Saturday, December 16, 2017

Book review: A Prisoner of Birth

Tajuk : A Prisoner of Birth

Penulis : Jeffrey Archer 

Menariknya Naskah Ini: 

Ini adalah karya Archer yang baru sahaja Patung Beruang sudahkan pembacaannya beberapa hari lepas. 

Naskah kali ini agak tebal dan benar-benar menguji kesabaran Patung Beruang kerana ada banyak plot twist dan kejutan sehingga Patung Beruang terfikir dimana sebenarnya klimaks untuk naskah ini. 

A Prisoner of Birth mengisahkan Danny Cartwright yang baru sahaja bertunang dengan Beth Wilson. Pada satu malam, pasangan ini keluar minum bersama-sama Bernie Wilson, sahabat baik Danny dari kecil serta abang kepada Beth Wilson. Namun, tanpa disangka, perjumpaan malam itu berakhir dengan kekecohan dan menyebabkan Bernie mati ditikam dibelakang pub tersebut. 

Kekecohan yang berlaku pada malam tersebut turut melibatkan Spencer Craig (seorang peguam), Gerald Payne (seorang land management consultant) dan Lawrence Davenport (seorang pelakon). 

Oleh kerana Craig, Payne dan Davenport sepakat mengatakan yang Danny adalah lelaki yang bertanggungjawab menikam Bernie Wilson, maka hakim menjatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun kepada Danny. 

Beth Wilson dan Alex Redmayne (peguam bela Danny) merasakan yang Danny tidak bersalah namun mereka ketiadaan bukti kukuh untuk menyokong kes ini. 

Di penjara, Danny ditempatkan didalam sel bersama dengan Sir Nicholas Moncrieff dan Big Al. Kedua-dua mereka adalah bekas tentera dan dipenjarakan kerana kesilapan yang berlaku dilapangan perang di luar negara. 

Maka, bermulalah episod perubahan diri Danny kearah yang lebih baik. Danny mula belajar dan menduduki peperiksaan A Level atas tunjuk ajar Moncrieff. Malah, Moncrieff dan Big Al juga merasakan Danny adalah mangsa yang tersepit dan dipenjarakan akibat dari perbuatan orang lain. Oleh itu, Danny dan rakan-rakan mula mengumpul bukti bagi membuktikan kejadian sebenar yang berlaku pada malam tersebut. 

Dari segi luaran, fizikal dan rupa paras Danny dan Moncrieff tidak jauh berbeza. Malah, mereka berdua sering disalah anggap sebagai adik - beradik. Moncrieff adalah seorang aristokrat yang bijak dan sangat teliti. Beliau menulis diari bagi mencatat setiap peristiwa yang berlaku secara terperinci. Dalam masa yang sama, Moncrieff turut terjebak dalam konflik perebutan harta keluarga antara beliau dan pakciknya, Sir Hugo. 

Disebabkan fizikal yang seakan-akan sama, pada suatu petang, Moncrieff telah dibunuh ketika sedang berada di bilik mandi, sedangkan tujuan utama si pembunuh adalah untuk pembunuh Danny. Dengan bantuan Big Al, Danny menukar identiti dirinya kepada Moncrieff yang bakal dibebaskan dari penjara lagi 2 minggu. 

Selepas dibebaskan, Danny berjumpa dengan Munro, peguam yang menguruskan harta keluarga Moncrieff sejak turun-temurun. Munro yang menyedari niat jahat Sir Hugo untuk merampas harta Moncrieff mula bertindak sebagai penasihat kepada Danny bagi melindungi anak muda ini. Dalam masa yang sama, Danny mempergiatkan usahanya bagi membersihkan namanya atas tuduhan membunuh Bernie dan membawa pembunuh sebenar kemuka pengadilan. 



Naskah A Prisoner of Birth ini boleh dikatakan antara naskah Archer yang terbaik yang pernah Patung Beruang baca. Ada banyak kejutan didalam naskah ini antaranya adalah, sebelum Moncrieff dibunuh, beliau telah mewasiatkan sebahagian hartanya kepada Danny. Ini adalah kerana Moncrieff tidak mempunyai saudara mara lain serta merasakan Danny adalah manusia yang teraniaya akibat komplot keji Craig dan rakan-rakannya. Maka, Moncrieff merasakan yang harta yang diwasiatkan itu dapat digunakan oleh Danny untuk kehidupannya selepas dibebaskan serta dalam masa yang sama mengupah peguam untuk membuka semula kes tersebut bagi membersihkan namanya dari pertuduhan yang dikenakan. 

Danny digambarkan sebagai seorang lelaki yang baik dan sangat setia pada persabatan. Dan kebaikannya itu dibalas apabila Danny dikelilingi oleh individu-individu yang baik hati dan sentiasa berusaha untuk melindunginya sehabis baik seperti Moncrieff, Big Al, Alex dan Munro. Malah, ketika penyamaran Danny sebagai Moncrieff dibongkarkan oleh Craig, mahkamah tidak boleh mengenakan hukuman kepada Danny atas tuduhan menyalahgunakan harta Moncrieff kerana hakikatnya Moncrieff memang ada meninggalkan sebahagian hartanya kepada Danny serta Danny juga berjaya meningkatkan nilai kekayaan Moncrieff berkali ganda melalui kemahirannya didalam pelaburan. 

Kejutan yang paling menarik bagi Patung Berung adalah apabila Craig tanpa sengaja telah terbuka tembelangnya mengenai siapa pembunuh sebenar Bernie Wilson ketika perbicaraan mahkamah dijalankan atas tuduhan penyamaran Danny sebagai Moncrieff. Dan ia adalah hanya kerana parut dikaki Danny. 

Mungkin.. inilah klimaks untuk A Prisoner of Birth... cukup untuk membuatkan Patung Beruang menutup naskah ini sambil tersenyum, hehehe.. 

Book Review: Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0

Tajuk : Cakar Ayam Seorang Doktor 3.0

Penulis : Dr Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul, Dr Mohd Syamirulah, Fahmi Hassan, Dr Sharif Ahmad, Dr Onn Azli, Dr Fahd Razy

Menariknya Naskah Ini:

Naskah  nukilan para petugas perubatan ini membariskan kisah-kisah menarik yang mereka alami disepanjang kerjaya mereka, mengupas isu semasa berkaitan dengan kesihatan serta mengandungi tips-tips dan panduan kesihatan buat pembaca. 

Kisah pertama yang dijadikan pembuka cerita adalah berkenaan dengan demam Malaria atau bahasa pasarnya demam kura. Hm.. Manusia yang sakit namun kura-kura juga yang dapat nama. Pelik bukan? hehe.. 

Sekadar perkongsian dari naskah ini, Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit yang dibawa oleh nyamuk betina. Penyakit ini mempunyai pelbagai tanda atau gejala seperti demam, sakit kepala, menggigil, keletihan, muntah dan sebagainya. Oleh kerana ini adalah gejala yang biasa dialami ketika pesakit "demam", maka, adalah amat penting untuk pesakit memaklumkan kepada petugas perubatan berkenaan dengan sejarah gigitan nyamuk yang mereka alami seperti melalui perkhemahan dihutan, berkelah disungai dan sebagainya. Ini kerana, lokasi-lokasi yang dilawati boleh memberi petunjuk yang jelas, punca dan jenis sebenar "demam" yang mereka alami. 

Walaupun Malaria hanyalah penyakit dari pembawaan nyamuk, ia tetap boleh mendatangkan komplikasi yang serius seperti masalah ketidakstabilan darah,  jangkitan otak, kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang dan paru-paru serta kegagalan jantung. 


Menjaga pesakit yang terlantar tidak semudah yang disangka. Waris atau penjaga perlu mempelajari cara yang betul bagi menjaga pesakit terlantar ini bagi mengelakkan masalah lain yang mungkin berlaku seperti bed sore atau nama biasanya kudis tekanan. Kebiasaannya, bed sore ini terjadi apabila pesakit baring atau duduk pada posisi yang sama untuk jangka masa yang lama. Disebabkan itu, bahagian yang menampung berat pesakit akan mendapat kurang bekalan darah beroksigen sehigga menyebabkan tisu dibahagian tersebut mati dan menjadi kudis atau ulser. Antara bahagian yang mempunyai risiko bed sore adalah belakang kepala, siku, tulang punggung dan sisi lutut. 

Maka, waris atau penjaga digalakkan untuk kerap menukar posisi pesakit, membalik-balikkan mereka ke sebelah kanan atau sebelah kiri. Selain itu beberapa alatan juga boleh digunakan untuk mengurangkan risiko bed sore seperti menggunakan ripple mattress (iaitu tilam angin yang mempunyai permukaan berombak dan tekanan anginnya dikawal oleh pam elektrik), menggunakan kusyen atau pad silikon dan sebagainya. 


