Wednesday, July 12, 2017

Cerita Di Bulan Syawal 2017

Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Raya..

Eh, ada raya lagi ke? Hm.. Syawal kan sebulan. Jadi walaupun hari ini dah masuk minggu ke-3 Syawal, masih lagi belum terlambat untuk Patung Beruang ucapkan Selamat Hari Raya.

Apa cerita pada Syawal tahun ini?

Ok.. 1st, untuk raya tahun ini, kami tidak menyambutnya di perantauan seperti tahun lepas. Tahun lepas memang tiada suasana raya langsung sebab pagi raya, kami dah mula mendaki Banjaran Crocker dan menikmati keindahan alam semula jadi. Orang sibuk makan ketupat dan lemang, kami pula sibuk masuk hutan, melihat tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar. What an interesting experience.

Untuk tahun ini, kami menyambut raya di kediaman baru. Alhamdulillah.
Inilah pertama kali seluruh keluarga dapat berkumpul di rumah baru yang sempurna.
Yelah, masa awal tahun dulu, bila Kak Chik dan Iman tiba-tiba pulang, rumah tersebut masih kosong. Renovate pun belum lagi.

Raya kali ini, kami semua dapat berkumpul seperti tahun lepas. Kak Chik dapat cuti seminggu. Iman pula memang sedang semester break. 

Iman sampai di Malaysia pada Jumaat malam, Jumaat terakhir kita berpuasa. Suasana di KLIA sesak sangat dengan manusia walaupun jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Bukan sahaja rakyat Malaysia malah pelancong luar pun ramai. Akhirnya kami sampai ke rumah Seri Kembangan pukul 1 pagi. 

Kenapa lambat? 
Hm.. masuk-masuk je dalam kereta, Iman dah cakap yang dia mengidam nak makan  McD. Maklumlah McD disanakan tidak halal. Jadi, hanya mampu tengok je lah. So dari KLIA, awalnya kami decide nak berhenti di McD tepi highway KLIA tu. Tapi manusia punyalah ramai baik didalam restaurant ataupun drive-thru. Akhirnya, kami pergi sahaja McD di Puchong Gateway. Dekat sangat dengan ruman Patung Beruang, hehe.. 

Sampai rumah pukul 1 pagi. Duduk kejap dan makan-makan dengan Iman dan Abang, tepat pukul 1.30 pagi, Patung Beruang masuk tido. Masa tu, mata dah macam tak boleh nak buka. McD makan pun tak habis. 

Pukul 5 pagi, dengar suara Iman ketuk pintu bilik Patung Beruang, untuk kejut bangun. Pusing kiri dan kanan, akhirnya Patung Beruang pun bangun. Nampaknya Iman macam tak tidur langsung sejak sampai di rumah Patung Beruang. Jet lag katanya. Kesian dia.. huhu..

Kami pun mandi, bersiap untuk solat Subuh dan tepat pukul 6.15 pagi, Patung Beruang dan Iman pun mulakan perjalanan untuk pulang ke Melaka. Balik kampung oooo balik kampung... 

Abang kena stay dulu sebab flight Kak Chik akan sampai di KLIA pukul 10.30 pagi. So Abang ditugaskan untuk ambil Kak Chik dan selepas itu barulah boleh pulang sama-sama ke Melaka. 

To cut short, finally, Ramadhan terakhir pada tahun ini, kami dapat berbuka puasa satu keluarga. Complete team.. Satu hari pun jadilah.. Alhamdulillah... 


2nd, kediaman baru menerima tetamu baru dan lama. Alhamdulillah, kami mula menerima tetamu dari raya pertama sehinggalah raya ke-5. Selepas itu, Patung Beruang pun tak pasti ada tetamu yang berkunjung lagi atau tidak sebab Patung Beruang dah pulang ke Seri Kembangan pada malam raya ke-5.

Ada tetamu yang baru pertama kali sampai ke kediaman kami dan ada juga yang sudah pernah sampai ketika bulan Ramadhan hari itu. Kami menerima kehadiran mereka dengan tangan terbuka. Banyak kata-kata pujian yang terbit dari mereka tatkala melihat keadaan dan persekitaran kediaman kami. Alhamdulillah, inilah yang termampu Patung Beruang sediakan. 

Seperti yang Patung Beruang pernah ungkapkan dahulu, selepas ini, andai kata umur Patung Beruang tak panjang, Patung Beruang redha dan akan pergi dengan hati yang lapang kerana Patung Beruang yakin Patung Beruang dah sediakan yang terbaik untuk keluarga yang ditinggalkan. Jika apa-apa berlaku pada Patung Beruang, mereka boleh teruskan hidup seperti biasa tanpa perlu runsing tentang apa pun.


3rd, hadiah istimewa buat ayah dari Abg Long dan keluarga. Apa hadiahnya, biarlah rahsia. Yang pasti Patung Beruang melihat air muka yang sangat gembira terpancar diwajah ayah. Walau kehadiran Abg Long dan keluarganya agak singkat, namun detik yang singkat itu dimanfaatkan sepenuhnya. Berbual bertanya khabar, menikmati juadah yang disediakan dan saling bertukar hadiah dan buah tangan. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke kediaman kami. Terima kasih juga kerana sudi memberikan tanda ingatan kepada ayah. Mungkin bagi orang lain, ia adalah hadiah biasa dari seorang anak kepada ayahnya. Namun, buat ayah, hadiah tersebut adalah yang paling mahal nilainya kerana pemberinya adalah seorang anak yang mempunyai tempat yang sangat istimewa didalam hati ayah. Percayalah.. Kami ucapkan berbanyak terima kasih atas segala ingatan, buah tangan dan masa yang sudi diperuntukkan untuk bersama kami. 


