Sunday, April 23, 2017

I Need A Break...

Hari Selasa lepas, Iman terbang pulang ke UK setelah 3 minggu di sini. It was a very unexpected moment and a huge surprise to Ibu dan Ayah bila tiba-tiba, tanpa angin tanpa ribut, Iman, Kak Chik dan Abang, pulang ke rumah pada petang Jumaat, 24 March 2017.

Sebenarnya sangat seronok menerima kejutan sebegitu. We spent that precious weekend with a complete family members. Talk to each other, do activities together, hang out together, eat together and so on, creating a sweet and lovely memories during that short period.

Was it a short period?
Indeed.
And honestly we have no idea when it will comes again.

After 4 days, Kak Chik pun terbang pulang ke Negeri Di Bawah Bayu. What else can we ask from her? Hospital needs her. Her patients need her the most. Pulanglah Kak Chik. Kerja itu satu ibadah. Dan kerja awak sangat mulia walau berdepan dengan 1001 cabaran dan dugaan yang adakalanya tidak mampu diterima akal. Setiap hari berdepan dengan kerenah manusia, menyambut kelahiran dan menghantar kematian, mulanya satu kehidupan dan berakhirnya juga satu kehidupan yang lain.

And now, Iman pula terbang pulang. Merentasi ribuan batu, merentasi negara dan benua.

Kini, tinggallah Patung Beruang dan Abang, setia menemani Ibu dan Ayah. Walau berbeza kediaman, sedaya-upaya kami berusaha untuk balik menemui mereka sekerap yang boleh. Paling tidak pun, berbual di telefon.

Tampak seperti segalanya kembali seperti biasa.
Benarkah??
Tidak..
Hakikatnya, keadaan sudah berubah.

Walau baru  4 bulan 2017 menghulurkan salam, pelbagai peristiwa dan kejadian sudah menjengah.
Suka, duka, sedih, pahit, kecewa, menangis, ketawa, pelbagai emosi dan rasa.

Ada kalanya Patung Beruang rasa lelah sangat.
Dugaan dan ujian datang silih berganti, kiri kanan, atas dan bawah.

Terasa seperti hendak berehat selama-lamanya.
Berehat dari segala-galanya.
Berehat dari kehidupan.
Tapi, mana mungkin ia terjadi sebelum waktunya.
Iman yang secebis ini seringkali memukul akal fikiran agar kembali waras, agar tidak terburu-buru sebelum bertindak.
Mungkin jika tiada iman pasti sudah lama menghilang. 
Entah kemana perginya, entah bagaimana pengakhirannya.

Seringkali akal bertanya,
Apa matlamat kehidupan ini? Apa yang dicari? Kemana hala tujuannya? Adakah realistic atau angan-angan semata?
Menjamu mata sendiri atau mata orang lain? Memuaskan kehendak sendiri atau kehendak orang lain? Menjaga hati sendiri atau hati orang lain? Meneruskan perancangan sendiri atau perancangan orang lain? Mencari kebahagiaan sendiri atau kebahagiaan orang lain?

Sangat complicated..

When someone asks me “What is wrong, Yana?”
I simply reply with, “I’m just tired.”
And they smile.
They say,”Take a nap, dear. You’ll be better.”

But can’t they see,
This exhaustion,
It is not something simply resolved by sleeping.
I cannot simply shut my eyes and wake up to discover that everything is ok.

This is not a Walt Disney movie. When every story will have happy ending.
This is a reality.
A story of mine and you. A story of us. A story of theirs.

I need a break from..
My brain,
My heart,
My life.

I need a break from..
You,
Him,
Her,
Them.

I need a break…
So I can just go away..

For just a little while. 

Thursday, April 20, 2017

RM10 Dan Penyesalan Patung Beruang

Ini adalah kisah yang berlaku pada Patung Beruang hari ini.

Tengahari tadi, Patung Beruang pergi Tesco dengan Finas. Hajat hati nak lunch disana. Selepas makanan dibayar, baru Patung Beruang perasan yang didalam dompet Patung Beruang cuma tinggal RM10 sahaja dan beberapa keping syiling.