Dewasa ini banyak produk-produk "kesihatan" atau "makanan tambahan/supplement" yang giat diwar-warkan di pasaran. Produk-produk ini menjanjikan bulan dan bintang kepada pengguna dan bakal pengguna mereka. Malah mereka seringkali mengatakan doctor juga terkejut dengan kesan yang dialami oleh pesakit yang menggunakan product mereka ini. 

Kebanyakkan pengguna mengatakan yang mereka mengalami kesan serta-merta setelah menggunakan product tersebut. Namun, sedarkah kita sebenarnya kita telah dimanipulasi oleh steroid yang terkandung didalam product tersebut. Steroid inilah yang memanipulasi sistem tubuh dan otak pengguna bagi membuatkan pengguna merasakan apa sahaja kesan yang mereka idamkan dari product tersebut sedangkan kenyataannya product tersebut tidak berkesan pun. Maka, adakah kita masih ingin menjadi pengguna yang tidak bijak sehingga mudah ditipu oleh para penjual?  Adalah lebih baik seandainya kita mendapatkan nasihat dari pakar perubatan terlebih dahulu sebelum sewenang-wenangnya menggunakan product yang berada dipasaran. Jangan menggadaikan kesihatan diri hanya kerana product tersebut terlaris dipasaran... 

Sunday, November 26, 2017

Lamanya Menyepi ...

Assalamualaikum wbt..

Wah, lamanya Patung Beruang tidak menulis disini. Alhamdulillah, hari ini Patung Beruang berpeluang menulis beberapa Book Review. Sebenarnya, ada lebih kurang 4 atau 5 buah buku yang masih belum Patung Beruang tulis book review. Ikut hati macam nak tulis semua, apakan daya masa tidak mengizinkan, huhu..

Sekejap sahaja kita dah masuk ke penghujung November. 

Jujurnya, dari pertengahan August lagi Patung Beruang dah mula kelam-kabut. Dengan urusana kerja, urusan peribadi macam-macam lah. 

Jadual kerja Patung Beruang sekarang sudah jauh berbeza. Jika dulu Patung Beruang seronok untuk pulang ke rumah tatkala pukul 6 petang atau paling lewat pun 7 petang. Namun, kini tidak lagi. 

Keluar dari office pukul 7 petang itu dikira awal. Biasanya, pukul 8 malam, 9 malam, 10 malam malah pernah sekali pukul 11.55 malam, barulah Patung Beruang melangkah keluar. Rasa macam nak genapkan sahaja pukul 12.00 tengah malam terus, hehe.. 

Nasib baiklah jarak antara rumah dan office dekat sahaja. Jadi, Patung Beruang keluar lewat macam mana pun, Insya Allah dalam masa 15-20 minit, Patung Beruang akan sampai di rumah. 

Dulu, bila dah berada di rumah, Patung Beruang seronok sahaja untuk menghabiskan masa dengan membaca atau paling tidak pun menulis. Sekarang ini, sampai sahaja rumah, Patung Beruang rasa nak tidur sahaja. Masa tu cuma nampak katil dan Bibi je. Yang lain semua tolak tepi.  Dan biasanya pukul 3 atau 4 pagi, Patung Beruang akan bangun untuk sambung buat kerja, balas email atau menyiapkan apa yang belum disiapkan. Dan biasanya, Patung Beruang akan berjaga sampailah Subuh, lepas itu, bersiap-siap untuk ke tempat kerja. 

Sebab itulah, sekarang ini mata Patung Beruang dan mata panda dah takde bezanya lagi. Jika rajin, Patung Beruang touch up lah sikit muka ini untuk cover mata panda itu. Jika tidak, Patung Beruang tanggalkan contact lense dan pakai sahaja cermin mata ke pejabat. Hehe.. itulah trick Patung Beruang untuk cover mata panda. Bijak tak?? hehe..  Lagipun, Patung Beruang bukanlah manusia yang suka ber make up.. so pakai cermin mata adalah the best option for me... 


Ketika dirumah, adakalanya Patung Beruang menerima tetamu. 

Namanya Bella. Dia ni manja, ikut je kaki kita walau kemana pun. Jika Patung Beruang sibuk buat kerja di meja tulis atau meja makan, dia akan baring di tepi kaki Patung Beruang. Bagusnya, dia tak reti mengacau. 

Kadang-kadang dia pergi duduk depan bilik air. Termenung selama berjam-jam. Pelik juga, apa agaknya yang dia nampak dalam bilik air itu...

Bella ini kuat makan. Tu sebab perut dia buncit. Jangan pula ingat dia bunting ye, hehe.. 

Tapi itulah, Bella ini kepunyaan jiran Patung Beruang. Cuma bila dia terlepas dari sangkar, barulah dia boleh datang melawat Patung Beruang. Jika tidak, dia duduklah diam-diam dalam sangkar itu. 


Ada orang pernah tanya Patung Beruang, duduk lama-lama di ofis, tiada gangguan ke? 
Hm...
Tipulah kalau Patung Beruang cakap tiada. Ada.. cuma jangan dilayan. Anggap je yang dia pun tengah buat overtime atau baru masuk shift malam. 
Jujurnya, ada beberapa incidents yang Patung Beruang lalui di pejabat ketika waktu malam. Tapi setakat dengar bunyi-bunyi je lah. 

Namun, bila dah dengar macam tu, biasanya Patung Beruang akan cepat-cepat kemas dan pulang ke rumah. Sambung je lah buat kerja dirumah. Dia marah agaknya sebab kita kacau shift dia, hehe..  

Bulan 12 akan datang ini jadual Patung Beruang akan semakin padat. Banyak perkara yang perlu diselesaikan di hujung tahun ini. Dengan audit issues yang tak selesai lagi, dengan operation matters yang kian mendesak, dengan cashflow yang semakin tight, hm.. buat Patung Beruang rasa macam nak masuk hospital dan duduk diam-diam di dalam ward. Bulan January nanti baru Patung Beruang keluar dari hospital, boleh tak???? 

Tapi itulah kan, adat bekerja, mana ada pekerjaan yang senang sentiasa dan tidak diuji. Setiap pekerjaan atau tugasan itu ada cabarannya yang tersendiri. Anggap sahaja Patung Beruang dalam proses menimba ilmu dan pengalaman, dalam proses menjadi lebih baik, lebih mahir dan lebih matang. Susah atau senang, hujan atau panas, ribut atau kemarau, tetap kena tempuh sebab kalau bukan Patung Beruang yang tempuh, siapa lagi?  Betul tak?

Oklah.. sudah lama rasanya Patung Beruang menulis. Mata pun dah mengantuk. Jujurnya ada tugasan yang Patung Beruang hendak siapkan diawal pagi nanti. Kerana ketika awal pagi otak segar jadi idea pun datang mencurah-curah.. Oleh itu, biarlah Patung Beruang berhenti disini dahulu ye. Insya Allah, ada kelapangan, Patung Beruang akan menulis lagi.. 

Selamat malam... 

Book Review: Islam The Misunderstood Religion

Tajuk : Islam The Misunderstood Religion

Penulis : Dr. Danial Zainal Abidin

Menariknya Naskah Ini: 

Naskah Islam the Misunderstood Religion ini baru sahaja Patung Beruang selesaikan pembacaannya pada tengahari tadi. Alhamdulillah, Patung Beruang berjaya juga sudahkan pembacaan naskah ini walaupun sedang bergelut dengan tugasan dan kehidupan yang sentiasa sibuk. 

Pada asalnya, Patung Beruang membeli naskah ini melalui website Bookcafe. Setelah naskah sampai ditangan, ternyata Patung Beruang tidak ditakdirkan untuk memilikinya kerana ia telah menjadi hadiah persahabatan kepada seorang sahabat yang juga ulat buku. 

Maka, Patung Beruang pun membeli naskah yang sama untuk kali ke-2 dan yang inilah baru menjadi rezeki untuk Patung Beruang.  Naskah ini terbahagi kepada 10 buah bab iaitu: 

Bab 1 : Islam is the Divine Template
Bab 2 : Quran the Final Testament
Bab 3 : Muhammad the Final Messenger
Bab 4 : Is Islam Compatible with Science?
Bab 5 : The Special Position of Women in Islam
Bab 6 : Does Islam Condone Terrorism, and War?
Bab 7 : Islam, the Religion of the Future
Bab 8 : These Priests, Missionaries and Elites Chose Islam
Bab 9 : Excerpts from Media
Bab 10 : Epilogue

Dewasa ini agama Islam dan penganutnya seringkali dikaitkan dengan kontroversi sehingga mendapat perhatian dunia. Yang terbaru, tragedi tembakan yang mengorbankan ramai jemaah solat Jumaat di Masjid al-Rawdah, Mesir. 