4th, moments bersama keluarga sambil bertukar-tukar cerita. Syawal kali ini Patung Beruang berpeluang untuk berjumpa dengan sepupu-sepupu lain. Yelah, diwaktu lain sukar untuk bersua. Mana tidaknya, ada yang kerjanya di offshore, yang pulang ke darat sesekali sahaja. Jadi, bila berjumpa banyaklah topik yang dapat disembangkan. Patung Beruang seronok berbual dengan seorang gadis cilik ini. Fizikalnya comel sahaja macam budak sekolah rendah. Tapi siapa sangka, gadis cilik ini bertugas sebagai engineer di tengah lautan. 2 minggu didarat, 2 minggu dilaut. Banyak ilmu baru yang Patung Beruang kutip dari beliau berkenaan dengan bidang kerjanya dan juga scenario dunia oil and gas sekarang ini. Pendapatan memang lumayan tapi beban kerja dan risikonya pun boleh tahan juga. Tu lah, sempat juga Patung Beruang bercerita yang Patung Beruang tidak jadi untuk berhijrah pada bulan April hari itu. Kalau tidak, pasti sekarang Patung Beruang pun dah jadi salah seorang manusia yang terlibat didalam oil and gas industry, huhu. Takpelah.. Allah lebih tahu dimanakah rezeki yang terbaik untuk Patung Beruang.  Ada juga sepupu yang bertugas didalam bidang aviation. Seronok mendengar beliau bercerita tentang struktur teknikal aircraft yang ada didunia ini. Selama ini Patung Beruang hanya jadi penumpang aircraft sahaja. Kali ini, boleh menimba ilmu berkenaan engine, maintenance and structure aircraft tersebut. Setiap aircraft tu ada ciri-ciri keistimewaannya tersendiri.

Satu perkara yang seronok tentang family besar kami adalah kami mempunyai latar belakang bidang pendidikan dan kerjaya didalam industry yang berbeza-beza. Ada yang berkerja di bank dan terlibat dengan portfolio kewangan dan ilmu ekonomi yang sangat menarik, ada yang terlibat dalam dunia korporat dan sudi berkongsi asam garam pahit manis cabaran dunia perniagaan masa kini, ada yang expert dalam bidang fisioterapi dan banyak berurusan dengan atlit-atlit hebat, ada yang dalam medical dan banyak berdepan dengan kerenah masyarakat dan macam-macam penyakitnya, ada yang dalam bidang kejuruteraaan dan macam-macam lagi. Malah, bidang kejuruteraan itu sendiri pun terlalu besar sehingga setiap dari mereka berada didalam lapangan kejuruteraan yang berbeza-beza. Jadi sesekali berjumpa, dapatlah bertukar-tukar pandangan dan ilmu.


5th, bye-bye Baby Bos. 30 June hari tu, Jumaat, Patung Beruang masuk ofis sebab itu adalah hari terakhir Baby Bos. Hm… sekarang ini, Patung Beruang bersendirian didalam bilik. No more partner, no more chatter box. Takpelah. People come and people go. Adatlah tu.

Urusan kerja Patung Beruang bila masuk bulan Syawal ini sangat mencabar. Assignment demi assignment diperolehi. Menarik sebenarnya sebab banyak perkara yang boleh dipelajari dan banyak yang Patung Beruang boleh sumbang pada syarikat. Mood bersemangat masih lagi di puncak dan harap-harap ia berkekalanlah untuk selamanya, hehe.. Aamiin..



Oklah, itulah serba sedikit cerita Syawal Patung Beruang pada tahun ini. Kemeriahan raya tu lebih kepada meriahnya bila tetamu berkunjung ke kediaman kami, bercerita dan berbual sesama ahli keluarga. 

Persiapan raya untuk diri sendiri takde lah excited sangat pun. Patung Beruang hanya sempat beli sepasang baju raya je. Itu pun jubah dan dibeli ketika hari terakhir Ramadhan. Jujurnya Patung Beruang tak teruja pun nak beli baju raya tapi masa jalan-jalan dengan Ibu, beliau berkenan dengan sepasang jubah berwarna hijau. So alang-alang Patung Beruang belikan untuk Ibu, Patung Beruang beli lah juga untuk diri sendiri.

Pembelian yang lain adalah benda-benda yang wajib seperti kuih raya dan kerepek, serta buku-buku dan komik untuk anak-anak buah Patung Beruang yang 5 orang itu. Itu je lah... 

Baiklah.. rasanya dah banyak pula Patung Beruang menulis ini. Lepas ini, Patung Beruang nak sambung tulis book review. Ada beberapa book review yang masih pending. Hopefully dapatlah habiskan cepat-cepat... Bye... 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
A simple girl who love books and teddy bear namely Bibi...