Mohon jangan gelakkan Patung Beruang ye.
Kehidupan seharian ketika weekdays tidak memerlukan Patung Beruang menyimpan cash yang banyak didalam purse kerana: 

1. Petrol biasanya Patung Beruang isi masa weekend, atau Isnin atau Jumaat. Full tank Mr.3 tu boleh bertahan selama 2 minggu jika journey Patung Beruang hanyalah rumah dan ofis. Dan untuk mengisi petrol, biasanya Patung Beruang akan swipe card sebab dapat cash rebate. Jadi, cash tidak diperlukan. 

2. Perjalanan ke tempat kerja setiap hari menelan belanja toll sebanyak RM4.20 sehari untuk return journey. Patung Beruang gunakan Touch n Go dimana Patung Beruang akan reload RM150-RM200 sekali reload, pada setiap hujung bulan. Jadi, cash tidak diperlukan. 

3. Belanja makan sehari-hari biasanya adalah RM3 – RM4 untuk sarapan, RM5 – RM6 untuk makan tengahari dan zero RM untuk dinner. Kenapa dinner RM0?? Sebab biasanya masa sarapan, Patung Beruang akan beli kuih untuk kudap-kudapan sekali. Dan biasanya kuih itu memang tak habis (kecuali ada staff yang kelaparan dan minta makanan dari Patung Beruang), maka Patung Beruang akan bawa balik rumah. Dinner Patung Beruang biasanya simple either kuih sahaja atau kuih dan 1 kotak kecil susu (yang memang sentiasa tersedia dalam peti sejuk), atau buah-buahan (yang juga memang sentiasa sahaja ada dirumah), atau roti yang disapu dengan Nutella (memang sentiasa je ada dirumah), atau coklat (pun ada dalam peti sejuk), atau 1 ice-cream conneto or other brand (pun ada dalam peti sejuk), atau pasta yang dimasak sendiri, atau nasi putih dan kuah asam yang dimasak sendiri. Jadi, cash tidak diperlukan untuk dinner pada hari itu. 

4. Katalah Patung Beruang malas nak masak dinner, maka Patung Beruang akan order sahaja makanan melalui FoodPanda dan bayar melalui online. Maka, cash tidak diperlukan. 

5. Bil-bil utility, duit kereta dan rumah, semuanya Patung Beruang bayar melalui online atau direct debit from account. Begitu juga dengan transfer duit ke investment account, saving account yang lain, CDS account, semuanya melalui online. Jadi, cash tidak diperlukan.

Oleh kerana itu, Patung Beruang biasanya akan keluar duit masa weekend. Itupun kalau weekend tu Patung Beruang keluar rumah. Or else tunggu jelah bila pergi lunch ke, baru lah pergi ATM sekali.

Jadi, tengahari tadi, selesai je makan, Patung Beruang pun terus pergi ATM untuk keluarkan duit.

Di ATM, ada seorang lelaki sedang membuat urusan. Patung Beruang terpandang yang beliau memasukan nilai RM10 sebagai nilai pengeluaran. Malangnya, mesin ATM itu tidak boleh memproses nilai tersebut dan pengeluaran duit tidak berjaya. Lalu, kad ATM pun dikeluarkan oleh mesin.

Lelaki tersebut mengambil kad beliau dan mencuba untuk kali ke-2. Selepas menekan nombor pin, beliau menoleh ke arah Patung Beruang dan meminta tolong. Beliau maklumkan yang beliau hanya ingin mengeluarkan RM10 sahaja. Patung Beruang pun bantu dan perkara yang sama berlaku. Transaksi tidak berjaya dan kad ATM dikeluarkan oleh mesin.

Lelaki tersebut mencuba untuk kali ke-3. Dan hasilnya masih sama.

Pada masa itu, timbul belas ihsan dalam diri Patung Beruang. Patung Beruang ingin memberikan sahaja RM10 padanya. Tapi…. Dalam purse Patung Beruang pun cuma ada sekeping RM10 sahaja. Dan itulah satu-satunya duit yang Patung Beruang ada pada masa itu. Jika memang mesin ATM tu rosak, Patung Beruang kena cari mesin ATM lain. Adoi…

Selepas 3 kali percubaannya gagal, lelaki tersebut mengambil kad ATMnya. Beliau berpaling ke arah Patung Beruang dan memberikan laluan untuk Patung Beruang berurusan di mesin tersebut. Air mukanya nampak begitu sedih dan kecewa.

Sedang berurusan di mesin ATM, Patung Beruang nekad untuk memberi sahaja RM10 atau RM20 kepada lelaki tersebut setelah selesai urusan Patung Beruang.