Selepas tragedi 11 September, Islamophobia dikatakan semakin meningkat. Islam dilabel sebagai agama pengganas. Umatnya dilabel sebagai second class citizen, tidak bertamadun dan cintakan peperangan. Namun, ia hanyalah dakyah atau propaganda musuh-musuh Islam yang sedang berjuang bermatian-matian untuk menghapuskan agama Allah ini, memecah-belahkan sesama umat Islam sendiri. 

Naskah ini ditulis bagi memberi pencerahan kepada salah faham terhadap agama Islam. Dr Danial mengupas Islam bukan sahaja dari sudut ketuhanan, dari sudut Al-Quran dan Nabi Muhammad saw, namun turut mengupas Islam dari sudut cara hidup manusia yang bertamadun, hak seseorang manusia tanpa mengira jantina dan latar belakang, dari sudut kehebatan dan kecemerlangan Islam didalam ilmu sains dan teknologi, tokoh-tokoh ilmuan yang hebat dan masih disanjung sehingga kini serta perdebatan mengenai Islam dan peperangan. 

Islam mengangkat darjat wanita setinggi-tingginya selepas masyarakat jahiliah menganggap wanita adalah manusia kelas rendah, tidak layak untuk hidup dan hanya membawa malang. Namun, amat menyedihkan kerana kini, dizaman serba moden, darjat wanita kembali direndahkan samaada oleh golongan lelaki yang gemar mengambil kesempatan atau juga wanita itu sendiri yang rela maruahnya dipijak. Golongan feminist sering memperjuangkan kesamarataan sesama jantina. Memperjuangkan hak sama rata dengan lelaki. Namun, adakah perjuangan itu selari dengan apa yang ditulis didalam Al-Quran? Kesamarataan atau keadilan bukanlah bermakna setiap orang akan mendapat bahagian atau hak yang sama. Namun, ia lebih kepada maksud, meletakkan sesuatu ditempat yang betul tanpa menganiayai mana-mana pihak. 

Jika diteliti, bukti Al-Quran adalah mukjizat dan bukannya rekaan manusia atau Nabi Muhammad saw seperti yang sering dilaungkan oleh musuh Islam adalah  Al-Quran itu mendahului zaman ia diturunkan. Al-Quran itu mengandungi ilmu yang hanya dapat dibuktikan kebenarannya pada masa kini melalui kecanggihan teknologi dan usaha kajian yang berterusan. Jika Al-Quran itu adalah rekaan manusia, bagaimana perkara yang berlaku di alam semesta, penciptaan galaksi, planet dan sebagainya mampu digambarkan secara terperinci. Jika Al-Quran itu adalah rekaan manusia, bagaimana keadaan ribut di lautan dapat diceritakan dengan sejelasnya sedangkan tiada laut di Tanah Arab dan orang Arab bukanlah mereka menjadikan laut sebagai medan pekerjaan mereka. 

Selain itu, dek kerana Al-Quran mengandungi terlalu banyak ilmu dan rahsia yang tidak terjangkau di minda manusia, mengkaji Al-Quran telah membuatkan ramai golongan intelektual menyedari kebenaran Al-Quran sebagai mukjizat dari Allah swt dan seterusnya beriman kepada agama Islam. Mereka menerima hidayah dengan hati dan minda yang terbuka. Malah, ramai juga para pengkaji yang membuat kajian mengenai perbandingan agama-agama yang ada didunia ini akhirnya mengaku Islam adalah agama yang sebenar dimana apa yang tercatat didalam Al-Quran adalah konsisten tanpa ada cacat celanya. 

Tidak terkecuali juga dicatatkan didalam naskah ini dimana beberapa mubaligh Christian yang mengkaji Al-Quran dengan niat untuk mencari cacat cela atau dengan niat agar mereka lebih mudah mempengaruhi umat Islam bagi menganut agama mereka, namun akhirnya, mereka sendiri yang menolak ajaran agama mereka dan berpegang teguh kepada Islam. Mereka akhirnya menyedari bahawa apa yang dipegang selama ini palsu dan tidak menyakinkan serta tidak mampu menjawab persoalan diminda mereka. Dan persoalan itu terjawab apabila mereka semakin mendalami Islam. 


Ini bukanlah kali pertama Patung Beruang membaca karya Dr Danial. Patung Beruang mengenali beliau melalui naskah yang bertajuk Quran Saintifik. Dari situ, Patung Beruang mula menyukai tulisan beliau kerana beliau menggabungkan Islam dan sains, Islam dan teknologi, naskah yang berat tetapi masih mampu menarik perhatian pembaca kerana penuhnya fakta yang terkandung didalamnya. 

Oleh itu, tatkala Patung Beruang terlihat naskah Islam the Misunderstood Religion ini, Patung Beruang tidak berfikir panjang untuk terus membelinya. Sebagai pembaca, penulis yang menulis naskah mempunyai weightage yang tersendiri dalam menentukan patut atau tidak naskah tersebut dimiliki. 

Kesimpulannya, Patung Beruang menikmati pengembaraan Dr Danial ini dengan sangat teruja. Gaya penyampaian Dr Danial tidak membosankan pembaca walaupun topik yang ditulis adalah berat. Dengan banyak kajian kes yang sebenar diselitkan didalam naskah ini, ia membawa pembaca kesuatu tahap apa yang dinamakan pencerahan. Jika ada sahabat-sahabat yang ingin mengenali agama Islam, naskah ini boleh dijadikan sebagai appetizer atau pembuka selera sebelum meneliti naskah lain yang lebih berat. 

Book Review: Gadis Oren ("Appelsinpiken")

Tajuk : Gadis Oren  (Appelsinpiken)

Penulis : Jostein Gaarder 


Penterjemah : Zaitul Azma Zainon Hamzah


Menariknya Naskah Ini : 

Gadis Oren atau tajuk asalnya Appelsinpiken adalah karya yang diterjemahkan dari sebuah naskah hebat kelahiran Norway. 

Ia mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Georg Roed, yang kematian ayah ketika usianya 4 tahun. Ayah Georg adalah seorang doctor perubatan dan meninggal dunia kerana sakit. 

Tatkala usianya 15 tahun, pada suatu hari atuk dan nenek Georg datang ke rumah mereka di Hemleveien, Oslo dengan membawa sepucuk sampul surat. Rupa-rupanya, itu adalah surat yang ditulis oleh ayah Georg sebelum beliau meninggal dunia. Surat tersebut disorok di dalam sebuah kereta sorong merah, dimana sebelum meninggal, ayah Georg telah berwasiat agar jangan ada sesiapa pun yang menjual atau membuang kereta sorong itu setelah kematiannya. 

Kehadiran surat itu benar-benar mengejutkan keluarga mereka. Georg, atuk, nenek, ibu Georg dan Jorgen, ayah tiri Georg, lelaki yang ibunya kahwini setelah beberapa tahun ayah Georg meninggal dunia. Yang tidak peduli mungkin cuma Miriam seorang, iaitu adik tiri Georg. Anak kepada ibunya dan Jorgen. Itu pun kerana Miriam masih kecil dan masih tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada keluarga mereka. 

Georg mengambil sampul surat itu dan membawanya kebilik. Georg ingin bersendirian sambil menelaah surat tersebut, tanpa ada gangguan dari sesiapa pun. 

Ayah memulakan suratnya dengan kalimat berikut;

"Sudahkah kamu duduk dengan selesa, Georg? Elok sekiranya kamu tenang-tenangkan diri sambil duduk dengan selesa kerana ayah ingin menceritakan sebuah kisah yang menarik.." 

Ayah Georg memulakan kisah ketika zaman remajanya. Zaman dimana beliau sedang bertungkus lumus menuntut ilmu di sebuah sekolah perubatan. Dimana pada suatu hari, tatkala pulang, beliau menaiki tren dan terserempak dengan seorang gadis. Gadis yang berada didalam tren itu sedang memegang sebuah beg kertas yang mengandungi oren. Banyak sungguh buah oren didalam beg kertas tersebut. Entah mengapa ayah Georg terasa seperti beliau jatuh cinta pandang pertama pada gadis itu. Dan mulai saat itu, ayah Georg menggelarkannya Gadis Oren. 

Mereka tidak bertegur sapa, hanya sekadar membalas pandangan. Pada suatu saat, entah mengapa ayah Georg merasakan yang beg kertas yang mengandungi buah oren itu pasti akan terlepas dari pegangan si gadis. Ayah Georg cuba untuk menyelamatkannya namun terlambat. Beg kertas tersebut koyak dan buah-buah oren berselerakan diatas lantai didalam tren. Suatu detik yang sangat memalukan buat ayah Georg. 

Mulai hari itu, ayah Georg mula mencari Gadis Oren. Berharap agar dapat ketemu semula. Namun, ia tidak mudah kerana ayah Georg tidak mengetahui siapakah namanya, dimanakah tempat tinggalnya, atau apakah pekerjaannya? 

