dirinya. 
Dan perkara yang membuatkan si gadis terpaut adalah kejujuran si lelaki serta kerja kerasnya bagi mencari rezeki yang halal. 
Kegigihannya untuk hidup terlukis dengan jelas di raut wajah dan fizikalnya.


Si lelaki ragu-ragu untuk meneruskan hubungan dengan si gadis, bimbang dirinya ditolak mentah-mentah atau tidak dipandang oleh keluarga disebelah sana.

Si gadis pula kecewa apabila si lelaki tidak menghormati masanya. 
Kecewa kian bertambah tatkala mengenangkan betapa dia sanggup merendahkan egonya dengan menerima salam perkenalan dari si lelaki yang zahirnya tidak sepadan, berusaha keras menjaga tutur kata dan perilaku agar tidak terlihat ketara jurang antara mereka.


Kini….masing-masing membawa haluan sendiri. 
Berpisah tanpa ucapan perpisahan. 
Tiada kata putus. 
Hanya senyap sunyi seperti tidak pernah mengenali.


Si lelaki kembali ligat dengan urusan kerjanya. Dan beliau merasakan betapa tiada lagi peluang untuknya mendampingi si gadis. Maka, tumpuan kembali terarah kepada meningkatkan ekonomi diri dan menjaga ibu bapa yang semakin uzur.

Si gadis pula seperti biasa jadual hariannya di dunia korporat sentiasa padat. Mendaki satu persatu anak tangga sehingga ke puncak. Hatinya seakan tertutup terhadap makhluk yang bernama lelaki. Seumur hidupnya, hanya 2 lelaki sahaja yang pernah diimpikan untuk menjadi suaminya. Cinta hati yang pertama, yang dikenali ketika zaman belajar dan akhirnya serius ketika di alam pekerjaan. Namun tiada jodoh antara mereka. Perpisahan yang sangat memeritkan buat si gadis sehingga beberapa lelaki yang hadir selepas itu, tetap tidak mampu mengetuk pintu hatinya. Dan tatkala si lelaki hadir seketika, untuk kali ke-2, si gadis terfikir, mungkin inilah jodohnya. 

Perbezaan status dan latar belakang diketepikan kerana si gadis merasakan ada perkara yang lebih penting dan berharga selain dari duit, kedudukan dan pangkat. 

Namun, ia tetap tidak kesampaian. 

Cuma bezanya, kali ini si gadis menerima perpisahan dengan tenang. 

Mungkin kerana si gadis yang terlebih dahulu memulakan langkah untuk memutuskan perhubungan itu. 
Tiap kali ditanya status hubungannya bersama si lelaki, si gadis dengan tenang berkata, “I dumped him.” 

Apakah kesudahan kisah kehidupan mereka?

Entahlah… Patung Beruang pun tidak tahu.
Cuma simpati pada mereka.


Namun bila difikir semula, mungkin memang jodoh mereka belum sampai.
Kerana biasanya bila Allah kata itu hak kita, Allah akan permudahkan jalannya.

Tidak mengapalah. Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka berdua. 

Bukankah perancangan Allah itu sentiasa yang terbaik??? 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...