Alhamdulillah, Patung Beruang berjaya membuat pengeluaran dari mesin ATM tersebut. Selesai urusan, Patung Beruang berpaling ke belakang, mencari lelaki tadi. Namun kelibatnya tidak kelihatan.

Puaslah Patung Beruang meninjau di sekeliling, tetap tidak nampak. Akhirnya, Patung Beruang pun melangkah pergi, mendapatkan Finas, dan kami kembali ke kereta. Disepanjang laluan untuk kembali ke kereta, Patung Beruang masih lagi tercari-cari kelibat lelaki tersebut. Didalam hati ini berharap sangat agar Patung Beruang berjumpa dengannya lagi. 

Ketika perjalanan pulang ke pejabat, Patung Beruang masih terbayang riak muka lelaki tersebut. Terbayang kesedihan dan kekecewaannya. Mungkin dia benar-benar memerlukan duit RM10 itu. Mungkin untuk dibuat belanja makan tengahari. Atau untuk tambang pulang ke rumah selepas waktu kerja. Atau untuk membeli bahan mentah serba sedikit di Tesco. Atau apa-apa sahaja urusan yang mendesak yang memerlukan beliau menggunakan RM10 itu. 

Dan Patung Beruang rasa sangat menyesal. 
Kenapa Patung Beruang tidak berikan sahaja duit RM10 yang ada dalam purse tu, sebelum beliau pergi? 
Sebelum Patung Beruang membuat transaksi di mesin ATM tersebut?  
Kenapa mesti tunggu selepas selesai transaksi Patung Beruang?

Allah SWT dah beri peluang pada Patung Beruang untuk membual amal kebaikan, tapi Patung Beruang berkira. 
Patung Beruang terlalu takut seandainya mesin ATM itu benar-benar rosak, maka, Patung Beruang hanya tinggal RM10 sahaja didalam purse.

Astaghfirullah…
Patung Beruang rasa bersalah dan menyesal yang amat.
Menyesal kerana mensia-siakan peluang yang Allah dah bagi. 
Menyesal kerana Patung Beruang tidak yakin dengan rezeki yang Allah bagi. 
Menyesal kerana Patung Beruang tidak membantu orang yang memang dalam kesulitan.

Dan kini,
Walaupun dalam purse Patung Beruang ada lebih dari RM10, Patung Beruang tak rasa seronok pun. Rasa kosong sahaja..

Kerana di luar sana, ada orang yang sangat memerlukan RM10 ditangan tetapi tidak kesampaian....  

Book Review: Satu Rasa Dua Hati

Tajuk : Satu Rasa Dua Hati 

Penulis : Pahrol Mohd Juoi

Menariknya Naskah Ini:

Naskah Satu Rasa Dua Hati adalah naskah karya Ustaz Pahrol yang Patung Beruang miliki semenjak tahun lepas. Untuk pengetahuan semua, naskah ini pertama kali diterbitkan dan dicetak pada tahun 2007. Dan sehingga tahun 2014, ia sudah dicetak sebanyak 8 kali. Wah... hebatnya.. 

Naskah Satu Rasa Dua Hati ini memberi panduan kepada pasangan yang sudah berkahwin, atau bakal berkahwin bagi menimba ilmu rumahtangga agar mahligai yang dibina tidak runtuh ditengah jalan hanya kerana kesilapan diri sendiri. 

Naskah ini mengandungi 20 Bab yang disusun dengan menarik. Bermula dari bagaimana mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama. Segala-galanya mestilah dimulakan dari diri kita sendiri. Jika kita hendak mencari pasangan yang baik, diri sendiri kenalah baik dulu. Itulah yang dikupas didalam Bab 1: Jadi Soleh Dapat Solehah

Masa bercinta, semua kehendak diturutkan. Apa sahaja diminta, pasti disediakan. Walau terpaksa mengikat perut, berjimat-cermat, semuanya dibutakan mata dengan alasan memberi pada yang tersayang. Namun mengapa apabila sudah berkahwin, sifat pemurah si lelaki bertukar menjadi kedekut dan berkira? Jika dulu semua keinginan si gadis dituruti. Kini, setalah berkahwin, setelah si gadis menjadi isteri, mengapa si lelaki iaitu suami mula berkira. Lupakah mereka bahawa sebaik-baik sedekah adalah sedekah kepada isteri? Lupakah mereka apabila mereka bersedekah kepada isteri, Allah akan melapangkan lagi pintu rezeki mereka. Jadi.. Janganlah berkira pada isteri. Dia sudah banyak berkorban semenjak dari saat dia bergelar seorang isteri. 