Pencarian ayah Georg tidak pernah terhenti sehinggalah pada suatu hari, tatkala beliau melangkah ke dalam Cafe kegemarannya, terlihat Gadis Oren sedang duduk membaca buku disuatu sudut Cafe tersebut. Seolah seperti doanya didengari Tuhan, ayah Georg melangkah dan duduk dikerusi berhadapan Gadis Oren. Gadis Oren tidak bersuara. Hanya menyentuh tangan ayah Georg dan air mata si gadis tumpah seketika. Tanpa bicara, Gadis Oren bingkas dari tempat duduknya dan melangkah keluar dari Cafe bersama dengan beg kertas yang berisi buah-buah oren. 

Amat sukar untuk mencari seseorang tanpa ada petunjuk. Namun, kekuatan semangat ayah Georg amat dikagumi. Akhirnya, pada petang Christmas, mereka bertemu semula didalam gereja. Pertemuan kali ini sangat bermakna kerana akhirnya mereka mula berbicara antara satu sama lain. 

Gadis Oren meletakkan syarat, jika ayah Georg ingin memilikinya, beliau mestilah bersabar kerana Gadis Oren harus pergi dari tempat itu. Ayah Georg diminta untuk menunggunya selama 6 bulan, kerana selepas itu, mereka boleh bertemu setiap hari. 

Satu syarat yang aneh namun tetap dipersetujui oleh ayah Georg walau dengan berat hati. 

Siapa sebenarnya Gadis Oren ini? 
Dan mengapa mereka harus berpisah selama 6 bulan sebelum boleh bertemu semula? 
Dan adakah Gadis Oren benar-benar wujud atau mungkinkah dia hanyalah khayalan ayah Georg sahaja? 



Pada pandangan Patung Beruang, naskah Gadis Oren ini adalah suatu naskah yang bijak. Latar belakang aktif cerita ini hanya digambarkan dalam tempoh satu malam sahaja. Bermaksud, masa yang digambarkan adalah masa Georg meneliti surat dari ayahnya hanyalah mengambil masa 1 malam sahaja. Namun, didalam surat itu, penulis flashback apa yang berlaku pada ayah Georg, kenangan beliau bersama Gadis Oren, sehingga akhirnya ayah Georg berkahwin, lahirnya Georg ke dunia dan bagaimana keadaan ketika Georg membesar serta saat-saat akhir sebelum ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir. 

Selain Gadis Oren, ayah Georg turut menyentuh tentang Teleskop Angkasa Hubble dan keupayaannya menyelongkar rahsia alam semesta. Rupa-rupanya, selain berkhidmat sebagai doctor perubatan, ayah Georg juga meminati bidang astronomi dan minat itu juga mengalir didalam diri Georg. Maka, tidak hairanlah mengapa Georg sangat mengagumi Teleskop Angkasa Hubble sehingga menjadikannya sebagai bahan kajian semester akhir sekolahnya. Tulisan Georg tentang Teleskop Angkasa Hubble sangat terperinci dan menarik sehingga  mendapat pujian dari gurunya. Minat yang telah wujud semenjak Georg masih kecil lagi. 

Gadis Oren sebenarnya adalah ibarat perbualan seorang ayah dan anak lelakinya. Satu-satunya anak tunggalnya, sebelum beliau menutup mata. Perbualan yang menceritakan kenangan silam, segala suka duka yang berlaku didalam kehidupan si ayah dan si anak. Si anak masih terlalu kecil untuk mengingati kenangan tersebut. Maka, dengan surat ini, si ayah menceritakan semula peristiwa-peristiwa penting yang berlaku didalam hidup mereka. Dan yang paling penting, Gadis Oren adalah cinta hati yang pertama dan terakhir si ayah. Si ayah menunjukkan kepada si anak bagaimana utuhnya cinta seorang lelaki kepada seorang wanita itu dan cinta itu dijaga sehingga ke akhir hayat, menjadi kenangan manis pasangan ini serta anak mereka, iaitu Georg. 

Seperti biasa, naskah ITBM tidak pernah mengecewakan Patung Beruang. Dan begitu juga dengan Gadis Oren. Menelitinya seolah-olah seperti Patung Beruang menonton documentary kehidupan ayah Georg, percintaan dan perkahwinannya bersama Gadis Oren, zaman kanak-kanak Georg dan bagaimana peritnya kehilangan seseorang yang dikasihi didalam hidup ini tatkala ayahnya pergi buat selama-lamanya. Kisah sepasang kekasih dan kisah seorang ayah dan anak lelakinya.... penuh suka duka, senyum dan tangis sebuah kehidupan... 

Book Review: Bermalam Di Rumah Tuhan

Tajuk : Bermalam Di Rumah Tuhan

Penulis : Jaafar Hasny 

Menariknya Naskah Ini:

Bermalam Di Rumah Tuhan ini adalah buku yang terbaru yang Patung Beruang habiskan pembacaannya sebelum tidur malam tadi. Naskah ini adalah buah tangan dari gerai Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) ketika Patung Beruang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung pada pertengahan tahun hari itu. 

Basically, naskah ini membawa pembaca kepada seorang lelaki tua yang kakinya tempang dan hidup sebatang kara. Lelaki yang tidak bernama ini kematian isteri dan tidak mempunyai anak. Hidup menumpang di sebuah pondok di sebuah kampung di Terengganu, selama berpuluh-puluh tahun. Pekerjaan sehariannya adalah menggali kubur serta mengambil upah membuat kerja-kerja kampung. Tidak mewah namun cukuplah rezekinya sekadar memberi makan kepada diri sendiri. 

Pada suatu hari, lelaki tua ini diberitahu yang tuan tanah tapak pondoknya, berkeinginan untuk mengambil semula tanah tersebut untuk tujuan pembangunan. Menyedari kedudukan diri yang tidak mempunyai hak walau secebis pun diatas tanah tersebut, lelaki tua ini nekad untuk meninggalkan pondok tempatnya berteduh dan mengembara diatas bumi Allah ini. 

Diawal pagi, beliau memulakan langkahnya. Mujur ada pengguna jalanraya yang sudi untuk menumpangkannya. Lelaki tua ini mengembara sehingga berjumpa dengan surau atau masjid di kawasan kampung, lalu berhenti untuk menunaikan solat dan seterusnya berehat. 

Berhenti sebentar di rumah-rumah Allah telah memberikan 1001 pengalaman kehidupan yang menarik kepada lelaki tua ini. Rutin hariannya kebiasaannya sama sahaja. Menjejakkan kaki di rumah Allah tatkala waktu solat Maghrib. Bersolat jemaah untuk Maghrib dan Isyak. Mengikuti kuliah Isyak sebagai salah satu peluang untuk dirinya menimba ilmu. Usai kuliah, berbual dan bertegur-sapa dengan jemaah yang merupakan sahabat barunya, sekaligus meminta izin untuk menumpang bermalam di rumah Allah itu. Dan keesokannya, sebelum fajar lagi, lelaki tua ini telah bangkit. Memulakan hari dengan membersihkan tandas, kawasan wudhu serta persekitaran masjid atau surau yang ditumpanginya. Seterusnya, menunaikan solat Subuh berjemaah dan selepas itu, menyambung semula baktinya dengan membersihkan kawasan perkuburan yang berada berdekatan masjid atau surau tersebut. Jika berlaku kematian, lelaki tua ini tidak kedekut untuk menyumbangkan kudrat bagi membantu menggali liang lahad untuk kegunaan jenazah. 

Tutur kata dan tingkah-lakunya amat disenangi oleh para jemaah, bilal dan imam di rumah Allah yang ditumpanginya. Rumah Allah dan persekitarannya terjaga bersih selari dengan tuntutan Islam yang amat mementingkan kebersihan. Dan setelah beberapa hari, lelaki tua ini akan keluar untuk menyambung pengembaraannya. Berjalan sejauh yang mampu sehingga berjumpa dengan masjid atau surau lain yang menarik hatinya untuk tumpang berteduh walau sehari dua. 

Didalam pengembaraan ini, lelaki tua berjumpa dengan pelbagai ragam dan kerenah manusia. Ada yang cantik, ada yang jelik. Ada yang sedih, ada yang gembira. Ada yang waras, ada yang gila. 

Pernah suatu malam, tatkala sedang berteduh diwakaf, lelaki tua ini mendengar sayup-sayup suara dari kawasan kubur berdekatan. Naluri ingin tahu membawa lelaki tua ini kepada suara-suara tersebut. Bukannya orang yang sudah mati hidup semula, namun orang yang hidup sedang memuja orang yang sudah mati demi mendapatkan nombor ekor. Sedih sekali. Manalah ada manusia yang kaya dengan berjudi. Semakin papa kedana adalah. Tanpa membuang masa, lelaki tua mencampakkan sebatang kayu kearah orang-orang yang sedang melakukan upacara pemujaan itu. Kayu yang betul-betul jatuh dihadapan mata mereka menyebabkan mereka terkejut dan membuka langkah seribu, meninggalkan pusara dan segala alat pemujaan. Manusia yang rugi kerana sanggup menyekutukan Allah demi mencari harta kekayaan. 