Dewasa ini ramai orang berlumba-lumba mengejar kekayaan, mencari kemewahan. Kerja siang dan malam. Sehingga sampai satu tahap, institusi keluarga dilupakan. Pasangan ditinggalkan, anak-anak terabai. Komunikasi bersama pasangan sangat terhad. Komunikasi bersama anak-anak jarang sekali. Luaran nampak hebat dan gah. Punya segala yang indah belaka. Harta berjuta, wang ringgit berkepuk. Namun, rumah hanyalah rumah. Sebagai tempat tinggal untuk penghuninya. Bukan sebagai kediaman yang menyenangkan dan mendamaikan. Rumah terasa panas walau suhu tercatat di air-cond adalah rendah. Sedih.. Namun, itulah realiti pada masa kini. Lantas, dimana kurangnya? Kurang material? Tidak mungkin. Kurang kasih sayang? Memang benar. Tapi, bukankah kasih sayang boleh dibeli dengan wang ringgit??? 

Setiap rumah itu adalah ibaratnya seperti sebuah masjid. Imarahkan masjid itu. Kukuhkan masjid itu. Suami sebagai imam buat isteri dan anak-anak. Kembalikan sinar Islam didalam rumah itu. Ketepikan sebentar kesibukan dunia, demi mencari kekayaan akhirat. Mulakan dengan perlahan-lahan, sehingga akhirnya ia sebati pada setiap ahli keluarga. In shaa Allah, rumah yang panas, akan bertukar menjadi kediaman yang menenangkan. Kediaman yang sentiasa dirindui oleh penghuninya. Aamiin.. 


Setelah diteliti naskah ini, Patung Beruang dapat simpulkan beberapa faktor yang menyebabkan naskah ini menjadi best seller dan masih bertahan sehingga kini walaupun setelah 10 tahun diterbitkan.
1. Naskah ini padat namun pengisiannya santai. Setiap topik dikupas secara santai tapi padat dengan ilmu dan teguran. Membuatkan pembaca tidak bosan. 

2. Penyampaian yang diselitkan dengan dialog dan mempunyai gaya penceritaan. Ye, ini bukan buku teks. Membaca naskah ini seperti kita membaca buku cerita atau kita seperti sedang berbual bersama insan lain. 

3. Diselitkan dengan karikatur yang menarik dan lucu. Nampak macam tidak ada makna tetapi wujudnya karikatur ini meringankan sedikit beban pemikiran pembaca.

4. Topik yang diulas masa relevan sehingga kini. Topik tentang sukarnya mencari pasangan yang baik dari sudut Islam, saling memberi tanpa syarat, percintaan untuk pasangan lanjut usia yang adakalanya semakin suram, perubahan sikap, perangai dan imej pasangan, masalah emosi kaum wanita, masalah kewangan didalam keluarga, perbezaan sikap, minat dan pemikiran dengan pasangan dan macam-macam topik lagi lah.. 

Untuk pengetahuan semua, Ustaz Pahrol adalah antara penulis kegemaran Patung Beruang. Dan naskah ini membuktikan kehebatan pena beliau dalam memberi teguran buat kita semua. Selamat membaca... 

Book Review: Emak Rindu Mathanga Erissery

Tajuk : Emak Rindu Mathanga Erissery

Penulis : Khairul Hakimin Muhammad

Ceritanya Patung Beruang: 

Tuan Khairul Hakimin Muhammad adalah salah seorang penulis yang Patung Beruang follow di FB. Patung Beruang terbaca yang karya beliau ini termasuk dalam 100 buah naskah berbahasa Melayu pada zaman ini yang patut diteliti. Alhamdulillah, Patung Beruang berpeluang untuk memiliki naskah ini melalui BookCafe. 

Menariknya Naskah Ini:

Emak Rindu Mathanga Erissery adalah sebuah travelog karya penulis ketika beliau mengembara ke India bersama 3 orang sahabatnya. India adalah sebuah negara yang dekat dihati beliau. Ibunya, Puan Aini binti Abdullah, berasal dari sana. 