Di suatu tempat, bilangan jemaah terlalu sedikit sedangkan jika dilihat, banyak sahaja rumah-rumah di kawasan kampung tersebut. Akhirnya lelaki tua diberitahu yang terdapat sebuah lagi masjid, tidak sampai beberapa kilometer dari masjid itu. Hairan, mengapa 2 masjid didirikan didalam jarak yang dekat. Rupa-rupanya masyarakat kampung telah berpecah dua akibat dari perselisihan faham dua buah keluarga. Maka, ikatan kekeluargaan yang kukuh asalnya, semakin longgar dan bakal terlerai. Perselisihan yang tercetus telah menjangkiti masyarakat kampung dan hasilnya, kampung yang sama namun jemaahnya berbeza. Kampung yang sama namun penduduknya saling bermasam muka. Kampung yang sama, namun tidak bertegur sapa. Kampung yang sama dimana semuanya menganuti agama yang sama. Sayang sekali...

Semua orang ingin masuk Syurga. Hatta, mereka yang jahat pun tetap berkeinginan untuk masuk Syurga. Maka, berduyun-duyun manusia mencari siapakah tok guru yang patut mereka ikuti, agar dapat menjamin tempat mereka di Syurga. Didalam keghairahan mencari tok guru, mereka meletakkan syarat, hendak masuk Syurga mestilah taat pada tok guru, tidak perlu bersembahyang, tidak perlu berpuasa, cukup sekadar niat untuk melakukan ibadah itu dan seterusnya berzikirlah dengan sepuas-puasnya. Jika tok guru gembira, mereka pasti dapat masuk Syurga. Tidak sempat untuk menunaikan haji atau umrah? Oh.. tidak mengapa. Tok guru sudah bina monumen kaabah dihadapan markas. Buat sahaja haji dan umrah disitu. Sudah pasti dapat pahala. 

Ajaran sesat yang berlaku dihadapan mata lelaki tua benar-benar menguji kesabarannya. Bagaimana mereka boleh terpengaruh dengan tok guru sesat ini?  Mujur selang beberapa hari, pihak berkuasa menyerbu markas tersebut setelah mendapat laporan dari orang kampung. Ramai yang ditangkap dan dibawa ke pusat tahanan. Mereka ini akan diberi kaunseling bagi menyedarkan kekhilafan yang telah dilakukan dan seterusnya didedahkan dengan ajaran Islam yang sebenar. Syurga Allah itu mahal harganya. Berhati-hatilah dalam memilih kerana takut bukan kebenaran yang ditemui, malah terus terjerumus didalam kesesatan yang nyata. 



Secara kesimpulannya, naskah Bermalam di Rumah Tuhan ini banyak mencerminkan keadaan semasa yang berlaku didalam masyarakat Islam di Malaysia. 

Anak-anak yang bebas tidak terkawal kerana ibu bapa sangat mempercayai mereka. Ibu bapa yang ghairah menyanjung dan memuja anak-anak sedangkan perangai jelik anak-anak ini sudah tersebar merata-rata. Berpuak-puak atas nama politik sehingga agama dan perpaduan masyarakat tergadai. Ingin hidup senang didunia dan akhirat namun malas berusaha dan lebih gemar kepada jalan singkat. Golongan yang bertopengkan agama demi memuaskan nafsu sendiri. Golongan pendakwah yang ghairah untuk berdakwah kepada orang luar sedangkan tanggungjawab terhadap keluarga diabaikan secara terang-terangan, dikhianati hak isteri dan anak-anak dengan alasan keluar berdakwah itu lebih penting dari segala-galanya yang ada didunia ini. Golongan yang rakus mengumpul harta demi kelangsungan keturunannya sendiri sehingga terlupa halal haram, terlupa hak dan batil. Anak-anak yatim yang terbiar sepi tanpa sedikit pun dipedulikan oleh masyarakat setempat. Generasi muda yang leka berhibur seawal kecil sehingga mengabaikan pelajaran dan adab bersama orang tua serta banyak lagi kepincangan yang berlaku didalam kehidupan ini. 

Naskah yang simple pada pandangan Patung Beruang tetapi banyak membuatkan kita tersenyum sinis tatkala menatapnya. 

Saturday, November 11, 2017

Book Review: Bukan Doktor Gugel

Tajuk: Bukan Doktor Gugel 

Penulis: 
Dr. Suhazeli Abdullah, Dr. Hana Hadzrami, Dr. Kamarul Ariffin, Dr. Noor Hayati Yasmin, Dr. Fahd Razy, Dr. Shakirah Mohamed, Dr. Tauhid Tarmuin, Dr. Nor Anita Omar, Dr. Jacknaim, Dr. Suhaidin Che Ngah, Dr. Hazreen Abdul Rashid, Dr. Firdaus Hariri, Dr. Mazlyn Mustapha, Dr. Tengku Nur Atiqah, Dziehan Mustapa, Fahmi Hassan, Ruqayyah Muhd

Menariknya Naskah Ini:

Naskah Bukan Doktor Gugel ini adalah buah tangan dari 2017 Kuala Lumpur International Book Fair yang berlangsung pertengahan tahun hari itu. Perkara yang membuatkan Patung Beruang tertarik untuk memiliki naskah ini adalah kerana ia adalah sebuah buku yang ditulis bagi menerangkan salah faham, mitos dan isu semasa dalam perubatan, kepada masyarakat. 

Naskah ini menghidangkan 10 buah bab kepada pembaca iaitu: 
Bab 1: Salah faham berkenaan perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital
Bab 2: Salah faham dan mitos berkenaan pelbagai penyakit umum
Bab 3: Salah faham dan mitos berkenaan penyakit kronik (diabetes, hipertensi, hiperkolaterol)
Bab 4: Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan wanita dan isu penyusuan bayi dan kanak-kanak
Bab 5: Salah faham dan mitos berkenaan psikiatri dan kesihatan mental
Bab 6: Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan gigi
Bab 7: Salah faham dan mitos berkenaan diet dan pemakanan
Bab 8: Salah faham berkenaan kesihatan dan ibadah
Bab 9: Salah faham dan mitos tentang ubatan dan isu semasa
Bab 10: Salah faham dan mitos tentang vaksinasi


Dewasa ini masyarakat kita telah menjadi komuniti yang celik IT. Segala-galanya berada dihujung jari. Ingin mengetahui tentang sesuatu perkara? Sesuatu peristiwa? Sesuatu organisasi? Seseorang? Mencari tips-tips dan panduan? Mencari nasihat? Malah mencari ubat-ubatan dan kaedah rawatan juga menggunakan Internet atau Pak Cik Google. Malangnya ramai yang mencedok bulat-bulat apa yang disampaikan di alam maya ini dan menganggapnya adalah benar belaka. Tepat 200%. Tiada sanggahan atau hujahan mengenai logic nya, relevannya atau adakah ia benar-benar bersumber dari seseorang atau sesuatu organisasi yang arif. Maka, jadilah mereka seperti burung kakak tua. Mengikut buta-buta tanpa mengetahui kebenarannya atau memahaminya. Dan malang sekali apabila ajaran sesat ini disebarkan pula kepada orang terdekat atau kepada umum. 

Adakah kita tidak boleh mempercayai langsung apa yang dipaparkan di alam maya? Tidak.. Kita boleh percaya cuma kenalah pandai menapis apa sahaja maklumat yang dipaparkan. Dan seelok-eloknya dapatkan juga penjelasan dari mereka yang pakar. Terutama sekali berkaitan dengan dunia kesihatan dan perubatan. Mengapa doctor diwajibkan mengikuti kuliah formal selama 7 tahun sebelum boleh melangkah ke dunia houseman? Kerana tanggungjawab mereka sangat berat. Tugasan mereka berkaitan dengan nyawa manusia. Tersilap langkah walau sedikit boleh memberi impak yang besar kepada pesakit. Maka, layakkah kita yang hanya baru berguru dengan dunia maya selama 1 atau 2 jam, untuk menyanggah kata-kata doctor yang menuntut ilmu bertahun-tahun? 

Selain itu, semenjak beberapa tahun kebelakangan ini wujudnya sekumpulan individu yang berpegang kuat kepada pendirian untuk tidak memberi vaksin kepada anak mereka. Alasan mereka, vaksin adalah punca kepada autism. Vaksin ini dicipta dari sel janin yang gugur. Vaksin mengandungi babi dan menjadi salah satu agenda Yahudi untuk menghapuskan manusia. Benarkan kenyataan itu? 

Jika dilihat tentang autism, tidak dinafikan sekarang ini autism bukan satu topik yang asing dikalangan masyarakat. Ibu bapa mula prihatin terhadap tingkah laku pelik anak mereka dan berusaha mendapatkan pertolongan pakar secepat mungkin. Oleh kerana pendedahan terdapat maklumat berkenaan autism semakin mudah untuk didapati, maka masyarakat membuat kesimpulan yang:

  • Autism adalah penyakit yang baru wujud didunia ini.
  • Kes-kes autism semakin banyak dari hari ke hari sehingga ke tahap yang membimbangkan.
Dan masyarakat juga beranggapan ini semua berpunca dari vaksin. 

Sebenarnya.. Autism bukanlah penyakit yang baru wujud didunia ini. Autism telah lama wujud cuma; 
  • Ia lewat direkodkan dan dicatat didalam statistic. Sebelum ini pakar-pakar telah mula menyedari keunikan tingkah-laku kanak-kanak autistic seperti melakukan perbuatan yang berulang-ulang, kecederungan untuk mencederakan diri sendiri, ada yang super genius, ada pula yang lemah pembelajarannya dan sebagainya. Namun semuanya diletakkan sebagai statistic penyakit mental umum. Namun, pada 1975 pakar-pakar perubatan telah mengubah suai sistem klasifikasi penyakit mental dan mereka mula merekodkan kes autism ini sebagai kes yang tersendiri atau berasingan. Maka, bermulalah statistic autism didunia ini. 
  • Sebelum ini ibu bapa menganggap anak-anak autism ini sebagai terlebih nakal, tersampuk jin, lembam, terjal dan 1001 gelaran lain. Ibu bapa merasakan itu adalah normal dimana anak-anak memang tidak boleh duduk diam, anak-anak tidak boleh berfikir, anak-anak tiada minat pada pembelajaran dan sebagainya. Autism adalah satu perkara yang sangat asing berbanding lembam atau terjal. Tatkala bercerita tentang anak-anak kepada orang disekeliling, masyarakat sekeliling juga merasakan tiada kurangnya anak itu. Mereka normal cuma terlebih nakal. Mereka normal cuma lambat perkembangan pelajarannya. Dan tiada atau terlalu jarang untuk ibu bapa pada masa itu merujuk kepada doctor berkenaan dengan tingkah laku anak mereka. Paling tidak, mereka akan menyalahkan sesama pasangan dengan mengatakan pasangan tidak reti jaga anak, tidak reti didik anak atau tidak cukup garang dengan anak. Itu sahajalah hujahnya. 

Namun kini, masyarakat mula sedar pentingnya perkembangan awal kanak-kanak. Dan kesedaran yang semakin meningkat itulah yang membuatkan maklumat dan pendedahan mengenai masalah perkembangan anak-anak lebih mudah diperolehi sama ada melalui bertanya sendiri dengan doctor atau juga bahan bacaan seperti buku, artikel, brochure yang mudah didapati sama ada secara fizikal ataupun online. 

Sebenarnya, no correlation between vaksin dan autism. Harus diingat punca mengapa vaksin amat diperlukan adalah kerana antibodi kanak-kanak sangat lemah tidak seperti antibodi orang dewasa. Sedangkan di dunia ini ada banyak penyakit berbahaya yang kesannya amat cepat kepada kanak-kanak dan boleh menyebabkan kematian. Maka, vaksin diperlukan sebagai salah satu usaha pencegahan. 

Berkenaan vaksin yang dihasilkan daripada janin yang digugurkan, sebenarnya masyarakat perlu meneliti semula sejarah vaksin moden sebelum mempercayai statement ini bulat-bulat. 

Dalam sejarah, memang ada sel yang digunakan daripada 3 bayi yang digugurkan dan ia telah membawa kepada perdebatan berkaitan isu moral dan agama. Para doctor tidak pernah menafikan hakikat penggunaan sel diploid manusia dalam menyediakan sesetengah vaksin. Namun, harus diingat yang proses pengguguran bayi sudah tidak dilakukan kerana sel sel janin yang asal tersebut disimpan dan dibiakkan secara berterusan didalam makmal. Maka, sejak tahun 70-an tiada lah sel janin baru yang diperlukan. Bermakna tiada lagi janin yang digugurkan semata-mata untuk tujuan penghasilan vaksin. 

Bagi mereka yang pernah belajar biologi, pasti ingat yang sel-sel manusia boleh dibiakkan dan berkembang. Dan itu lah yang dilakukan didalam makmal perubatan. Daripada sel-sel asal, ia dibiakkan bagi menghasilkan vaksin. 

Namun, masyarakat juga perlu sedar yang tidak semua vaksin menggunakan sel janin bayi. Kajian lanjutan telah dijalankan dimana mereka tidak memerlukan sel janin bayi lagi untuk menghasilkan vaksin. 

Yang pasti, sebagai umat Islam, kita boleh berpegang kepada keputusan Muzakarrah fatwa peringkat dunia yang mengeluarkan kenyataan bahawa hukum asal menggunakan vaksin adalah haram tetapi keadaan mudharat membenarkan penggunaannya. Dan perkataan darurat itu tidak bererti satu-satu epidemik itu sudah terjadi dihadapan mata sehingga ramai manusia yang terkorban. Tetapi ia juga termasuk langkah pencegahan menghadapi wabak yang selari dengan ajaran Islam. Again, harus ditekankan disini, yang vaksin adalah langkah pencegahan, preventive actions. 


Meneliti naskah ini banyak memberi pencerahan terhadap isu-isu dunia perubatan yang ada bukan sahaja di Malaysia tetapi juga didunia. Banyak maklumat dan kepercayaan yang sebenarnya amat bercanggah dengan fakta. 

Honestly, Patung Beruang seronok untuk cadangkan naskah ini kepada sesiapa sahaja bagi membuka mata dan minda kita mengenai salah faham dan mitos perubatan yang banyak berlingkar disekeliling kita. Really a good book and really worth to read. Selamat membaca... 

Sunday, September 17, 2017

Forensic Dan Tabayyun

Assalamualaikum wbt

Wah..lamanya Patung Beruang tidak menulis disini. Tangan ini rasa gatal sangat untuk mencoret kisah disini tetapi apa kan daya, masa sangat mencemburui Patung Beruang. Jadi, Patung Beruang tahankan dulu keinginan untuk menulis bagi memberi tumpuan kepada perkara yang lebih penting.

Sebenarnya, sudah hampir sebulan Patung Beruang bergelut dengan Forensic Audit. Bermula dari persiapan sebelum Forensic dijalankan, sehinggalah hari dimana kami membuat pengumuman rasmi kepada anggota syarikat yang disiasat serta para pekerja yang lain, indirectly ini juga bermakna bermulalah sesi Forensic tersebut dan ia masih lagi berjalan disaat ini. 

Dalam masa yang sama, Patung Beruang juga terbabit dengan portfolio Finance and Account, menguruskan daily Finance operation untuk salah sebuah subsidiary, membuat closing dan memantau cash flow mereka. 

Maka, apabila ditanya apa portfolio Patung Beruang, jawapannya adalah Audit, Finance dan tugas-tugas khas. Jujurnya, sebelah kaki Patung Beruang berada di Holding company dan sebelah lagi pula berada di Subsidiary. 


Tipulah kalau cakap tak penat. Penatttttt sangat. 

Dalam kepala ini, macam-macam perkara yang ada, macam-macam benda yang perlu difikirkan, diuruskan, dan pelbagai tugasan yang perlu dilakukan agar tidak mengganggu kelancaran operasi syarikat, tidak mengganggu perjalanan Forensic dan yang paling penting, memenuhi expectation Shareholders dan Board of Directors. Semuanya urgent and requires full and immediate attention. 

Akibatnya, pekerjaan seharian Patung Beruang memerlukan Patung Beruang menggunakan 2 notebooks yang berbeza. Satu notebook untuk kerja-kerja Audit dan Forensic dan satu lagi khas untuk kerja-kerja Finance dan Accounts. 

Dan dalam tempoh beberapa minggu ini juga, Patung Beruang menghabiskan masa antara 12-14 jam sehari di pejabat. Tidak cukup hari bekerja, hari minggu dan public holiday pun Patung Beruang tetap hadir ke pejabat. Masa Patung Beruang banyak dihabiskan didalam bilik, meneliti document-document dan data-data sulit serta dalam masa yang sama menguruskan Finance transactions dan records. Keluar dari bilik hanya untuk ke ladies, surau dan juga meeting. The good thing is, oleh kerana Patung Beruang berseorangan didalam bilik, jadi Patung Beruang boleh focus kepada tugasan yang ada. Dan jika ada external Forensic auditor yang nak berbincang atau bertanya tentang sesuatu, mereka bebas untuk datang ke bilik Patung Beruang bila-bila masa sahaja. 

Kenapa perlu adanya Forensic audit? Apa bezanya Forensic audit dan normal audit? 