Penulis memulakan catatan travelog ini dengan pengalaman kesulitan yang dihadapinya ketika proses memohon visa India. Setelah berkali-kali ditimpa kesulitan, akhirnya pemergian beliau ke pejabat visa India, untuk kali ke-4, membuahkan hasil. Alhamdulillah. Allah memberi kemudahan kepada beliau untuk mengembara, melihat dunia luar, mengagumi ciptaan Allah yang Maha Esa. 

Seterusnya, penulis menceritakan bagaimana tawaran perjalanan yang dibukanya disambut oleh 4 orang sahabat. Namun, akhirnya hanya 3 orang sahabat sahaja yang ditakdirkan rezekinya untuk mengikuti pengembaraan penulis. 

Perjalanan penulis dan sahabat bermula di KLIA2 dan sampai ke Kochi, India. Dari Kochi, mereka meneruskan pengembaraan ke Kondungalor, seterusnya ke Munnar, Alleppey dan akhirnya kembali ke Kochi. 

Di sepanjang perjalanan, mereka berdepan dengan cabaran dan ujian, meninggalkan seribu kenangan dan pengalaman yang amat berharga buat semua. Kecantikan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Agung, kebaikan budi pekerti masyarakat tempatan, cara hidup dan pemikiran yang berbeza, pembawaan diri yang berbeza, pelbagai latar belakang dan sosio ekonomi, memberi 1001 warna yang indah didalam memori para pengembara ini. 

Selain itu, para insan terpilih ini juga berpeluang untuk melawat ke Masjid Cheraman Juma, iaitu masjid yang dibina pada 629 Selepas Masihi dan diiktiraf sebagai masjid tertua di India. Masjid ini didirikan oleh Imam Malik bin Dinar, seorang alim ulama Arab yang bermusafir ke India. Dan selepas kedatangan Imam Malik ini, sinar Islam mula menebarkan sayapnya ke masyarakat tempatan di India, dan sinar itu makin bersinar dari hari ke hari sehinggalah kini. Subhanaallah... 

Disamping melawat tempat-tempat menarik dan mengenali budaya dan cara hidup tempatan, mereka juga berpeluang untuk mengikuti kelas masakan Puan Nimi Sunilkumar. Puan Nimi Sunilkumar adalah seorang blogger yang terkenal dengan blog masakan India yang bertajuk, Nimisrecipes.com. Pelawat yang hadir ke blog masakan ini bukan sahaja dari India tetapi juga dari seluruh dunia. Ini dibuktikan dengan kelas masakan yang dihadiri oleh penulis dan sahabat-sahabatnya, turut dihadiri juga oleh pelancong dari Australia. Masakan yang dipelajari pada petang itu adalah Stu Kambing, Mathanga Erissery, Apom dan sejenis manisan yang dibuat dari tepung beras dan kelapa. Sesungguhnya pengalaman menimba ilmu masakan dari Puan Nimi adalah satu peluang keemasan yang ditunggu-tunggu oleh para pencinta dunia masakan India. Dengan bayaran yang minima, mereka berpeluang menimba ilmu secara live dari guru yang tersohor, disediakan bahan masakan dan akhirnya sama-sama menjamu selera masakan yang telah dimasak, dalam suasana dan persekitaran yang harmoni, menenangkan dan mendamaikan. 



Begitulah serba sedikit kisah menarik dari naskah ini yang dapat Patung Beruang kongsikan disini. Naskah ini disusun dengan menarik dan jalan cerita yang teratur. Oleh itu, momentum pembaca seperti Patung Beruang sentiasa konsisten, jari menyelak helaian demi helaian muka surat sehingga tanpa disedari, sudah sampai ke penghujung naskah. 

Patung Beruang hanya mengambil masa kurang dari separuh hari untuk menghabiskan naskah ini. Penceritaan yang sangat lancar membuatkan Patung Beruang tekun menelitinya tanpa peduli keadaan sekeliling. Penceritaan yang sangat detail membuatkan seolah-olah Patung Beruang turut berada didalam pengembaraan mereka. Naskah ini turut disertakan dengan beberapa gambar yang menarik dan resepi-resepi yang dipelajari dari Puan Nimi. 

Terima kasih buat penulis kerana sudi berkongsi pengalaman yang berharga melalui travelog ini dan juga berkongsi resepi yang enak. Melihat resepi sahaja sudah membuatkan Patung Beruang terasa lapar dan terbayang-bayang keenakan masakannya. Sedapnya.... 

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...