Forensic audit memerlukan skill yang tersendiri. Forensic dijalankan apabila Board of Directors or Shareholders hendak tahu apa sebenarnya benda yang tersirat yang berlaku, yang tidak dapat dibuktikan melalui normal audit. 

Normal audit biasanya mempunyai skop yang besar, area yang pelbagai. Namun jika terdapat persoalan yang besar yang tidak mampu dijawab melalui normal audit, maka, pihak-pihak yang mempunyai authoriti seperti BOD boleh mengarahkan agar Forensic dijalankan. 

Forensic dijalankan dengan cara auditor akan zoom in terus kepada transaksi / project / entity yang berkenaan. Kebiasaannya, mereka telah ada hipotesis dan Forensic dijalankan untuk membuktikan hipotesis tersebut. Dan ketika Forensic dijalankan, pihak yang tertentu akan diarahkan untuk bercuti sementara secara serta-merta dan mereka mestilah menyerahkan semua harta-benda syarikat termasuk notebook, handphone, access card etc. Ini bagi memastikan agar Forensic team ada access kepada semua maklumat dan rekod tanpa sebarang halangan. 

Malah, dengan kecanggihan teknologi yang ada, Forensic auditor boleh access kepada semua data, maklumat atau conversation yang ada didalam notebook, handphone, external devices walaupun maklumat atau rekod tersebut zahirnya telah di delete dari storage. 

Forensic seringkali dikaitkan dengan fraud. Yes, tidak dinafikan kebanyakkan forensic yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemana sumber/dana syarikat yang hilang atau tidak dapat dikesan ini pergi, bagaimana ia boleh missing in action dan siapa pihak-pihak yang terbabit diatas keciciran atau kehilangan sumber/dana tersebut. 

Namun harus diingat, seseorang itu tidak dikatakan bersalah selagi tiada bukti yang menyabitkan kesalahannya. Maka, jangan mudah membuat kesimpulan selagi tiada bukti yang tepat. 

Dalam bahasa mudah, forensic adalah mencari pencerahan. 
Tabayyun..
Authority party ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku? 
Benarkah ia berlaku? 
Jika benar, bagaimana ia boleh berlaku? 
Siapa pihak yang terlibat? 
Adakah ia disengajakan? 
Atau ia hanya kecuaian yang tidak disengajakan? 
Adakah pihak yang terlibat itu sedar apa yang mereka telah lakukan itu adalah salah?
Atau mungkinkah mereka dipaksa melakukannya?
Atau mereka memang tidak tahu yang ia adalah satu kesalahan?
Dan mungkin juga, mereka mengambil tindakan tersebut dek kerana ada maklumat yang sepatutnya mereka tahu, tetapi sengaja atau tidak sengaja disembunyikan oleh orang atau pihak lain? Maka, mereka merasakan mereka telah mengambil tindakan yang terbaik, yang bersesuaian dengan situasi tersebut. 

Terlalu banyak kemungkinan.. 
Maka, bagi memberi keadilan kepada semua pihak, bagi mengelakkan salah faham, bagi merungkai kekusutan, maka forensic pun dijalankan. 

Apabila diteliti semula, Patung Beruang sedar yang sebenarnya konsep forensic ini bukanlah konsep yang baru serta bukan juga konsep yang asing didalam Islam atau didalam kehidupan seharian kita. 

Didalam kehidupan kita, Islam sering menekankan tentang konsep tabayyun. Tidak menerima sesuatu berita atau perkara sebelum kita memastikan ia adalah benar-benar sahih. Menyampaikan fakta dan bukannya kata-kata yang tidak berasas. 

Malah, apabila berlaku sesuatu pertuduhan, kita diminta menyiasat dengan adil dan jelas. Jangan mudah menghukum sebelum kita mengetahui peristiwa yang sebenar, pihak-pihak yang terlibat dan sebab-sebab ia terjadi. 

Ini kerana kita tidak mahu menghukum pihak yang tidak sepatutnya.
Kita tidak mahu menganiaya manusia lain yang tidak bersalah.
Kita tidak mahu menjadi manusia yang mencetuskan atau menyebarkan fitnah terhadap manusia yang lain.
Kita tidak mahu menghukum seseorang melebihi kesalahan yang dilakukannya.
Kita tidak mahu berlagak seolah-olah kita ini bersifat maksum, maka dengan mudahnya melabelkan orang itu sekian sekian dan orang ini pula sekian sekian. 
Kita tidak mahu berlagak seolah-olah kita ini Tuhan dan tahu taraf dan darjat orang itu adalah ahli Neraka dan kita ini sudah semestinya ahli Syurga. 
Dan yang paling penting, kita tidak mahu muflis di Akhirat sehingga tidak mampu untuk mengangkat wajah dihadapan Allah swt. 

Maka, nampakkan, betapa pentingnya konsep Tabayyun atau Forensic, bukan sahaja didalam syarikat atau organisasi, tetapi juga didalam kehidupan kita.

Kita hidup hari ini bukanlah semata-mata untuk dunia ini, tetapi untuk kehidupan yang kekal abadi di Akhirat nanti. Jadi, jangan silap langkah, jangan silap berfikir, jangan silap berkata-kata, jangan silap andaian, jangan silap bertindak, sehingga menyebabkan kita muflis di Akhirat walaupun asalnya kita kaya di dunia. 


Sunday, August 13, 2017

Lepaskanlah. Dia Bukan Milik Kita...

Pagi Jumaat, sedang duduk bersimpuh di atas sejadah tatkala selepas solat Subuh, tiba-tiba sahaja Patung Beruang seperti tersedar tentang kekosongan dan kesunyian rumah ini. Dan perasaan itu menghadirkan rasa sebak yang tidak mampu digambarkan.  

Menoleh disebelah kiri, terlihat Bibi elok tergolek diatas katil. Teman bercakap Patung Beruang setiap hari. Walau dia tidak mampu membalasnya, rutin itu masih kekal setiap pagi dan malam, tatkala pulang dari pejabat. 

Rasa sebak ini sangat menyesakkan. Enggan melayan perasaan, lepas berdoa, Patung Beruang bingkas melipat telekung dan sejadah. 

Tiba-tiba telinga ini menangkap sayup-sayup bunyi kucing mengiau. Rasanya seperti datang dari pintu depan rumah. 

Pelik kerana jam ketika itu masih lagi pukul 6 lebih. Dan 2 ekor kucing yang menjadi tetamu setia rumah ini setiap pagi, tidak pernah mengiau kecuali bila mereka nampak Patung Beruang. 

Patung Beruang cepat-cepat pergi ke pintu depan dan terlihatlah Garfield (kucing jiran sebelah) sedang elok menunggu depan pintu. Elok je Patung Beruang buka sliding door, Garfield terus masuk rumah, menggesel di kaki Patung Beruang sambil mengiau. 

Dulu Patung Beruang pernah bercerita tentang Garfield disini. Tapi Garfield yang itu dah hilang. Garfield yang ini adalah kucing baru yang mempunyai rupa dan warna yang sama seperti Garfield yang lama. Dan seronoknya, Garfield yang baru ini pun rajin je datang rumah Patung Beruang untuk minta makanan, hehe.. 

Patung Beruang terus bersiap untuk ke pejabat dan Garfield setia mengikut setiap langkah kaki ini. Melancholy yang ada sebentar tadi terus hilang entah kemana, dek kerana penangan Garfield. 

Selepas bersiap, Patung Beruang keluar untuk panaskan enjin kereta. Dan Garfield macam tahu-tahu je yang Patung Beruang nak bagi dia makan, jadi dia tunggu siap-siap dekat botol makanan kucing, hehe.. 

Elok je Patung Beruang letakkan makanan kucing diatas simen di halaman, keluarlah pula 2 ekor kucing yang lain dari bawah kereta Patung Beruang. Ooooo... Garfield bawa kawan rupanya. Jadi, Patung Beruang pun buat lah 3 portion makanan untuk 3 ekor kucing yang menjadi tetamu baru pada pagi itu. 

Tiba-tiba, Patung Beruang rasa macam diri ini sedang diperhatikan pula. Patung Beruang toleh kearah tepi tembok dan ternampaklah 2 ekor tetamu setia sedang melihat ke arah Patung Beruang dengan pandangan yang sedih. Biasanya, mereka akan masuk kedalam kawasan halaman dan tunggu Patung Beruang letakkan makanan mereka. Tetapi pagi ini, mungkin sebab mereka lihat ada Garfield dan 2 ekor kucing lain, jadi mereka tidak berani untuk masuk ke dalam untuk menunggu makanan. 

Oh ye lupa pula nak beritahu yang Garfield dan kawan-kawannya adalah kucing kacukan. Jenis yang besar, bulu lebat dan ekor cantik. Sedangkan 2 ekor tetamu setia itu pula hanyalah kucing baka biasa dan kurus pula, huhu. Jadi, mungkin mereka rasa gerun melihat Garfield dan kawan-kawannya. 

So, Patung Beruang pun letakkan portion makanan untuk 2 ekor tetamu setia ini di tempat biasa mereka. Wah, seronoknya mereka bila nampak ada makanan. Terus berlari untuk mengisi perut. 

Alhamdulillah, dalam sekelip mata Allah hadirkan Garfield dan rakan-rakannya serta 2 ekor tetamu setia ini sebagai penghibur hati Patung Beruang pada pagi itu. Penghibur hati yang membawa senyuman dan menghilangkan kesedihan. Terima kasih Ya Allah.. 

Namun Patung Beruang sedar yang Garfield dan kawan-kawannya bukan milik Patung Beruang. Patung Beruang hanya mampu berkongsi rezeki dengan mereka dan mengusap bulu mereka yang cantik. Dan apabila selesai mengisi perut, mereka akan pulang semula kepada tuan mereka. Tetapi, walau kehadiran mereka amat singkat, itu sudah cukup bermakna buat Patung Beruang. Terima kasih....


Dan begitulah juga dalam kehidupan kita ini. Ada yang hadir didalam hidup kita, dalam hati kita, tetapi dia bukan milik kita. Sampai masanya, dia akan pergi juga.

Kita tak boleh nak tahan dia. Kita tak mampu nak halang dia... 

Mungkin ye dulu dia ada dalam hati kita. Dulu, dia lah yang memahami kita. Dia lah tempat kita bercerita, berkongsi kisah sedih dan gembira, duka dan kecewa. 

Tetapi, itu dulu... 
Sekarang, dia bukan milik kita. Dan kita juga bukan milik dia. 
Jadi, lepaskanlah dia. 

Dia juga berhak untuk bahagia. Dia juga berhak untuk hidup dengan tenang. Dia juga berhak untuk gembira dan tersenyum tanpa perlu berpura-pura. 

Jangan diungkit cerita lama. Usah dipinta ulangan moment bersama. 
Kerana dulu dan hari ini, keadaan sudah tidak sama. 
Keadaan berbeza, status berbeza. Cuma cerita dan wataknya sahaja yang masih sama. 

Kita tidak tahu betapa sakitnya dia apabila dibuang. Ibarat membuang anak kucing dipasar. 
Dia tertanya-tanya sendiri, apa salahnya? Mengapa tiba-tiba sahaja diam seribu bahasa? Mengapa tiba-tiba sahaja menjadi orang asing yang entah dari mana? 

Kita tidak tahu betapa sukarnya dia untuk bangkit agar dapat berdiri dan berlari semula seperti sekarang. 
Betapa sukarnya dia mengharungi segalanya bersendirian tanpa mampu meluahkan kepada sesiapa pun. 
Betapa sukarnya dia memakai topeng setiap hari bagi menutup jiwanya. 
Betapa sukarnya dia merawat hati yang terluka, yang tidak terlihat dipandangan mata manusia. 
Dan...
Betapa sukarnya dia untuk berdepan semula dengan dengan kita seolah tiada apa.

Cukuplah kisah kita dan dia. 
Jangan dibuka semula kerana itu tidak adil untuk dia dan mungkin juga untuk kita sekali.
Bukankah kita sepatutnya sedang bahagia? 
Dek kerana impian kini menjadi nyata.  

Maka, lepaskan lah dia. Untuk kali ini dan selamanya....  

Saturday, August 12, 2017

Book Review: Patah Tumbuh

Tajuk: Patah Tumbuh

Penulis: Keris Mas

Menariknya Naskah Ini: 

Untuk pengetahuan, naskah Patah Tumbuh ini adalah buah tangan dari Kuala Lumpur International Book Fair di PWTC tahun ini. Alhamdulillah, naskah ini termasuk dalam kategori buku-buku yang beruntung kerana Patung Beruang berjaya selesaikan pembacaannya dalam tahun yang sama ia dibeli, hehe.. (Sedangkan ada banyak lagi buku yang masih berbalut plastic atau masih lagi duduk elok didalam kotak yang dihantar oleh Poslaju, sedang menanti giliran untuk dibaca, huhu..)

Semenjak tahun lepas, Patung Beruang jadi ghairah untuk memiliki dan menelaah karya-karya dari barisan Sasterawan Negara ataupun penulis agung dalam dunia sastera Malaysia dan Indonesia. Tujuan Patung Beruang lebih kepada untuk memahami pemikiran mereka dan meneliti dengan lebih mendalam keadaan dan situasi pada zaman mereka. Seperti yang kita tahu, barisan penulis agung ini gemar mencatatkan keadaan semasa didalam karya mereka. Keadaan semasa dari sudut pemikiran dan tingkah laku masyarakat, ekonomi, politik dan sebagainya. Sebab itulah, karya mereka sesuai dijadikan rujukan terutama untuk kita, pembaca yang tidak berpeluang untuk hidup didalam zaman yang sama dengan mereka. Selain mengenali zaman mereka, kita juga boleh berfikir tentang kehebatan, kelemahan serta rasionalnya tindakan dan keputusan mereka pada masa itu.  

Naskah Patah Tumbuh ini menyajikan 20 buah cerpen karya Keris Mas. Karya-karya ini sebenarnya telah tersiar di surat khabar atau majalah pada tahun-tahun 1940-an dan 1950-an. See, lama kan?? 

Cerpen ke-2, Darah dan Air Mata membawa kita kepada seorang perajurit muda dari pasukan tentera Republik Indonesia yang sedang berperang bagi menuntut kemerdekaan. Sedang berperang, perajurit muda ini mendapat kecederaan dan dibawa ke rumah sakit. Disana, beliau dijaga oleh barisan petugas kesihatan dari Palang Merah. Dan disana juga, beliau rapat dengan Suriati, salah seorang jururawat yang merawatnya. Perhubungan antara jururawat dan pesakit menimbulkan bibit-bibit cinta sehingga lah perajurit muda ini kembali sihat dan bersedia untuk pulang ke medan perang. Kepulangan ke medan perang membawa perasaan yang membara buat si perajurit muda. Membara kerana cintanya pada Suriati serta tekadnya untuk melihat Indonesia merdeka dari penjajah. Namun, takdir menentukan kesudahan cinta mereka. Perajurit muda tewas di medan peperangan dan hanya sepucuk surat dikirim kepada Suriati buat pengganti diri. 


Kehidupan Siti, seorang isteri yang suaminya entah kemana, sangat memilukan. Hidup bersendirian di kampung, tanpa pendapatan yang tetap, benar-benar menyesakkan dirinya. Tambah memilukan apabila melihat si Awang, anak kecil yang tidak tahu apa-apa, baru berumur setahun lebih, yang leka dan seronok melihat anak-anak kampung bersuka ria bermain bunga api bagi menyambut lebaran yang akan hadir lagi beberapa hari. Siti teringin untuk menjahitkan baju raya buat si Awang, namun, hasil jualan kuih bingkanya masih lagi tidak mencukupi untuk Siti membelikan kain untuk dijahit dan dijadikan baju raya. Siti yang muda rupawan menjadi perhatian orang kampung. Ada yang memuji kesetiannya pada suami yang sudah lama tidak nampak batang hidungnya. Namun, ada juga yang mengeji kebodohannya kerana masih bertahan. Siti keliru dan menderita. Derita rindu dan dendam, tanpa insan untuk diluahkan segala bebanan jiwa. Cerpen ke-5, Berhari Raya ke Kubur Nenek



Kalau diikut hati ini, mahu saja Patung Beruang kongsikan lebih banyak cerpen di sini. Namun, tidak adil pula buat penulis agung naskah ini. Maka, cukuplah Patung Beruang kongsikan 2 kisah sahaja ye. 

Kisah didalam naskah ini mengambil pelbagai latar belakang dan lokasi. Ada di Malaysia, ada di Indonesia dan ada juga di Singapura. Ada keluarga bangsawan, ada penduduk kampung, juga penghuni kota yang tersepit dengan arus pembangunan dan jerat kemiskinan, golongan pekerja, keluarga penjajah dan orang tempatan dan macam-macam lagi. Setiap kisah mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tatkala membacanya, terasa seperti Patung Beruang turut berada pada zaman atau di lokasi tersebut. 

Sifat dan ragam watak yang dipaparkan pula sangat universal. Golongan penjajah yang bersikap tuan besar, orang tempatan yang sanggup membodek, menggadai maruah diri dan bangsa demi kesenangan sendiri, wanita dan ibu tunggal yang teraniaya tanpa simpati dari masyarakat sekeliling, golongan bangsawan yang sombong dan tidak sudi untuk berpijak di bumi nyata, pemipin yang khianat dan sebagainya. 

Walaupun naskah ini hanyalah kumpulan cerpen tetapi ia masih lagi memberikan kepuasan kepada pembaca terutama yang dahagakan karya-karya yang bermutu tinggi. Jadi, selamat membaca... :)   

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...